Saturday, August 14, 2010

Buka puasa kat rumah abah

Pasal ni bulan puasa, banyak lah entri pasal bulan puasa dalam blog ni,
tak bermakna entri pasal kereta takda langsung kan...
Ok semalam aku dan adik beradik berkumpul semua, yang berada di Terengganu je
buat majlis berbuka puasa secara secara tertutup hehe
(macam game badminton lah plak) untuk keluarga saje, jemputan luar takda.
Dah lama tak berkumpul skali skala berkumpul seronok jugak.
Masak bersama sama dan ambik kelapa muda untuk buat berbuka adalah
perkara yang paling lama aku tak buat semenjak berkahwin ni...
Jadi bila ada peluang macam ni memang happening walaupun penat sedikit.


Nyior @ kelapa muda nak buat air, dapat gak 3 jug.

Orang rumah aku rajin dok kerok isi.

Bapak aku senyum memanjang jek sebab anak menantu berkumpul.

Abang dan adik aku turut serta acara tengok dan dok rilek hehe...

Ni takda apa saje nak enterframe anak buah sulung.

Ni yang kedua

Ni yang Ketiga

Lauk ikan Talapia bakar sedap tuuu.

Siakap Steam masakan Isteri aku sedap tuuu.

Ni boleh dikira baru separuh lauk pauk,
masih ada lagi selepas gambar ni diambil...
Pas ni bila berkumpul lagi, acara masak memasak ni akan
diteruskan lagi sebab aku mempunyai keluarga yang besar,
dan jenis makan pun banyak haha..

No comments: