Wednesday, March 31, 2010

Kurangkan daya tujahan angin

KENDERAAN pelbagai guna (MPV) sememang sangat praktikal sama ada bagi mereka yang memiliki ahli keluarga yang ramai atau sekadar pengangkutan hujung minggu.

TEGAP...Grand Livina Impul menawarkan reka bentuk segar.

TEGAP...Grand Livina Impul menawarkan reka bentuk segar.
Pengenalan Nissan MPV Grand Livina di pasaran memang kena pada masanya dan tidak hairanlah dengan tema 'pemanduan ibarat sedan' berjaya melonjakkan jualan model berkenaan.

Bagi melengkapkan pemanduan sedan sporty, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), selaku pengedar rasmi kenderaan Nissan tempatan turut melancarkan veris Impul yang lebih menarik dan bergaya.

Tumpuan utama pastinya rupa luaran yang menampilkan gril baru dengan tulisan Impul logo asal Nissan di tengahnya.

Tambahan aerokit Impul, Nissan Grand Livina tampak lebih terserlah dan garang termasuk pemecah angin (spoiler) belakang lebih panjang serta lebar.

Bagi menambahkan lagi kendalian jentera MPV ini, sistem suspensi sport Impul turut ditawarkan apabila Impul membekalkan set lengkap bagi menambahkan keseronokan pemanduan.

Sistem Suspensi Sport Impul ini menjadikan Grand Livina Impul 25 milimeter lebih rendah dan hasil gabungan Aerokit hadapan, ia mampu mengurangkan daya tujahan angin serta pusat graviti lebih rendah.

Peredam bunyi daripada Impul Blast II menjadi perkara terakhir yang dibekalkan Impul untuk kereta ini dan ngaumannya tidak membingitkan telinga, memadai dengan imej sporty yang dibawanya.

Tidak dinafikan penggunaan ekzos tulen berkenaan sedikit sebanyak membaiki tahap respons enjin lebih baik.

Paling menyerlah, padanan rim aloi berjejari 17 inci Impul Aura SX-10 berharga RM4,500 di mana 30 peratus lebih ringan daripada rim bersaiz sama.

Penggunaan tayar bersaiz 205 milimeter Siri 45 menjadikan jentera ini lebih stabil dan tegap ketika melalui jalan berselekoh selain dibantu sistem suspensi sport yang sedikit keras.

Walaupun tahap keselesaan berkurangan, tetapi kebaikannya pula dapat dirasai ketika melalui selekoh pada kelajuan tinggi.

Tiada rasa beroleng-oleng walaupun susuk tubuhnya lebih panjang. Bagaimanapun, hentakan pasti terasa apabila melalui jalan tidak rata dan perkara itu lumrah bagi sebuah jentera yang menggunakan suspensi sport.

Semua model Grand Livina menggunakan casis monocoque iaitu casis unibody seperti sebuah kereta yang berbeza daripada beberapa pesaingnya.

Melihat ruang dalamannya pula, bahagian kabin termasuk kerusi salutan fabrik Masumi berwarna cerah menjadikan ruang nampak lebih luas.

Ruang kokpit agak ringkas dan hanya dilengkapi dengan pemain cakera padat tunggal dan butang kawalan penyaman udara, tetapi kelihatan bergaya dengan kemasan alur kayu.

Kerusi barisan kedua boleh digerakkan ke depan dan belakang selain boleh dibaringkan bagi memperoleh ruang bagasi lebih luas.

Kerusi bahagian kedua yang senang digerakkan membolehkan penumpang barisan ketiga keluar masuk dengan mudah.

Bagaimanapun, kerusi bahagian ketiga sesuai untuk kanak-kanak atau dewasa bersaiz kecil kerana faktor bumbungnya agak rendah.

Pemanduan Grand Livina Impul memberi kepuasan sukar digambarkan dan faktor geografi kawasan perumahan penulis yang berbukit, ia tidak menjadi masalah kepada Grand Livina untuk memotong atau mendaki bukit yang tinggi.

Enjin aluminium MR18DE empat silinder DOHC 16 injap dengan sistem pemasa injap CVTC menghamburkan 123 kuasa kuda (hp) pada 5,200 rpm manakala tork juga sangat memberangsangkan iaitu pada 174 Nm pada 4,800 rpm.

Tidak terasa sebarang paksaan terhadap enjin ketika menekan pedal secara keras dan fungsi Overdrive menjadikan perjalanan lebih lancar.

Memang tidak dinafikan memandu Grand Livina seakan sama dengan sebuah kereta sedan dan paling menarik, ia mempunyai tujuh tempat duduk.

Berharga RM108,086 termasuk insurans, Grand Livina Impul mampu memberi kepuasan kepada mereka yang mahukan kenderaan dengan tujuh tempat duduk, pemanduan stabil dan paling menarik, gaya lebih sporty.

SPESIFIKASI
Nissan Grand Livina Impul 1.8L
ENJIN: MR18DE 1,798cc empat silinder 16 injap CVTC DOHC
KUASA MAKSIMUM: 123 hp pada 5,200 rpm
TORK MAKSIMUM: 174 Nm pada 4,800 rpm
TRANSMISI: Empat kelajuan automatik dengan Over Drive
CIRI KESELAMATAN: ABS, BAS, Beg udara SRS berkembar, Immobiliser
HARGA: RM108,086 termasuk insurans

TAYAR DICADANGKAN
Dunlop Direzza DZ 101
205/45 R17 84W

Takashimaya kena Bambooo

Baru sekejap tadi budak operator takashimaya
kol aku mintak tolong bayar
ansuran bulanan sebelum 2hb ni,

Aku taulah bulan lepas aku bayar lambat
dan kena bunga RM 25
tiap-tiap hari kol suh bayar
aku masih sabar lagi sebab memang salah aku
takpelah tak kesah pun.

Tapi ari ni kol lagi operator tu mintak bayar
dah lah dua ari lepas dah bayar,
pas bayar aku kol cawangan dia kat k.tganu
cakap ari ni dah bayar,

pastu tadi lak aku terima lak sms suh bayar,
aku reply lah cakap dah bayar 29 hb
masih ok lagi lah mood aku.

Tup-tup petang ni lak kol mintak bayar sebelum 2 hb ni,
apa lagi kena bamboo dan maki hamun aku lah,
Bodoh takkan sebesar syarikat tu takda online
nak check dah bayar ke tak.
Aku tau lah Due date bila
takyah kol-kol buat reminder.

Bangang betul lah berapa kali nak cakap tak taulah,
skali lagi kalo kau kol mintak duit bayar cepat,
aku cabut aku hantar balik.
Kau pasang ah ket kereta kau sampai penuh.

Special Edition Neo R3

PROTON Holdings Bhd (Proton), semalam, melancarkan Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Edition, model edisi terhad siri Satria yang cuma dikeluarkan 25 unit.

BERGAYA...Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Edition dijual pada RM115,000.



BERGAYA...Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Edition dijual pada RM115,000.
Bagaimanapun, Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata jika model berkenaan mendapat sambutan hebat, Proton akan mengeluarkannya dalam kuantiti lebih banyak.

Katanya, setakat ini, model berkenaan yang dilancarkan sempena pembabitan Proton dalam perlumbaan Formula Satu (F1) itu sudah ditempah 11 unit.

“Kereta ini direka bentuk khusus sempena memperingati pasukan lumba Formula Satu Lotus. Untuk permulaan, kami mengeluarkan 25 unit kenderaan ini sempena sambutan 25 tahun Proton.

“Bagaimanapun, sekiranya mendapat sambutan, kami mungkin akan mengeluarkan lagi edisi ini pada masa akan datang,” katanya pada sesi soal jawab bersama media selepas majlis pelancaran model berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.Majlis pelancaran disempurnakan Mantan Perdana Menteri yang juga Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hadir sama, ketiga-tiga pe mandu pasukan F1 1Malaysia Lotus, Jarno Trulli, Heikki Kovalainen dan Fairuz Fauzy.Mengulas lanjut, Syed Zainal Abidin berkata, Proton turut membuat perancangan bagi memasarkan model berkenaan ke luar negara.

Kereta berkenaan yang mendapat inspirasi daripada pasukan Lotus Racing, mengguna pakai enjin CampPro CPS 1.6 liter Proton dan ditala semula R3 bagi tambahan kuasa


Tuesday, March 30, 2010

Mini Cooper berkilat tiada insurans


GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain menunjukkan kereta Mini Cooper yang mencetuskan masalah kepada Ian (kanan) dan pasangannya, Toni.

NOTTINGHAMSHIRE, Britain - Nasib pasangan Ian dan Toni Grice amat malang selepas sebuah Mini Cooper bersadur krom berharga AS$56,956 (RM186,103) yang baru mereka beli tidak boleh dipandu di atas jalan raya kerana tidak memiliki insurans, lapor sebuah akhbar semalam.

Ian yang berusia 42 tahun ternampak model edisi terhad yang berkilat itu di sebuah bilik pameran di London pada Hari Kekasih lalu dan membelikannya untuk Toni, 41.

Beliau diberi insurans percuma selama seminggu oleh BMW yang membolehkannya memandu sejauh 193 kilometer ke rumahnya di Greasley, Nottinghamshire.

Namun, selepas tempoh itu tamat, Ian cuba untuk mendapatkan perlindungan insurans biasa tetapi permohonannya ditolak oleh semua firma insurans.

"Tiada firma insurans mahu memberi insurans kepadanya. Pihak insurans menyatakan kereta itu terlalu mudah calar dan rosak," kata Ian.

Jurucakap Persatuan Insurans Britain berkata: "Ia (kereta tersebut) mungkin menjadi sasaran pencuri. Nasihat saya, cuba tanya broker yang terlibat dengan pasaran khas. Namun, dia patut tahu sejumlah wang tertentu perlu dibayar untuk mendapatkannya."

Monday, March 29, 2010

Drift @ Mardi


Semalam aku pergi lah tengok Drift kat Mardi serdang,
best jugak layan drift ni,
last skali aku tengok pun tahun lepas kat
Stadium runtuh kuala Terengganu.

Tapi aku gi dah lewat lah,
kol 9 baru aku gi,
Biasa dia start pukul 6 ptg sampai 2 pagi.
Setiap hari sabtu jek game ni,
game pun halal,bukan haram ye
tiket satu kepala RM 5.
Bagi yang ingin belajar dan naik kereta drift
caj akan dikenakan,tapi aku tak taulah berapa.
Dengar cerita naik kereta drif RM 10 jek kot.

Tempat menonton pun selamat,
Penonton dok atas bukit,drift di bawah
aku pulak gi bawak budak-budak jadi Safety First
jadi elok sangat lah tu kan nak bawak family...

Game minggu ni kebanyakkanya pakai kereta Toyota GL
ada lah dua tiga bijik kereta Nissan Cefiro
Kereta-kereta yang stok macam
drifter profisional takda lak minggu ni.
Mungkin aku pegi tak kena hari kot,
Tapi takpe gambar dah aku snap serba sedikit
jadi layan jelah yok.


















Peminat cilik yang sukakan aksi Drift.

KL paling tinggi

KUALA LUMPUR: Bidang ‘perniagaan’ ini mungkin kurang disedari ramai, namun fakta menunjukkan sepanjang 2005 hingga tahun lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperoleh pendapatan cukup lumayan apabila mengutip RM592.7 juta hasil jualan nombor pendaftaran kenderaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan, berkata jumlah kutipan yang mencecah RM600 juta untuk tempoh empat tahun adalah cukup tinggi dan ia diperoleh berdasarkan faktor sambutan tinggi individu terhadap nombor pendaftaran kenderaan yang menjadi pilihan.

“Setiap siri nombor pendaftaran kenderaan adalah dari nombor 1 hingga 9999 dan siri paling mahal pernah dibida dan dibeli ialah TAY 1 iaitu RM220,000 yang dibuka pada 2 Februari hingga 22 Februari lalu.

“Ia diikuti TAN 1 yang dibida dan dibeli pada harga RM200,090 serta siri JJJ 1 iaitu RM166,100. Siri nombor pendaftaran kenderaan yang paling banyak menjadi pilihan individu adalah dari WPKL, Johor, Pulau Pinang dan Selangor,” katanya.

Belian daripada bidaan untuk nombor pendaftaran kenderaan kini adalah hasil utama JPJ dan setiap kali tawaran dibuka, ia menarik perhatian antara 2,000 hingga 3,000 individu berminat. Mengambil contoh jumlah pembida di WPKL, sepanjang 2008, seramai 31,900 membida dan ia meningkat kepada 45,600 pada tahun berikutnya manakala bagi tempoh dua bulan tahun ini, 12,500 pembida sudah direkodkan.

“Secara purata, harga bidaan bagi nombor 1 hingga 10 atau digelar ‘Golden Number boleh dikatakan seperti berikut. Bagi nombor 1, harga bidaan awalnya ialah RM30,000, 2 (RM20,000), 3 (25,000), 4 (RM10,000), 5 (18,000), 6 (RM15,000), 7 (RM15,000), 8 (RM25,000), 9 (RM20,000) dan 10 (10,000).

“Jumlahnya meningkat apabila bidaan dibuka dan semua nombor berkenaan biasanya habis dibeli dalam tempoh tiga minggu. Selepas itu, JPJ akan membuka pula siri baru nombor pendaftaran kenderaan mengikut negeri untuk bidaan lain,” katanya.

Menurut Solah, negeri yang paling cepat menukar siri nombor pendaftaran kenderaan adalah WPKL, Selangor, Pulau Pinang serta Perak iaitu antara tiga minggu hingga tiga bulan manakala negeri yang paling lambat ialah Perlis iaitu kira-kira tiga tahun.

WPKL dianggap ramai peminat nombor pendaftaran kenderaan sebagai tumpuan utama mendapatkan nombor idaman dan kerana itu sirinya cepat habis.

Beliau berkata, berdasarkan rekod JPJ, nombor menarik yang sering mendapat perhatian membabitkan kombinasi abjad serta nombor yang disebut menjadi satu perkataan.

Menurut beliau, antaranya ialah ‘MAF 14’ yang disebut sebagai ‘MAFIA’, ‘DR 6161’ (DRGIGI), ‘RA 21’ (RAZI), ‘RA 12’ (RAIS) juga ‘DAV 10’ (DAVID).

“Selain itu, ‘JED 1’ yang disebut ‘JEDI’, ‘AFR 17’ (AFRIT), ‘MAN 15’ (MANIS), ‘DU 17’ (DUIT), ‘NAD 14’ (NADIA) serta ‘DAN 1’ (DANI).

“JPJ tidak melarang atau mengharamkan sebarang penggunaan nombor pendaftaran seperti MAF 14 yang disebut MAFIA selagi ia dipasang mengikut spesifikasi ditetapkan. “Jika sebaliknya, maka JPJ boleh mengambil tindakan undang-undang tetapi tidak sampai hingga menarik balik nombor pendaftaran terbabit,” katanya.

Dalam masa sama, menurut Solah, JPJ pernah menawarkan nombor pendaftaran kenderaan khas untuk syarikat pengeluar kenderaan nasional seperti siri ‘Proton’, ‘Waja’, ‘Perodua’, ‘Persona’ dan ‘Kriss’. Ada juga nombor pendaftaran kenderaan khas sempena sesuatu majlis atau konvensyen seperti ‘SUKOM’, ‘XII NAM’, ‘XI ASEAN’, ‘XXX IDB’ dan ‘X OIC’.

“JPJ melaksanakan proses bidaan secara telus dan mana-mana individu boleh membuat tawaran mengikut kemampuan masing-masing. Oleh itu, tidak timbul soal pilih kasih dan sebagainya sebaliknya semua dilakukan mengikut prosedur standard,” katanya.

TAY 1 istimewa

KUALA LUMPUR: “Satu-satunya yang satu” Itulah makna dalam Bahasa Malaysia untuk nombor pendaftaran kenderaan TAY 1 yang disebut ‘Tei Yit’ mengikut loghat Hokkien dan ‘Tai Yat’ dalam loghat Kantonis.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan, berkata di kalangan masyarakat Cina terutamanya, nombor pendaftaran kenderaan sering dikaitkan dengan pemiliknya sama ada dirinya saja atau keturunannya.

“Nombor pendaftaran kenderaan boleh menggambarkan perasaan bangga pemilik, kaitan keluarga, kenangan sesuatu tarikh tertentu dan bunyi di sebalik abjad serta nombor jika disebut penuh.

“Begitu juga dengan TAY 1. Jika abjad serta nombor disebut penuh maka bunyinya hampir menyamai dialek bermaksud satu-satunya yang satu. Ia boleh dianggap satu kebanggaan,” katanya.

Menurut beliau, satu contoh yang boleh dikaitkan dengan kebanggaan keluarga ialah TAN 1 yang dibida dan dibeli pada harga RM200,090 juga di Terengganu.

Selain nombor pendaftaran untuk bidaan, JPJ juga ada menyediakan siri nombor pendaftaran yang boleh dibeli mengikut abjad serta nombor sedia ada seperti idaman pelanggan.

“Satu contoh unik ialah nombor pendaftaran TAK 121. Ada individu sanggup mendapatkannya kerana TAK 121 itu dianggapnya sebagai akronim kepada ‘Tarikh Aku Kahwin 12 haribulan 1’.

“Saya tidak pasti sama ada individu berkenaan dapat memiliki nombor pendaftaran berkenaan atau sebaliknya tetapi ia menunjukkan keunikan minat setiap individu terhadap sesuatu nombor pendaftaran,” katanya.

Menurut Solah, banyak lagi nombor pendaftaran kenderaan yang menjadi pilihan individu mengikut cita rasa sendiri seperti tarikh lahir, dianggap nombor bertuah dan sebagainya.

Bagaimanapun, tidak semua nombor pendaftaran cantik itu melalui proses bidaan sebaliknya ada yang dipilih atau diterima secara terus apabila membeli kenderaan baru.

“Ada yang beranggapan bahawa nombor 1 itu hanya eksklusif kepada VVIP dan sebagainya. Bukan begitu sebenarnya kerana ada juga nombor 1 yang tidak diperoleh mana-mana pihak dalam siri nombor pendaftaran kenderaan.

“Jika ia berlaku, JPJ akan menarik semula nombor berkenaan dan menawarkan proses bidaan kepada sesiapa saja yang berminat kerana ia sebenarnya bernilai tinggi dan lebih penting, penjualannya memberi sumbangan kewangan kepada negara,” katanya.

Dalam masa sama, Solah turut memaklumkan bahawa proses menukar siri akan dibuat kira-kira dua bulan sebelum siri nombor pendaftaran kenderaan sedia ada tamat. Bagi proses bidaan, ia memakan masa dua minggu dan setiap pembida hanya boleh melakukan satu-satu bidaan sekali saja untuk nombor pendaftaran yang menjadi pilihan.

Menurut beliau, ketika itu, pembida perlu memasukkan 50 peratus deposit harga penuh dalam bidaan dan jika berjaya, mereka perlu melunaskan baki 50 peratus lagi dalam tempoh dua minggu.

“Selepas itu, mereka diberi tempoh dua minggu lagi untuk mendaftar nombor pendaftaran kenderaan yang baru. Jika gagal melakukan sama ada membayar baki 50 peratus atau mendaftarkan nombor berkenaan dalam tarikh ditetapkan, wang berkenaan dikira hangus dan JPJ boleh membuat tawaran bidaan sekali lagi pada nombor pendaftaran sama.

“Ramai yang tidak faham dengan perkara berkenaan menyebabkan ada di kalangan pembida yang berjaya berputih mata kerana gagal menuruti syarat dikenakan. Bagaimanapun, deposit pembida yang gagal dalam bidaan akan dikembalikan,” katanya.

Friday, March 26, 2010

Jenama pilihan di seluruh dunia



PENDERITAAN dan kesengsaraan rakyat Jepun akibat Perang Dunia Kedua menyebabkan rakyat negara tersebut menyimpan keazaman untuk bangkit daripada sejarah hitam.

Perang Dunia Kedua merupakan peperangan paling dahsyat dalam sejarah dunia moden apabila ia mengakibatkan kerosakan harta benda dan mengorbankan kira-kira 50 juta nyawa.

Perang Dunia Kedua itu melibatkan Kuasa Bersekutu (perikatan negara-negara Komanwel, Perancis, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Soviet dan China) serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman, Itali, dan Jepun).

Bagaimanapun, Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah tersendiri apabila ruang udara dan senjata nuklear digunakan buat kali pertama.

Lebih malang, senjata nuklear telah digunakan dua kali dalam pertempuran semasa Perang Dunia Kedua oleh AS iaitu di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun sehingga meninggalkan kesan mendalam terhadap penduduk negara Matahari Terbit itu.

Rentetan daripada detik hitam itu, sektor teknologi menjadi matlamat pembangunan ekonomi Jepun.

Kegigihan dan sikap tidak mudah putus asa rakyat Jepun bukan sahaja menjadi pendorong kepada mereka melakar nama dalam teknologi bahkan memartabatkan Jepun sebagai salah sebuah negara Asia moden hari ini.

Rakyat Jepun juga boleh berbangga kerana mereka menjadi antara salah satu pengeluar terbesar automotif dunia.

Sejarah automotif di Jepun bermula sejak 1902 apabila Shintaro Yoshida dan Komanusuke Uchiyama berganding bahu dalam perniagaan kecil yang dinamakan Automobile Company atau Otomobiru Shokai yang menghasilkan kereta percubaan dua lejang dengan enjin AS 12 kuasa kuda.

Usaha tersebut diteruskan oleh Torao Yamaba yang menghasilkan automobil wap dua lejang manakala syarikat milik Masujiro Hashimoto telah membangunkan kereta dinamakan Dattogo pada 1912. Kesemua kereta itu adalah kereta percubaan.

Evolusi automotif dari Jepun bermula sebagai pembuat kenderaan secara besar-besaran selepas Perang Dunia Kedua. Dua syarikat gergasi Toyota dan Honda merupakan antara pengeluar yang produktif menghasilkan kenderaan penumpang agar dapat menguasai pasaran besar di seluruh dunia.

Model Corolla dan model Civic pertama pada penghujung 1970-an merupakan detik permulaan penghasilan besar-besaran kenderaan penumpang pada masa itu.


WARGA Jepun bangga dengan pencapaian automatif mereka kerana kenderaan yang dikeluarkan mendapat kepercayaan masyarakat antarabangsa.

Matlamat utama pembuat kereta ini ialah untuk menghasilkan jumlah kenderaan dalam kapasiti besar agar dapat mengurangkan kos dalam pembikinannya.

Kenderaan itu juga dibuat dalam keadaan paling asas iaitu penciptaan enjin yang ringkas tetapi ekonomikal. Berat kenderaan dikurangkan, sistem suspensi dan pengendaliannya sekadar mencukupi untuk pasaran Asia.

Rahsia kejayaan

Dalam pada itu, kejayaan sektor automotif negara tersebut juga banyak berkait rapat dengan dasar dan pelaksanaan yang sentiasa dikemaskini mengikut keperluan semasa oleh kerajaan Jepun.

Ini dibuktikan apabila pihak kerajaan sentiasa mengambil inisiatif menerusi perbincangan dengan pengeluar-pengeluar besar industri automotif untuk mengemaskini peraturan sedia ada agar kereta yang dihasilkan murah untuk dimiliki oleh rakyat Jepun dan selamat sebelum kenderaan tersebut dibenarkan berada di jalan raya.

Jepun merupakan antara negara pengeluar automotif dunia yang menjual kenderaan mereka pada harga paling rendah malah jenama kenderaan milik syarikat automotif Jepun digemari dan menjadi pilihan di seluruh dunia.

Antara jenama-jenama terkenal yang berjaya menembusi pasaran dunia termasuk Toyota, Honda, Mazda, Suzuki, Yamaha, Daihatsu, Hino dan banyak lagi.

Dengan menerapkan konsep pengeluaran besar-besaran menjadikan model bukan eksport atau dikenali sebagai JDM (Japan Domestic Market) sebagai penjana ekonomi domestik mereka.

Konsep yang dipraktikkan itu jelas membawa kejayaan kerana kenderaan yang dijual lebih banyak bagi menyokong pengilang utama.

Selepas tiga atau lima tahun, ia akan dijual semula kepada pelelong kereta untuk dieksport ke negara-negara lain sebagai kereta import terpakai dan bukan menjadi budaya Jepun membeli kereta terpakai.


PRIUS kenderaan penumpang paling laris di Jepun tidak terkecuali daripada krisis penarikan semula di pasaran antarabangsa kerana masalah brek.


Dengan konsep kereta yang ekonomikal dan menjimatkan Jepun cuba memasuki pasaran AS dalam meluaskan lagi pasarannya tetapi label kereta kelas ketiga telah menyukarkan mereka.

Begitupun, syarikat pengeluar automotif Jepun telah menggantikan nama kereta mereka kerana jenama memainkan peranan penting agar mereka dapat menembusi pasaran di AS. Toyota seumpamanya telah diganti dengan nama Lexus manakala Honda ditukar nama Acura.

Percaturan syarikat-syarikat pengeluar itu berjaya menarik minat penggemar automotif di AS sekali gus melonjakkan jenama mereka di persada dunia.

Dalam mengembangkan lagi jenama mereka di pasaran dunia pengeluar automotif itu turut menjalinkan kerjasama dalam memindahkan teknologi dan kemahiran kejuruteraan mereka agar penjualan di dalam dunia dapat melonjak tinggi.

Keselamatan pelanggan

Pengeluar-pengeluar automotif Jepun tidak hanya menumpukan kepada kenderaan penumpang konvensional sahaja tetapi turut membangunkan kenderaan mewah dan sport.

Dengan reka bentuk menarik, terkini dan dilengkapi teknologi canggih kereta-kereta yang dibangunkan itu mula menjadi kegilaan kepada penggemar kereta di seluruh dunia.


SEORANG mekanik memeriksa pedal gas kenderaan sport-utility (SUV) RAV4 Toyota di cawangan wakil pengedar kenderaan tersebut di Shanghai, China.


Pada masa yang sama, pengeluar-pengeluar itu juga tidak terkecuali membangunkan kereta-kereta hibrid yang mesra alam dalam memberi sokongan kepada penjagaan alam sekitar dan pemanasan global melanda dunia hari ini.

Bagaimanapun, kejayaan industri automotif Jepun digemparkan dengan penarikan semula jutaan kereta Toyota akibat kerosakan pedal minyak dan brek di seluruh dunia manakala syarikat Honda mengumumkan penarikan balik sejumlah kereta kerana masalah beg udara keselamatan.

Presiden Toyota, Akio Toyoda berasa amat kesal ekoran penarikan semula jutaan kereta buatannya di seluruh dunia kerana kerosakan pedal minyak selain menegaskan bahawa kenderaan syarikat itu adalah selamat.

Toyota mengaku pihaknya kini berdepan krisis tetapi menganggap keselamatan pelanggan amat penting. Toyota berjaya mengatasi syarikat General Motors pada 2008 untuk menjadi pengeluar kereta terbesar dunia kini berdepan dengan isu kualiti produk yang dikeluarkannya.

"Percayalah, kereta Toyota adalah selamat. Pelanggan didahulukan merupakan keutamaan kami, percayalah," kata cucu pengasas syarikat itu.

Beliau menambah, Toyota telah menubuhkan satu jawatankuasa siasatan dalaman bagi mengkaji masalah itu yang menyebabkan AS dan Kongres AS meningkatkan tekanan ke atas syarikat Jepun.

"Berhubung masalah penarikan pedal minyak di AS, Eropah dan China, kerja-kerja persediaan pembaikan sedang dilakukan di pusat-pusat pengedaran kami," kata Toyoda

Ujarnya, Toyota sedang melakukan kajian bagi mengkaji cara untuk menyelesaikan masalah brek Prius hibrid berikutan terdapat ratusan aduan daripada pemandu.

Katanya, bagi kereta-kereta Prius yang kini berada pada tangan pelanggan, beliau mengarahkan supaya satu penyelesaian dilakukan dengan segera.

Beliau juga dilaporkan telah meminta maaf kerana penarikan balik jutaan kereta buatannya di seluruh dunia akibat masalah pedal minyak dan brek.

Walaupun krisis sedang melanda syarikat automotif Jepun, kereta-kereta keluaran syarikat ini terus mendapat sambutan daripada pengguna seluruh dunia.

Ia mungkin disebabkan harganya yang murah berbanding dengan kereta Eropah, ekonomikal, reka bentuk menarik dan pelbagai faktor lain mendorong orang ramai memilih kereta jenama Jepun. Sumber Kosmo

AES akan dilaksana mulai Mei - JPJ

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penggunaan Kamera Pengesan Saman Secara Automatik (AES) di 831 kawasan berisiko berlaku kemalangan bermula Mei depan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, pelaksanaan sistem itu akan digunakan secara berperingkat.

Katanya, bagi fasa pertama, pihaknya menetapkan dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.

"Jika berjaya menghasilkan apa yang diharapkan, ia akan diikuti oleh lain-lain kesalahan.

"Ini termasuk kesalahan memotong di sebelah kiri, memotong garisan berkembar, memandu lorong kecemasan, kenderaan lebih muatan dan sebagainya," katanya di sini semalam.

"Kita turut menetapkan tempoh lapan bulan untuk melaksanakan sistem ini sepenuhnya di seluruh negara selepas Mei depan," ujarnya.

Beliau berkata, daripada jumlah 831 kamera AES, sebanyak 581 unit akan dipasang di lokasi kemalangan termasuk 265 kawasan lampu isyarat dan 566 lagi kawasan kenderaan dipandu laju.

Thursday, March 25, 2010

Mitsubishi Lancer edisi khas 2.0GTS
















SUDAH menjadi trend di Malaysia, syarikat pengeluar kereta akan memperkenalkan versi dipertingkatkan atau facelift bila tiba ke satu tempoh misalnya, dua tahun selepas pelancaran. Cuma yang membezakan apakah facelift itu membabitkan ciri-ciri yang besar, sederhana atau besar pada reka bentuk badan serta implikasinya pada harga.

Beberapa Lancer yang ditemui di jalan-jalan raya sudah menyaksikan 'sentuhan' modifikasi yang mirip kepada versi super Mitsubishi Evolution X terutama yang berwarna merah.

Dalam konteks ini, Mitsubishi Motors Malaysia, pengedar eksklusif kenderaan Mitsubishi di Malaysia melancarkan edisi khas Lancer 2.0GTS yang nyata memberikan kegarangan yang tentunya menawan ramai penggemar kereta.

Menurut sumber MMM, inspirasi untuk menghasilkan Lancer GTS datang daripada maklum balas positif dan minat yang tinggi daripada pengedar-pengedar yang teruja melihat versi sebuah Lancer yang 'dihias tinggi' sempena pelancaran model facelift Lancer pada tahun lalu.

Terhad kepada hanya 100 unit, edisi khas ini memaparkan reka bentuk luaran sporty yang digayakan semula dengan tambahan airdams dan diffuser di bahagian belakang, rim tayar bercorak gun metal dan reka bentuk gentian karbon sport pada spoiler belakang dan airdam pada spoiler sisi, yang menambahkan keterampilannya pada sedan Lancer yang sememangnya bergaya garang.

Penambahan daripada segi dalaman pula merangkumi kerusi berinspirasikan kereta lumba dan disarung dengan kulit Nappa yang direka semula dan tombol gear dengan jahitan berwarna merah.

Diimport sepenuhnya dari Jepun, Lancer diperkasa oleh enjin 2.0-Liter 16-injap DOHC dengan teknologi MIVEC (Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control) dan binaan ringan menggunakan aluminimum, yang menjana 155PS kuasa maksimum dan 199Nm kuasa terjahan.

Ditawarkan dalam dua warna iaitu Merah Metallic dan Hitam Mica, edisi khas Lancer 2.0GTS ditawarkan pada harga RM126,480 atas jalan tanpa insurans. Ia boleh diperolehi di semua pengedar sah Mitsubishi Motors di Semenanjung Malaysia bermula dari 7 Januari 2010.

Model ini didatangkan dengan waranti lima tahun atau 100,000 km (yang mana dulu) dan pemilik boleh menikmati ketenangan jiwa dengan khidmat sokongan Bantuan 24 jam Mitsubishi jika berlaku kerosakan atau kemalangan. Pembeli model ini juga akan menerima jaket RalliArt secara percuma (sementara stok masih ada).

HONDA CR-V makin mengagumkan


CR-V yang terbaru kini didatangkan dengan beg udara sisi dengan OPDS (Sistem Pengesan Kedudukan Penghuni Kenderaan) untuk pemandu dan penumpang hadapan.

DENGAN purata jualan sebanyak 350 unit sebulan, Honda CR-V tidak ragu-ragu lagi menakluki takhta kenderaan utiliti sport (SUV) paling diminati di negara ini. Atas faktor yang sama, Honda Malaysia pada 11 Mac lalu, memperkenalkan model CR-V baru yang didatangkan dengan ciri-ciri perubahan yang terbaru.

Direka bentuk untuk pemandu dengan gaya hidup kota yang aktif, tidak kira lelaki mahupun wanita, model CR-V baru ini telah dipertingkatkan (facelifted) secara terperinci untuk mencerminkan fungsi penggunaan dan keceriaan sebuah SUV.

Ketika CR-V dilancarkan pada tahun 1995, ia telah mewujudkan sebuah segmen pasaran yang baru, satu kategori khusus yang tidak pernah wujud sebelum itu.

Menembusi pasaran dan diterima ramai sebagai sebuah kenderaan yang unggul sama ada untuk golongan profesional mahupun mereka yang cenderung kepada aktiviti luar rumah, CR-V telah pun melalui tiga pusingan revolusi.

Sejak pelancarannya pada tahun 2007 di Malaysia, Generasi Ketiga CR-V telah berjaya dijual sebanyak 13,000 unit. Sejak itu ia menjadi model kenderaan yang terunggul dengan penguasaan pasaran kira-kira 30 peratus dalam segmen pasaran kenderaan SUV.

Di samping tahap kegunaan dan ruang simpanannya kenderaan premium yang sporty ini diketahui ramai dapat memberikan tahap keselesaan dan pemanduan dinamik yang setaraf kenderaan jenis sedan. CR-V turut menjanjikan kawalan sepenuhnya bagi para pemandu apabila dikendalikan daripada kedudukan memandu yang tinggi pusat pandangannya.

Dengan enjin 2.0 liter i-VTEC berkuasa 150 kuasa kuda (Kawalan Injap Pembolehubah Masa Pintar dan Kawalan Penggerakan Elektronik), digandingkan dengan transmisi automatik lima kelajuan, CR-V baru kini memperkenalkan ciri-ciri keselamatan yang terkini, gaya luaran yang baru dan keselesaan pemanduan yang ditingkatkan.

CR-V yang terbaru kini didatangkan dengan beg udara sisi dengan OPDS (Sistem Pengesan Kedudukan Penghuni Kenderaan) untuk pemandu dan penumpang hadapan, kenderaan SUV pertama dalam kelasnya untuk memperkenalkan peningkatan sedemikian. Ia menaikkan lagi taraf keselamatan SUV dalam segmen ini kepada satu tahap yang lebih tinggi.

Turut dilengkapi dengan sistem Bantuan Penstabilan Kenderaan (VSA), CR-V kini menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih stabil dan mantap.

Memperkenalkan gaya luaran yang lebih sofistikated, CR-V baru kini menampilkan reka bentuk baru untuk hud, penghadang depan bahagian atas dan bawah, memberikannya suatu cita rasa kota yang baru. Manakala lengkungan dan garisan-garisan yang lebih halus direka untuk meningkatkan keseluruhan aerodinamik kenderaan memberikannya kecekapan bahan api yang lebih baik. Lampu kabus yang baru pula meningkatkan lagi pencahayaan waktu malam.

Dengan penampilan yang lebih garang dari dahulu, jeriji depan dan bingkai aloi rim yang direka bentuk semula serta penghadang yang distruktur semula, mencerminkan kekuatan dalaman dan karisma yang lebih tinggi. Kini, dengan pemasangan kanta pemantulan yang baru, jarak penglihatan keseluruhan pemandu telah berjaya dipertingkatkan.

Pada bahagian belakang kenderaan, CR-V kini didatangkan dengan 4 sensor pengesan, menawarkan lebih sensitiviti dalam mengesan halangan, menjadikan pengunduran ke belakang lebih selamat dan terjamin.

Bergaya di bahagian luarannya, dengan mutu pengemasan penuh keselesaan di bahagian dalam, ruang dalaman CR-V baru kini dihiasi dengan fabrik baru bersama dengan tempat rehat lengan yang lebih luas. Ia kini turut menawarkan port USB.

Urban Titanium, suatu warna baru dalam pilihan warna yang ditawarkan, dapat memberikan suatu kesan rugged kepada kenderaan yang 'sporty ini. Warna-warna lain yang ditawarkan adalah Alabaster Silver, Polish Metal, Crystal Black dan Taffeta White.

Harga atas jalannya RM2,000 lebih daripada model sebelum ini dan kini berharga RM149,980 seunit bersama insurans.

Kenderaan bertaraf dunia

FORD Motor Company menerusi pengedar eksklusifnya di Malaysia, Sime Darby AutoConneXion menambah satu lagi produknya apabila melancarkan Ford Focus TDCi 2.0-litre Duratorq Turbodiesel yang berkuasa dan sporty.

pix_middle




Model terbabit yang diiktiraf sebagai 'Car of the Year' di Eropah dan Amerika Utara cukup dikenali dengan kualiti pemanduan, terutama kawalan stereng yang tepat dan kestabilan kerangka dan kini memasuki pasaran tempatan.

Ford Focus Diesel TDCi dijana enjin DuraTorq Turbodiesel bersesaran 2.0L berkuasa dipadankan dengan sistem transmisi inovatif PowerShift enam kelajuan yang mampu memberikan dinamik pemanduan kotak gear manual, tetapi dengan kemudahan transmisi automatik.

Pengarah Serantau Asia Pasifik di Operasi Pertumbuhan dan Eksport Ford, David Westerman, berkata enjin DuraTorq Turbodiesel 2.0L menawarkan prestasi terbaik dalam kelasnya selain kejuruteraan dan keselamatan.

"Digabungkan bersama kos lebih baik dan penjimatan bahan api, Focus TDCi tidak berkompromi terhadap prestasi pemanduannya," katanya.

Enjin DuraTorq Turbodiesel 2.0 L mampu menghasilkan kuasa sehingga 134hp (kuasa kuda) dengan daya tork lebih tinggi sekitar 340Nm pada putaran enjin yang rendah.

Terbaik dalam kelasnya, transmisi automatik PowerShift dengan teknologi klac berkembar sangat lancar dan mampu menjadikan penukaran gear enam kelajuan lebih cekap berbanding transmisi automatik konvensional.

Teknologi suntikan Common Rail tercanggih untuk kecekapan, kuasa tarikan tork lebih tinggi dan penggunaan bahan api yang rendah. Ruang dalaman Ford Focus diberi nafas segar apabila menampilkan papan pemuka berwarna gelap serta kemasan bahagian pintu dan bumbung.

Paparan tachometer besar dan meter pecutan diletakkan jauh ke dalam perumah individu. Di bahagian atasnya terletak penyukat suhu air dan bahan api yang kecil, setiap satunya dikelilingi gegelung berwarna perak.

Di antara dua meter itu ada skrin informasi LCD yang memaparkan maklumat seperti masa, suhu luar, meter perjalanan dan odometer. Sistem Perlindungan Pintar Ford (Ford Intelligent Protection System) menawarkan ciri keselamatan tertinggi.

Malah Sistem Kawalan Tarikan (TCS) Teknologi Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dan Program Kestabilan Elektronik (ESP) adalah standard.

Sementara itu, Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion, Hazem Abd Rahman, berkata pengenalan Focus TDCi baru yang sporty itu adalah antara bukti mengenai komitmen pihaknya menawarkan rangkaian kenderaan Ford bertaraf dunia.

"Kami yakin ia mempunyai tarikan kuat dalam kalangan pengguna Malaysia yang tahu menghargai gaya dan prestasi pemanduan," katanya.

Ford Focus Diesel 2.0L TDCi dijual pada harga RM128,888 seunit dengan pelbagai pilihan warna menarik.

Mercedes SLS AMG RM2j seunit


MERCEDES SLS AMG yang akan dipasarkan di Malaysia tidak lama lagi.

KUALA LUMPUR - Bercadang untuk memiliki kereta mewah yang berharga lebih RM2 juta? Jika ya, anda boleh merealisasikan impian tersebut dengan mengunjungi salah sebuah pusat pameran Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd. (Mercedes-Benz Malaysia) awal bulan depan.

Model kereta sport terbarunya, SLS AMG yang memiliki pintu Gullwing itu ditawarkan pada harga RM1,999,999 tanpa insurans.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini bersempena media previu model terbaru itu, model berkenaan berenjin V8 AMG 3.6 liter dengan transmisi Speedshift DCT tujuh kelajuan yang mampu mencapai kelajuan 100 kilometer sejam (km/j) dengan hanya 3.8 saat dan kelajuan maksimum 317 km/j.

Kereta berkenaan merupakan model pertama keluaran Mercedes-Benz yang dibangunkan menggunakan logam aluminium pada bahagian casis dan bahagian badan kenderaan berbanding penggunaan reka bentuk keluli.

Kos baiki kereta sport RM1.4 juta mahalnya!!!


GAMBAR fail menunjukkan kereta sport Pagani Zonda.

ABERDEEN, Scotland - Sebuah firma insurans menanggung kerosakan sebanyak £300,000 (RM1.4 juta) sebuah kereta sport Pagani Zonda yang rosak di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta Pagani Zonda S itu rosak teruk apabila pemandunya hilang kawalan sebelum ia melanggar tiang telefon dan merempuh pagar semasa satu sesi uji pandu di sini, baru-baru ini.

Namun, kereta itu akan dihantar ke Itali iaitu tempat ia dikilangkan bagi kerja-kerja pembaikan yang dijangka siap pada Mei depan.

"Kos pembaikan ini adalah yang terbesar untuk kereta persendirian di Britain," kata seorang jurucakap firma insurans kereta itu, Aviva.

Cuma 10 buah kereta Zonda yang setiap satunya berharga kira-kira £528,000 (RM2.6 juta) dan mampu mencapai kelajuan 352 kilometer sejam, dikeluarkan pada setiap tahun. - Agensi

Sunday, March 21, 2010

Hobi Kereta Mewah



“JAGA kereta mewah ini macam jaga bayi. Tak boleh tercalar, tak boleh kotor sikit. Hendak kena selalu perhati.

“Kalau saya pergi ke restoran pun, saya akan pastikan kereta diparkir di tempat yang boleh dilihat dari tempat saya makan,” kata Mokhtar Ahmad, seorang pemilik kereta mewah di Johor Bahru kepada Jurnal saat diajak berbicara tentang keterujaan memiliki kereta mewah.

Mokhtar, 37, yang juga Pengarah Urusan Mutiara Motors Group, mempunyai 12 buah kereta mewah yang dikongsi bersama bapanya, Datuk Ahmad Kemin. Antaranya, dua buah kereta Ferrari, sebuah Lamborghini, sebuah Porsche dan Hummer.

“Apabila memandu di jalan raya, memang banyak mata yang memandang. Apabila kereta berhenti, ramai yang mengerumuni. Lebih melucukan apabila memandu kereta mewah di luar negara atau dalam negara, ada yang mengetuk tingkap kereta semata-mata untuk menunjukkan isyarat bagus.

“Risau juga, ingatkan mereka hendak mengapa-apakan saya,” ujarnya sambil memberitahu nilai keseluruhan kereta mewahnya ialah kira-kira RM10 juta.

Bukanlah niat Mokhtar untuk mendabik dada dengan kereta mewahnya. Namun, sekadar untuk kepuasan diri memiliki apa yang diidamkan. Katanya, ini soal cita rasa. Kadang-kadang sudah biasa makan nasi, ingin pula rasa spageti.


LAMBORGHINI, produk kebanggaan Itali yang sering menjadi idaman peminat kereta mewah.

Di Malaysia, pemilik kereta mewah – daripada sultan, menteri Kabinet, ahli perniagaan hinggalah selebriti – sentiasa mendapat perhatian. Jenama-jenama seperti Mercedes, Rolls-Royce, Bentley dan Maybach juga sering dikaitkan dengan golongan ini.

Baru-baru ini, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ibni Sultan Ismail Petra telah mengemukakan saman pemula untuk menuntut perisytiharan bahawa sebuah kereta mewah buatan Bentley dengan harga belian S$706,880 (RM1.7 juta) adalah miliknya secara mutlak.

Kenderaan berwarna biru dengan nombor pendaftaran DBG 1 itu dikatakan berada di bawah jagaan kekandanya, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.

Sebagai sebuah syarikat yang turut mengedar kereta-kereta mewah, Mokhtar menganggap individu yang memiliki kereta mewah bukanlah satu utopia di negara ini.

Mokhtar berpendapat terdapat peningkatan yang ketara terhadap trend kereta mewah di Malaysia mutakhir ini.

“Berdasarkan pemerhatian dan penjualan kereta mewah di negara ini, boleh dikatakan berlaku peningkatan sebanyak 45 peratus dari awal tahun 90-an.

“Malah Malaysia merupakan salah sebuah negara yang memiliki bilangan Ferrari yang terbanyak di dunia,” ujarnya sambil memberitahu sebanyak enam unit Ferrari berjaya dijual dalam masa setahun oleh syarikatnya.

Berasaskan trend, anak muda lebih menyukai kereta mewah yang bersifat sporty seperti Ferrari dan GTR manakala warga tua sukakan Hummer.

Mokhtar juga optimis bilangan pelanggannya akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Buktinya, di lebuh raya sendiri pasti ada sekurang-kurangnya sebuah kereta mewah di jalanan. Tidak mengira apa jua jenamanya.

Namun, kereta mewah bukanlah boleh dimiliki semua orang. Bukan sahaja kerana harganya, tetapi juga unit dikeluarkan adalah terhad.

Tidak semua syarikat insurans ingin menginsuranskan kereta mewah kerana mereka sendiri bimbang risiko kerugian.

Seseorang itu mungkin perlu memiliki pendapatan RM50,000 sebulan untuk mendapatkan kepercayaan syarikat insurans.

“Cukai import kereta sahaja sudah hampir sekali ganda harga kereta. Kalau kereta rosak, untuk alat ganti kereta sahaja mencecah angka puluhan ribu.

“Misalnya untuk menukar gear box Porsche sahaja memerlukan RM30,000. Nak servis kereta pula, bukan semua bengkel boleh melakukannya. Macam saya, hendak servis kereta Ferrari, saya perlu ke Singapura,” katanya.


MOKHTAR berkongsi minat terhadap kereta mewah bersama bapanya, Datuk Ahmad Kemin.

Ubahsuai

Ditanya apakah yang menyebabkan sesebuah kereta mewah itu berharga tinggi, Mokhtar berkata, ia banyak disumbangkan oleh reka bentuk aerodinamik, penggunaan material bermutu tinggi seperti kulit alcantara dan karbon fiber, penerapan teknologi canggih dan suspensi enjin.

Walaupun kereta mewah cenderung meraih perhatian pencuri, namun Mokhtar berkata, pemilik kereta mewah biasanya tidak menambah ciri sekuriti yang lain melainkan mengekalkan sistem sekuriti yang telah sedia ada.

“Ini kerana, biasanya ia telah dikomputerkan. Sekiranya ada anasir pengubahsuaian, ia akan mengganggu sistem elektrik dan merosakkannya,” katanya.

Di sebalik prestij kereta mewah, Mokhtar mengingatkan pemilik kereta mewah agar sedar akan kelemahan kereta mereka bagi memastikan ia kekal dalam kondisi sebenar.

“Misalnya, kereta Ferrari tidak boleh dipandu laju ketika hujan. Banyak kecelakaan yang berlaku disebabkan hal ini. Ia kerana jenteranya beroperasi secara rearwheel.

“Lagipun, sesebuah kereta itu dicipta oleh pengeluar berasaskan cuaca di negara pengeluar. Jadi, pemilik di negara ini perlu bijak menyesuaikan penggunaannya,” katanya yang lebih banyak menggunakan kereta mewah pada sebelah petang dan malam.

Mokhtar juga berkata, kereta mewah bukan boleh dipandu selalu. Sebulan cuma dua atau tiga kali sahaja beliau memandu sebuah kereta mewah. Biasanya, ia hanya digunakan sebagai kereta hujung minggu atau untuk menghadiri majlis tertentu.

Apa yang melucukan, bukan himpunan kereta mewah yang selalu menjadi rebutan Mokhtar, ayahnya dan isterinya, selebriti Juliana Banos.

“Kami selalu berebut kereta tetapi bukan kereta mewah, sebaliknya kereta Perodua Myvi yang telah diubahsuai menjadi kereta Toyota Passo. Kami panggilnya Myvi Passo,” katanya tertawa.

Sejujurnya, seperti yang digambarkan kepada pemilik-pemilik kereta mewah, Mokhtar mengakui beliau melebihkan kereta daripada isterinya.

“Orang perempuan ini kurang menitikberatkan soal penjagaan kereta. Selalu saya ingatkan dia supaya sentiasa jaga kebersihan kereta. Ibu saya pun selalu saya ingatkan tentang itu,” katanya.

Dididik agar tidak hanyut dengan kemewahan, Mokhtar sememangnya seorang yang gemar merendah diri. Siapa sangka anak muda yang hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ini hanya diberikan gaji RM150 sewaktu mula bekerja bersama bapanya.

“Bapa tidak memanjakan saya dengan kemewahan. Bapa juga selalu mengingatkan saya rezeki juga datang daripada Tuhan,” ujarnya.


AZDY menyifatkan kereta mewah sebagai inspirasi kejayaan.

Sementara itu, pemilik Bentley Flying Spur empat pintu, pengacara dan pelakon AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 37, menyifatkan kereta mewah sebagai lambang kejayaan seseorang lelaki.

“Saya tidak melihatnya sebagai trend, sebaliknya ia sebagai mercu kejayaan seorang lelaki.

“Ia juga untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa menjadi artis juga mampu berjaya dan hidup mewah,” katanya yang turut memiliki Porsche Carrera, Mercedes dan BMW.

Mizal berkata, dia memilih Bentley kerana menyedari kereta itu jarang dipakai oleh golongan artis di negara ini dan kereta itu juga dipakai oleh idolanya artis antarabangsa, JayZ dan P. Diddy.

Mizal berkata, kereta Bentley itu mempunyai lambang korporat yang kuat untuk disesuaikan dengan perniagaannya AC Mizal Konsortium Sdn. Bhd yang sedang giat diusahakan.

Antara artis lain yang turut dikatakan memiliki kereta mewah ialah Norman KRU (Ferrari), Anuar Zain dan Aznil Nawawi (Porsche), serta Yusry KRU (Lamborghini).

Usahawan Azdy Aziz juga mengakui terdapat peningkatan bilangan individu yang memiliki kereta mewah dan orang Melayu juga tidak ketinggalan.

“Ia melambangkan orang Melayu bersifat daya saing dan semakin bergerak maju,” katanya yang memiliki BMW 7 Series, Mercedes dan Toyota MRS.

Bagi Azdy, kereta mewah adalah sumber inspirasi dalam melonjakkan pencapaian.

“Ia juga sebagai cara untuk kita memberikan ganjaran kepada diri sendiri atas kerja keras yang telah dilakukan,” katanya.

Plat TAY 1 harga RM220,000

KUALA TERENGGANU: Plat nombor pendaftaran kenderaan dari Terengganu terus menjadi pilihan pemilik kenderaan apabila pembidaan nombor pendaftaran kenderaan TAY 1 kini berada pada harga RM220,000.

Menurutnya, setakat ini TAY 1 menerima bidaan termahal di negara ini berdasarkan kesanggupan pembeli itu membayar RM220, 000.


“Itu saja yang boleh saya katakan, namun siapa pembelinya kita tunggu saja nanti sama ada dia orang tempatan atau dari luar Terengganu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.


Turut hadir Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan.


Abdul Rahman berkata, pihaknya akan menawarkan nombor pendaftaran kenderaan itu berdasarkan jumlah bidaan tertinggi dan sebelum ini JPJ Terengganu mencatat jualan nombor pendaftaran tertinggi menerusi nombor pendaftaran TAN 1 yang dijual pada harga RM200,090 kepada seorang usahawan tempatan.

Katanya, nombor pendaftaran lain yang merekodkan jumlah bidaan tertinggi ialah TAY 8 yang dibeli pada harga RM62,000.


“Dengan harga bidaan nombor pendaftaran yang ditawarkan, kini JPJ Terengganu mengekalkan rekod sebagai penyumbang nilai bidaan nombor pendaftaran tertinggi di negara ini,” katanya.

Saturday, March 20, 2010

Autoshow oh autoshow


Pada rakyat rakyat di sekeliling daerah setiu,
anda semua dijemput datang ke autoshow
yang berlangsung pada hari sabtu ni 20.3.2010

bermula pukul 3 hingga 6 petang
bersemperna Hari Terbuka
Kolej Teknologi Bestari.

Bagi yang ingin menyertai pula,
kategori yang dipertandingkan adalah
Kereta
Perodua
Proton
Kategori Terbuka

Motorsikal
Klasik
Air brush

Hadiah kena tanya pihak penganjur
aku tak tahu apa hadiahnya,
sebarang pertanyaan sila hubungi.
013 9880212 Lan



Monday, March 15, 2010

Kadar tol dua lebuh raya akan naik

KUALA LUMPUR 14 Mac - Kadar tol dua lebuh raya iaitu Lebuh Raya Jambatan Pulau Pinang dan Lebuh Raya Pantai Timur dijangka akan dinaikkan.

Lebuh Raya Jambatan Pulau Pinang tidak pernah dikaji kadar tol selama 25 tahun, manakala Lebuh Raya Pantai Timur akan mengkaji kadar tolnya selepas enam tahun beroperasi.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia di sini, kedua-dua lebuh raya tidak pernah menaikkan kadar tol sebelum ini.

''Semakan semula yang dilaksanakan oleh kerajaan akan menjadi kenaikan kadar tol buat julung kalinya, jika ia menjadi kenyataan,'' kata beliau lagi.

Kadar tol Jambatan Pulau Pinang masih kekal pada RM7 sementara Lebuhraya Pantai Timur yang membuka fasa pertamanya kepada orang ramai pada 1 Ogos, 2004 masih 12 sen setiap kilometer bagi kenderaan kelas pertama.

Sementara itu, sumber itu berkata, kedua-dua lebuh raya ini akan mengalami masalah jika kadar tolnya tidak dinaikkan.

"Ini adalah kerana kedua-dua pengendali lebuh raya telah meningkatkan kemudahan dan menambah perkhidmatan mereka pada kos yang tinggi. Kegagalan menaikkan kadar tol mengikut perjanjian konsesi asal mereka akan memberi kesan negatif.

"Oleh kerana kesesakan yang semakin meningkat, Jambatan Pulau Pinang telah dilebarkan dan membuka lorong ketiga pada bulan Ogos tahun lalu (2009).

"Jambatan sekarang boleh menampung 155,000 kenderaan sehari berbanding dengan 120,000 sebelum projek pelebaran dilakukan. Lorong baru itu dijangka dapat mengurangkan masa perjalanan semasa waktu sesak daripada 20 ke 11 minit," kata jelasnya.

Selain itu, Jambatan Pulau Pinang mempunyai pusat pemantauan komprehensif, dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) sepanjang masa yang dipasang pada 24 lokasi. Ia juga antara lain menawarkan perkhidmatan rondaan 24 jam untuk memberi bantuan kepada kenderaan yang mengalami masalah kecil.

"Sementara itu, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) ini sekarang sedang menyiapkan fasa keduanya yang dijangka siap sebelum 2011," kata beliau.

"Dengan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang 190km, pengguna boleh menggunakan lebuh raya empat lorong dua hala terpanjang dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.

"Kos Lebuhraya Pantai Timur (LPT) untuk fasa 1 hingga 4, adalah tinggi tetapi ia menjadi pemangkin untuk memacu dan mempercepatkan pertumbuhan ketiga-tiga negeri di Pantai Timur untuk mengimbangi pertumbuhan ekonomi antara negeri-negeri di Pantai Timur dan Pantai Barat."

Fasa 1 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) berukuran 160 kilometer panjang, menghubungkan Karak ke Kuantan. Fasa 3 dan 4 akan menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur ke selatan hingga ke Johor dan dijangka siap sebelum akhir Rancangan Malaysia ke-10.

Sumber itu berkata, kadar tol di Malaysia dianggap antara kadar terendah di dunia.

Purata kadar tol bermula daripada RM0.11 per km pada Lebuhraya Pantai Timur hingga RM0.14 bagi PLUS.

Jambatan Suramadu di Indonesia yang merentasi Surabaya dan Madura memakan kos sehingga 30,000 rupiah (RM11.04) untuk 5.4 km, ini bermakna pengguna membayar RM2.04 untuk menggunakan jambatan tersebut manakala Jambatan Pulau Pinang hanya memakan kos RM0.26 setiap km.

Lebuhraya Subic-Clark-Tarlac (SCTEx) sepanjang 94km, merupakan lebuhraya bertol terpanjang di Filipina. Kos bagi kenderaan persendirian untuk menggunakan jambatan itu bernilai RM0.15 setiap km.

"Apa yang perlu diingatkan adalah bahawa lebuh raya ini bukanlah hanya sebagai penyambung ke bandar-bandar sahaja tetapi ia juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara," kata seorang pakar lebuh raya yang enggan namanya dinyatakan.

"Tanpa lebuh raya-lebuh raya ini yang menjadi salur nadi ekonomi Malaysia, negara kita tidak akan menjadi dinamik dan tumbuh dengan pantas," kata beliau.

Kisah pemilik kereta era 70-an



ISMAIL AHMAD yang berusia dalam lingkungan separuh abad itu begitu khusyuk menggilap kereta merahnya tanpa sedikit pun rasa bosan. Sinar mentari yang membahang juga tidak mengganggu tumpuannya.

Apa yang pasti, kereta model Mitsubishi Colt 1974 buatan Jepun itu mempunyai nilai sentimental kepada dirinya. "Inilah kereta yang saya gunakan sejak 36 tahun laluharganya pada masa itu cuma RM2,500. "Pada masa itu, saya bekerja sebagai buruh kasar di sekitar Kuala Lumpur," imbas lelaki yang lebih mesra dengan panggilan Pak Uban itu.

Ironinya, Mitsubishi Colt milik Pak Uban mempunyai sistem pemanduan di sebelah kiri seperti di Eropah. Jadi, bukan sesuatu yang menghairankan jika kenderaan itu sukar diperoleh apatah lagi dilihat di atas jalan-jalan raya di negara ini.

Pada peringkat awal, Pak Uban terasa janggal memandu kenderaan tersebut apatah lagi sistem pemanduan di negara ini di sebelah kanan. Menurut lelaki yang menetap di Setapak Jaya, Kuala Lumpur itu antara faktor beliau membeli Mitsubishi Colt ialah reka bentuknya yang menarik, penggunaan minyak yang menjimatkan dan lebih murah berbanding kereta buatan Eropah atau Amerika Syarikat (AS).

Walaupun Pak Uban sekadar membeli kereta terpakai, namun dia bangga kerana model itu baru sahaja beberapa bulan dilancarkan di Malaysia. Apatah lagi pada masa itu, kereta tersebut boleh dianggap sebagai kenderaan mewah.

Pak Uban juga tidak mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk mengubah suai keretanya.

"Saya hanya habiskan sekitar RM10,000 untuk proses penjagaan enjin seperti servis, menukar alat ganti, proses mengecat dan kos menambah beberapa aksesori kecil sahaja," jelas bapa kepada tiga orang anak lelaki hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Munah Salam, 63.

Walaupun sering menggunakan Mitsubishi Clot setiap hari termasuk untuk perjalanan jauh pulang ke kampung halamannya di Kedah, kereta kesayangannya itu tidak pernah meragam.

Apa yang penting katanya, dia akan memastikan air radiator, air bateri dan minyak enjin mencukupi atau diganti mengikut waktunya. Bagi memastikan warna asalnya kekal, Pak Uban menggilap Mitsubishi Coltnya setiap hari.

Kereta Jepun di Malaysia


AHMAD YUSREE bergambar bersama Datsun B110 Driving School yang baru dibelinya setahun lalu.

Ceritanya lagi, seorang peminat kereta antik pernah menawarkan RM35,000 kepada Pak Uban supaya menjual Mitsubishi Coltnya sembilan tahun lalu, namun beliau menolaknya.

Kepada Pak Uban, kereta itu mempunyai nilai sentimental yang tinggi kerana ia dibeli hasil keringatnya. "Selagi saya hidup, kereta ini tetap berada di samping saya. Namun, jika saya sudah tiada, terpulang kepada anak-anak sama ada untuk mewarisi atau menjualnya," ujar Pak Uban.

Sejarah industri automobil di Jepun dipercayai bermula pada awal abad ke-20. Ia menyaksikan penciptaan kereta pertama dikenali sebagai Takuri yang diilhamkan daripada kereta buatan Perancis Darracq.

Kejayaan itu bagaimanapun tidak banyak membantu industri automotif Jepun malah kemunculan beberapa syarikat pengeluar kereta seperti Daihatsu (1907), Isuzu (1910), Mitsubishi (1917) dan DAT (1914) yang kemudian dikenali sebagai Datsun dilihat gagal memberi persaingan kepada kereta buatan Eropah dan AS.

Bagaimanapun sekitar tahun 60-an, kebanyakan jurutera di Jepun mula beralih kepada reka bentuk yang lebih moden, menjimatkan petrol, tahan lasak dan menepati selera masyarakat antarabangsa.

Di AS misalnya, model Datsun Sports Roadster keluaran 1963 dan Toyota Corona (1965) menjadi dua model terlaris serta berjaya membuktikan kemajuan teknologi yang digunakan pada kereta Jepun.

Tempiasnya turut dirasai di negara ini. Kemunculan beberapa model sekadar menyebut seperti Toyota Celica Siri TA (TA22, TA23, TA27, TA28 TA35), Datsun Fairlady, Datsun Skyline, Mazda siri RX (R100, RX2, RX3), Honda Civic begitu digilai sekitar tahun 70-an.

Bagaimanapun, tidak semua orang berpeluang melihat model-model kereta lama, sama ada pemiliknya sudah tiada atau ia sudah dijual kepada peniaga besi buruk.

Justeru, Kelab Kereta Lama (KKL) mengambil inisiatif untuk mempopularkannya semula. Karnival kali kedua yang dianjurkan itu berjaya mengumpul lebih 120 peminat kereta lama di sekitar Lembah Klang termasuk dari utara tanah air yang berusia di antara 17 hingga 61 tahun.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh kelab itu ialah pertandingan kenderaan paling unik, paling cantik, sesi fotografi, car boot sale, sukaneka dan sebagainya.

Selain merapatkan hubungan sesama ahli, aktiviti itu bertujuan memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai sejarah dan nilai sesebuah kereta lama.

"Syarat untuk menjadi ahli kelab ini ialah memiliki kenderaan yang dikeluarkan sebelum 1984.

"Untuk perjumpaan ini, setiap ahli dikenakan bayaran sebanyak RM20 untuk baju-T dan hamper," kata Presiden KKL, Mohd. Shuhaizad Hassan.

Selain karnival itu, pihaknya juga mengadakan pertemuan pada malam minggu secara eksklusif di sekitar Kuala Lumpur di samping merancang aktiviti berkonvoi.

Setia hingga akhir hayat


KEISTIMEWAAN kereta lama buatan Jepun terletak pada cermin pandang sebelahnya yang menyerupai tanduk.

Sementara itu, peminat kereta lama, Ahmad Fairuz Ramli, 34, mewarisi kereta Toyota Corolla KE30 keluaran 1977 daripada bapanya yang meninggal dunia sembilan tahun lalu.

Kata beliau, arwah bapanya cukup teliti dalam penjagaan kereta, pantang ada kotor, pantas kereta tersebut dicucinya malah jika ada bahagian kereta yang tercalar dia akan menghantar kereta itu ke kedai cat.

Dia dan adik-beradiknya juga tidak berpeluang memandu kereta tersebut walaupun mereka mempunyai lesen memandu. Sewaktu ibu bapanya menunaikan haji pertengahan tahun 90-an, bapanya bukan berpesan menjaga rumah atau adik-beradik tetapi kereta.

"Sebaliknya, ayah berpesan supaya enjin kereta dipanaskan bagi mengelak baterinya lemah dan angin tayar seimbang.

"Malah dia turut meninggalkan duit untuk tujuan itu maka itulah pengalaman kali pertama saya berpeluang memandu kereta kesayangan ayah di atas jalan raya," ujar Ahmad Fairuz.

Walaupun terdapat model-model kereta baru yang dikeluarkan di pasaran namun bapanya tetap setia dengan kereta berkenaan sehingga ke akhir hayatnya.

Menurut bapa Ahmad Fairuz, Corolla is the best kerana ia bersifat tahan lasak dan mudah dijaga, malah dengan kereta itu juga dia pernah menjelajah hampir ke seluruh negara ketika bertugas sebagai kakitangan kerajaan.

Selepas bapanya meninggal dunia, Ahmad Fairuz melakukan beberapa pengubahsuaian dengan membelanjakan sebanyak RM8,000 bagi memastikan ia sentiasa kekal cantik.

Walaupun memiliki beberapa kenderaan lain seperti Proton Gen2 dan Perodua Kancil, Ahmad Fairuz tetap membawa kereta itu jika mempunyai kelapangan khususnya pada hujung minggu.

Sementara itu, Ahmad Yusree Mohd. Hamdan, 34, pula berkata, sebelum membeli Datsun B110 Driving School kira-kira setahun yang lalu, beliau pernah memiliki sebuah kereta lama Datsun 160J.

Bagaimanapun kereta itu sudah dimodifikasi secara ekstrem dari badan kereta sehingga ke enjin menyebabkan identiti asalnya juga hilang.

Beliau juga sanggup mengeluarkan modal membeli sebuah kereta lama pada harga RM3,000 dengan melakukan pengubahsuaian di peringkat asas.

Selain minat, faktor lain yang menyebabkan dia teruja memiliki kereta lama ialah tidak perlu menanggung hutang atau bayaran ansuran kereta setiap bulan.

"Harganya murah, boleh terus dibeli secara tunai, lagi pun ke mana saja saya pergi, orang sudah mengecam kereta saya walaupun orang lain yang memandunya," kata Ahmad Yusree yang berkongsi minat sama dengan adiknya, Ahmad Zaki, 29.

Ahmad Yusree yang memandu selama sepuluh jam dari Gurun, Kedah ke Kuala Lumpur semata-mata bagi menyertai karnival itu mengakui untuk mendapatkan alat-alat ganti keretanya bukanlah sesuatu yang sukar. Sehubungan itu, kepada mereka yang berminat menyertai Kelab Kereta Lama (KKL) boleh melayari http://keretalama.freeforums.org