Saturday, September 4, 2010

Selamat Hari Lahir Abah

Aku tahu abah aku tak baca blog ni,
Aku tahu abah aku buta Internet,
Aku tahu abah aku sudah tua,
Aku tahu abah aku sudah pencen,
Aku tahu abah aku Keseorangan,
Aku tahu abah aku rindukan arwah mak aku,
Aku tahu abah aku perlukan anak anaknya,
Aku tahu abah aku risaukan anak bujangnya,
Aku tahu abah aku sayangkan keretanya,
Aku tahu abah aku suka cerita kesah lama lama,
Aku tahu abah aku suka pergi KL,

Dan aku tahu hari ni hari lahirnya,
Abah aku misti tidak tahu
bahawa aku tahu hari ni hari lahirnya.

Selamat Hari lahir Abah ke 63
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
AMIN


No comments: