Saturday, July 31, 2010

Waja persis Mitsubishi lancer


Inilah dia rupa sebenar waja yang akan mengemparkan negara.
pasti ramai tertunggu tunggu model ni...
Biasa lah kan, nak beli Mitsubishi loan tak lepas,
nak modified lebih lebih Abang J jeling jeling,
So bagus jugak Proton keluarkan model Waja baru bodykit macam ni
tak payah pening pening nak ubahsuai.
Ada duit lebih masuk jek Turbo, jadi Evo 10.





























Tuesday, July 27, 2010

Inilah akibat pewangi kereta meletup.

Ini pewangi kereta, sape yang tak kenal kan?,
so hati hati dengan pewangi yang jenis bertin seperti ni,
Bila anda meninggalkan kereta di tempat yang panas terik,
dengan keadaan cermin yang bertutup rapat, ianya akan meletup
biasalah dia kan bergas, di belakang tin pun ada instruction.
kawan aku pun pernah cerita pasal ni,tengok gambar di bawah tu...
so beringatlah sebelum terkena. Jangan biarkan ianya di dalam kereta anda.

Tempat letak pun pecah

Tembus cermin

see...

Saturday, July 24, 2010

Kemushkilan Lambang salib pada baju,kereta dan hiasan

Assalamualaikum ustaz, saya adalah salah seorang peminat bola sepak dunia.. saya meminati banyak pasukan Eropah. ini kerana ada lambang Salib Setan .. saya mahu tahu adakah saya sebagai seorang muslim boleh memakai jersi tersebut. Saya hanya meminati pasukan tersebut, sekiranya tidak boleh dipakai, adakah dalil yang melarang kita memakainya. Saya ada berbincang bersama rakan - rakan, mereka beritahu saya bahawa kita boleh memakai asalkan kita tidak mengagungkan lambang tersebut. Saya memang ragu - ragu dalam hal ini. Tolonglah selesaikan masalah saya ini ustaz. sekian, wassalam.


JAWAPAN

Wa'alaikumussalam,

Apa-apa sahaja logo jika adalah benar-benar sebuah lambang salib, ia tidak boleh dipakai sama ada di baju atau lainnya bagi seorang Muslim. Kerana penganut Islam tidak dibenarkan mengiklankan sebarang perkara yang bertentangan dengan Islam. Dalilnya adalah cukup mudah iaitu firman Allah:-

وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلإِثْمِ وَٱلْعُدْوَانِ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ

Ertinya : dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya ( Al-Maidah : 2)

Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini membawakan sebuah hadis yang menjelaskan lagi larangan member apa jua bantuan sama ada tersirat dan tersurat kepada hal ehwal yang bertentangan dengan aqidah dan hukum Islam. Hadisnya

ومن دعا إلى ضلالة كان عليه من الإثم مثل آثام من اتبعه إلى يوم القيامة ، لا ينقص ذلك من آثامهم شيئا

Ertinya : Barangsiapa yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya sehinggalaha hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit ( Riwayat Muslim & Ibn Majah )

RED DEVIL, CARLSBERG & CHEVROLET

Jika ia bukan lambang salib, tapi hanya dirasakan sebagai salib hasil imaginasi sendiri, maka tiada masalah untuk memakainya, contohnya seperti kereta Chevrolet. Lambang kereta ini, seseorang individu mungkin menganggapnya sebagai salib namun jika dilihat di forum ini, penganut Kristian merasakan lambang Chevrolet itu adalah anti-kristian dan bukannya pro kristian. Apapun, jika seseorang itu secara tidak dapat dikawal sentiasa terbayang merasakan ia lambang salib, tatkala itu, elok ia dijauhi juga. Namun, dalam konteks biasa, logo kereta tersebut bukanlah salib.

Satu persoalan berkaitan adalah lambang Red Devil pada logo Manchester United.

Walaupun hakikat sebenarnya kita tidak tahu bentuk Syatitan yang sebenarnya, namun apabila manusia telah membuat imaginasi tersendiri berkenaan bentuk Syaitan, menamakannya sebagai Devil dan diterima umum sebagai satu lambang Devil. Tatkala itu lambang Red Devil yang berada di logo Manchester United juga termasuk dalam antara logo-logo yang TIDAK BOLEH, diiklankan dan disyiarkan (ditayang dan dibanggai) oleh seorang Muslim sama ada ditampal di dinding mahupun digunakan di atas pakaiannya.

Justeru, apa-apa logo jika telah diterima umum sebagai satu lambang syaitan, kemungkaran, kejatana, heavy metal dihiasi amalan dan perbuatan kesyaitanan seperti (Black Metal). Logo itu telah menjadi haram untuk digunapakai.

Berbalik kepad Red Devil, jika ia benar-benar membawa imej umum sesuatu yang bersifat kesyaitanan, atau apa-apa aktiviti kesyaitainan dan dosa. Tatkala itu sudah termasuk dalam kategori Black Metal dan sememangnya tidak terlepas dari hukum haram.

LOGO MANCHESTER UNITED HARUS DAN MAKRUH BILA ?

Tetapi jika imej kesyaitanan dan aktviti dosa besar seperti Black Metal tersebut tidak berkait dengan Red Devil, kerana ia lebih membawa imej umum kepada hal bola sepak dan sukan, tatkala itu ia masih boleh digunakan.

Begitu juga jika ada individu tertentu boleh menyongsang arus lalu mendakwa ia berjaya mengelakkan hati dan pemikirannya dari mengakui ia sebuah lambang syaitan, dan kekal merasakan ia hanya sebuah lambang kumpulan bola sepak terkenal dunia yang tiada kaitan dengan syatitan atau sepertinya, tatkala itu BOLEH dan DIHARUSKAN baginya untuk memakainya.

Walaupun begitu, jika ia boleh menimbulkan fitnah dikalangan orang lan yang melihat, sehingga pemakai dianggap selaku menyokong sesuatu yang diharamkan, hukum HARUS berubah kepada makruh. Kesimpulannya, dalam hal Red Devil, hukum boleh jadi berbeza-beza kerana kepercayaan, keyakinan si pemakai dan orang yang melihat. Yang terbaik, sudah tentulah menjauhinya akibat rasa syubhah yang wujud.

Yang pasti, individu yang soleh dan mengabdikan diri kepada Allah tidak akan sama sekali memerlukan logo ini di dalam kehidupannya. Jika berminat sekalipun, cukuplah menyokong pasukan tersebut dalam pertandingannya tanpa perlu melibatkan diri dan menghabiskan duit dengan membeli jersi-jersi dan barang berlogo sebegitu.

Namun begitu, memakai jersi pasukan Liverpool yang dengan jelas memaparkan logo arak Carlsberg adalah muktamad hukumnya adalah HARAM menurut hukum Islam berdasarkan dalil-dalil dan hujah sebelum ini dan juga yang diberikan di bawah.

LAGI DALIL HADIS

Selain dalil Al-Quran di atas, sebahagian dalil lain kepada pengharaman mengguna termasuk memakai sesuatu yang diharamkan untuk Muslim adalah hadis :-

نهانا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نشرب في آنية الذهب والفضة وأن نأكل فيها، وعن لبس الحرير والديباج
وأن نجلس عليه، وقال: هو لهم (أي للكفار) في الدنيا ولنا في الآخرة

Ertinya : Rasulullah Sallahualahiwassalam telah melarang kami makan dan minum dari bekas yang diperbuat dari emas dan perak, dan memakai (kaum lelaki) pakaian dari sutera dan juga menggunakannya untuk alas duduk, baginda juga berkata : itu semuanya untuk orang kafir di dunia, dan kita hanya dibenarkan di Syurga kelak. ( Riwayat Al-Bukhari)

Berasaskan dari hadis terbabit, lalu para ulama membuat kesimpulan sebuah kaedah iaitu :-
وما حرم استعماله حرم اتخاذه تحفة وزينة

Ertinya : dan apa-apa yang diharamkan penggunaanya, diharamkan juga mengambilnya sebagai baranngan yang disayangi ( barang dianggap berharga = masterpiece) dan perhiasan. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusuf Al-Qaradawi)

Kaedah ini menjawab persoalan sama ada ia diagungkan atau tidak, hakikatnya pemakaian, menjadikan hiasan sama ada sebagai pakaian, hiasan di rumah dan ditontonkan kepada orang ramai itu adalah sebenarnya secara langsung merupakan satu bentuk pengagungannya.

KESIMPULAN

Hukumnya memakai baju kumpulan bola berlambang salib secara jelas dan berlogo apaapa jenama yang diharamkan oleh Islam seperti Carlsberg itu adalah berdosa dan diharamkan untuk orang Islam memakainya dan dijadikan perhiasan dan masterpiece yang dibanggai.

Mankala hukum memakai pakaian yang berlambang Red Devil adalah di antara Harus dan Makruh sebagaimana yang disebutkan sitausi berbezanya di atas. Namun, sekiranya ia benar-benar dianggap sebagai logo dan tanda Devil dan tanda negatif dan kejahatan bagi masyarakat awam di sesuatu tempat, ia boleh berubah menjadi haram.

Manakala menggunakan kereta berlogo Chevrolet adalah harus.





Sumber myadha.

Friday, July 23, 2010

Model baru Proton Ke ni ?

Adakah ni Exora Turbo, Ala-ala model Caldina.

Proton dijangkakan akan mengeluarkan model Exora version Turbo tapi bila dan macammana bentuknya masih menjadi misteri, Biasalah Pengeluar-pengeluar kereta mana yang nak hebohkan sebelum tarikhnya. Jadi sama sama kita tunggu lah rupa dan bentuknya.


lebih lowed dari exora.

Rumah Kenangan


Ini lah rumah kenangan aku masa kecik kecik dahulu. Inilah juga rumah tempat aku dilahirkan bersama 2 orang lagi adik aku. Banyak kenangan tentang rumah ni... Rumah ni dibina tahun berapa aku tak ingat, tapi siap pada 1981 mengikut tarikh yang ditulis oleh Abah aku lah. Rumah ni berdekatan Sek.Men Nasharuddin Alor Lintang Besut. Aku tinggal di rumah ni tak lama, Sekitar tahun 1992 rumah ni selamat dijual pada seorang guru yang mengajar di sekitar daerah Besut.

Family aku start berpindah di sekitar tahun 1989 sebab bapak aku bertugas di kawasan Setiu,tinggal lah rumah ni dan sekali sekala tu ada lah balik jenguk jenguk hari minggu, bila dah selalu kena tinggal, abah aku bagilah sewa kat seorang cikgu. Hampir setahun jugaklah dia sewa pastu tinggal macam tu jek... Bila dah selalu tinggal, takda orang dan abah aku buat keputusan nak menetap di Setiu, so keputusanya jual lah dengan harga hampir 100k, masa buat rumah ni, modal habis dalam 28k jek rasanya... Tapi tu dulu, zaman sekarang mana nak dapat rumah ngan tanah harga ni.

Kenangan pasal rumah ni yang aku tak dapat lupakan antaranya,aku sempat mengecat rumah, grill dan pintu. Ini untuk kali kedua sebab tahun 1982 aku lahir, rumah ni siap tahun 1981 mana sempat cat yang pertama kan hehe... Rumah ni lah juga tempat aku gaduh dengan adik aku, aku hiris tangan dia sebab berebut pisau, tu zaman umur 5, 6 tahun. Tempat ni jugak lah selalu aku main air banjir masa kecik kecik dulu, tapi banjir kawasan ni tak dalam setakat paras paras betis jek...zaman budak budak dulu dalam lah haha...

Hmmm sekarang ni adik beradik aku dah besar besar. Kenangan plak banyak di Setiu ni, bersekolah dan membesar di sini. Rumah ni kalo aku ada duit aku nak beli balik... Tu pun KALAU jek hehe, berapa yek nilai pasaran rumah ni hmmmm

Tuesday, July 20, 2010

Daulat Tuanku



Hari ni cuti semperna keputeraan Sultan Terengganu
Duli yang maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah


Daulat Tuanku

Saturday, July 17, 2010

Proton Exora Rollover Crash Test

Proton Exora Crash Test

Pengganti Waja ala Mitsubishi Lancer 2.0 GT


SHAH ALAM 15 Julai - Kehadiran model baharu menggantikan Proton Waja menjelang suku keempat tahun ini, dijangka mampu meningkatkan lagi penguasaan pasaran Proton dalam industri automotif tempatan dan antarabangsa.

Ramai yang memperkatakan tentangnya tetapi peminat kereta sudah menjangkakan bahawa model gantian itu adalah salinan versi Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang dipertingkatkan.

Bagi Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, perkara itu sememangnya bukan rahsia lagi cuma tiada pendedahan terperinci dibuat setakat ini.

"Memang benar akan ada model baru menggantikan Proton Waja menjelang suku keempat tahun ini dan kita sememangnya bekerjasama dengan pengeluar peralatan tulen (OEM) untuk mengeluarkan model ini, saya rasa anda semua sudah tahu siapa mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Proton Exora versi dipertingkatkan di sini hari ini.

Menurut pemerhati industri, kemasukan kembali 'ciri Mitsubishi' dalam Proton itu adalah hasil kerjasama pembangunan kejuruteraan terbaru antara Proton dan Mitsubishi Motors Corporation (MMC), yang juga bekas pemegang sahamnya.

Difahamkan model yang menggantikan Waja akan menampilkan beberapa perubahan kosmetik dalaman dan luaran berbanding model Lancer 2.0 GT sedia ada di pasaran.

Antaranya, ia akan menggunakan enjin dengan kapasiti yang lebih kecil sedikit, iaitu 1.8 liter (kemungkinan dari enjin Proton Putra), komponen dalaman menggunakan produk keluaran vendor tempatan yang terpilih serta beberapa ciri lain yang dapat menjadikan model itu mampu menawarkan harga lebih berdaya saing.

Harga jualan yang dicadangkan untuk model ini di antara RM80,000 hingga RM85,000 manakala model sedia ada Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, dijual pada harga RM120,598.10 tanpa insurans di negara ini. Model itu diedarkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd.

Menurut Syed Zainal Abidin, pihaknya merancang memasang kereta itu di kilangnya di Shah Alam selain menggunakan bantuan teknikal serta kepakaran dari Mitsubishi dalam mengeluarkan komponen serta sokongan dan perkhidmatan selepas jualan.

Sementara itu, Proton menyasarkan tempahan secara konsisten antara 2,300 hingga 2,400 buah sebulan bagi Proton Exora versi dipertingkatkan yang dilancarkan hari ini.

Dijual pada harga atas jalan bermula RM58,988 bagi (B-Line MT), RM65,998 (M-Line MT), RM70,998 (M-Line AT) dan RM76,998 (H-Line AT).

"Pembeli boleh membuat tempahan mulai hari ini di semua cawangan Proton Edar di seluruh negara dan masa menunggu untuk model ini ialah sebulan dari tarikh tempahan," katanya.

- UTUSAN

Thursday, July 15, 2010

Baru Exora Mc (minor change)

Proton Exora Minor Change bakal dilancarkan pada sabtu ini di semua
Proton Showroom seluruh Malaysia.
Ia didatangkan dengan ciri ciri mewah
dengan sedikit perubahan kosmetik serta warna,
Perbezaan harga hanya RM1000 sahaja dari yang biasa.

Proton Exora B-Line MT RM58,998
Proton Exora M-Line AT RM70,998
Proton Exora H-Line AT RM76,998

































Half car half motorcycle

Kenderaan separuh motor separuh kereta,
campuran motorcycle Harley Davidson dan Mercedes
Ni bagus untuk penjimatan minyak hehe...

Harga Minyak Naik 5 Sen Mulai Tengah Malam Ini


PETALING JAYA: Kerajaan dijangka mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 5 sen berkuat kuasa tengah malam ini.

Bagaimanapun, bagi petrol RON97 akan ditetapkan harga siling RM3 setiap liter.

Sementara harga gas petroleum cecair (LPG) naik 10 sen sekilogram.

Difahamkan pengumuman mengenai kenaikan itu akan diumumkan pada pukul 8 malam ini.

Serentak dengan itu, harga gula juga dijangka naik sebaik 25 sen setiap kilogram selaras dengan usaha kerajaan mengurangkan kos subsidi yang tinggi ditanggung kerajaan sekarang.

Berikut adalah harga baru:

* Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
* Diesel - RM1.75 seliter.
* Gula - RM1.70 sekilogram
* Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Bagus sangat lah statement di atas. Apa lagi nak naik pulak pas ni.....Gula nak naik pulak pasni ,barang lain komfirm naik. Hmmm sangat bagus kerajaan 1 Malaysia ni...Naiklah lagi- naiklah lagi biar rakyat pulak naik angin pasni, tapi yang cerdik jek naik angin, yang tak cerdik sokong jek minyak naik...Semua setuju apa pemimpin 1 Malaysia cakap Bagus bagus!!!!

Wednesday, July 14, 2010

Tah sempat ke tidak


Sempat ke tak aku nak booking plate WUF ni,
bunyi macam garang sket
macam salakan anjing takpun serigala (wolf)
skang dah WUC, bank satu berita pun tak terima lagi...
nak booking dulu kan,
dibuatnya tak lulus loan macamana.
bazir duit booking jek...
papehal wait and see

Check number terbaru

Sila klik ke portal JPJ di kanan blog ini
untuk mengetahui senarai no plat terkini.
Nak booking ke nak check saman ke boleh je
click, semuanya di hujung jari anda

Friday, July 9, 2010

Hari kemas rumah


Hari minggu adalah hari untuk rumah hehe
bukan Orang rumah jek kena buat kerja
sang Suami jugak kena tolong,
macam ni lah rutin mingguan aku hehe

Besok plak hari untuk lepak
takyah buat buat kerja dah
ada program gi jalan, pergi jalan lah
bawak orang rumah...

Wednesday, July 7, 2010

Cerita pasal Henset

Ni entri saje saje nak mengenang zaman dulu dulu
time aku mula mula pakai henset.
Aku pakai henset mula mula sekali tahun 2001.

Masa tu aku pakai henset jenis Mitsubishi,
ni kira henset pertama aku lah
aku try google tapi tak jumpa sebab otai sangat haha,
brand lama pakai antena lagi.



Ni henset kedua,model ericsson T18.
aku beli dari pak sedara aku.
Aku pakai tak lama sangat henset ni sebab masa dulu
kakak aku belajar kat KL jadi susah nak kol,
jadi aku bagi dia lah senang mak bapak aku kol...
aku beli ni masa kerja part time dulu...
Pastu bagi adik aku terus hilang.




Pas hilang yang ni adik aku bagi pulak model nokia 8210 ni,
dia bagi sebab masa ni aku dah belajar kat KL dah,
henset ketiga aku lah ni
payah kalo takde henset nak koll.
lama jugak lah aku pakai henset ni hampir dua tahun.
skarang aku tak tau pegi mana henset ni.



Ni henset ke empat model Nokia 3310,
aku beli dari Abang aku,
tak lama aku pakai ni lebih kurang setahun.
Henset ni masih ada sekarang ni tapi kat rumah Bapak aku


Ni yang kelima dari belajar sem 2 sampai sem 5,
Henset ni aku simpan sebab ni kenangan zaman cintan cintun dulu.
henset ni Bini aku bagi (dulu Makwe).
Henset ni gempak gila,
aku pakai sampai kena ikat dengan getah baru tukar baru...



Ni henset ke enam, pemberian bini aku jugak...
tapi henset ni aku selalu tukar tukar dengan bini aku...
aku guna sampai lah last bulan June ari tu.
Keypad pun dah tanggal tanggal dah tapi masih ok lagi...
Time aku pakai ni ramai orang kutuk kutuk sebab aku tak
up to date, ketinggalan zaman
sebab zaman sekarang ni orang dah pakai smart fon...



So sebab dah tak tahan kutukan orang, aku tukar model ni
hahaha tapi aku tak beli jugak, Bini aku bagi sebab dia
dapat duit durian runtuh hehe.
So sepanjang aku pakai henset 2 kali jek aku beli,
Tu pun yang seken hand
yang lain semua orang bagi heheh.


100,000 km rupanya!!!

Hari ni hari servis Viva orang rumah aku,
pukol 12 tadi aku gi lah servis kat Perodua Gong Badak.
Tak ramai orang hari ni jap jek servis
dalam setengah jam macam tulah...



Macam biasa lah basic servis
tukar minyak hitam, air bateri, gasket dan griss
harga lebih kurang RM 117....


Time nak bayar tu aku ada lah tanya,
pasal brek kereta ni selalu bergetar bila bawak 100 km/j ke atas
Tapi aku dah agak misti Disc brek yang gelong.
Tanya orang Perodua pun sama lah jawapanya.

So aku pun tanyalah berapa ringgit kalo tukar,
dia cakap milage sekarang ni berapa,
aku cakaplah 76,000 km...
Dia cakap boleh repair lagi under guarentee...
aku tanya lagi 'bukan ke 50,000 ke gerenti dia'
Dia cakap mana ada 50,000, 100,000 km lah gerentinya...
ataupun 3 tahun yang mana terdahulu
termalu kejap aku heheh.

Tulah aku selalu pakai tapi tak baca lak manual book dia
aku ingatkan sampai 50,000 jek gerenti hehe
Takpe besok pagi pagi aku anta perodua lagi servis break.
Hari ni tak boleh buat sebab makan masa selama 1 hari jugak.
Sebelum kena bayar baik gi cepat cepat selagi ianya free.

Jom Tengok Bola

Perlawanan pagi ni jam 2.30 am antara


Netherlands



Dan


Uruguay




Malam besok antara




Sepanyol





Jerman




Jom kita pakat pakat layan