Wednesday, October 20, 2010

Harga Inspira


Dikeluarkan oleh autoinsidermalaysia, Apa tunggu lagi kalo berminat bolehleh tempah sekarang...


Monday, October 18, 2010

Myvi baru 2011

Road test ni merupakan Toyota Passo/Daihatsu Boon aka Myvi 2011.Ia nya sedang dipandu uji sekitar lebuh raya selatan tanah air berhampiran Sepang. Berkemunkgkinan model yang dipandu uji ini bersasarkan cc 1500. Ini adalah design asal Toyota/Daihatsu. Mungkin selepas ini, Perodua akan melakukan road test untuk rekabentuk pula.

Van Autoshow








Sunday, October 17, 2010

TAU sudah bertemankan WUH

Hari Sabtu hari tu dah sattle semuanya, Alhamdulillah dah keluar kereta kedua aku selepas beberapa bulan sattle dengan bank. Pas sattle dengan bank, kereta takda stok jadi kena tunggu lah beberapa bulan sehingga sabtu lepas. Syukur walaupun kereta murah tapi amat selesa untuk kegunaan kami berdua. TAU dibeli bulan 12 2008 masih baru lagi, Roadtax baru sekali bayar. Sekarang ni keluar plak adik dia WUH...Booking warna hitam, tapi memandangkan dah hampir 2 bulan tunggu warna ni takda, so ambil lah warna Chiffon Green tu pun pas salesman cakap warna hitam lambat dapat. No plate pun dah tertinggal jauh dah. Kalo ikut no misti dah WUM, dah buruk rupanya no tu tapi kereta baru 3 hari hehe. Pasni misi apa lagi Modd lah sampai puas ati hehe


My First Car


My Second car




Friday, October 15, 2010

Inspira ganti Waja


Proton Inspira akan menjadi nama rasmi mengantikan model Proton Waja. Proton Inspira adalah inspirasi dari model Mitsubishi Lancer yang menjadi kegilaan anak muda. Jentera ini dibekalkan bersama enjin 1.8 (4B10) dan 2.0 (4B11) dengan beberapa warna pilihan iaitu warna perak, merah, putih dan hitam. Harga Inspira bermula daripada RM79,880 untuk manual 1.8. Manakala 2.0 tidak melebihi RM95K.



Monday, October 11, 2010

Teksi Mewah di Dubai


BMW 745

Lagi Gambar

Mercedes-Benz 600

Mercedes-Benz E240 Wagon

Porsche Cayenne

Porsche GTS

Toyota RAV4

Lexus RX400

Volvo SC70

Volvo S80

Hummer H2

Chrysler 300C

Rolls-Royce Phantom

Maybach 57

Audi R8

Lamborghini

Ferrari Enzo

Siapa siapa yang nak rasa naik kereta mewah yang di idamkan selama ni,boleh lah ke Dubai sebab di sana bermacam macam jenama teksi ada untuk dinaiki, tapi tang tambang nya tu aku tak taulah berapa yang kena bayar, kalo nak try kereta mewah boleh lah berkunjung ke sana.

Tips Membeli dan Memilih Tayar


Kadang kala kita terleka dan tidak mengambil kira dalam membeli tayar kenderaan kita, ia boleh mengakibatkan kemalangan atau ketidaksuaian dengan kederaan kita, cuba kita perhatikan dan renungan sejenak mengenai kod atau simbol yang terdapat di bahagian sisi tayar kenderaan kita....

Contoh maklumat pada permukaan sisi tayar :

175/70R13/82H

- lebar permukaan bawah tayar : 175 mm
- lebar permukaan sisi tayar : 70 mm
- jejari : R
- diameter rim : 13 inchi
- indeks muatan & symbol kelajuan : 82H
indeks muatan 82 = tayar itu boleh menampung muatan 475 kg
indeks muatan 71 = 345 kg
indeks muatan 125 = 1,677 kg
simbol H = kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 210 km/h


SENARAI KOD

S - 180 km/j

T - 190 km/j

U - 200 km/j

H - 210 km/j

V - 240 km/j

Z - melebihi had laju 240 km/j

W - 270 km/j

Y - 300 km/j

ZR - untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas

TREADWEAR 240 TRACTION A TEMPERATURE A 1905

- kadar kehausan bunga tayar : 240 (semakin tinggi nilai, semakin lambat haus)
- kekuatan cengkaman tayar : TRACTION A (paling bagus AA diikuti A, B & C)
- ketahanan suhu : TEMPERATURE A
A : kawasan panas
B : kawasan bercuaca normal
C : kawasan sejuk

- tarikh pembuatan : 1905

dua no pertama = minggu keberapa dibuat (dari minggu 1 - 52) jika 19
maka tayar itu dibuat pada minggu ke-19 atau minggu ke-2 bulan mei.
Dua no terakhir = tahun ia dibuat. Jika 05 maka dibuat pada 2005

Mahal pun kena Recall jugak

Mercedes tarik balik C-Class, E-Class


Mercedes Benz C-Class.

WASHINGTON - Pengeluar kereta Mercedes-Benz mengumumkan penarikan semula kira-kira 85,000 unit kenderaan model C-Class 2010 dan model E-Class Coupe serta Cabriolet 2011 kerana masalah stereng.

Menurut agensi berita AP semalam, sistem stereng kenderaan itu mungkin gagal berfungsi sepenuhnya ekoran kebocoran cecair stereng.

Laporan mengenai masalah itu dikemukakan kepada Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA).

Menurut pengeluar kereta itu, satu penyambungan pada saluran stereng kuasa didapati tidak berfungsi dengan sempurna sekali gus mengakibatkan cecair untuk stereng mengalami kebocoran.

"Pemilik-pemilik mungkin tidak mempunyai kawalan yang mencukupi ke atas kereta itu ketika berada dalam keadaan seperti mahu meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang memerlukan kuasa maksimum stereng," kata pengeluar kereta tersebut dalam satu laporan kepada NHTSA yang didedahkan oleh LA News Monitor.com.

Syarikat pengeluar kereta dari Jerman itu mengetahui masalah itu berdasarkan aduan daripada beberapa pengguna kenderaan berkenaan.

sumber kosmo

Kemalangan Ngeri 10-10-10 11 Orang Maut

Saturday, October 9, 2010

PROTON tarik balik Gen2 dan Neo tahun 2004 - 2008




Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 disebabkan kerosakan pada komponen 'clock spring' yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan.

Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata komponen terbabit menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan ‘cruise’.

Katanya, ujian rutin mengenal pasti kerosakan pada ‘clock spring’ menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu.

Beliau berkata, panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton membabitkan 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh berkenaan.

“Meskipun bilangannya kecil, keselamatan pelanggan kami sangat penting dan kami memohon maaf berikutan masalah itu.

“Kami berharap pelanggan memahami bahawa panggilan semula ini perlu untuk memastikan keyakinan berterusan terhadap keselamatan dan prestasi kenderaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Pemilik kenderaan yang terbabit boleh menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma.

Semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian ‘clock spring’ akan disediakan tanpa caj di pusat sah Proton di seluruh negara.

Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terbabit untuk memaklumkan mereka mengenai perkara itu.

Pada masa sama, Proton membuka laman web khusus, www.protonaftersales.com untuk membantu pelanggan menyemak tahun pengeluaran kenderaan masing-masing.

- BERITA HARIAN

Tips taknak bagi kena curi


Tayar masa hadapan

Birthday My Bro


Hari ni hari jadi my bro,
so aku nak berkongsi kegembiraan ni
dengan korang semua.

Majlis ni dihadiri dari family aku
dan family mertua abang aku.

Majlis yang serba serdahana ni diadakan di Sate jabi
so aku harap korang enjoy dengan pic ni
out...