Showing posts with label Touch up dan make up. Show all posts
Showing posts with label Touch up dan make up. Show all posts

Monday, August 23, 2010

Dah siap

Ingat tak lagi entri Adik aku xciddent ari tu, sekarang ni dah siap dah. Baru keluar sebelum puasa hari tu. Claim insuran ari tu semua habis dalam RM 18k jugak, banyak jugak lah rosaknya. Bila dah siap owner dia dah bosan dengan baju lama, so ubah sket baju baru bagi gempak sket hehe. Dia cakap baju baru untuk pakai raya ni, Baju raya lah ni. Body baru ni bersticker kan TEIN trend budak budak kereta sekarang ni. Sticker ni semua adik aku buat sendiri sebab dia ada kedai sticker... Sila rujuk post ni untuk penjelasan hehe. Tolong iklan kedai sket, mana tau ada orang kenal kedai ni kat Setiu ni, so boleh lah pergi buat tempahan kalo nak. Sebarang jenis sticker dan no plate pun boleh ditempah...
ooopss tak lupa juga Banner dan Sign Board. Silalah...





Sunday, April 11, 2010

Kerja Touch up viva

Hari ni aku nak story mengenai kerja kerja touch up sebuah viva standard modified, hasil sentuhan adik aku yang memiliki sebuah kedai make up kereta yang melibatkan sticker. Kerja yang banyak memerlukan ketelitian dan kekemasan. Ok berbalik pada Viva ni, sebenarnya kereta ni baru jek lepas accident dengan lori kat bandar k.terengganu, masuk ari ni dah 2,3 ari keluar bengkel Perodua.Jadi korang layan jelah gambar ni yang tengah panas panas lagi aku ambik petang ni. Choww

Pemasangan sticker pada grill depan,
bagi nampak macam grill Myvi

Kerja kena teliti,
baru hasil cantik


Ok siap grill depan, Ni hasilnya.

Pemasangan sticker hitam pada tiang tengah.


Enterframe kete sendiri sket.
ada orang sebelah batuk
sebab ngaku kete sendiri ha ha.

Pintu yang ditukar dan dicat baru.

Apa lagi taruk sticker hitam laa.


Nombor plate pun kena tukar baru

Hasilnya yang dah siap,
Lupa lak nak ambik gambar keseluruhan.