Tuesday, April 28, 2009

Kereta...




Tadi ah masa pas solat zohor kat masjid
aku jalan gi kat kereta merahku,
terdetik saje2 nak check kete,
check punya check jumpa ah problemnya.

tayar belakang dah nampak dawai
boleh aku tak perasan dah lama pakai,
aduh duit lagi.............
gaji pun lum dapat lagi,
nampak gayanya kena ah bawak kete bini aku
bahaya beb tayar botak.

Tadi pun balik hati2,
takut ah jadi pape
kena ingat yang tersayang
tunggu di rumah....

Discussion



Besok kena ngadap JKR lak,
banyak tol kerja akhir2 ni.
Surat menyurat lum sattle lagi
haduh pening aku.

Ni smua pasal SPK ah,
maklum ah skang ni smua kena ikut ISO
dengan kontraktor2 skali kena ada ISO.
minggu depan tah apa lagi ah
kena buat...

Monday, April 27, 2009

About potong spring





Aku ni memang jenis yang minat kereta,
sebab tulah blog ni wujud dengan nama Potong Spring.
Masa muda2 dulu minat moto,
tapi skarang ni dah keje minat kete lak.

Kereta dengan aku ni ibarat bini no 2 ah,
memang minat tak boleh blah he he,
masa bujang slalu ah tengok lumba haram,
ni dah kawin slow ah sket dah jadi family man.

Kalo borak pasal kete dan cari barang halfcut
aku memang suka gila,
lebih2 lagi cari barang2 Turbo dan Vtec
tapi minat aku pada kete Jepun jek ah,
kete2 mat salih kureng ah sket.

Abah dah Sihat

Petang tadi abah dah kuar Hospital,
Alhamdulillah dia dah ok,
kalo tak risau aku asyik pk kan dia jek,

Khamis ni lak dia dah gi KL,
Katanya nak tinggal dengan anak2
yang dok Greenwood.

Agaknya dah bosan dok kat kg kot
dah pencen tak buat pape,
baik lepak kat KL je kan.

Sunday, April 26, 2009

Abah


Semalam abah aku masuk hospital,
sedih lak rasanya bila tengok dia.
sakit dada tiba2 jek.
Dia bekas sakit jantung

Ni pun baru jek balik hospital
tengok dah ok Alhamdulillah,
malam ni ingat nak pegi tengok lagi
harap2 dia cepat sembuh Amiiiin..

9630 !!


tulah no family aku,
ni no kete arwah mak aku
jadi kitaorang adik beradik follow jek
stakat ni ada ah 5 bijik
kete dah pakai no ni,
termasuk ah kereta dan moto aku

Jumaat lalu aku beli ah postpaid Digi
hajatnya nak ah cari ah no 9630,
budak2 keje Digi search ah cari
skali tak dapat,

aku yang agak frust ni nak belah dah,
tapi bini aku cakap ambik jek 8630,
jadi pk punya pk ambik jek ah
tapi frust jugak ah,
takda no yang berkenan.

Friday, April 24, 2009

Fikir fikirkan


Seorang Pomen yang suka berlagak
selalu menunjuk2 bahawa kerjanya sangat penting
yang melibat penyelamatan harta benda yang berharga.
Pomen yang berjaya itu selalu bermegah2 dengan kekayaanya
dan suka mengecil2kan kebolehan orang lain.

Pada suatu minggu datang seorang Doktor yang ingin
membaiki keretanya yang rosak teruk,
Bila tiba di bengkel pomen itu bertanya tentang apa kerosakkanya.
Doktor itupun bagi tahu lah serba sedikit (dot com dot my)
apa kerosakanya.

pomen yang jenis suka menunjuk ini pun bertanyalah lagi
tentang kejayaan Doktor dalam hidup dan mempertikaikanya,
kerana kerjaya dia dan doktor itu hampir sama
menyelamatkan harta benda dan nyawa orang.

Pomen itu meminta tips2 untuk berjaya sekaligus
ingin menambah pendapatan yang berlipat ganda melebihi doktor itu,
sambil berborak dia berlagak dengan doktor tentang
dia boleh membaiki sesuatu kereta dengan cepat
sedangkan doktor merawat pesakit mengambil masa yang lama.

Dan dengan selamba dokor itu menjawab,
"awak menyelamatkan kereta dengan senang sebab enjin dia mati !"
"saya menyelamatkan nyawa orang ketika dia masih hidup!"
"Cuba awak selamatkan kereta ketika dia masih hidup,apa akan jadi?"

Fikir fikirkan dan selamat beramal...

Thursday, April 23, 2009

Bereh Belako!!!

Ari ni sattle dah meting teknikal
nasib baik ah takda apa2 isu baru

kalo tak poning den nak mikirkannyo

minggu depan kena lak ngadap JKR
maklumlah tak pnah datang opis dia
dalam meeting pun dah sindir2
Arkitek,Engineer,C.O.W
smua tak nampak batang idung hehe
macam ahli politik nak ngadap Sultan lak

Takpelah keje punya pasal kena buat jelah kan!!!!!


Wednesday, April 22, 2009

Kena Ambush !!

JKR datang menyerang site pagi tadi
terkejut badak kitaorang geng2 consultant

RE lak tak datang ada keje tempat lain
jadi aku terpaksalah mengencing Engineer JKR he he.

Masuk site TA ngan Engineer banyak lak tanya
jawab jelah mana yang patut kan
tanya pasal memo ngan NCR jawab jek YE dah buat
TA lak budak baru banyak lak songeh
taknak ambik pusing follow jek like Bufflo.

tengah ari lak kuar lama gak tu dok dalam site
nak kuar pesan lak besok MEETING !!!!!
aduh....

Hari ini hari Selasa

Takda pape pun pasal ari ni saje jek,
tp ari ni aku terlambat gi kerja
tapi macam biasa ah bawak ah laju2 dah tau lambat kan

dari 100 bawak sampai 150
tekan minyak lagi tapi tak bleh blah sebab kete tak servis
seingat aku bulan lepas naik gak 170 ni dah lembab.
tapi masih bleh dibanggakan lagi ah
sebab bulan lepas baru jek aku race suka2 dengan Zulhuzaimi
alah artis dalam cite Rempit & Impak maksima tu
haaa ni aku nak story kat korang
bulan lepas si zul tu ada ah singgah kat Petronas
bila dia kuar jek dari GTI dia tu smua orang tengok
aku lak paking sebelah isi minyak tengok gak ah mamat ni
bukan slalu pun artis datang kat setiu ni,

pas aku isi minyak aku blah ah malas nak buat jakun tengok artis ni
tapi smpai jek traffic light,dia park sebelah aku
lampu ijau apa lagi bila dia blah aku kejar ah kete dia
no kete pun dah ingat yg berakhir 515 hehe

dia potong aku potong,cucuk belakang
nak potong dia tak larat ah dia GTI aku ni kete kecik jekk
tapi boleh ah try race dengan driver racing ni

bila masuk jalan shortcut dia pun
byebye ah kat aku
makan asap ah,tak terkejar beb
tadi boleh ah kete banyak
ni kete dah kurang
mana nak kejar bawak macam plesit


tapi best ah race dengan lu bro
baru wa tau lu memang otai race....


2 comments:
Imran Yusuf said...

Usah bawa kereta laju... [ingat yang tersayang...]

zh-ena said...

wahhhh hubby ain dah ader blog sendiri..

laju nyer bwk keta..klu ena mesti dah gerun duk sebelah, takut beb

Hari ini hari cuti


Nilah blog aku,sebelum ni tengok orang punya jek skang ni dah ada sendiri.

Macam title diatas hari ni hari cuti,tapi orang lain tak cuti aku jek yang cuti haha.
Bosan dok rumah nilah benda yang aku belajar ngan bini aku,ada gak pekdahnya he he.
So thanks ah untuk dia bravo2...
2 comments:
Imran Yusuf said...

Syabas! Tahniah!

Selepas ini bolehlah selalu update.

Dan jangan lupa masukkan gambar.

Lepas itu letak cbox, feedjit, bilangan pelawat.

:)

ise said...

imran yusuf.. InsyaAllah

Tak ngantok !!!!


Bosan!
tadi dah banyak tido,
tak tau nak buat apa jadi update ah blog ni.

dari tengok sholin soccer tengok F1 plak tapi mata taknak ngantok lagi...
kt sini lak jiran2 suka tido awal jadi tak meriah ah bila malam(tak KL ah mcm ni)tp memang bukan KL pun hehe.

Bini aku lak layan sama gak macam aku,
jenis mata tido lambat jadi elok sangat ah kami ni sekepala.

entri testing

Monday, April 20, 2009

entri testing

testing one two three

1 comments:

sayang... said...

wah.. bagus.. abang sudah ada blog...