Showing posts with label Jasamu Dikenang. Show all posts
Showing posts with label Jasamu Dikenang. Show all posts

Tuesday, July 20, 2010

Daulat Tuanku



Hari ni cuti semperna keputeraan Sultan Terengganu
Duli yang maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah


Daulat Tuanku

Wednesday, July 7, 2010

Cerita pasal Henset

Ni entri saje saje nak mengenang zaman dulu dulu
time aku mula mula pakai henset.
Aku pakai henset mula mula sekali tahun 2001.

Masa tu aku pakai henset jenis Mitsubishi,
ni kira henset pertama aku lah
aku try google tapi tak jumpa sebab otai sangat haha,
brand lama pakai antena lagi.



Ni henset kedua,model ericsson T18.
aku beli dari pak sedara aku.
Aku pakai tak lama sangat henset ni sebab masa dulu
kakak aku belajar kat KL jadi susah nak kol,
jadi aku bagi dia lah senang mak bapak aku kol...
aku beli ni masa kerja part time dulu...
Pastu bagi adik aku terus hilang.




Pas hilang yang ni adik aku bagi pulak model nokia 8210 ni,
dia bagi sebab masa ni aku dah belajar kat KL dah,
henset ketiga aku lah ni
payah kalo takde henset nak koll.
lama jugak lah aku pakai henset ni hampir dua tahun.
skarang aku tak tau pegi mana henset ni.



Ni henset ke empat model Nokia 3310,
aku beli dari Abang aku,
tak lama aku pakai ni lebih kurang setahun.
Henset ni masih ada sekarang ni tapi kat rumah Bapak aku


Ni yang kelima dari belajar sem 2 sampai sem 5,
Henset ni aku simpan sebab ni kenangan zaman cintan cintun dulu.
henset ni Bini aku bagi (dulu Makwe).
Henset ni gempak gila,
aku pakai sampai kena ikat dengan getah baru tukar baru...



Ni henset ke enam, pemberian bini aku jugak...
tapi henset ni aku selalu tukar tukar dengan bini aku...
aku guna sampai lah last bulan June ari tu.
Keypad pun dah tanggal tanggal dah tapi masih ok lagi...
Time aku pakai ni ramai orang kutuk kutuk sebab aku tak
up to date, ketinggalan zaman
sebab zaman sekarang ni orang dah pakai smart fon...



So sebab dah tak tahan kutukan orang, aku tukar model ni
hahaha tapi aku tak beli jugak, Bini aku bagi sebab dia
dapat duit durian runtuh hehe.
So sepanjang aku pakai henset 2 kali jek aku beli,
Tu pun yang seken hand
yang lain semua orang bagi heheh.


Saturday, June 26, 2010

Sudah lama ku idamkan.


Alhamdulillah hari ni dapat jugak...
dah lama sebenarnya aku idamkan benda ni.
Selalunya dok aim aim benda ni,
tengok orang pakai meleleh air liur hehe...
Bila dah murah baru dapat beli.

Kerja aku semua berurusan dengan orang berduit,
yelah semua bapak bapak kontraktor
uwang nya penuh poket,
bawak gedget pun canggih manggih,
walaupun orangnya tak berapa nak canggih...

Dan akhirnya hari ni dapat jua,
itupun hasil pertolongan orang rumah aku...
Dia lebih Ber uwang dari aku hehe
aku jenis pokai sentiasa...

Terima kasih daun keladi,
tahun depan beli yang canggih lagi huhu...

Monday, June 21, 2010

Hari abah

Hari ni semperna hari Bapa,
aku bawak la abah aku pergi makan sate...
Ni memang favourite Abah aku ni.

Kalo ada apa sahaja yang berlaku
dalam keluarga aku seperti kawin ke,
cuti sekolah ke memang pergi makan sate.
memang takda pergi tempat lain.

Tempat biasa pergi mana lagi Jabi lah,
kat area besut...
Nak ajak pergi jauh jauh
takut tak larat plak..
plak tu takut abah aku tak makan plak
benda yang orang muda muda makan.

Takpelah demi Abah aku lakukan
segalanya walaupun terpaksa bangun pagi
pastu tak jadi pergi tempat dijanjikan.
apapun selamat hari Bapa
walaupun dia tak tau baca blog hehe



Sunday, June 20, 2010

Kau pergi jua




Malam ni malam bersejarah sebab
kereta aku telah diambil orang sebentar tadi.
Dengan harga yang boleh dikira ok jugaklah
kalo diikutkan dengan usia dan kerosakkan
yang bakal ditanggung oleh pembeli.

Hehe takpelah,
lepaskan yang ni, yang baru akan menanti.
Orang rumah aku dah siap nangis nangis lagi.
Maklumlah kereta tu kereta pertama dia.
Tapi kereta nama aku lah.

Banyak kenangan masa aku pakai dia dulu.
Selalu ulang alik dari Setiu ke Kemaman.
Pergi Perak dua tiga kali.
Pergi JB jalan jalan.
Balik kampung di Melaka...
adik beradik aku pun selalu pinjam.
Abah aku pun selalu jugak pakai...

Tapi sekarang dia sudah tiada,
pergi bersama dengan pembeli baru
orang Kota Bharu.
Terputuslah hubungan kita berdua...

Sunday, May 9, 2010

Selamat hari Ibu



Selamat hari Ibu untuk Ibu Mertua
dan Ibu Ibu di luar sana...

Tiada ucapan hari Ibu untuk Mak aku
sebab dia telah lama tiada di dunia ini

Al fatihah

Saturday, April 10, 2010

Mahal gila!!

Ini adalah moto aku yang terakhir yang aku beli masa mula-mula kerja dulu.Sebelum ni dah banyak gak aku pakai moto antaranya EX5,Honda Wave,SS Spirit,RXZ dan Honda Cub C70.Moto ni aku beli dalam bulan 12,2006,tarikh tak berapa ingat dan malas pulak nak tengok geran.Sorylah gambar sebenar aku tak dapat snap sebab moto ada kat KL,ni gambar pakcik google jek,tapi macam nilah wajahnya sekarang.

Ok berbalik pada tajuk aku,sebenarnya tadi abah aku kol bagitau,moto aku ni dihantar servis kat kedai cina kat area Greenwood sebab enjin dah tak berapa boleh blah dah,aku tak tau lak apa yang rosak.Sebabnya moto ni ditangan adik aku,aku bagi tujuan untuk belajar,tapi tak tau ah takut bawak CIKARO plak he he.Tapi masa ngan aku dulu aku tak penah lak bawak cikaro,bawak bakal bini aku adalah.

Abah aku cakap tadi upah untuk tukar blok,rim piston dan overhaul semua skali RM 1000,mak aii mahalnya ngalahkan repair kete kancil plak,tapi tak kesahlah bukan aku yang bayar pun,kalo kena kat aku maunya aku tangguh dulu biar jek rosak.Tapi sebenarnya ada bagus jugak repair sebabnya start taun 2006 tak pernah pun Overhaul moto ni.

Masa mula-mula beli dulu aku dah ulang alik kerja dari Greenwood ke Sri Serdang,pastu lak kena lawat site ke Dengkil dan Kuala Kubu Bharu.Berapa jauh dah tu.pastu lak aku dapat kerja kat kemaman,Bawak balik dari KL ke Setiu dengan moto,ulang alik lagi dari setiu ke Kemaman,tapi ari minggu je lah.Hari hari maunya patah pinggang aku.Berapa jauh tu!!

Masa aku pakai pun aku monitor servis jek,biasa ah moto baru tak risau sangat,aku pakai hampir setahun moto ni,Pastu pass lak kat adik aku,dia ambik bawak gi belajar,Dari Setiu ke KL naik moto gak,Kat Kl di pedajal moto aku gi rempit kat dataran tiap tiap malam minggu,aku tau sebab kantoi saman aku check atas nama dia,ada 3 saman tahun lepas punya.Dia Hentam pegi JB pun ada gak.

Pas adik aku yang ni,adik bongsu aku lak pakai buat gi kelas sekarang,ulang alik jugak dari Greenwood ke Kelang,jauh gak tu.Ari tu jek sebelum kelas dia start adalah di servis clutch ngan radiator,terbang dah RM 200 kat situ hehe.Tapi takpe semua tu bukan aku bayar,sape pakai dialah bayar kan.Masa dia sevis ari tu pun dia bawak balik Setiu,long distence lagi kan.Pendek kata banyak kali ah moto ni dilenjan jarak jauh.

Jadi sekarang memang patut lah ianya diservis sebab enjin dah tak boleh blah dan aku pun tak kesah sangat sebab sekali lagi duit aku selamat he he,sape pakai dia lah yang tanggung kan.Janji moto tu tetap moto aku sebab aku yang beli,ansuran pun aku bayar dan geran pun nama aku.Bagus moto ni,bagi sape nak pakai moto,aku galakkan pakai moto ni.Tapi long distence tak berapa digalakkan sebab kebas bontot.Kalo dekat ok,ad power dan sedap bawak.