Thursday, April 29, 2010

Perihal Takashimaya

Sebenarnya aku dah malas nak ambik tau dah pasal benda ni,
Tiap tiap bulan kena gi k.terengganu nak mengadap pejabat takashimaya
nak membayar benda ni.Aku rasa semua orang tau pasal benda ni bila tengok logonya.

Lambat betul nak habis bayar,maklumlah bayar ansuran,
bini aku dah membebel dari dulu lagi cakap takyah ambik-takyah ambik
aku jugak yang gatal gatal nak gi ambik.takut kereta kena curik hehe

Tapi yang jadi masalahnya,bila aku bayar kat bank jek,
misti ada lah wakil-wakil ni akan kol bagitau lambat bayar.
Bukan sekali kol sampai 4,5 kali kol bagitau.Bila kena maki dengan aku
tukar plak orang lain kol, perempuan lak tu,
apa ingat aku cair sangat ke suruh pempuan kol,
dia cakap duit belum masuk lagi la, banyak pulak tanya,
Padahal aku dah masuk sebelum 2hb tiap tiap bulan.
Mengikut agreement memang aku kena bayar sebelum 2hb.

Jadi besok terpaksalah aku ngadap pejabat ni,
senang cite bayar kat ofis je terus.
Bila lah nak habis bayar benda ni,nyampah tol aku.

Wednesday, April 21, 2010

Kompaun JPJ naik lagi




Kompaun JPJ dinaikkan lagi 333 %,
apa dah hilang akal ke undang undang Malaysia ni,
suka suka je pinda undang undang
yang menyusahkan rakyat.

Bayangkan sebelum ni kompaun RM 300 dinaikkan RM 1000,
Besar tu jumlah nak kena bayar,
Tu dikira bagi yang bersalah,
bagi kesalahan yang tidak disengajakan macam mana pula.

Bagi budak budak sekolah pulak
rasanya lepas ni makin ramai lah belasah naik moto tanpa lesen.
Had umur sekarang memang dah betul tak perlu
dah diubah ubah,Kalo diubah makin bahayalah
Keselamatan mereka nanti,

Dua tiga hari lepas baru aku borak dengan JPJ,
dia bagitau hasil jualan no plate dan saman dari orang ramai
meletakkan JPJ ni senarai no 3 income untuk kerajaan,
first mistilah LHDN.
Takkan JPJ masih takda duit!
Kerajaan pun kena fikir jugak kepentingan rakyat.

Takkan nak pulih kan ekonomi negara
kena melibatkan duit rakyat.
Apa sumbangan Kerajaan untuk rakyat ketika rakyat
menderita dengan keadaan ekonomi semasa ni.

Bukan semua mampu bayar kompaun banyak tu,
Lain lah kalo pak pak menteri kita,
RM 1000 tu macam RM1 jek.
kalo rakyat tak bayar kenderaan tak boleh jalan.
macam mana dengan dasar kerajaan
RAKYAT DI DAHULUKAN,
PENCAPAIAN DI UTAMAKAN.

Kepada pak pak menteri ni,
ni pendapat dari rakyat yang miskin .
Korang nak pinda ke taknak pinda ke
MALAYSIA ni kan korang yang kontrol.

Lepas ni apa lagi akta yang akan diubah,
Kompaun tah berapa banyak lagi lah naik lepas ni.
Kita sebagai rakyat terima jelah apa akan jadi lepas ni.



Sunday, April 11, 2010

Kerja Touch up viva

Hari ni aku nak story mengenai kerja kerja touch up sebuah viva standard modified, hasil sentuhan adik aku yang memiliki sebuah kedai make up kereta yang melibatkan sticker. Kerja yang banyak memerlukan ketelitian dan kekemasan. Ok berbalik pada Viva ni, sebenarnya kereta ni baru jek lepas accident dengan lori kat bandar k.terengganu, masuk ari ni dah 2,3 ari keluar bengkel Perodua.Jadi korang layan jelah gambar ni yang tengah panas panas lagi aku ambik petang ni. Choww

Pemasangan sticker pada grill depan,
bagi nampak macam grill Myvi

Kerja kena teliti,
baru hasil cantik


Ok siap grill depan, Ni hasilnya.

Pemasangan sticker hitam pada tiang tengah.


Enterframe kete sendiri sket.
ada orang sebelah batuk
sebab ngaku kete sendiri ha ha.

Pintu yang ditukar dan dicat baru.

Apa lagi taruk sticker hitam laa.


Nombor plate pun kena tukar baru

Hasilnya yang dah siap,
Lupa lak nak ambik gambar keseluruhan.

Tahniah negeri Sembilan


Walaupun kedua duanya aku tak sokong,
tapi tahniah lah untuk N9
kerana menjuarai Piala FA untuk tahun 2010.

Aku tak sokong N9 sebab tahun lepas
piala Malaysia berjumpa dengan Kelantan,
Kelantan kalah.

Kedah aku tak sokong sebab
separuh akhir minggu lepas
Terengganu kalah di tangan Kedah

Jadi aku sokong sorang jek
sebab ada jugak orang terengganu
di atas pentas penyampaian hadiah.

Ini dia

Apapun Tahniah Negeri Sembilan
Hoben Jang Hoben

Saturday, April 10, 2010

Mahal gila!!

Ini adalah moto aku yang terakhir yang aku beli masa mula-mula kerja dulu.Sebelum ni dah banyak gak aku pakai moto antaranya EX5,Honda Wave,SS Spirit,RXZ dan Honda Cub C70.Moto ni aku beli dalam bulan 12,2006,tarikh tak berapa ingat dan malas pulak nak tengok geran.Sorylah gambar sebenar aku tak dapat snap sebab moto ada kat KL,ni gambar pakcik google jek,tapi macam nilah wajahnya sekarang.

Ok berbalik pada tajuk aku,sebenarnya tadi abah aku kol bagitau,moto aku ni dihantar servis kat kedai cina kat area Greenwood sebab enjin dah tak berapa boleh blah dah,aku tak tau lak apa yang rosak.Sebabnya moto ni ditangan adik aku,aku bagi tujuan untuk belajar,tapi tak tau ah takut bawak CIKARO plak he he.Tapi masa ngan aku dulu aku tak penah lak bawak cikaro,bawak bakal bini aku adalah.

Abah aku cakap tadi upah untuk tukar blok,rim piston dan overhaul semua skali RM 1000,mak aii mahalnya ngalahkan repair kete kancil plak,tapi tak kesahlah bukan aku yang bayar pun,kalo kena kat aku maunya aku tangguh dulu biar jek rosak.Tapi sebenarnya ada bagus jugak repair sebabnya start taun 2006 tak pernah pun Overhaul moto ni.

Masa mula-mula beli dulu aku dah ulang alik kerja dari Greenwood ke Sri Serdang,pastu lak kena lawat site ke Dengkil dan Kuala Kubu Bharu.Berapa jauh dah tu.pastu lak aku dapat kerja kat kemaman,Bawak balik dari KL ke Setiu dengan moto,ulang alik lagi dari setiu ke Kemaman,tapi ari minggu je lah.Hari hari maunya patah pinggang aku.Berapa jauh tu!!

Masa aku pakai pun aku monitor servis jek,biasa ah moto baru tak risau sangat,aku pakai hampir setahun moto ni,Pastu pass lak kat adik aku,dia ambik bawak gi belajar,Dari Setiu ke KL naik moto gak,Kat Kl di pedajal moto aku gi rempit kat dataran tiap tiap malam minggu,aku tau sebab kantoi saman aku check atas nama dia,ada 3 saman tahun lepas punya.Dia Hentam pegi JB pun ada gak.

Pas adik aku yang ni,adik bongsu aku lak pakai buat gi kelas sekarang,ulang alik jugak dari Greenwood ke Kelang,jauh gak tu.Ari tu jek sebelum kelas dia start adalah di servis clutch ngan radiator,terbang dah RM 200 kat situ hehe.Tapi takpe semua tu bukan aku bayar,sape pakai dialah bayar kan.Masa dia sevis ari tu pun dia bawak balik Setiu,long distence lagi kan.Pendek kata banyak kali ah moto ni dilenjan jarak jauh.

Jadi sekarang memang patut lah ianya diservis sebab enjin dah tak boleh blah dan aku pun tak kesah sangat sebab sekali lagi duit aku selamat he he,sape pakai dia lah yang tanggung kan.Janji moto tu tetap moto aku sebab aku yang beli,ansuran pun aku bayar dan geran pun nama aku.Bagus moto ni,bagi sape nak pakai moto,aku galakkan pakai moto ni.Tapi long distence tak berapa digalakkan sebab kebas bontot.Kalo dekat ok,ad power dan sedap bawak.

Thursday, April 8, 2010

Petua nak hilangkan mengantuk dan stress


ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..


tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..


wa..wa.. aaa


gerak kekanan kemudian ke kiri..


gerak ke kiri kemudian ke kanan


ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..


tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..


dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..


kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...


buat secara aggresive pula...
jangan peduli apa orang lain kata..


hilangkan semua stress...


pusingkan kepala...


tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...sape kulit gelap jgn trase plak


akhir sekali
buat joget kucing...
kalau tak hilang juga
ambil bantal kecik gi tidur
bawah meja