Showing posts with label Myvi. Show all posts
Showing posts with label Myvi. Show all posts

Monday, March 21, 2011

Myvi baru

Myvi 1.5 liter dilancar Julai


PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melancarkan model Myvi yang dipertingkatkan dengan ciri baru berkuasa 1.3 liter pada Mei manakala model berkuasa 1.5 liter pada Julai atau September tahun ini sebagai kesinambungan kepada model Myvi yang juga model paling laris keluaran Perodua ketika ini.

Bagaimanapun, beberapa perubahan besar dilakukan membabitkan ruang dalaman dan luaran model itu berbanding model sedia ada antaranya papan pemuka baru, reka bentuk depan dan belakang lebih sporty serta warna baru bagi model berkuasa 1.5 liter.

Sumber industri automotif berkata, model baru Myvi ditawarkan dalam beberapa varian membabitkan transmisi automatik dan manual itu akan memulakan pengeluarannya pada Mei di kilang Perodua di Sungai Choh, Rawang selepas pengeluaran bagi model sekarang dihentikan akhir bulan ini.

“Model baru Myvi ini mengalami perubahan saiz dimana saiznya dikecilkan sedikit berbanding model sekarang dan kusyen tempat duduk ditebalkan bagi menambahkan keselesaan kepada penumpang selain menggunakan papan pemuka baru, sekali gus menjadikan model berkenaan lebih bergaya.

“Reka bentuk model ini lebih kompak dengan ciri reka bentuknya dilakukan jurutera Perodua selari dengan sasaran pembelinya ialah golongan muda manakala sesi uji pandu model berkenaan sudah dilakukan serta hanya menunggu masa untuk dilancarkan,” katanya ketika dihubungi Bisnes Metro di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, model Myvi pertama kali diperkenalkan di pasaran pada 2005 dan menerusi model baru ini, Perodua turut memperkenalkan enjin berkuasa 1.5 liter yang kini digunakan pada model Alza menjadikan model berkenaan lebih berkuasa dan menjimatkan penggunaan minyak.

Difahamkan gambar mengenai model berkenaan juga sudah mula tersiar menerusi beberapa laman web automotif dan ketika ditanya mengenai harga jualan bagi model berkenaan, sumber itu berkata bagi model berkuasa 1.3 liter akan dijual lebih tinggi sedikit daripada model sekarang manakala harga bagi model 1.5 liter lebih rendah daripada model Perodua Alza.

Bagaimanapun, beliau berkata, harga atas jalan bagi kedua-dua versi Myvi itu masih menunggu kelulusan daripada kerajaan dan dijangka harga bagi model 1.3 liter diumumkan tidak lama lagi.

Ketika ini, harga bagi model Myvi 1.3 liter SX (metalik) misalnya dijual pada harga atas jalan (OTR) termasuk insurans RM43,900 manakala harga Alza 1.5 liter GX (metalik) dijual pada harga RM55,900 seunit.

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh sebelum ini dilaporkan berkata, model baru kereta kompak yang bakal diperkenalkan itu dijangka lebih popular daripada barisan model paling laris sedia ada iaitu Myvi, Alza dan ViVA.

Sumber Kosmo

Saturday, June 26, 2010

Myvi Baru Ke?

Myvi baru akan keluar,
adakah berbentuk macam ni...
Sama samalah kita tunggu.

Kalo cantik aku Order satu





Sunday, June 6, 2010

Adik aku xciddent

Ni gambar kereta adik aku yang exciddent petang tadi, dia on da way balik ke K.Terengganu nak ambik isteri dia kerja. Tah macammana sampai dekat selekoh area kg Rhu Tapai dekat kawasan merang setiu. Kereta terbalik 2, 3 kali jugak lah tapi nasib baik tuanya tak pape. Cuma sakit badan jelah.Dulu dah xciddent skali dengan kancil dia, ni skali lagi plak dengan myvi. Apalah nasib badan.Aku baru jek balik dari Balai polis buat report.Semalam jugak aku baru post entri kereta dia.Ari ni dah hancur.



Nilah tempat kereta terbalik


Kereta terbalik sebelah driver
dan tiang tengah kemek kedalam.


Side mirror patah



Pasir penuh dalam kereta




Tayar tercabut


Tayar dan rim hancur



Tuan kereta mengenang nasib




Ditarik tow truck

Myvians

Ini gambar bukan ahli club Myvi ok.
Gambar ni aku snap di sekitar Kuala Terengganu
masa aku jalan jalan makan angin.

Kiranya ni antara Myvi yang boleh diketagorikan
yang cantik dan agak extrim jugak lah...
Semua owner aku tak kenal,
kalo ada yang terperasan ke atau tertengok kereta ni
helo helo lah kat sini ok.


Kereta ni macam biasa jek sekali pandang.
Myvi model standard kan.

Tapi bila difokus dari dekat tengok lah rim dia,
ADVAN RG 5 hole,pcd berapa aku tak taulah.

Ni agak extrim, satu body colour hitam merah
siap dengan sticker ADVAN lagi.
Dengan Halfcut passo


Ni dari model biasa di modified pada Myvi SE.
ADVAN RG 17" inci.