Showing posts with label Keje keje keje. Show all posts
Showing posts with label Keje keje keje. Show all posts

Tuesday, June 15, 2010

Mencari Sesuap Nasi

Study Drawing

Check Details

Kawasan kerja

Tempat bersidang.


Posing jap

Baru semalam cakap,hari ni dah try naik.


Ha ha ha macam poyo jek tajuk entri, Takda apa yang nak di update hari ni. Biasalah hari hari kerja, kemana lagi kalo tak gi kerja kan. Nilah tempat kerja aku sekarang, skali tengok macam Negeri Pasir Dua Butir dalam cerita laksamana Do Re Mi. Tempat Discussion plak kat luar Cabin, Cabin jek cantik dan baru Aircond tak masuk lagi, katanya besok. Tempat kerja aku ni di sebuah Institusi terkenal di Negeri Terengganu, tak bleh bagitau nanti ada orang cari hehe...

Hari ni aku gi kerja bawak orang rumah, sebab tu lah ada gambar ni. Kalo aku sendiri malas nak ambik ambik gambar tempat kerja ni, nampak macam poyo jek. Indon, Bangla tengok semacam pose tengah tengah panas. Orang lain kerja kat site pakai Safety Halmet, aku hentam pakai topi Meet Uncle Hussin hehe. Takpe CIDB tak round masuk, kalo tak mampos gue.

Oh lupa lak, aku bawak orang rumah aku ni bertujuan sebenarya. Bukan saje saje orang rumah aku ni nak menyebuk ikut gi kerja nak ngintip kan. Psss tempat kerja aku ni ramai aweks aweks student haha,cari nahas betul. Aku bawak gi Proton Showroom kat Mahkamah Kuala Terengganu, Ingat nak test drive tapi takda lak kereta test drive.Semalam kan ada entri pasal persona, hari ni apa lagi pergi tanya lah. Excited punya pasal tak sabar sabar nak pakai hehe, tunggu lah loan pas dulu baru tengok hasilnya.

Monday, May 17, 2010

Kerja baru lagi


Baru minggu lepas start masuk kerja baru,
tapi 1hb ni masuk lak kerja baru kat KT.

Alhamdulillah kerja ni best sket gaji pun ok
dari gaji skrang ni,
Sape lah yang taknak improve dalam hidup kan..

Pasni kalo ada lagi baru lagi bagus hehe
tapi tak boleh selalu tukar kerja
tak bagus.

Wednesday, May 12, 2010

i'm Busy


Tak sempat nak update blog 2,3 ari ni
busy sangat sangat...

Keje baru,komitmen baru
jadi kena tumpu satu satulah...

Tapi takpe blog kena update jugak,
aku taknak sampai bersarang plak hehe.

Ari ni macam biasa kat site,
nothing interesting to share
amboi berspeking omputih plak,
maaf lah ye kalo tersalah.
Aku ni bukan pandai sangat hehe

Tapi malam besok ada cite menarik,
orang rumah ajak aku gi dinner kat
Hotel Sumai Kuala Terengganu...

Student student dia buat dinner plak,
last sem kan, dah nak habis.

Tapi yang masalahnya,ada tema plak
temanya Retro, mana nak cekau baju lama ni.
Dah tanya Abah aku, ada tak baju lama,
dia cakap semua dah buang...

Besok tak taulah nak modified baju apa
bagi nampak Retro sket...
Aduyai poning poning


Wednesday, May 5, 2010

New job !!


Alhamdulillah,
aku baru jek balik dari jertih
pergi jumpa kawan lama untuk
discussion kerja baru yang akan aku handle
pada hari ahad ni...

Kerja yang tak payah sangat dan tak sesenang sangat
tapi sebab dah biasa buat,
kira ok lah boleh handle macam biasa...
harap harap lagi bertambah lah rezeki aku
lepas ni.

Saturday, May 1, 2010

Selamat Hari Buruh


Selamat hari Pekerja aku ucapkan untuk pekerja-pekerja
seluruh Malaysia...

Enjoy your Holidays

Thursday, February 11, 2010

Akhirnya...

Alhamdulillah setalah sekian lama
apa yang aku lakukan,
akhirnya inilah hasilnya.

Ni kerja-kerja penyiapan dibuat malam tadi.

Hari ni site aku diserahkan kepada
pemiliknya secara sah iaitu
ILIM (Institut Latihan Islam Malaysia)
Wilayah Timur,Besut Terengganu.

Inilah antara program-program yang dijalankan
pada hari bersejarah ini.

Majlis tandatangan dan penyerahan kunci.

Ucapan dari pihak Kontraktor En.Kamal selaku wakil SYY.

Ucapan dari Pengurus Pembinaan Tuan Haji Azman JKR

Ni antara Big Bos Consultant Pn Zurina dari AM arkitek
dan Tuan Haji Ir Che Kob dari IRC Engineer

Temuramah RTM dengan Pegawai JAKIM

Temuramah RTM dengan Puan Zurina, My Bos

And last Geng-geng Consultant
yang bertungkus lumus selama ni...
dari kiri Mr iqbal Arkitek, Dan mache Engineer, Mat RE,
Ir Zaidi, Izam Qs dan Ise.

Sunday, January 24, 2010

Entri yang terlambat.


Wah sedar tak sedar dah masuk tahun baru,
anyway masih belum terlambat Selamat Tahun Baru
aku masih macam dulu lagi,still benda yang sama
takda perubahan yang sangat ketara,

Cuma aku berubah dari yang tidak baik kepada yang lebih baik lagi,
Ok mungkin entry aku ni agak ketinggalan sedikit.
sudah lama tidak ada entri terbaru dari aku,
InsyaAllah jika diiznkan aku akan sentiasa update dari masa ke semasa.

Ok last year aku terlalu sibuk dengan kerja-kerja yang tidak pernah habis tu,
mungkin lepas ni aku boleh lah mencari kenalan-kenalan baru
dalam alam siber ni,
Harap sudilah semua kawan-kawan yang lama mahupun baru
berkongsi idea mahupun cerita apa saja dengan aku ni.
Semua aku layan walaupun blog aku ni bercerita pasal KERETA jee.

Ok apa apaun I'm back!!!

Saturday, September 26, 2009

Beringat ingatlah

Kuala Dimensi, BTA Architect disaman RM920j


HWA BENG menunjukkan kenyataan akhbar berhubung saman RM920 juta di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Shah Alam semalam.

SHAH ALAM - Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) memfailkan saman RM920 juta terhadap kontraktor siap guna Zon Pelabuhan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) dan konsultan yang dilantik bagi projek itu, BTA Architect dalam aspek pembangunan utama dan perjanjian tambahan yang ditandatangani antara Februari 2003 dan November 2006.

Pengerusi LPK, Datuk Lee Hwa Beng memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini semalam. Bagaimanapun beliau enggan memberikan salinan kedua-dua saman itu kepada media.

Dalam kenyataan akhbarnya, Hwa Beng berkata, saman itu difailkan untuk relief termasuk antara lain pembatalan semua perjanjian pembangunan dan satu pengisytiharan bahawa KDSB hanya layak dibayar dengan nilai kerja yang munasabah dilakukan dengan sewajarnya.

Alternatif, beliau meminta satu pengisytiharan bahawa semua notis pembayaran yang dikeluarkan oleh KDSB adalah batal dan tidak sah




P/S:- Artikel atas aku petik dari paper Kosmo,
semua ni takda kena mengena pun dengan aku,
tapi kerjaya aku sama dengan apa yang ditulis.
aku pun risau gak takut terkena kat diri sendiri,
tapi mintak dijauhkan dengan rasuah...

Friday, September 4, 2009

Bizi yang teramat sangat

Dah lama rasanya aku tak update blog ni, Dua,tiga minggu ni aku bizi sebab projek yang aku handle ni,nak diserahkan pada 12/10 nanti. Tapi pada pengamatan aku tak mungkin siap,sebab bulan2 puasa ni sape yang nak buat keje rajin2, Bangla ngan Indon pun tau puasa gak.Pas ni cuti raya lak seminggu,site kompom2 dah kosong. Nasib kau lah kontraktor kena denda RM5K sehari pas ni ha ha ha..Itulah kalo dari awal2 lagi dah rushing mesti tak terkejar2 macam sekarang ni,dah ujung2 nyawa baru nak sungguh2 buat keje,apa dah akai ada kaa.

Tapi ada bagus gak projek siap lambat2 sebab pasni takyah kena transfer kat Penang,jauh oo.aku nak cari kerja dekat2 ngan rumah jek,takda ah jauh dengan bini,kalo tak maunya air penuh sampai kepala ha ha (sendiri pikir laa).Tapi alhamdulillah rezeki tuhan ada dimana2,maybe pasni aku kerja dengan firm lama aku balik.handle projek pun area sini jek.

Dalam bizi2 kerja pun,aku selute ah kat abg zaidi yang satu opis ngan aku,tah bila dia ambik exam PE(Profisional Engineer),tetiba jek dapat surat bagitau lulus exam,dapat lak gelaran Ir Zaidi.Tercabar iman aku nak study balik ambik exam nak dapatkan Ar jugak,tapi skang ni kena sabau dulu banyak benda lagi mau settle.Tapi kalo ambik muda2 apa salahnya kan,tak ramai Ar orang2 muda skarang nii.Cuma yang tak yah pening2 nak ambik Ar satu family jek,dah kompom2 dapat punya,Family Ar Tompel,Ar Badol yang lain takyah mimpi lah nak Ar senang2 he he

Thursday, July 23, 2009

I'm back!!!


Dah lama aku tak entri blog ni,
lama tak lama jugak ada lah dalam 6 hari,
may b kebalakangan ni aku busy sket
dengan kerja aku yang akan siap penghujung tahun ni.

semalam pun meting sampai 2 kali,
meting pagi dan petang,
progress kerja pun dah tak banyak
so apapun kerja misti jalan
dan blog mesti ada new entri kan?

jadi selepas ni InsyaAllah akan
selalu ada entri yang terbaru
jika aku berkesempatan lah ok...

Monday, June 22, 2009

Hari yang gumbira dan letih!

Aku baru jek balik dari Kb,anta big bos kat airport.
Ari ni lak ada site meeting,so smua bos2 turun ah
tapi bos aku bagi satu berita gembira tapi aku tak dapat terima,

Aku kena transfer kerja kat projek UiTM Penang,
maybe aku tak gi kot jauh sangat,bini aku lak stay sini
Projek tu start pas raya.

pastu aku punya Resident Engineer offer lak kerja,
kali ni lagi dekat,tapi tak dekat sangat ah,kat Kota Bharu.
Aku rasa yang ni aku nak gi ah lagi senang nak ulang alik.
Projek ni lak dalam akhir taun ni start maybe bulan 12.

Alhamdulillah ada gak rezeki kerja zaman2 gawat ni

Thursday, May 7, 2009

Trip to Kuala Terengganu


Hari ni aku kena pegi KT,
kena jumpa Bomba sebab discuss pasal Plan,
aku tak paham apa yang Bomba nak,
dah 6 kali pergi jumpa tapi tak lulus2,

Ke diorang nak apa2,
maybe aku jek yang tak paham,
ataupun Bos aku yang tak nak datang sendiri

Minggu depan kali ke 2 ah jadinya Resubmit drawing,
selagi tak betul, selagi tu ah kena gi submit,
harap2 kali ni lulus ah.

projek tak lama lagi siap ah
tapi kelulusan PBT tak tau lagi...



Tapi alang2 pegi KT tadi,
aku bawak ah bini aku jalan2
dia Halfday ari ni,

jalan punya jalan dia beli ah
tudung kat Syurga tudung,
biasa ah orang pempuan he he

pas gi sana aku yang dah lama
tak bedal KFC ni ajak ah gi KFC,
Kat KFC orang ramai gila kena Q
sampai kat sejam,
tapi gian punya pasal sabar jelah

lama tak bedal bila makan best lak
kalo slalu2 muak jugak benda ni............

Monday, May 4, 2009

Selasa yang Bizi

Besok hari yang bizi,
aku nak gi spital lagi,kol 10 lak nak jumpa JKR,
sempat ke tak,tak tau ah.

Harap2 leh ah jumpa
tak terkejar2,semuanya pasal discussion
ngan JKR dan Supplier Suction Tank

harap2 sempat ah.....

Tuesday, April 28, 2009

Discussion



Besok kena ngadap JKR lak,
banyak tol kerja akhir2 ni.
Surat menyurat lum sattle lagi
haduh pening aku.

Ni smua pasal SPK ah,
maklum ah skang ni smua kena ikut ISO
dengan kontraktor2 skali kena ada ISO.
minggu depan tah apa lagi ah
kena buat...

Thursday, April 23, 2009

Bereh Belako!!!

Ari ni sattle dah meting teknikal
nasib baik ah takda apa2 isu baru

kalo tak poning den nak mikirkannyo

minggu depan kena lak ngadap JKR
maklumlah tak pnah datang opis dia
dalam meeting pun dah sindir2
Arkitek,Engineer,C.O.W
smua tak nampak batang idung hehe
macam ahli politik nak ngadap Sultan lak

Takpelah keje punya pasal kena buat jelah kan!!!!!


Wednesday, April 22, 2009

Kena Ambush !!

JKR datang menyerang site pagi tadi
terkejut badak kitaorang geng2 consultant

RE lak tak datang ada keje tempat lain
jadi aku terpaksalah mengencing Engineer JKR he he.

Masuk site TA ngan Engineer banyak lak tanya
jawab jelah mana yang patut kan
tanya pasal memo ngan NCR jawab jek YE dah buat
TA lak budak baru banyak lak songeh
taknak ambik pusing follow jek like Bufflo.

tengah ari lak kuar lama gak tu dok dalam site
nak kuar pesan lak besok MEETING !!!!!
aduh....