Showing posts with label Aku dan RXZ. Show all posts
Showing posts with label Aku dan RXZ. Show all posts

Saturday, July 4, 2009

Jentera baru Yamaha

RXZ kini hadir bersama rekaan grafik yang lebih menarik di atas tubuh aerodinamiknya.


RXZ terus berjaya memikat pengguna menerusi aplikasi enjin dua lejangnya yang berkuasa.

DIBANGUNKAN untuk prestasi, model Yamaha RXZ masih unggul selaku model pilihan yang popular terutamanya dalam kalangan generasi muda. Mendapat gelaran The Boss, RXZ terus berjaya memikat pengguna menerusi aplikasi enjin dua lejang yang berkuasa, walaupun kewujudannya dalam pasaran tempatan sudah mencecah berbelas tahun.

Dengan unit catalyzer yang mesra alam, RXZ kini hadir bersama rekaan grafik yang lebih menarik di atas tubuh aerodinamiknya. Penampilan lampu utama, paparan meter dan rekaan kowling dipadankan dengan lampu bahagian belakang.

Malah, unit enjin yang ditutup separuh juga menyerlahkan lagi karakter agresifnya. Hadir dengan dua warna iaitu hitam dan merah, RXZ ditawarkan pada harga RM7,504 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan nombor plat.

Sementara itu, jentera 135 LC yang menjadi model kapcai paling panas pernah dikeluarkan oleh Yamaha muncul lagi dengan tiga warna dan rekaan grafik yang baru.


135 LC ditawarkan pada harga RM6,011.80 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan nombor plat.

Kapcai empat lejang ini terbukti dari segi prestasi dan gaya nya. Pengguna mempunyai pilihan sama ada warna merah, hitam atau biru yang lengkap dengan sepasang rim sport berwana emas.

Dilengkapi dengan unit enjin bersesaran 135cc, silinder DiASil, omboh tempaan yang ringan, suspensi monocross dan rekaan fizikal yang aerodinamik, anda tidak perlu bimbang mengenai prestasinya.

Harganya, RM6,011.80 seunit (tanpa cukai jalan, insurans dan nombor plat). Maklumat lanjut, kunjungi pengedar terdekat atau sila layari laman web: www.yamaha-motor.com.my.

Wednesday, July 1, 2009

Rxz baru 2009

RXZ versi 2009 dipadan ekzos mesra alam

PENGELUAR dan pengedar motosikal, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM), baru-baru ini, memperkenalkan dua model terbaru versi 2009 iaitu RXZ dan 135 LC yang lebih sporty dan bergaya.

Dibangunkan untuk kuasa pecutan maksimum dan terbukti di litar lumba, RXZ yang dikenali dengan nama 'The Boss' menjadi satu-satunya model dua lejang yang masih diminati.

Kini RXZ versi 2009 dibekalkan dengan sistem ekzos dengan 'catalyzer' yang lebih mesra alam.

Ia turut dipadankan dengan hiasan grafik terbaru serta karakter klasik seperti pelindung lampu dan enjin, paparan panel meter yang memberi gaya jentera jalanan tulen sejati.

Didatangkan dengan dua warna pilihan iaitu hitam dan merah, RXZ dijual pada harga asas RM7,504 (tidak termasuk insurans).

Satu lagi model mendapat perhatian ramai adalah Yamaha 135 LC empat lejang dengan sistem klac automatik.

Model berkenaan tidak mengalami sebarang perubahan fizikal melainkan padanan grafik dan warna baru lebih memikat dan menarik.

Kini, 135 LC didatangkan dengan warna metalik pilihan seperti merah, hitam dan biru serta rim berwarna emas baru.

Yamaha 135 LC berkuasa 135cc sejukan cecair dipadankan bersama silinder termaju Yamaha, DiASil dan piston lebih ringan tetapi lasak.

Model berkenaan cukup dikenali sebagai sebuah motosikal yang menarik, berkuasa untuk ditunggang serta mencatatkan jualan memberangsangkan.

Yamaha 135 LC dijual pada harga asas RM 6,011.80 seunit (tidak termasuk insurans) dan kedua-dua model itu boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha.