Friday, January 21, 2011

Mulai tahun depan,semua kenderaan wajib ada Air Bag


RANTAU PANJANG, 21 Jan. - Mulai tahun depan, semua kenderaan kecuali kenderaan pacuan empat roda diwajibkan memasang beg udara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, langkah itu bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Katanya, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kemalangan maut akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.

“Mulai tahun depan, kerajaan akan mewajibkan semua kenderaan dipasang beg udara bagi keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2011, di sini, hari ini. - Bernama

Monday, January 17, 2011

Perodua Bezza akan Dikomersialkan



MODEL syarikat Perodua menunjukkan kereta konsep Perodua Bezza yang diperkenalkan di Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putera baru-baru ini.


RAWANG - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) sedang memperincikan maklum balas dan komen daripada orang ramai mengenai model Perodua Bezza khususnya daripada pengunjung Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) pada awal bulan Disember tahun lalu.

Perodua Bezza merupakan model kereta untuk generasi masa depan yang memiliki ciri-ciri futuristik tetapi ia amat praktikal digunakan.

Namun sejak ia diperkenalkan pada pameran tersebut, pelbagai tanda tanya berlegar di pasaran sama ada kereta konsep itu akan menjadi salah satu model terbaru yang akan diperkenalkan di pasaran tidak lama lagi.

Antara persoalannya ialah adakah kenderaan yang direka dengan kepakaran tempatan itu akan direalisasikan menjadi salah satu barisan model keluarannya atau ia akan hanya terus kekal menjadi kereta konsep semata-mata.

Menurut Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh (gambar kecil), syarikat itu akan memberi tumpuan terhadap model kereta tersebut tetapi pihaknya perlu membuat kajian yang mendalam mengenainya terlebih dahulu selain menerima maklum balas daripada pengguna.

Sumber Kosmo

Thursday, January 13, 2011

Penonton kemalangan boleh disaman - JKJR

KUALA LUMPUR 13 Jan -- Pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan mereka untuk menonton sesuatu kemalangan sehingga menjejas kelancaran lalu lintas boleh disaman, kata Ketua Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Beliau berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah peraturan 16 (1).

"Hanya terdapat lima pihak yang berperanan semasa kemalangan jalan raya berlaku iaitu saksi kemalangan, anggota penyelamat, agensi kerajaan yang berkepentingan, pertubuhan bukan kerajaan yang berkepentingan dan orang awam yang dilatih sebagai paramedik atau mempunyai kemahiran dan latihan dalam memberikan bantuan kecemasan.

"Pihak lain tidak sepatutnya berhenti kerana ia hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas menjadi semakin buruk malah boleh mendatangkan risiko lain seperti kemalangan kecil.

"Oleh sebab itu, mereka boleh disaman kerana menghalang lalu lintas dan mengganggu operasi menyelamat mangsa kemalangan," katanya kepada pemberita semasa kempen advokasi JKJR di sini hari ini.

sumber Utusan

Wednesday, January 12, 2011

bulldozer show

Smile Always

Sah Myvi baru Tahun ni

Baru kejap tadi dalam Buletin Utama
Perodua mengumumkan akan mengeluarkan
model barunya Perodua Myvi tahun ni...
Bagaimana bentuk rupanya,
belum diketahui...

Tapi aku rasa lebih kurang dengan
dengan gambar dibawah ni kot...
apapun sama samalah kita tunggu.

Kalo ngam,aku sambar satu
trade in dengan Vevo aku hehe.






Wednesday, January 5, 2011

Peganti Perdana


Proton Inspira


SUBANG JAYA - Proton Inspira atau Proton Perdana Eksekutif baru dicadangkan sebagai pengganti Proton Perdana jenis standard yang kini menjadi kenderaan rasmi pegawai kanan kerajaan.

Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed berkata, cadangan itu sudah dihantar kepada kerajaan dan kini terpulang kepada kerajaan memilih model Proton yang sesuai.

"Dengan adanya model Proton Inspira 2.0 CVT (Transmisi Penghantaran Berubah Berterusan), ia boleh menggantikan model Perdana standard kerana ia lebih murah walaupun mempunyai kelajuan yang sama. Proton Perdana Eksekutif pula akan dinaik taraf supaya lebih berdaya saing," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sumber Kosmo

Saturday, January 1, 2011

Happy New Year


Selamat Tahun baru 2011
Semoga apa yang anda hajati
Termakbul di tahun ini.