Tuesday, September 28, 2010

Saturday, September 25, 2010

Pengecas Turbo proton dari Borg Warner

Umum mengetahui proton akan melancarkan Exora Turbonya pada tahun depan. Kini anda dapat melihat terlebih dahulu unit pengecas turbonya yang akan dipasang pada exora tersebut. Pengecas turbo ni di bekalkan oleh Borg Warner dan dihasilkan di cina, Kiranya rakyat tempatan masih belum mampu lagi membinanya sendiri. Menurutnya lagi enjin 1600 cc yang menggunakan unit ini akan mendapat daya pecutan yang menyamai enjin 2000 cc. Menurut sumber lagi enjin ini akan menjana kuasa 150 hp dan tork 200 Nm tapi masih bel um dapat dipastikan lagi kerana beberapa ujian akan dilakukan yang diukur dari segi ketahanan dan kemampuanya. Ia juga dilengkapkan dengan sistem VVT untuk peningkatan kuasa dan menjimatkan minyak. Pasni kepada semua peminat peminat enjin ni tidak sabar menanti kemunculanya pada tahun depan, sama sama lah kita nantikan Exora Turbo. Syabas proton






Lagi Foto waja Baru







Thursday, September 23, 2010

Shahir AF8 dan Fairlady

Inilah rupanya Nissan Fairlady milik Shahir AF8,
Katanya kereta ni baru dibeli dengan berharga hampir RM 180,000.
Biasalah kuar AF duit berlambak kan, job pun banyak.
Dah jadi macam blog artis dah blog aku ni hehe.

Bukan pasal tu aku nak story,
pasal blog aku ni blog kereta, pasal kereta lah aku storykan.
Difahamkan Shahir ni baru jek Eksident
dengan kereta kesayangan dia ni,
rasa rasa test power kot,
speeding kat highway kan mana boleh bawak slow.
Tapi aku rasa Shahir ni salah bajet kot,
masa hujan mana boleh speed
tu yang berputar sampai 5 kali tu.
time bawak laju dalam hujan tayar dah takda grip,
mana nak cecah jalan dah...
So harap berhati hatilah sesiapa sahaja,
bila hujan ingatlah tayar dah tak kenal jalan raya,
so kalo ujan bawak slow...






Wednesday, September 22, 2010

SUV langgar besi penghadang jalan





Kecoh plate MCA

Plat 'MCA' terbuka untuk semua

PUTRAJAYA: Kontroversi nombor pendaftaran kenderaan dengan abjad ‘MCA’ yang dikatakan hanya untuk anggota parti MCA mempunyai kebenaran jika sepucuk surat didedahkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha dijadikan bukti.

Setiausaha Agung MCA itu menunjukkan surat berkenaan kepada pemberita semalam selepas diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai desas-desus nombor plat ‘MCA’ yang bakal didaftarkan di Melaka selepas nombor plat ‘MBY’, hanya dikhususkan untuk anggota MCA.

“Saya ada surat ini bertarikh 17 Februari, 2010. Saya tak perlu cakap apa-apa, ada surat,” katanya di sini.

Ditanya mengenai kandungan surat itu, Kong berkata:“Ia berkenaan siapa yang bercakap benar dan siapa yang tidak.” Surat itu kemudian diberi kepada pemberita didapati ditulis Setiausaha Sulit Kanan bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat, yang meminta pembukaan tender bagi nombor pendaftaran kenderaan negeri Melaka bermula MCA 1 sehingga MCA 9999 dikecualikan. Surat itu ditujukan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.


Ong dalam laporan akhbar semalam menafikan desas-desus beliau menggunakan kuasanya ketika itu untuk mengarahkan JPJ membekukan penjualan nombor plat terbabit, bagi dikhususkan kepada MCA.

Diminta mengulas lanjut isu itu, Kong yang ditemui selepas jamuan Aidilfitri kementeriannya berkata beliau akan membatalkan arahan berkenaan.

Siapapun tidak berhak menempah nombor untuk MCA. Ia sebahagian nombor pendaftaran kenderaan dikeluarkan JPJ mengikut setiap negeri,” katanya. Sementara itu mengenai Ops Sikap Ke-22 berakhir Jumaat lalu, Kong berkata walaupun terdapat pengurangan daripada segi jumlah kemalangan dan kematian berbanding Ops Sikap terdahulu, statistik kematian masih tinggi. - Bernama

Sunday, September 19, 2010

Satu hari di hari raya

Sehari berhari raya bersama keluarga sebelah isteri.
Tahun ni giliran beraya di Kuala Sungai Baru Melaka...












Saturday, September 18, 2010

Merc Berlian


Sunday, September 12, 2010

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya


Selamat hari raya kepada semua pembaca pembaca blog ni, kalo adalah.
Ampun maaf dipinta sepanjang blog ni ditulis.
Maaf jika ada tulisan aku ni membuatkan ada orang terasa,
kecil hati dan panas telinga.

Semua kesilapan dan kesalahan datang dari diri aku sendiri,
Kelebihan dan kesempurnaan datang dari Allah sbw.

Ampun dan Maaf dipinta
Selamat Hari Raya

Sunday, September 5, 2010

Citreon Baru DS3

Citreon telah mengeluarkan model terbarunya,
iaitu super kompak DS3.
Kereta ini telah menduduki tangga ke tujuh
dalam perlumbaan Rally menandingi model model lain
dari jenama Mitsubishi, Subaru dan Audi.

Model ini dijual dengan Harga 21,000 earo.
Bersasarkan enjin 1.6 enjin turbo,
kelajuan boleh mencecah sehingga 200bhp.
Susupensi yang direndahkan hingga 15mm
yang lebih rendah dari model standard.