Showing posts with label Meleleh tengok. Show all posts
Showing posts with label Meleleh tengok. Show all posts

Thursday, August 19, 2010

Mengharap keajaiban berlaku....


Macam poyo je statement atas, tapi tulah yang berlaku pada aku ari ni. Harapkan khabar gembira tapi khabar tak berapa nak gembira yang dapat...

Dalam sebulan dua ni aku adalah submit loan nak dapatkan sebuah benda ni, aku memang tau kalo bab bab loan ni memang kerjaya aku menjadi masalah, nak pakai penjamin jadi, adalah penjamin tu dari sedara yang rapat. Ingat tak ada masalah dah, tapi ada lagi masalah, loan dah lulus tapi tak memenuhi kreteria yang aku nak tu... Kalo penuh dapat lah imbuhan sket buat buat raya.

So submit lah yang kedua plak, lulus jugak seperti biasa... pastu masalah yang sama lagi timbul, kena bagi extra sket baru leh jalan (bukan rasuah tau) pastu bagitau plak penjamin perlu adik beradik ataupun ibu bapa... Mana aku nak cari semua tu, adik beradik aku semuanya kerja kerja biasa jek, lagipun diorang pun dah ada loan masing masing, Bapak aku dah pencen macamana nak lulus.

Submit pulak yang ketiga, tunggu punya tunggu dah seminggu. Aku pun kol lah tadi sebab rasa dah lama sangat proses dia,nak tau lah jugak progressnya... Salesman bagitaulah dah ok tapi kena bagi plak duit tambahan (kena bayar muka) haduyai mana aku nak kutip ni dah nak raya, semua benda kena pikir... Dah lah tahun ni raya punya giliran belah bini aku, kereta aku plak dah tayar botak, timing belt plak nak kena tukar, baju raya tak cari lagi.... hadui duit duit mana mau cari. Nasib baik orang rumah aku paham tapi muka frust menonggeng jugak lah siap sedih sedih lagi hehe.Tak merasa lah nampaknya, tinggal angan angan jelah.

Tapi takpelah mungkin ada hikmah disebaliknya, mungkin Allah belum lagi bagi keizinan untuk menikmati sesuatu yang baru, mungkin kena pakai yang mana ada je... ataupun mungkin aku kena sattle yang mana tertunggak...hmm takpelah ini lah dinamakan bukan rezeki, aku redho je. Harap harap adalah keajaiban berlaku pasni InsyaAllah.

Friday, May 7, 2010

Malam Jumaat

Pernah dengar pasal ni tak?
misti pernah bagi yang dah kawin,
benda benda yang best ni misti sukalah hehhe

2 hari lepas aku ada gi site
jumpa lak kawan kawan lama,
borak punya borak terkeluarlah topik ni,
biasa ah orang laki otak biru.

Aku buat bodoh jelah sebab malas nak layan sangat,
biasa benda produk produk kesihatan ni,
orang tua je yang layan
aku tak layan sangat, maklumlah sihat lagi.

Kawan aku yang bercerita ni pasang 2
jadi badan kenalah kuat kan,
takan nak lembik jek nak, nak jadi driver
macammana kalo tak larat.

Dia cakap MJ ni ubat untuk perangsang,
macam penggalak tenaga lah (energy booster)
untuk meningkatkan keberahian,
biasa kita orang laki kalo dah penat keje,
apa yang ada depan mata pun malas nak layan,

Wah ni topik menarik ni aku cakap haha
nak guna senang jek, just spray kat lidah,
aku ingatkan sebelum ni pewangi mulut,
maklumlah nak dekat dengan bini.
Ia dikira sebagai penganti ubat lah,
kalo ubat kena makan atau kemam.
senang je kan?

MJ ni dibuat dari herba herba tongkat ali,
kacip fatimah macam macam lagi lah.
kalo nak tau cari sendiri.
Sesuai untuk lelaki dan perempuan

Hmmm pas ni aku nak try jugak lah satu
boleh balik awal pasni,
nak ambik berkat...

Sunday, January 24, 2010

Kisah Kereta kereta hebat Di Setiu.

Entri ni saje jek aku nak menetengahkan
dan berkongsi cerita pasal budak budak kereta
dan model model keretayang aku kira
orang yang ada duit jek boleh beli.
Macam aku ni kereta kecik pun selalu je bank kol
sebab tertunggak he he

Entri ni bukan aku berniat apa apa sekadar
mahu berkongsi minat dan kemampuan rakyat
sebuah daerah bernama SETIU...

Ni semua gambar aku copy dalam Internet jek,
gambar betul aku tak snap,
takut pulak tuan kete cakap aku ni.......
Ni sebahagian saje yang aku minat,

Ni baru beli, Tokey hardware,loan RM 600,000 downpayment RM 600,000

Dua dua atas Dato' yang pakai.Ni owner Tokeh Hardware
Owner ni aku kenal sangat sebab selalu lepak kedai abang aku.Owner ni aku tak berapa kenal tapi kerja TNBNi plak tokeh Kedai EmasNi dua dua atas tokeh Petronas punya.Ni Kontraktor pakai,banyak sangat tak tau mana satu ownerNi driver Dato yang pakai he heNi pun ada lah 2,3 bijik