Showing posts with label info pengguna. Show all posts
Showing posts with label info pengguna. Show all posts

Friday, January 21, 2011

Mulai tahun depan,semua kenderaan wajib ada Air Bag


RANTAU PANJANG, 21 Jan. - Mulai tahun depan, semua kenderaan kecuali kenderaan pacuan empat roda diwajibkan memasang beg udara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, langkah itu bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Katanya, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kemalangan maut akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.

“Mulai tahun depan, kerajaan akan mewajibkan semua kenderaan dipasang beg udara bagi keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2011, di sini, hari ini. - Bernama

Thursday, January 13, 2011

Penonton kemalangan boleh disaman - JKJR

KUALA LUMPUR 13 Jan -- Pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan mereka untuk menonton sesuatu kemalangan sehingga menjejas kelancaran lalu lintas boleh disaman, kata Ketua Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Beliau berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah peraturan 16 (1).

"Hanya terdapat lima pihak yang berperanan semasa kemalangan jalan raya berlaku iaitu saksi kemalangan, anggota penyelamat, agensi kerajaan yang berkepentingan, pertubuhan bukan kerajaan yang berkepentingan dan orang awam yang dilatih sebagai paramedik atau mempunyai kemahiran dan latihan dalam memberikan bantuan kecemasan.

"Pihak lain tidak sepatutnya berhenti kerana ia hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas menjadi semakin buruk malah boleh mendatangkan risiko lain seperti kemalangan kecil.

"Oleh sebab itu, mereka boleh disaman kerana menghalang lalu lintas dan mengganggu operasi menyelamat mangsa kemalangan," katanya kepada pemberita semasa kempen advokasi JKJR di sini hari ini.

sumber Utusan

Friday, November 12, 2010

Berita baik untuk pemilik Perodua


Diskaun baik pulih kereta PERODUA



PETALING JAYA: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menawarkan diskaun kos baik pulih sebanyak 25 peratus kepada pemilik kenderaan PERODUA yang terjejas akibat banjir di utara Semenanjung dan Kelantan, baru-baru ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata PERODUA menjangka lebih 1,000 kenderaan PERODUA terbabit dengan masalah banjir itu dan ada antaranya mungkin rosak teruk akibat ditenggelami air.
Katanya, pemberian diskaun itu sebagai tanda prihatin dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat terhadap pelanggannya, dengan diskaun turut membabitkan kos keseluruhan baik pulih termasuk kos buruh dan alat ganti.

“PERODUA juga akan menanggung kos menunda kenderaan yang terjejas sehingga nilai maksimum RM100,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pusat servis dan alat ganti (2S) PERODUA Puchong dan varian terbaru ViVA iaitu ViVA Elite Exclusive Edition di sini, semalam.

Aminar Rashid berkata, banjir yang melanda utara Semenanjung baru-baru ini turut menjejaskan tiga cawangan PERODUA dengan masing-masing dua di Kedah dan satu di Perlis, selain 22 kakitangan syarikat juga turut terjejas akibat bencana itu.

“Daripada tiga cawangan itu, dua milik pengedar dan kita akan menyalurkan bantuan RM5,000 kepada pengedar terbabit untuk diagihkan kepada kakitangan.

“Bagi 22 kakitangan PERODUA yang terjejas akibat banjir itu, kami akan beri bantuan RM1,000 untuk kakitangan yang berkeluarga dan RM750 bagi yang masih bujang,” katanya.
PERODUA juga menghulurkan bantuan masing-masing RM10,000 kepada Perlis dan Kedah.

Monday, October 11, 2010

Tips Membeli dan Memilih Tayar


Kadang kala kita terleka dan tidak mengambil kira dalam membeli tayar kenderaan kita, ia boleh mengakibatkan kemalangan atau ketidaksuaian dengan kederaan kita, cuba kita perhatikan dan renungan sejenak mengenai kod atau simbol yang terdapat di bahagian sisi tayar kenderaan kita....

Contoh maklumat pada permukaan sisi tayar :

175/70R13/82H

- lebar permukaan bawah tayar : 175 mm
- lebar permukaan sisi tayar : 70 mm
- jejari : R
- diameter rim : 13 inchi
- indeks muatan & symbol kelajuan : 82H
indeks muatan 82 = tayar itu boleh menampung muatan 475 kg
indeks muatan 71 = 345 kg
indeks muatan 125 = 1,677 kg
simbol H = kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 210 km/h


SENARAI KOD

S - 180 km/j

T - 190 km/j

U - 200 km/j

H - 210 km/j

V - 240 km/j

Z - melebihi had laju 240 km/j

W - 270 km/j

Y - 300 km/j

ZR - untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas

TREADWEAR 240 TRACTION A TEMPERATURE A 1905

- kadar kehausan bunga tayar : 240 (semakin tinggi nilai, semakin lambat haus)
- kekuatan cengkaman tayar : TRACTION A (paling bagus AA diikuti A, B & C)
- ketahanan suhu : TEMPERATURE A
A : kawasan panas
B : kawasan bercuaca normal
C : kawasan sejuk

- tarikh pembuatan : 1905

dua no pertama = minggu keberapa dibuat (dari minggu 1 - 52) jika 19
maka tayar itu dibuat pada minggu ke-19 atau minggu ke-2 bulan mei.
Dua no terakhir = tahun ia dibuat. Jika 05 maka dibuat pada 2005

Saturday, October 9, 2010

PROTON tarik balik Gen2 dan Neo tahun 2004 - 2008




Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 disebabkan kerosakan pada komponen 'clock spring' yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan.

Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata komponen terbabit menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan ‘cruise’.

Katanya, ujian rutin mengenal pasti kerosakan pada ‘clock spring’ menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu.

Beliau berkata, panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton membabitkan 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh berkenaan.

“Meskipun bilangannya kecil, keselamatan pelanggan kami sangat penting dan kami memohon maaf berikutan masalah itu.

“Kami berharap pelanggan memahami bahawa panggilan semula ini perlu untuk memastikan keyakinan berterusan terhadap keselamatan dan prestasi kenderaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Pemilik kenderaan yang terbabit boleh menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma.

Semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian ‘clock spring’ akan disediakan tanpa caj di pusat sah Proton di seluruh negara.

Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terbabit untuk memaklumkan mereka mengenai perkara itu.

Pada masa sama, Proton membuka laman web khusus, www.protonaftersales.com untuk membantu pelanggan menyemak tahun pengeluaran kenderaan masing-masing.

- BERITA HARIAN

Thursday, September 2, 2010

Tol Percuma LPT dan Karak


Kepada semua pengguna tol
di sepanjang laluan Highway LPT dan Karak,
anda akan mendapat tol percuma
dari pihak MTD untuk semua jenis kenderaan.

Tol percuma tersebut bermula dari
pukul 9 malam (7 September 2010)
hingga pukul 6 pagi (8 September 2010)
dan mulai pukul 9 malam (15 September 2010)
hingga pukul 6 pagi (16 September 2010).

Tahun ni giliran raya kampung bini aku di Melaka,
ada can lah kalo aku balik awal ni
harap harap tak jem lah sebab aku melawan arus,
orang balik kampung, aku balik KL
pastu baru balik Melaka.

Tuesday, August 10, 2010

Kadar Zakat Fitrah tahun ni mengikut Negeri


Kadar mengikut harga beras semasa
Terengganu termahal, kenapa termahal ek?
Tunaikan zakat Wajib ke atas umat Islam

Sunday, August 8, 2010

Warna Kereta & Sifat Pemiliknya


Jika dulu, kereta adalah lambang kemegahan dan kemewahan kerana jarang orang yang mampu memilikinya. Tapi kini ia sudah mampu dimiliki oleh ramai orang termasuklah remaja sendiri. Cuma tentunya bagi kereta yang berjenama biasa saja! Kereta mewah tetap untuk golongan yang berada saja! Walau apapun, tak dapat dinafikan kepentingan kereta bagi kita. Selain sebagai kemudahan, sudah pasti untuk bergaya! Sebab itulah ramai yang sanggup berhabisan untuk "mekap" kereta mereka!

Bahkan dikatakan remaja lelaki menjadikan kereta sebagai aset untuk memikat si gadis jelita. Makin canggih kereta yang dimiliki, makin cun gadis yang bakal dipikat nanti! Pun begitu, sekarang ini bukan lelaki saja yang "gila"kan kereta bahkan ramai awek yang "kaki kereta". Sanggup berhabisan demi memastikan kereta kesayangan mereka cantik dan bergaya! Cayalah!

Tiap orang juga punya citarasa tersendiri dalam memilih warna kereta sama ada yang terang atau cukup selesa dengan warna asal saja. Yang menariknya, warna kereta untuk dapat menggambarkan peribadi si pemiliknya. Nak tahu? Jom baca artikel ni sampai habis! Mungkin lepas ni kamu boleh perhatikan warna kereta si dia tu pula dan bandingkan sendiri kaitan warna kereta dengan pemiliknya.

Warna perak/silver
Wow! Warna ini memang membuatkan kereta itu nampak "mahal" dan baru. Kalau nak diikutkan, sebenarnya warna silver atau perak merupakan warna asas kapal terbang, roket, kapal atau peluru. Seperti juga kenderaan tersebut, pemilik kereta warna perak ini seorang yang pantas bertindak dan membuat sebarang keputusan. Dia tak suka meremehkan kerja atau menangguhkan sesuatu pekerjaan. Baginya, jika boleh diselesaikan segera, lebih elok diselesaikan dan tak perlu bertangguh lagi. Mereka tak suka simpan masalah lama-lama. Sebaik saja masalah itu dapat dikenalpasti, mereka akan bertindak untuk menyelesaikannya dan tindakan itu banyak menyelamatkan keadaan daripada menjadi bertambah buruk. Tidak suatu perkara pun yang boleh menghalang mereka daripada melakukan apa yang mereka ingin lakukan dan ini ada juga keburukannya kerana mereka bertindak mengikut kata hati. Namun begitu, sikap mereka yang sensitif lebih membuatkan teman-teman pening kepala. Kadangkala tu, kita perlu bertolak ansur kan? Usah terlalu buruk sangka sangat!

Warna hitam
Ha.. ramai yang menyukai warna hitam kerana ia nampak eksklusif dan penuh misteri. Sama seperti pemilihan warna hitam bagi pakaian. Apa agaknya personaliti pemilik kenderaan berwarna hitam ini? Mereka dikatakan melambangkan kuasa, prestij dan kesenangan hidup. Mereka ini sanggup melakukan apa saja demi kepentingan diri mereka serta keluarga. Selain itu, satu lagi kelebihan mereka ini, tak mudah berputus asa kerana mereka akan mencuba hingga mencapai apa yang dihajati selama ini. Tapi... kawal sikit sikap panas baran membuatkan teman-teman sering makan hati! Bila dah marah, mulalah tak ingat dunia! Itu yang selalu menjadi punca pergaduhan bersama si dia/teman! Namun begitu, sikap mereka yang terlalu mementingkan persahabatan membuatkan mereka disenangi ramai! Jangan sampai diperguna pulak!!!

Warna merah
Aduh! Merahnya Mak Ngah! Tampak gagah sekali ketika "menjalar" di atas jalan raya. Mereka yang memilih warna merah untuk kenderaan mereka dikatakan dikuasai oleh emosi dari segi perasaan mereka. Kadangkala mereka lebih gemar bertindak menurut kata hati dan naluri saja. Biarpun begitu, oleh kerana mereka ini sangat percayakan naluri sendiri, kebanyakan keputusan yang diambil itu tepat sekali seperti yang diduga. Selain itu, mereka juga punya kelebihan untuk meneka dan "membaca" perasaan orang lain walaupun tidak dinyatakan secara terang-terangan. Sebab itu juga mereka ini sering menjadi tempat teman mengadu hal kerana mereka lebih memahami biarpun kadangkala angin "satu badan" melanda!

Warna biru
Warna ini juga dikaitkan dengan sikap romantis tapi selain itu, ia turut melambangkan sikap optimistik dan yakin boleh. Kelebihan mereka, dalam kesesakan lalu lintas dan traffic jam, mereka tetap maintain cool dan susah nak "naik darah" seperti kebanyakan pemandu lain. Ah! Biasalah kan... . kalau marah-marahpun, keadaan itu tak kan berubah juga! Mereka ini juga gemar membuatkan orang lain rasa gembira ketika bersama mereka. Selain itu, mereka juga suka buat lawak! Tak kering gusi dibuatnya!

Warna hijau
Warna hijau juga sering dikaitkan dengan duit. Biarpun begitu mereka juga dikatakan seorang yang pemurah dan tak lokek dalam soal duit serta baik hati. Jadi, tak hairanlah pemilik kenderaan hijau ini sanggup berkorban masa dan wang ringgit mereka demi menolong mereka yang memerlukan bantuan mereka. Sebenarnya mereka ini suka jika dapat membantu orang lain agar hidup gembira. Prinsip mereka, lebih mulia jika menolong orang lain tanpa mengharapkan balasan. Itu semua antara faktor membuatkan mereka popular di kalangan teman-teman. Cuma kadangkala sikap mereka ini sukar untuk dibaca dan lebih senang berahsia soal peribadi dirinya... .

Warna kuning
Pemilihan warna ini tampak menonjol sekali. Mungkin sesuai dengan si pemiliknya yang gemar dirinya menjadi perhatian orang lain. Selain itu, mereka juga seorang yang bersemangat di dalam hidup. Biarpun begitu, hidup mereka sering dilanda kesunyian. Mungkin kerana sikap mereka sendiri yang sukar untuk didampingi. Mereka nak orang lain yang mula hulurkan persahabatan dulu. Alah.. apa salahnya sesekali mereka pula yang mulakan ek? Tak rugi apa pun...

Warna putih
Dari awal lagi memang mereka tertarik dengan warna putih biarpun ramai orang yang tak begitu gemarkan warna itu. Bukan apa, mudah sangat nampak kesan kotornya! Apa personaliti mereka ini pula? Pemilik kenderaan itu dikatakan seorang yang gemarkan kedamaian hidup dan inginkan kehidupannya sentiasa tenang dan tenteram. Mereka juga cepat berpuas hati dengan kehidupan mereka sekarang. Selain itu, sudah pastinya mereka ini seorang yang pembersih. Biarpun kenderaan mereka warna putih tapi tetap kelihatan bersih berkilat tau! Orangnya juga lebih tenang dalam menangani sebarang masalah. Kelemahan mereka pula, kadangkala mereka ni suka sangat bersikap acuh tak acuh dan memandang remeh pada sesuatu perkara!

Jenis kereta
Dalam memilik jenis kenderaan, masing-masing juga punya "taste" tersendiri. Ada yang nakkan kereta mereka lebih sporty. Misalnya kereta yang bahagian belakangnya pendek. Kononnya kereta ini nampak lebih ranggi! Tidak kurang juga yang lebih cenderung pada jenis klasik yang lebih nampakkan kematangan pemiliknya serta mewah!

"Sporty"
Kereta jenis ini menampilkan pemiliknya seorang yang lasak, bergaya dan berjiwa muda. Sebab itulah selalunya remaja yang menggemari kereta ini. Mereka juga seorang yang "out going" dan mudah menjalinkan hubungan dengan sesiapa saja. Jadi tak hairanlah jika mereka ini ramai kawan! Kelemahan mereka, agak kurang berhati hati dan mudah bertindak melulu. Lepas sesuatu masalah muncul barulah mereka menyesal. Tak ada gunanya beb!

Klasik
Mereka ini lebih matang dalam hidup. Sudah habis zaman mereka berfoya-foya tak tentu hala. Mereka lebih serius dalam mengatur karier hidup agar kehidupan mereka lebih terjamin di kemudian hari nanti. Selain itu, mereka juga cukup sabar dan berhati hati

Pinjam kat myadha

Friday, August 6, 2010

Cara cara penjagaan Tayar

Tayar komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.

Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.

Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.

Pertama
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

Kedua
Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).

Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.

Ketiga
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

Keempat
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.

Kelima
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.

Keenam
Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.

Thursday, August 5, 2010

BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK


LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih.

Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.
Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi


Thursday, July 15, 2010

Harga Minyak Naik 5 Sen Mulai Tengah Malam Ini


PETALING JAYA: Kerajaan dijangka mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 5 sen berkuat kuasa tengah malam ini.

Bagaimanapun, bagi petrol RON97 akan ditetapkan harga siling RM3 setiap liter.

Sementara harga gas petroleum cecair (LPG) naik 10 sen sekilogram.

Difahamkan pengumuman mengenai kenaikan itu akan diumumkan pada pukul 8 malam ini.

Serentak dengan itu, harga gula juga dijangka naik sebaik 25 sen setiap kilogram selaras dengan usaha kerajaan mengurangkan kos subsidi yang tinggi ditanggung kerajaan sekarang.

Berikut adalah harga baru:

* Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
* Diesel - RM1.75 seliter.
* Gula - RM1.70 sekilogram
* Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Bagus sangat lah statement di atas. Apa lagi nak naik pulak pas ni.....Gula nak naik pulak pasni ,barang lain komfirm naik. Hmmm sangat bagus kerajaan 1 Malaysia ni...Naiklah lagi- naiklah lagi biar rakyat pulak naik angin pasni, tapi yang cerdik jek naik angin, yang tak cerdik sokong jek minyak naik...Semua setuju apa pemimpin 1 Malaysia cakap Bagus bagus!!!!

Wednesday, July 14, 2010

Check number terbaru

Sila klik ke portal JPJ di kanan blog ini
untuk mengetahui senarai no plat terkini.
Nak booking ke nak check saman ke boleh je
click, semuanya di hujung jari anda

Friday, July 2, 2010

Toyota Masalah lagi

270,000 kenderaan Toyota alami kerosakan enjin


SEBUAH kereta Toyota Lexus dipamerkan di sebuah bilik pameran di Tokyo semalam.

TOKYO - Pengeluar kenderaan dari Jepun, Toyota Motor Corp. semalam menyatakan sebanyak 270,000 unit kenderaan Toyota termasuk sedan mewah Lexus mungkin mengalami masalah kerosakan enjin, lapor akhbar Yomiuri semalam.

Menurut akhbar berkenaan, Toyota akan memaklumkan isu tersebut kepada Kementerian Pengangkutan Jepun.

Daripada jumlah itu, dianggarkan 180,000 unit telah dijual di pasaran antarabangsa dan bakinya di Jepun.

Kenderaan itu merangkumi model Toyota Crown dan tujuh model sedan mewah Lexus.

Situasi itu sekali gus menjadi tamparan terbaru buat Toyota yang sebelum ini pernah terlibat dalam skandal memanggil semula lebih lapan juta unit kenderaannya di pasaran seluruh dunia berikutan masalah brek dan pedal minyak yang tersangkut pada karpet lantai.

Jurucakap Toyota, Hideaki Homma mengakui pihak syarikat sedang menilai langkah-langkah untuk menangani masalah enjin yang boleh mati secara tiba-tiba ketika kereta sedang bergerak. Homma bagaimanapun tidak mengesahkan bahawa tindakan memanggil semula telah difikirkan.

Toyota telah menerima kira-kira 200 aduan di Jepun berkaitan masalah kerosakan enjin.

Sebahagian pemandu memberitahu, enjin kereta mereka menghasilkan bunyi yang pelik. Namun, Homma menegaskan tiada laporan kemalangan disebabkan masalah tersebut.

Baru-baru ini, pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengenakan denda sebanyak AS$16.4 juta (RM53 juta) terhadap Toyota kerana didakwa bertindak terlalu lambat untuk menarik semula kenderaannya. - Agensi

Sumber Kosmo.


Apa masalah lagi dengan Toyota ni, dah banyak kenderaannya kena Recall. Aku rasa kualiti Toyota dah kurangkan dan tak mengambil ciri ciri keselamatan yang diketengahkan selama ni.

Semua orang tau Toyota adalah kenderaan yang berkualiti dan terjamin keselamatanya sebelum ni. Jadi bila ada sahaja benda benda macam ni, Toyota akan mengalami kerugian dan permintaan dari jenama ni akan kurang...

Aku harap dekat Malaysia ni Toyota tidak mengalami masalah besar macam ni...

Friday, March 26, 2010

Jenama pilihan di seluruh dunia



PENDERITAAN dan kesengsaraan rakyat Jepun akibat Perang Dunia Kedua menyebabkan rakyat negara tersebut menyimpan keazaman untuk bangkit daripada sejarah hitam.

Perang Dunia Kedua merupakan peperangan paling dahsyat dalam sejarah dunia moden apabila ia mengakibatkan kerosakan harta benda dan mengorbankan kira-kira 50 juta nyawa.

Perang Dunia Kedua itu melibatkan Kuasa Bersekutu (perikatan negara-negara Komanwel, Perancis, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Soviet dan China) serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman, Itali, dan Jepun).

Bagaimanapun, Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah tersendiri apabila ruang udara dan senjata nuklear digunakan buat kali pertama.

Lebih malang, senjata nuklear telah digunakan dua kali dalam pertempuran semasa Perang Dunia Kedua oleh AS iaitu di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun sehingga meninggalkan kesan mendalam terhadap penduduk negara Matahari Terbit itu.

Rentetan daripada detik hitam itu, sektor teknologi menjadi matlamat pembangunan ekonomi Jepun.

Kegigihan dan sikap tidak mudah putus asa rakyat Jepun bukan sahaja menjadi pendorong kepada mereka melakar nama dalam teknologi bahkan memartabatkan Jepun sebagai salah sebuah negara Asia moden hari ini.

Rakyat Jepun juga boleh berbangga kerana mereka menjadi antara salah satu pengeluar terbesar automotif dunia.

Sejarah automotif di Jepun bermula sejak 1902 apabila Shintaro Yoshida dan Komanusuke Uchiyama berganding bahu dalam perniagaan kecil yang dinamakan Automobile Company atau Otomobiru Shokai yang menghasilkan kereta percubaan dua lejang dengan enjin AS 12 kuasa kuda.

Usaha tersebut diteruskan oleh Torao Yamaba yang menghasilkan automobil wap dua lejang manakala syarikat milik Masujiro Hashimoto telah membangunkan kereta dinamakan Dattogo pada 1912. Kesemua kereta itu adalah kereta percubaan.

Evolusi automotif dari Jepun bermula sebagai pembuat kenderaan secara besar-besaran selepas Perang Dunia Kedua. Dua syarikat gergasi Toyota dan Honda merupakan antara pengeluar yang produktif menghasilkan kenderaan penumpang agar dapat menguasai pasaran besar di seluruh dunia.

Model Corolla dan model Civic pertama pada penghujung 1970-an merupakan detik permulaan penghasilan besar-besaran kenderaan penumpang pada masa itu.


WARGA Jepun bangga dengan pencapaian automatif mereka kerana kenderaan yang dikeluarkan mendapat kepercayaan masyarakat antarabangsa.

Matlamat utama pembuat kereta ini ialah untuk menghasilkan jumlah kenderaan dalam kapasiti besar agar dapat mengurangkan kos dalam pembikinannya.

Kenderaan itu juga dibuat dalam keadaan paling asas iaitu penciptaan enjin yang ringkas tetapi ekonomikal. Berat kenderaan dikurangkan, sistem suspensi dan pengendaliannya sekadar mencukupi untuk pasaran Asia.

Rahsia kejayaan

Dalam pada itu, kejayaan sektor automotif negara tersebut juga banyak berkait rapat dengan dasar dan pelaksanaan yang sentiasa dikemaskini mengikut keperluan semasa oleh kerajaan Jepun.

Ini dibuktikan apabila pihak kerajaan sentiasa mengambil inisiatif menerusi perbincangan dengan pengeluar-pengeluar besar industri automotif untuk mengemaskini peraturan sedia ada agar kereta yang dihasilkan murah untuk dimiliki oleh rakyat Jepun dan selamat sebelum kenderaan tersebut dibenarkan berada di jalan raya.

Jepun merupakan antara negara pengeluar automotif dunia yang menjual kenderaan mereka pada harga paling rendah malah jenama kenderaan milik syarikat automotif Jepun digemari dan menjadi pilihan di seluruh dunia.

Antara jenama-jenama terkenal yang berjaya menembusi pasaran dunia termasuk Toyota, Honda, Mazda, Suzuki, Yamaha, Daihatsu, Hino dan banyak lagi.

Dengan menerapkan konsep pengeluaran besar-besaran menjadikan model bukan eksport atau dikenali sebagai JDM (Japan Domestic Market) sebagai penjana ekonomi domestik mereka.

Konsep yang dipraktikkan itu jelas membawa kejayaan kerana kenderaan yang dijual lebih banyak bagi menyokong pengilang utama.

Selepas tiga atau lima tahun, ia akan dijual semula kepada pelelong kereta untuk dieksport ke negara-negara lain sebagai kereta import terpakai dan bukan menjadi budaya Jepun membeli kereta terpakai.


PRIUS kenderaan penumpang paling laris di Jepun tidak terkecuali daripada krisis penarikan semula di pasaran antarabangsa kerana masalah brek.


Dengan konsep kereta yang ekonomikal dan menjimatkan Jepun cuba memasuki pasaran AS dalam meluaskan lagi pasarannya tetapi label kereta kelas ketiga telah menyukarkan mereka.

Begitupun, syarikat pengeluar automotif Jepun telah menggantikan nama kereta mereka kerana jenama memainkan peranan penting agar mereka dapat menembusi pasaran di AS. Toyota seumpamanya telah diganti dengan nama Lexus manakala Honda ditukar nama Acura.

Percaturan syarikat-syarikat pengeluar itu berjaya menarik minat penggemar automotif di AS sekali gus melonjakkan jenama mereka di persada dunia.

Dalam mengembangkan lagi jenama mereka di pasaran dunia pengeluar automotif itu turut menjalinkan kerjasama dalam memindahkan teknologi dan kemahiran kejuruteraan mereka agar penjualan di dalam dunia dapat melonjak tinggi.

Keselamatan pelanggan

Pengeluar-pengeluar automotif Jepun tidak hanya menumpukan kepada kenderaan penumpang konvensional sahaja tetapi turut membangunkan kenderaan mewah dan sport.

Dengan reka bentuk menarik, terkini dan dilengkapi teknologi canggih kereta-kereta yang dibangunkan itu mula menjadi kegilaan kepada penggemar kereta di seluruh dunia.


SEORANG mekanik memeriksa pedal gas kenderaan sport-utility (SUV) RAV4 Toyota di cawangan wakil pengedar kenderaan tersebut di Shanghai, China.


Pada masa yang sama, pengeluar-pengeluar itu juga tidak terkecuali membangunkan kereta-kereta hibrid yang mesra alam dalam memberi sokongan kepada penjagaan alam sekitar dan pemanasan global melanda dunia hari ini.

Bagaimanapun, kejayaan industri automotif Jepun digemparkan dengan penarikan semula jutaan kereta Toyota akibat kerosakan pedal minyak dan brek di seluruh dunia manakala syarikat Honda mengumumkan penarikan balik sejumlah kereta kerana masalah beg udara keselamatan.

Presiden Toyota, Akio Toyoda berasa amat kesal ekoran penarikan semula jutaan kereta buatannya di seluruh dunia kerana kerosakan pedal minyak selain menegaskan bahawa kenderaan syarikat itu adalah selamat.

Toyota mengaku pihaknya kini berdepan krisis tetapi menganggap keselamatan pelanggan amat penting. Toyota berjaya mengatasi syarikat General Motors pada 2008 untuk menjadi pengeluar kereta terbesar dunia kini berdepan dengan isu kualiti produk yang dikeluarkannya.

"Percayalah, kereta Toyota adalah selamat. Pelanggan didahulukan merupakan keutamaan kami, percayalah," kata cucu pengasas syarikat itu.

Beliau menambah, Toyota telah menubuhkan satu jawatankuasa siasatan dalaman bagi mengkaji masalah itu yang menyebabkan AS dan Kongres AS meningkatkan tekanan ke atas syarikat Jepun.

"Berhubung masalah penarikan pedal minyak di AS, Eropah dan China, kerja-kerja persediaan pembaikan sedang dilakukan di pusat-pusat pengedaran kami," kata Toyoda

Ujarnya, Toyota sedang melakukan kajian bagi mengkaji cara untuk menyelesaikan masalah brek Prius hibrid berikutan terdapat ratusan aduan daripada pemandu.

Katanya, bagi kereta-kereta Prius yang kini berada pada tangan pelanggan, beliau mengarahkan supaya satu penyelesaian dilakukan dengan segera.

Beliau juga dilaporkan telah meminta maaf kerana penarikan balik jutaan kereta buatannya di seluruh dunia akibat masalah pedal minyak dan brek.

Walaupun krisis sedang melanda syarikat automotif Jepun, kereta-kereta keluaran syarikat ini terus mendapat sambutan daripada pengguna seluruh dunia.

Ia mungkin disebabkan harganya yang murah berbanding dengan kereta Eropah, ekonomikal, reka bentuk menarik dan pelbagai faktor lain mendorong orang ramai memilih kereta jenama Jepun. Sumber Kosmo

AES akan dilaksana mulai Mei - JPJ

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penggunaan Kamera Pengesan Saman Secara Automatik (AES) di 831 kawasan berisiko berlaku kemalangan bermula Mei depan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, pelaksanaan sistem itu akan digunakan secara berperingkat.

Katanya, bagi fasa pertama, pihaknya menetapkan dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.

"Jika berjaya menghasilkan apa yang diharapkan, ia akan diikuti oleh lain-lain kesalahan.

"Ini termasuk kesalahan memotong di sebelah kiri, memotong garisan berkembar, memandu lorong kecemasan, kenderaan lebih muatan dan sebagainya," katanya di sini semalam.

"Kita turut menetapkan tempoh lapan bulan untuk melaksanakan sistem ini sepenuhnya di seluruh negara selepas Mei depan," ujarnya.

Beliau berkata, daripada jumlah 831 kamera AES, sebanyak 581 unit akan dipasang di lokasi kemalangan termasuk 265 kawasan lampu isyarat dan 566 lagi kawasan kenderaan dipandu laju.

Monday, March 15, 2010

Kadar tol dua lebuh raya akan naik

KUALA LUMPUR 14 Mac - Kadar tol dua lebuh raya iaitu Lebuh Raya Jambatan Pulau Pinang dan Lebuh Raya Pantai Timur dijangka akan dinaikkan.

Lebuh Raya Jambatan Pulau Pinang tidak pernah dikaji kadar tol selama 25 tahun, manakala Lebuh Raya Pantai Timur akan mengkaji kadar tolnya selepas enam tahun beroperasi.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia di sini, kedua-dua lebuh raya tidak pernah menaikkan kadar tol sebelum ini.

''Semakan semula yang dilaksanakan oleh kerajaan akan menjadi kenaikan kadar tol buat julung kalinya, jika ia menjadi kenyataan,'' kata beliau lagi.

Kadar tol Jambatan Pulau Pinang masih kekal pada RM7 sementara Lebuhraya Pantai Timur yang membuka fasa pertamanya kepada orang ramai pada 1 Ogos, 2004 masih 12 sen setiap kilometer bagi kenderaan kelas pertama.

Sementara itu, sumber itu berkata, kedua-dua lebuh raya ini akan mengalami masalah jika kadar tolnya tidak dinaikkan.

"Ini adalah kerana kedua-dua pengendali lebuh raya telah meningkatkan kemudahan dan menambah perkhidmatan mereka pada kos yang tinggi. Kegagalan menaikkan kadar tol mengikut perjanjian konsesi asal mereka akan memberi kesan negatif.

"Oleh kerana kesesakan yang semakin meningkat, Jambatan Pulau Pinang telah dilebarkan dan membuka lorong ketiga pada bulan Ogos tahun lalu (2009).

"Jambatan sekarang boleh menampung 155,000 kenderaan sehari berbanding dengan 120,000 sebelum projek pelebaran dilakukan. Lorong baru itu dijangka dapat mengurangkan masa perjalanan semasa waktu sesak daripada 20 ke 11 minit," kata jelasnya.

Selain itu, Jambatan Pulau Pinang mempunyai pusat pemantauan komprehensif, dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) sepanjang masa yang dipasang pada 24 lokasi. Ia juga antara lain menawarkan perkhidmatan rondaan 24 jam untuk memberi bantuan kepada kenderaan yang mengalami masalah kecil.

"Sementara itu, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) ini sekarang sedang menyiapkan fasa keduanya yang dijangka siap sebelum 2011," kata beliau.

"Dengan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang 190km, pengguna boleh menggunakan lebuh raya empat lorong dua hala terpanjang dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.

"Kos Lebuhraya Pantai Timur (LPT) untuk fasa 1 hingga 4, adalah tinggi tetapi ia menjadi pemangkin untuk memacu dan mempercepatkan pertumbuhan ketiga-tiga negeri di Pantai Timur untuk mengimbangi pertumbuhan ekonomi antara negeri-negeri di Pantai Timur dan Pantai Barat."

Fasa 1 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) berukuran 160 kilometer panjang, menghubungkan Karak ke Kuantan. Fasa 3 dan 4 akan menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur ke selatan hingga ke Johor dan dijangka siap sebelum akhir Rancangan Malaysia ke-10.

Sumber itu berkata, kadar tol di Malaysia dianggap antara kadar terendah di dunia.

Purata kadar tol bermula daripada RM0.11 per km pada Lebuhraya Pantai Timur hingga RM0.14 bagi PLUS.

Jambatan Suramadu di Indonesia yang merentasi Surabaya dan Madura memakan kos sehingga 30,000 rupiah (RM11.04) untuk 5.4 km, ini bermakna pengguna membayar RM2.04 untuk menggunakan jambatan tersebut manakala Jambatan Pulau Pinang hanya memakan kos RM0.26 setiap km.

Lebuhraya Subic-Clark-Tarlac (SCTEx) sepanjang 94km, merupakan lebuhraya bertol terpanjang di Filipina. Kos bagi kenderaan persendirian untuk menggunakan jambatan itu bernilai RM0.15 setiap km.

"Apa yang perlu diingatkan adalah bahawa lebuh raya ini bukanlah hanya sebagai penyambung ke bandar-bandar sahaja tetapi ia juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara," kata seorang pakar lebuh raya yang enggan namanya dinyatakan.

"Tanpa lebuh raya-lebuh raya ini yang menjadi salur nadi ekonomi Malaysia, negara kita tidak akan menjadi dinamik dan tumbuh dengan pantas," kata beliau.

Tuesday, March 9, 2010

UM kekurangan petak parkir

KAWASAN parkir yang terhad yang dikhususkan pentadbiran universiti untuk pelajar-pelajar perubatan sehingga mendatangkan masalah kepada mereka di Universiti Malaya Kuala Lumpur.


ISU kekurangan tempat letak kereta di Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur semakin meruncing. Tahun demi tahun para pelajar di fakulti berkenaan asyik berhadapan dengan masalah yang sama.

Walaupun sudah beberapa kali kumpulan pelajar memanjangkan isu tersebut kepada pihak pengurusan fakulti, jawapan yang diterima tetap sama dan masalah itu berlarutan tanpa ada jalan penyelesaian.

Rata-rata yang ditemui melahirkan rasa kecewa dengan jumlah tempat letak kereta yang terhad dan sentiasa penuh pada kebanyakan masa.

Kawasan parkir itu bagaikan tidak mampu menampung jumlah pelajar, tenaga pengajar, staf fakulti, kumpulan doktor mahupun jururawat yang bertugas di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), yang turut meletakkan kereta di parkir fakulti.

Selain terpaksa datang awal untuk merebut tempat parkir situasi berkenaan turut mendorong warga fakulti meletakkan kereta di bahu jalan dan di sebarang kawasan yang mempunyai ruang kosong berhampiran fakulti.

"Tolonglah faham masalah kami. Kami agak tertekan setiap kali menghadiri kuliah gara-gara isu kekurangan parkir. Sebelum ini kawasan tempat letak kereta masih berada di tahap yang memuaskan tapi malangnya ia semakin kritikal sejak tiga tahun kebelakangan ini.

"Tapak parkir yang sedia ada terpaksa ditutup kerana pihak universiti memberi laluan pada projek pembangunan fakulti dan dewan serbaguna. Seharusnya pihak universiti fokus dan menitikberatkan soal kemudahan awam para pelajar," luah calon doktor falsafah, Hafiz Mohd., 33.

Tambah Hafiz, lebih merumitkan keadaan apabila pihak fakulti menggesa para pelajar meletakkan kenderaan di tasik yang terletak kira-kira satu kilometer dari fakulti perubatan.


KENDERAAN terpaksa diletakkan di tepi jalan kerana ruang parkir yang tidak cukup serta jauh.

Masalahnya kini sebahagian calon doktor pakar dan doktor falsafah bukan sekadar perlu menghadiri kuliah. Pada masa yang sama mereka melaksanakan tuntutan sebagai doktor di hospital atau klinik yang ditetapkan.

"Apa yang membimbangkan adalah sekiranya berlaku kes-kes kecemasan ketika kami bertugas dalam waktu bersiap sedia (on-call). Dalam keadaan demikian kami terpaksa meninggalkan kuliah dan bergegas ke hospital. Respons kami diperlukan dalam kadar segera tetapi terpaksa mengambil masa kerana kami perlu bergegas ke tempat parkir di tasik. Itu belum lagi dalam keadaan hujan lebat.

"Bagaimana pula dengan keadaan pelajar wanita mengandung yang terpaksa meletakkan kereta jauh dari fakulti? Tidakkah situasi ini membebankan mereka," jelas Hafiz hampir berputus asa.

Sementara itu, seorang lagi pelajar yang hanya ingin dikenali sebagai Ani, 33, melahirkan rasa tidak puas hati mengenai masalah tersebut.

Dia yang mengandung sewaktu belajar pernah merayu kepada pihak pentadbiran fakulti supaya diberi kelonggaran meletakkan kereta di sekitar fakulti tetapi tidak dilayan. Sebaliknya, dia pula diperli pihak pentadbiran: 'Kenapa mengandung pada tempoh sedang belajar?'

"Sewaktu mengandung saya turut mengalami komplikasi kesihatan. Sudahlah tidak larat berjalan sejauh satu kilometer, untuk sampai ke fakulti saya kena mendaki bukit pula. Kadangkala pada satu tahap saya minta suami yang hantarkan ke fakulti atau menaiki teksi kerana tidak sanggup lagi hendak berjalan.

"Lagipun kawasan parkir di tasik tidak luas dan memerlukan kami meletakkan kereta di celah-celah pokok. Bila parkir di sana sudah penuh, kami terpaksa meletakkan kereta di kawasan parkir yang memerlukan saya turun dan naik tangga yang curam. Saya cukup bimbang menuruni tangga tersebut apatah lagi ia tidak mempunyai susur pemegang," ujar Ani.

"Pernah juga kami diperli pihak pentadbiran yang mengatakan: 'pelajar tidak digalakkan memandu kereta'. Adakah itu logik? Wajarkah jawapan seperti itu? Kami bukan pelajar semester satu, majoriti kami ialah siswazah yang bekerjaya," tambah Hafiz.


LALUAN menuruni tangga yang curam tidak mempunyai susur tangan ini menjadi laluan ke Pusat Perubatan.


Bagi Alif Azwan, 32, memberitahu hampir tiga tahun menuntut di fakulti perubatan tiada satu pun perkhidmatan bas pergi balik disediakan dari fakulti dan tempat parkir. Sekurang-kurangnya jika diwujudkan bas berkenaan setiap 45 minit, ia dapat meringankan beban pelajar yang meletakkan di tempat kereta yang jauh.

"Bas tidak disediakan langsung. Bila kami meletakkan kereta di bahu jalan atau kawasan yang tidak sepatutnya kereta kami pula dikunci oleh pihak sekuriti.

"Bila diperhatikan, aktiviti mengunci tayar kenderaan ini semakin menjadi-jadi seolah-olah denda sebanyak RM50 merupakan sumber pendapatan utama pihak pentadbiran. Sedangkan mereka tidak menyediakan pilihan.

"Saya berharap pihak universiti mendengar keluhan kami dan mengambil inisiatif membina tempat letak kereta bertingkat bagi menampung jumlah warga fakulti perubatan yang ramai.

"Lagipun, parkir di PPUM juga sudah dipenuhi dengan kehadiran pelawat, staf dan doktor. Ia juga dikenakan caj," tegas Alif.

Monday, March 8, 2010

Masalah tempoh mansuh AP

JIKA 30 tahun lalu, tiada siapa yang dapat menjangkakan bakal ada usahawan bumiputera yang berkecimpung dalam industri mengimport kereta terpakai yang berjenama. Ketika itu, industri pengimportan kereta-kereta mewah seperti jenama Porshe, Opel, Suzuki, Alfa Romeo, Rover dan banyak lagi dikuasai oleh kaum bukan bumiputera.

Bagaimanapun, pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1971 membuka peluang kepada bukan bumiputera terutamanya orang Melayu untuk berjinak-jinak dalam cabang sektor automotif.

Pengeluaran AP kepada pengimport kereta di kalangan usahawan bumiputera misalnya, adalah antara usaha kerajaan untuk mendekatkan jurang ekonomi di kalangan rakyat.

Dasar pengimportan kenderaan bermotor secara terkawal itu bagaimanapun bermula lebih awal berbanding DEB iaitu pada 1970 dan diperkenalkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.

Ketika itu, peruntukan AP secara kuota tetap iaitu antara 30 hingga 200 unit setahun diberikan kepada kira-kira 269 syarikat pengimport bumiputera.

Dengan bermodalkan antara RM50,000 hingga RM100,000, syarikat bumiputera itu melibatkan diri secara aktif dalam usaha memecah monopoli syarikat bukan bumiputera. Sebahagian besar daripada mereka bermula dari bawah dengan modal, kepakaran dan rangkaian yang terhad.

Kerana itu ramai daripada mereka yang tidak dapat bertahan dan muflis terutamanya selepas tiga kali pusingan kegawatan ekonomi iaitu pada 1985,1994 dan 1997/1998. Ketika ini, jumlah syarikat pengimport ialah sebanyak 93 buah.

Namun apa yang lebih membimbangkan, syarikat pengimport kereta bumiputera selepas ini kemungkinan tidak akan wujud lagi. Ini bersandarkan kepada dasar baru kerajaan yang akan menamatkan jangka hayat AP terpakai pada 31 Disember 2015.

Dasar itu merupakan antara intipati kajian kajian semula Dasar Automotif Negara (DAN) yang diumumkan oleh kerajaan pada Oktober 2009. Selain pemansuhan AP, kajian semula DAN itu juga memerlukan syarikat-syarikat pengimport kereta membayar caj sebanyak RM10,000 bagi setiap kereta yang dibawa masuk.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Pemangku Presiden Persatuan Pengimport Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Zainuddin Abd. Rahman berkata, perkara itu sangat mengejutkan kerana ia dibuat secara sebelah pihak.

Pandangan Pekema selaku wakil kepada pemain industri automatif bumiputera tidak diambil kira dalam dasar itu. Dasar itu benar- benar memberi impak negatif dan boleh membunuh pengimport kereta bumiputera khususnya orang Melayu.

Sedangkan, tegas beliau, pemansuhan AP terpakai atau terbuka sebelum ini yang menjadi antara intipati awal DAN, sudah pun dipersetujui untuk dilanjutkan sehingga 2020.

Pelaksanaan caj sebanyak RM10,000 bagi setiap AP yang dikeluarkan kerajaan pula tambah beliau, akan menyebabkan ramai pengimport kereta menanggung kerugian. Ini kerana banyak syarikat yang tidak mampu untuk menghabiskan kuota AP yang diberikan kepada mereka.

Zainuddin mengambil contoh sekiranya sesebuah syarikat mendapat 500 AP, syarikat itu perlu membayar caj sebanyak RM5 juta.

''Jumlah itu terlalu besar dan ia belum mengambil kira bayaran lain seperti cukai perniagaan dan sebagainya. Sementelah bayaran caj itu pula perlu dibayar sebaik pengimport mendapat AP dan bukannya selepas kereta terjual," katanya.

Justeru, kerajaan sewajarnya mengkaji semula dasar itu dan mengambil kira survivor pengimport bumiputera yang sudah lama berkecimpung dalam dunia automotif. Pengimport seperti yang dijelaskan oleh Zainuddin, tidak mempunyai halangan untuk membayar caj itu kerana menyedari kebaikannya yang ditubuhkan sebagai tabung pembangunan bumiputera.

Bagaimanapun, katanya, caj itu biarlah pada kadar yang berpatutan dan mampu ditanggung oleh mereka. ''Pekema sudah menghantar permohonan untuk kerajaan menyemak semula caj tersebut dan menurunkannya kepada hanya RM5,000 dan dibayar selepas kereta dijual. Tetapi sehingga kini, kami masih belum mendapat jawapan," katanya.

Dalam isu pemansuhan AP itu, tambah Zainuddin, kerajaan tidak seharusnya terikut- ikut dengan desakan sesetengah pihak yang meminta ia dihapuskan. Alasannya kerana pemberian AP itu hanya memberi keuntungan kepada segelintir pihak semata-mata dan berlakunya penipuan.

Sedangkan Pekema sendiri sudah memberi jaminan kepada kerajaan untuk bertindak ke atas mana-mana pengimport yang melakukan kesalahan itu. Dalam masa yang sama, kerajaan perlu melihat bagaimana dasar AP ini berjaya melahirkan ramai jutawan Melayu dalam bidang yang sebelum ini lebih banyak dikuasai oleh sektor asing.

Dasar pemberian AP itu juga tidak membebankan kerajaan dari mana-mana sudut sekali pun seperti kewujudan tabung khas atau sebagainya. Sebaliknya, usahawan bumiputera itu berdiri di atas tapak sendiri dan melalui pelbagai keperitan, cabaran dan halangan untuk bertahan dalam industri tersebut.

Sementelah, kewujudan dasar pemberian AP kereta terpakai itu juga tidak mengganggu pasaran kereta tempatan kerana ia hanya ditetapkan pada kadar 10 peratus sahaja daripada pengeluaran kereta tempatan. Malah pada tahun lalu misalnya, hanya tiga peratus kereta terpakai sahaja dibawa masuk iaitu sebanyak 17,983 buah.

Selain itu, kereta terpakai juga mempunyai kelompok pasaran tersendiri yang jauh berbeza dengan kelompok pasaran kereta tempatan. Seperkara yang perlu diberi perhatian ialah sumbangan industri kereta import ini kepada pembangunan dan pendapatan negara.

Syarikat pengimport kereta bumiputera ini telah mengeluarkan pelaburan bernilai puluhan juta ringgit dalam bentuk pinjaman jangka panjang dengan bank.

Mereka juga menyumbang lebih RM1 bilion setahun melalui pungutan duti eksais dan duti import iaitu 30 peratus daripada pungutan cukai industri automotif keseluruhannya.

Kebanyakan pengimport kereta bumiputera yang berjaya turut membuka rantaian perniagaan dalam pelbagai bidang seperti hartanah, perhotelan perladangan dan sebagainya membabitkan pelaburan yang dianggarkan berjumlah RM1.5 bilion

Industri-industri lain seperti perkhidmatan pelabuhan tempatan, syarikat dan ejen forwading, syarikat pengangkutan, sektor baik pulih kenderaan, insurans, syarikat alat ganti dan aksesori turut merasai keuntungan daripada kerancakan sektor automotif itu.

Industri ini serta rantaian industri yang diwujudkan telah memberi peluang pekerjaan kepada kira-kira 70,000 orang rakyat tempatan.

''Kejayaan bumiputera dalam perniagaan kereta ini adalah antara hasil kejayaan daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB). Justeru, kenapa dalam 30 tahun kewujudannya yang melahirkan ramai bumiputera berjaya, ia mahu dihapuskan begitu sahaja?" tegas Zainuddin.

info Utusan Malaysia

Saturday, March 6, 2010

UMW Toyota sasar jual 88,000 kenderaan




UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) menyasarkan menjual 88,000 unit kenderaan tahun ini, peningkatan 6,000 unit berbanding tahun lalu.

Presidennya, Kuah Kock Heng berkata, syarikat itu menyasarkan penguasaan pasaran 16 peratus tahun ini, naik 15.4 peratus berbanding tahun lalu.Menurutnya, keadaan itu selaras dengan pemulihan sentimen perniagaan dan pengguna.

“Bagi dua bulan pertama tahun ini, kami meletakkan hampir 13,000 kenderaan baru di jalan raya,” katanya selepas pelancaran pusat servis Puchong Jaya oleh Pengerusinya, Tan Sri Asmat Kamaludin, semalam.

Beliau berkata, Toyota Vios, Camry dan Hilux kekal sebagai model popular syarikat.

Terdahulu dalam ucapannya, Kuah berkata, UMW Toyota memperuntukkan RM170 juta untuk perbelanjaan modal bagi meningkatkan kemudahan jualan, servis, logistik dan pembuatan.

“Ini bagi menampung bilangan kenderaan Toyota yang semakin bertambah serta meningkatkan kepuasan pengguna,” katanya.

UMW Toyota kini mempunyai 60 pusat servis di seluruh negara.

Beliau berkata, syarikat itu mencatatkan rekod baru apabila menyelenggara lebih satu juta unit kenderaan Toyota tahun lalu berbanding 900,000 unit tahun sebelumnya.

Menurutnya, bagi pusat servis baru itu, syarikat melabur kira-kira RM24 juta untuk membeli tanah dan melengkapkan pusat itu dengan kemudahan dan kapasiti untuk menyelenggara sehingga 145 kereta sehari. - Bernama

Friday, March 5, 2010

DAN: Banyak reaksi teknologi hijau

KUALA LUMPUR 4 Mac - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerima banyak maklum balas daripada para pengeluar kereta mewah berhubung lesen pengilang bagi segmen tersebut.

Ketua Setiausaha MITI, Tan Sri Rahman Mamat berkata, maklum balas itu diterima dari kalangan syarikat multinasional yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut tentang insentif yang ditawarkan dalam Dasar Automotif Nasional (DAN).

''Mereka yang berminat itu terdiri daripada pembuat kenderaan teknologi hijau dan ini merupakan satu perkembangan positif kepada industri automotif negara,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis perjanjian pengedaran kenderaan Chevrolet di antara Kumpulan Naza dan General Motors di sini hari ini.

Beliau hadir bagi mewakili Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sementara itu, dalam teks ucapannya, Mustapa menyeru syarikat-syarikat automotif tempatan supaya lebih berani meneroka pasaran dan mempelajari amalan terbaik dalam pasaran-pasaran lain untuk menjadi lebih kompetitif di peringkat global.

Jelasnya, industri berkenaan juga diminta bersedia merebut manfaat-manfaat baru yang diperoleh dalam setiap Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).

''Pengurangan dan pemansuhan tarif di bawah FTA akan membantu menyediakan peluang terbuka lebih baik kepada pasaran alat ganti dan komponena dalam negara-negara rakan kongsi,'' tambahnya.

Mustapa berkata, industri automotif tempatan mempunyai kitaran pusingan produk yang pendek berikutan perubahan pilihan pengguna yang pantas.