Saturday, February 27, 2010

VOLVO S80


Rupa bentuk dari arah belakang Volvo S80 juga lebih mantap, ditambah dengan saiz rim aloi 17 inci.








DENGAN chasis sport, Volvo S80 yang dibina berdasarkan platform Ford/Volvo EUCD, kini memberi lebih keseronokan pemanduan. Chasis sport tersebut adalah sama yang diguna pada Land Rover Freelander dan memberi kestabilan semasa meluncur, kawalan baik pergerakan badan dan tindak balas roda stering yang memberikan pacuan yang responsif.

Terdapat dua model yang ditawarkan di Malaysia, dengan S80 2.5T dipasang tempatan dan dijana oleh enjin 2.5 liter inline-5 turbocaj yang menghasilkan 200 kuasa kuda pada 4,800 revolusi per minit. Ia memiliki kuasa terjahan (torque) 300 Newton meters pada 1,500 rpm hingga 4,500 rpm. Harga tanpa insurannya ialah RM285,000 seunit.Model kedua ialah S80 3.2 yang diimport sepenuhnya dari Sweden. Harga tanpa insurannya ialah RM398,000.

Model ini menggunakan enjin 3.2 liter inline-6 yang mempunyai 238 kuasa kuda pada 6,200 rpm dengan kuasa terjahan 320 Nm pada 3,200rpm.Antara ciri facelift yang diberikan kepada S80 2.5T ini ialah sistem audio visual Berprestasi Tinggi iaitu amplifier 4x400W dengan pemain DVD dan enam penukar cakera padat serta boleh menyambungkan semua jenis peralatan muzik atau digital. Paparan LCD yang dipasang di belakang kerusi pemandu dan penumpang depan di mana penumpang belakang boleh menggunakan headphone yang pasti tidak menganggu pemandu.

S80 2.5T ini dipasang menggunakan rim aloi 17 inci Canicula dengan lebar tayar 225/50 R17 manakala model 3.2 liter menggunakan rim aloi 18 inci Venator dengan tayar 245/40 R18. Kerusinya semua dibalut dengan kulit termasuk roda stering dicampur dengan padanan kayu dan kulit. Kerusinya boleh dialih secara elektronik dan cermin sisi boleh dilipat. Ia menggunakan sistem penyalaan dan mematikan enjin tanpa kunci. Ia juga memiliki kawalan suhu elektronik yang merupakan ciri penting tatkala cuaca tropika di Malaysia yang tidak menentu ini.Walaupun terdapat sedikit perbezaan antara 2.5T dengan 3.2 liter, namun daripada sudut keselamatan, kedua-duanya dipasang cukup dengan ciri-ciri keselamatan yang menjamin penumpangnya.

Ini adalah sesuatu yang sememangnya menjadi moto dan keutamaan Volvo. DSTC atau Kestabilan Dinamik dan Kawalan Cengkaman membantu pemandu mendapatkan balik kawalan kereta semasa kecemasan. Lampu Bi-Xenon Aktif memaparkan ciri boleh beralih 15 darjah sama ada ke kiri atau ke kanan mengikut selekoh yang diambil. Kesemua model S80 mempunyai perlindungan beg udara yang lengkap iaitu dua peringkat beg udara bagi pemandu dan penumpang depan, beg udara sisi bagi pemandu dan penmpang selain beg udara bidai bagi penumpang di kiri dan kanan.

Kedua-dua model juga dilengkapi Komunikator Kereta Peribadi Volvo, versi canggih daripada sekadar tugas sebagai pembuka pintu tanpa kunci menggunakan alat kawalan jauh. PCC Volvo ini lebih maju. Dalam jarak antara 60 hingga 100 meter, PCC boleh memberikan petunjuk amaran sekiranya ada orang yang memecah masuk dan masih berada di dalam kereta. Alat ini boleh mengesan degup jantung manusia.

Kembali kepada aspek prestasi, Volvo 2.5T boleh dijadikan sebuah kenderaan yang selesa dipandu sama ada oleh lelaki yang gemar memandu laju atau wanita yang cermat. Selain itu, S80 juga sesuai dijadikan kereta keluarga kerana ruang dalamannya yang luas. Ini dapat dirasai juga menerusi ruang kaki. Tambahan lagi, berdasarkan reka bentuk luarannya, ia tidak memberi kekaburan daripada segi pemaparan imej. Volvo adalah kereta selamat dan lawa.Paling penting, dengan enjin 2.5 liter, cukai jalannya adalah dibawah RM1,000 setahun. Jadi ia tidaklah begitu membebankan.

Friday, February 26, 2010

Suzuki Motor tarik balik 430,000 van


Mazda Scrum

Suzuki Every

TOKYO - Pengeluar kereta Jepun, Suzuki Motor semalam memanggil semula lebih 430,000 van jenama Suzuki dan Mazda di negara itu untuk membaiki kerosakan unit sistem penyaman udaranya yang mudah terbakar.

"Kami memohon maaf kepada pengguna kerana masalah ini," kata satu kenyataan Suzuki.

Model yang dipanggil semula membabitkan van Every dan Mazda Scrum keluaran 2005 hingga 2009.

Suzuki berkata, ia telah menerima 85 aduan termasuk dua kes kebakaran yang membabitkan kerosakan litar elektrik berpunca dari kebocoran air hujan.

Pemanggilan semula itu dibuat pada waktu yang sensitif buat Jepun.

Sebelum ini, syarikat Toyota Motor Corp memanggil lebih lapan juta keretanya di seluruh dunia kerana masalah yang melibatkan kematian di Amerika Syarikat.

Presiden Toyota sebak di Kongres


TOYODA memberi keterangan di Jawatankuasa Pembaharuan Pemerintah dan Pengawasan Dewan Amerika Syarikat di Capitol Hill, Washington kelmarin.

TOKYO - Penduduk Jepun terpegun melihat Presiden Toyota Motor Cop, Akio Toyoda sebak dan diselubungi emosi apabila dia meminta maaf di depan anggota- anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Toyoda yang dihujani soalan berhubung penarikan balik kereta buatannya sehingga menjejaskan reputasinya menyatakan dia berasa amat kesal ekoran kemalangan dan kecederaan melibatkan kereta Toyota.

Dia muncul di hadapan Jawatankuasa Pembaharuan Pemerintah dan Pengawasan AS bagi menjawab soalan berhubung penarikan balik kereta berkenaan.

"Konnichi-wa," kata seorang anggota perwakilan Parti Demokrat, Dianne Watson dari Clifornia yang bermaksud hari baik kepada Toyoda di sesi soal jawab itu.

"Arigato gozaimasu" tambah Dianne atau terima kasih kerana datang.

Komennya itu dibuat selepas Toyoda menyampaikan ucapan pembukaan dalam bahasa Inggeris.

Toyoda menegaskan bahawa kenderaan syarikat itu tidak mengalami masalah elektronik di sebalik dakwaan beberapa pakar keselamatan yang mengaitkannya dengan pecutan mendadak.

Dalam sesi soal jawab dengan panel Kongres AS di sini, Toyoda memberitahu dia pasti bahawa sistem elektronik pedal minyak Toyota bukan punca sejumlah kereta syarikat itu memecut secara mendadak.


Toyoda

"Saya percaya bahawa Toyota selalu bekerja untuk keuntungan AS. Saya cuba untuk menyatakan bahawa mesej itu datangnya dari hati tetapi sama ada ia difahami sepenuhnya, saya tidak tahu," katanya pada sesi tersebut.

Toyoda turut memberi penilaian terhadap perubahan yang bakal dihadapinya.

"Kami di Toyota berada di persimpangan jalan. Kita perlu untuk memikirkan semula setiap perkara mengenai operasi kami," katanya.

Kemunculan Toyoda di Washington itu dibuat ekoran krisis keselamatan yang dihadapi Toyota seperti masalah pedal minyak dan brek kereta buatannya. - Agensi

Thursday, February 25, 2010

Proton lancar Lotus Evora di Malaysia bulan depan


LOTUS EVORA lebih besar daripada model Lotus yang lain.

Struktur harga jualan di pasaran tempatan masih dikaji

LOTUS Evora, yang sebelum ini dilancarkan bagi pasaran United Kingdom, akan dijual di pasaran tempatan menjelang akhir bulan depan depan, kata Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Mohamed Tahir.

Beliau berkata, Proton sedang menunggu pengeluaran kumpulan baru kereta sports itu dilancarkan di negara ini.


Katanya, walaupun syarikat itu belum memutuskan harga bagi model berkenaan, beliau tidak menafikan ia berharga lebih tinggi daripada 50,000 pound (kira-kira RM260,000) di United Kingdom sekarang.

"Ini disebabkan oleh struktur cukai Malaysia yang lebih tinggi dari di UK. Kami belum memutuskan harganya, kami masih membuat perkiraan. Kami cuba menjadikannya berdaya saing seperti dalam pasaran UK.

"Kami masih berbincang dengan kerajaan selain mengkaji struktur harga," katanya pada sidang media di ibu pejabat Lotus di Hethel, UK kelmarin.

Sidang media itu sempena lawatan dua hari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ke Lotus bermula Isnin lalu.

Lotus Evora, yang pada mulanya dibangunkan di bawah projek yang diberi nama 'Project Eagle', dilancarkan pada British Motor Show pada Julai 2008.

Kereta itu lebih besar daripada model Lotus yang lain seperti Elise dan Exige.

Mengenai rakan kongsi strategik untuk Proton yang disebutkan dalam ucapannya pada majlis makan malam sebelumnya, Syed Zainal Abidin enggan menjelaskan lebih lanjut dan berkata masanya terlalu awal untuk membuat pengumuman.

"Perbincangan bukan saja membabitkan Volkswagen tetapi juga Mitsubishi dan Renault bagi mengkaji kerjasama dalam beberapa bidang, iaitu enjin dan komponen.

"Kami menyasarkan kerjasama yang luas skopnya, itulah tahap perbincangan kami dengan pihak berkenaan," katanya.

Terdahulu, Syed Zainal Abidin berkata, Proton telah menyenaraikan beberapa produk bagi lima tahun akan datang termasuk elektronik dan kuasa enjin.

"Kami sedang memajukan enjin campro turbo yang boleh didapati menjelang akhir tahun ini atau paling lewat menjelang awal tahun depan. Ini bakal menjadi ciri bagi semua kereta kami," katanya.

Selepas 25 tahun beroperasi, Syed Zainal Abidin berkata, Proton berhasrat menceburi arena antarabangsa dan Geneva Motor Show adalah langkah pertama ke arah itu. � Bernama

Wanita sebak cerita kes Toyota


RHONDA SMITH sebak semasa memberi keterangan mengenai siasatan keselamatan kenderaan Toyota di bangunan Capitol Hill, Washington kelmarin.

WASHINGTON – Hari pertama siasatan panel Kongres Amerika Syarikat (AS) berhubung isu keselamatan kenderaan Toyota kelmarin dikejutkan dengan tangisan seorang wanita, Rhonda Smith yang menceritakan dia nyaris maut semasa memandu sebuah Toyota Lexus.

“Anda patut malu, Toyota kerana tamak haloba. Begitu juga Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya (NHTSA) kerana gagal melaksanakan kewajipan anda,” katanya sambil teresak-esak.

Menurut Smith, dalam insiden pada 2006, dia nyaris tidak dapat mengawal keretanya apabila kenderaan itu tiba-tiba mencapai kelajuan 160 kilometer sejam walaupun dia tidak memecut.

Wanita itu memberitahu, dia telah membuat aduan mengenai masalah elektronik kenderaannya tetapi tidak diendahkan oleh Toyota atau NHTSA.

Bagaimanapun, aduannya kali ini didengari Jawatankuasa Tenaga dan Perdagangan Kongres yang bersidang bagi menyiasat aduan orang ramai berhubung kelemahan keselamatan kenderaan keluaran Toyota dan beberapa syarikat pengeluar kereta lain di AS.

Panel itu ditubuhkan setelah pihak berkuasa pengangkutan Jepun menyatakan bahawa ia akan menyiasat 38 laporan berhubung masalah pecutan mendadak kenderaan Toyota sejak tiga tahun lalu sekali gus siasatan pertama mengenainya di Jepun.

Sementara itu, Presiden Toyota Motor, Akio Toyoda sekali lagi memohon maaf kelmarin berhubung isu keselamatan kereta syarikat itu yang membawa kepada penarikan semula lebih 8.5 juta kenderaan di AS dan Eropah.

Masalah pecutan mendadak yang dikaitkan dengan pedal minyak dan sistem elektronik kenderaan Toyota didakwa menyebabkan sekurang-kurangnya lima kematian sebelum ini. – Reuters

Saturday, February 20, 2010

Mewah dan berkuasa

Selepas dua dekad ‘menghilangkan diri, kenderaan mewah Rolls-Royce Ghost dari United Kingdom (UK) kembali memeriahkan pasaran kereta di Malaysia.


BAHAGIAN hadapan Ghost tetap mengekalkan rekaan signatur sebuah Rolls-Royce yang sangat mewah.

ANDA ada lebih RM2.6 juta untuk dibelanjakan? Jika ya, tawaran terbaru daripada Rolls-Royce Motor Cars mungkin boleh ditimbangkan.

Memulakan kempennya menerusi model yang diberi nama Ghost, jenama kenderaan mewah itu sekali lagi tampil untuk menambah keterujaan kepada golongan hartawan Malaysia.

Beribu pejabat di Goodwood, West Sussex, United Kingdom, Rolls-Royce sudah lama memenuhi ekspektasi dan keperluan super mewah golongan selebriti di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Berbanding rangkaian model Phantom, Ghost merupakan model yang lebih kecil dan dinamik. Namun, ia tetap dikenali sebagai sebuah Rolls-Royce yang mencapai aspek modenisme baru dan kekal dengan ciri-ciri kemewahannya.

Kereta itu menjadi model pertama dalam siri produk Rolls-Royce yang bakal ditawarkan di Malaysia. Model-model lain daripada keluarga Phantom seperti Phantom, Phantom Extended Wheelbase (salun empat pintu), Phantom Drophead Coupé (convertible) dan Phantom Coupé (fixed roof) akan menemui para peminatnya sepanjang tahun ini.

Menurut Pengarah Serantau Asia Pasifik Rolls-Royce Motor Cars, Colin Kelly, Ghost menampilkan reka bentuk yang mampu meluaskan lagi tarikan terhadap produk keluaran Rolls-Royce Motor Cars.

Ghost menggabungkan proses penambahbaikan, teknologi baru dan gaya kontemporari. Model itu juga memiliki semua lambang kejayaan model-model Rolls-Royce terdahulu. Ia menggunakan kayu terbaik, material kulit dan mengaplikasikan standard pengilangan yang tiada bezanya dengan model Phantom.

"Ghost memangkin minat memberangsangkan di Malaysia. Saya yakin kereta ini akan berjaya di Malaysia dengan gabungan unik ciri dinamiknya," kata Pengarah Urusan Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur, Datuk Michael Ong yang bernaung di bawah pengedaran Quill Motorcars Sdn. Bhd.

Keselesaan Kelas Pertama

Michael optimis pihaknya akan menerima tempahan di antara lapan hingga sepuluh unit menjelang akhir tahun ini. Namun, Ghost dibina berdasarkan kepada permintaan.

"Saya menjangkakan Ghost akan memperoleh pemintaan kukuh di Malaysia. Selain mampu menarik kelompok pembeli lebih besar yang mungkin tidak pernah mengambil perhatian terhadap jenama Rolls-Royce sebelum ini," tambah Pengurus Besar bagi Utara dan Timur Asia Pasifik Rolls-Royce Motor Cars, Brenda Pek. Ruang dalaman Ghost menyerlahkan pelbagai reka bentuk yang menjadi identiti kepada Rolls-Royce.


RUANG kabin yang sarat dengan teknologi terkini.

Misalnya suis-suis berbentuk biola tradisional dan corong udara yang kelihatan seperti bebola mata. Karpet lantainya yang tebal itu pula diperbuat daripada bulu kambing untuk menikmati rasa mewah yang sebenar.

Terselit di pintu hadapan ialah payung yang disalut dengan material Teflon. Sementara pintu-pintunya pula membuktikan keunikan Rolls-Royce kerana ia boleh dibuka pada bukaan 83 darjah.


Ruang kabinnya dilimpahi dengan cahaya semula jadi yang boleh ditingkatkan melalui bumbung suria (secara opsyen). Bumbung tersebut bermula dari bahagian hadapan sehinggalah ke seksyen belakang.

Pendingin hawa empat zon automatik, ciri pengedaran udara automatik, penghalang penumpatan udara dan kompensasi solar, tempat duduk individu atau lounge (hadir dengan ciri urutan secara pilihan) menawarkan keselesaan terbaik buat setiap penumpangnya.

Meja yang dibalut dengan kulit terbaik dan kemasan kayunya dipadankan dengan ruang kabin Ghost. Ia turut menempatkan dua unit skrin LCD bersaiz 23 sentimeter (sm) di bahagian belakang tempat duduk hadapan. Sistem audio yang ada pada Ghost mampu menjana 600 watt bunyi menerusi amplifier 10 saluran dan 16 buah pembesar suara, termasuklah dua subwoofers yang dipasang di bahagian lantai.

Input USB dan auxiliary membolehkannya berintegrasi dengan alat audio luar, sementara cakera padat 12.5 GB membenarkan penyimpanan fail-fail muzik daripada USD atau pemain cakera padat dibuat.

Bergerak di atas sistem suspensi udara sofistikated pada kempat-empat rodanya, Ghost mampu mengenal pasti 'keperluan' walaupun yang paling kecil. Misalnya, ia berupaya mengesan pergerakan penumpang belakang pada satu bahagian tempat duduk, seterusnya disesuaikan sewajarnya. Fungsi angkat dan turun pula dapat menaikkan atau menurunkan Ghost sehingga 25 milimeter (mm).

Memiliki pelbagai ciri bantuan pilihan menjadikan Ghost sebuah kenderaan yang paling fokus kepada pemandu dalam rangkaian model Rolls-Royce Motor Cars. Ia merangkumi kamera yang memberi paparan di bahagian belakang, sisi hadapan dan atas.

Prestasi terbaik


PINTU dengan bukaan 83 darjah memudahkan penumpang untuk keluar masuk.

Kamera pemandangan waktu malam (Night Vision camera), paparan head-up (Head-up Display), amaran penukaran laluan (Lane Departure Warning), bantuan lampu tinggi (High Beam Assistance), adaptif (Adaptive), lampu utama berhaluan (directional headlights) dan kawalan aktif Cruise Control dengan ciri brek Stop & Go Active Brake Intervention turut dipasang. Sementara Optional Comfort Entry membolehkan akses lebih mudah ke dalam kereta. Ia membuka kunci pada pintu apabila kunci saku berada pada jarak 1.5 meter.


Ghost merupakan kenderaan Rolls-Royce paling berkuasa pernah dibina sehingga kini. Ia mampu memberikan prestasi mengikut cara Rolls-Royce sepenuhnya tanpa sebarang masalah. Sumber kepada kuasa dinamiknya terletak pada enjin V12 dengan pendesak turbo berkembar bersesaran 6.6 liter. Enjin itu dipadankan bersama kotak gear automatik ZF lapan kelajuan.

Janaan kuasa puncaknya mencecah 563bhp / 420kW / 570PS @ 5,250rpm yang digabungkan dengan tork maksimum 780Nm / 575lb ft pada hanya putaran enjin 1,500 rpm. Hasilnya, Ghost berupaya mencapai kelajuan dari 0 ke 100km/h dalam tempoh hanya 4.9 saat. Selain mampu mencecah kelajuan maksimum sehingga 250km/j.

Enjin baru itu juga meletakkan Rolls-Royce Motor Cars pada posisi peneraju secara signifikan dalam aspek pengeluaran gas CO2 (317g/km) dan penjimatan bahan api (gabungan pengunaan: 13.6 l/100km).

Sistem keselamatan elektronik memastikan Ghost berada dalam keadaan stabil atas apa jua bentuk permukaan jalan. Ia termasuklah Anti-Roll Stabilisation, kawalan brek dinamik (Dynamic Brake Control), kawalan kestabilan dinamik (Dynamic Stability Control), kawalan kuasa tarikan dinamik (Dynamic Traction Control) serta kawalan brek ketika membelok (Cornering Brake Control).

Produksi Ghost sudah bermula di Goodwood. Kereta pelanggan pertama di Malaysia dijangka dapat dihantar pada suku kedua 2010. Bagi memenuhi jangkaan permintaan, Rolls-Royce Motor Cars telah meningkatkan kapasiti pengilangannya sebanyak 50 peratus.

Baru-baru ini, Rolls-Royce Motor Cars mengumumkan hasil jualan memberangsangkan bagi 2009. Sebanyak 1.002 unit kereta berjaya dijual dalam tempoh tersebut.

Porsche 911 Turbo



UNTUK memahami evolusi Porsche 911 Turbo, anda harus mengimbas kembali apa yang berlaku pada Paris Motor Show tahun 1974. Ketika itu, ramai yang keliru dan tertanya-tanya kenapa Porsche mengambil keputusan untuk membina sebuah kereta super sports pada saat dunia berdepan zaman sukar.

ENJIN turbo Porsche 911 didatangkan bersama ciri suntikan bahan api termoden.


Mereka menganggap model tersebut sebagai sebuah kereta yang salah dan dibina pada waktu yang tidak tepat. Namun, semua keraguan itu akhirnya terjawab apabila ia dilihat berjaya mengoptimumkan nisbah antara input dan output dengan efisien.

Kini, konsep efisien dan prestasi itu diterjemahkan dalam cara lebih pintar menerusi model yang mengangkat nama sama, Porsche 911 Turbo terbaru. Ia meletakkan satu penanda aras yang baru dalam segmen kereta

super sport dengan inovasi teknologi terbaik, merangkumi talaan baru serta penambah baikan dari aspek reka bantuknya.

Semua ciri utama 911 Turbo dipertingkatkan secara signifikan, termasuklah penjimatan bahan api, lebih ringan, laju dan dinamik pemanduan yang diperhebat.

Menyentuh aspek penggunaan bahan api dan prestasi dinamik, model terbaik dalam keluarga 911 yang dihasilkan di kilang Porsche di Zuffenhausen Jerman itu sebenarnya sudah berada dalam generasi ketujuh. Debut pertamanya ialah di Frankfurt Motor Show, Jerman pada September tahun lalu.

Enjin turbo


PORSCHE model cabriolet tampak lebih elegan dengan bumbung yang boleh ditutup buka dijual pada harga RM1.43 juta.

Ciri utama yang mesti diperkatakan pastinya unit enjin bersesaran 3.8 liter yang baru dan mampu menjana kuasa sehingga 500 bhp. Enjin turbo serba baru itu merupakan yang pertama dalam tempoh 35 tahun didatangkan bersama ciri termoden seperti suntikan bahan api secara langsung, pendesak turbo eksklusif Porsche dengan geometri turbin boleh ubah dan VarioCam Plus.

Sebagai satu opsyen, enjin enam silinder itu boleh dipadankan buat pertama kalinya dengan kotak gear klac berkembar (Doppelkupplungsgetriebe, PDK) Porsche tujuh kelajuan. Model-model yang dilengkapi PDK turut dipasang dengan stereng rekaan baru bersama paddle shifter sebagai pengganti kepada sistem butang yang digunakan sebelum ini.



Bukan itu sahaja, 911 Turbo berjaya mengurangkan pengeluaran gas karbon dioksida sebanyak 18 peratus berbanding model sebelumnya. Bergantung kepada konfigurasi sesebuah 911, ia hanya memerlukan antara 11.4 hingga 11,7 liter untuk mencapai perbatuan sejauh 100 kilometer jika diukur menggunakan sistem suntikan standard EU5. Lebih menarik lagi apabila melihat prestasinya yang mampu memecut dari titik statik ke 100 kilometer sejam dalam masa hanya 3.4 saat.

Dalam perkembangan lain, Porsche Asia Pacific Pte. Ltd. telah menandatangani surat niat (Letter of Intent) untuk melantik Sime Darby selaku pengimport tunggal dan eksklusif untuk kereta-kereta Porsche di Malaysia.

Kerjasama tersebut menggariskan bahawa Sime Darby akan bertanggungjawab sepenuhnya atas aspek pengimportan, pengedaran, jualan, pemasaran perhubungan awam dan perkhidmatan selepas jualan untuk jenama itu. Sime Darby juga mempunyai hak melantik pengedar dan pusat servis.

Syarikat itu dijangka mengambil tanggungjawab secara rasmi daripada Jaseri Automotive Group Sdn. Bhd. menjelang akhir suku pertama tahun ini. Menurut Pengarah Urusan Porsche Asia Pacific, Christer Ekberg, pihaknya berbesar hati untuk mengalu-alukan rakan baru ke dalam keluarga Porsche Asia Pacific.



"Kami yakin pasukan di Sime Darby merupakan pilihan yang terbaik untuk sama-sama membangunkan jenama Porsche di Malaysia. Porsche Asia Pacific juga gembira kerana Datuk Mokhzani Mahathir akan kekal sebagai salah seorang pemegang saham dalam kerjasama baru ini. Ia pasti dapat memastikan transisi yang lancar buat para pelanggan Porsche," kata Ekberg.

Porsche Centre Glenmarie juga akan kekal sebagai pusat untuk aktiviti jualan dan servis, manakala penambahan pusat-pusat servis Porsche dibuat demi memberi perkhidmatan terbaik buat pelanggan sedia ada dan baru.

"Sime Darby teruja kerana berpeluang untuk menambah Porsche dalam barisan jenama kereta kami. Malaysia akan menjadi wakil kali kedua buat Porsche memandangkan kami mewakili jenama sama dengan Pusat Porsche di New Zealand," kata Timbalan Presiden Eksekutif Motors Division Sime Darby, Datuk Lawrence Lee.

Comel dan sporty


HARGA yang premium membuatkan Jazz tidak mendapat sambutan sewajarnya.

SEJAK diperkenalkan buat pertama kalinya pada 2003, Honda Jazz telah mengubah cara setiap individu berfikir tentang sebuah kereta bandar. Kereta untuk kegunaan sekitar bandar atau urban car sering dikaitkan dengan keutamaan perekanya untuk mencipta sebuah mesin yang mudah dikendalikan, jimat penggunaan bahan api dan rendah kos penyelenggaraannya.

Matlamat asal kenderaan itu dicipta cukup mudah. Ia direka untuk individu yang sering bergerak dalam trafik berhenti-jalan (stop go traffic).

Justeru, talaan pengendaliannya tidak begitu diambil kira dan keselesaan bukan berada di tahap nombor satu. Namun, jika anda memang dikenali kerana menghasilkan kereta berkualiti dalam satu pakej, mengapa tidak lahirkan semula kereta untuk kegunaan bandar yang lebih premium?

Mungkin Jazz tidak setaraf dengan A Class atau BMW Siri 1. Namun hakikatnya, kereta itu direka bijak bagi memastikan pemandunya tidak sedar bahawa mereka sedang memandu sebuah kereta kecil.

Ya, dalam terminologi segmentasi kereta, Jazz tergolong dalam segmen B, satu tangga di bawah Civic, sekelas dengan Vios, MyVi dan Swift sebagai contoh.

Honda Jazz generasi pertama mula memasuki pasaran pada 2003, ketika itu ia direka dengan transmisi CVT dan enjin kecil bersesaran 1.4 liter i-DSI.

Liputannya meluas, pujian mencurah-curah tiba terhadap rekaan hatchback kecilnya itu. Walaupun ia merupakan versi hatchback bagi Honda City generasi kedua, ia tidak langsung dirujuk sebagai dua varian yang sama. Sekurang-kurangnya di Malaysia.

Di benua Asia, kereta itu sangat laris bak goreng pisang panas. Di Thailand dan Filipina, Jazz ialah kereta kompak pilihan yang jauh meninggalkan Yaris. Di Indonesia pula ia dikenali sebagai 'Mobil Sejuta Umat' sebagai menggambarkan dambaan setiap warga di sana untuk memiliki kereta itu.


ENJIN i-VTEC bersesaran 1.5 liter yang berkuasa ini dipadankan dengan kotak gear automatik lima kelajuan.

Apakah yang menjadikan Honda Jazz istimewa? Rekabentuk. Sejak daripada model pertamanya, Jazz memiliki kontur badan yang memukau. Comel untuk saiznya dan sporty

untuk rekaannya.

Anda tidak dapat mencari hatta satu garis kesilapan pada pembikinan kereta tersebut. Model pertamanya masih cantik kalau dibandingkan dengan model pesaingnya yang mungkin telah digantikan beberapa kali.

Generasi kedua

Persoalan tentu timbul mengenai bentuk rekaan model terbarunya? Futuristik. Apabila generasi kedua itu hendak dibina, bukan sedikit golongan yang skeptik bagaimana rupa Jazz gantiannya nanti.

Sedangkan model terdahulu (atau GD3) itu sudah kelihatan sempurna, bagaimana untuk menjadi lebih baik dan nampak berbeza? Ia nyata sukar untuk digambarkan dengan hanya bergantung pada foto dan model tanah liat.

Apabila model GE3 diperkenalkan, nyata ia berbeza dengan model lama, namun prinsip dan konsepnya masih kekal. Ia sebuah produk penting Honda yang telah menggantikan posisi Civic sebagai cash cow mereka.

Membina identiti amat penting bagi memastikan masyarakat terus ingat model itu untuk generasi seterusnya.

Ia seperti BMW Mini. Secara tidak sedar, model generasi Mini dari BMW telah memasuki generasi kedua. Maksudnya dua kerangka yang berbeza. Namun Mini kelihatan sukar untuk dibezakan antara dua generasi tersebut, sedangkan identikal pada Jazz adalah lebih mudah.

Jazz dipasang dengan enjin 1.5 liter i-VTEC generasi terbaru dan transmisi lima kelajuan. Seperti yang dicadangkan oleh juruteranya, enjin itu langsung tiada masalah merentasi trafik bandar dan sekali-sekala di lebuh raya.

Kuasa mendakinya cepat. Putaran enjinnya ringan, susunan gearnya amat bijak dan sempurna. Pusingan sterengnya memang tipikal Jazz/City yang mana radiusnya amat cemerlang untuk kereta kompak pacuan hadapan.

Saya memandu kereta itu ke Kuantan, Pahang untuk satu tugasan. Jujur saya katakan, sebelum ini saya kerap memandu Jazz GD model pertama. Kelemahan Jazz adalah kerana kelebihannya di bandar. Masuk sahaja ke lebuh raya anda akan berasa betapa ia amat ringan dan konsistensi kawalan lebih diperlukan berbanding memandu Civic dalam kelajuan yang sama.

Namun, perbezaaan nyata antara model pertama dan model ini ialah pengendaliannya mudah dijangka. Bagaimanapun, anda masih boleh rasakan bahawa Jazz masih ringan. Namun disebabkan bentuknya yang aerodinamik dan enjin yang dipertingkatkan, ia menjadi antara kereta yang mudah dijangka dalam kelajuan tinggi.

Selain pengendalian yang ditingkatkan, bahagian dalamannya kelihatan futuristik. Terima kasih kepada fabrik dan vinyl hitam yang menjadi bahan balutannya.

Rekaan papan pemuka dan kelongsong meternya cukup sporty dan kompleks. Suis penghawa dingin boleh dicapai mudah, cukup hampir dengan tangan kiri pemandu. Audionya tiada sebarang masalah, suis di stereng yang dipinjam daripada Civic nyata amat berguna.


RUANG kabin Jazz disalut dengan fabrik dan vinyl berwarna hitam.

Kerusinya memiliki kontur yang memeluk pemandu. Namun spannya saya rasakan sedikit keras. Tempat duduk belakang yang boleh dilipat itu juga agak keras untuk perjalanan jauh. Satu kekurangan yang saya kenal pasti, ia tiada perehat tangan bagi penumpang hadapan. Model sebelumnya langsung tiada perehat tangan untuk versi tempatan.

Jika selama ini Jazz versi lama dirasakan sudah cukup luas ruang letak kakinya, Jazz model terbaru menawarkan keluasan yang lebih. Anda tidak akan rasa 'tersepit' apabila berada di dalamnya kerana ilusi ruang dan pandangan cermin lebarnya menjadikan seolah-olah berada dalam sebuah sedan bersaiz penuh.

Model yang saya pandu uji ialah versi Modulo. Dilihat dengan teliti, model itu dipasangkan dengan skirting sisi, sepasang lampu sorot hadapan dan sebuah spoiler pembias angin kecil atas bumbung tailgate belakang. Warna putih (tafetta white) membuatkan ia kelihatan lebih besar berbanding saiz sebenarnya.

Harga? RM112,800 seunit. Mahal? Tak syak lagi memang mahal kerana hanya dengan lebih RM1,000 anda sudah boleh membeli Honda Civic 1.8!

Saya percaya HMSB telah membuat satu percaturan salah untuk Jazz. Kini, semua varian model itu terletak pada tangga harga lebih RM100,000 dan sukar untuk mencapai jualan memberangsangkan dalam pasaran yang diketahui kecil.

Lihat sahaja Mitsubishi Colt dahulu dan Suzuki Swift hari ini. Dalam pasaran, banyak pilihan lain untuk harga sebegitu, sama ada sebuah sedan segmen C ataupun kompak segmen B. Jadi saya kira, pembeli Jazz ini memang benar-benar berduit atau pun peminat tegar Jazz!

Friday, February 19, 2010

Lotus mampu mencabar – Fairuz


PEMANDU negara, Fairuz Fauzy menguji jentera baru Lotus F1, T127 buat kali pertama di Litar Jerez, Sepanyol kelmarin. – Lotus F1




















KUALA LUMPUR – Walaupun berdepan beberapa masalah kecil pada hari pertama sesi ujian di Litar Jerez kelmarin, namun pasukan Formula Satu negara, Lotus F1 yakin mereka mampu memberi cabaran kompetitif.

Pemandu negara, Fairuz Fauzy, yang menguji jentera Lotus Cosworth T127 buat kali pertama percaya, kereta mereka memerlukan sedikit masa lagi untuk ditingkatkan.

“Selepas menguji jentera Lotus F1 semalam, maklum balas yang saya peroleh.. kereta kami mampu menyerlah dan meningkat sedikit masa lagi.



“Saya melihat Lotus F1 punya potensi dan mampu menjadi salah satu pasukan yang kompetitif pada persaingan nanti," kata Fairuz, yang juga pemandu uji pasukan ketika dihubungi Utusan Malaysia di London, semalam.

Menurut Fauzi lagi, perlumbaan musim ini, yang akan bermula di Bahrain pada 12 Mac depan berbeza dengan perlumbaan sebelumnya kerana sebahagian besar pasukan membariskan pemandu baru.

"Perlumbaan kali ini nyata berbeza kerana saya melihat semua pasukan mampu memberikan persaingan. Insya-Allah, kami juga mampu berada di tahap yang diingini kerana usaha untuk mempertingkatkan jentera Lotus F1 akan dilakukan sedikit masa lagi," jelasnya.

Begitupun Fauzi mengakui, untuk menjadi sebuah pasukan yang disegani ia tidak datang dengan pakej yang singkat dan cepat.

“Anda tidak boleh menang dengan hanya turun sekali, ia memerlukan masa. Masa untuk menambah keyakinan kepada pasukan dan masa untuk menambah kelebihan yang ada pada pasukan,” jelasnya.

Dalam sesi ujian kelmarin, Fairuz melengkapkan pemanduan sejauh 300 kilometer untuk memperoleh Lesen Super daripada Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA). ).

Ujian awal berdepan masalah kecil seperti ketiadaan stereng berkuasa elektronik, Fairuz mampu menyudahkan 76 pusingan pemanduan.

“Pemanduan semalam agar sukar memandangkan jentera kita masih belum mempunyai power steering (stereng berkuasa elektronik).

“Saya fikir kalau ada alat tersebut, pemanduan akan menjadi lebih lancar dan jentera akan lebih ringan

“Walaupun pemanduan agar sukar secara fizikal, namun saya boleh katakan ia berjalan dengan baik,’’ katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Teknikal Lotus F1, Mike Gascoyne berkata, isu stereng akan diatasi hari ini dan pasukan itu kini sibuk mempersiapkan jentera bagi ujian kedua.

"Dengan jentera yang tiada masalah besar dalam isu daya tahan dan hanya beberapa gangguan timbul seperti masalah enjin cepat panas , selebihnya jentera meluncur tanpa masalah,” kata Gascoyne.

Pemandu utama pasukan dari Finland, Heikki Kovalainen akan mengambil alih tugas pada dua hari uji pandu berikutnya, diikuti Jarno Trulli dari Itali esok. yang hebat,” katanya.

Fauzi akan melakukan ujian sekali lagi di Litar Barcelona, minggu depan.

Patuh cadangan waktu perjalanan elak sesak - PLUS


KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuh raya Utara-Selatan yang ingin kembali ke Lembah Klang pada Sabtu dan Ahad ini selepas cuti perayaan Tahun Baru Cina, dinasihatkan supaya mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi memastikan perjalanan yang lebih selesa dan lancar.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Expressways Berhad (Plus), Nik Airini Nik Jaffar berkata, ini kerana jadual yang dikeluarkan pada Hari Raya Aidilfitri lalu terbukti berjaya mengurangkan kesesakan trafik di lebuh raya.

"Kami menasihatkan orang ramai yang ingin pulang semula ke Lembah Klang pada 20 dan 21 Februari ini supaya mematuhi jadual yang disediakan,'' katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, jadual perjalanan yang dicadangkan untuk pengguna ke Lembah Klang dari utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang ialah sebelum pukul 1 tengah hari, manakala dari Taiping, Kuala Kangsar dan Ipoh antara pukul 3 dan 6 petang, Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim sebelum pukul 10 pagi dan antara pukul 8 dan 11 malam.

Bagi perjalanan dari selatan pula jadual yang dicadangkan bagi Johor ialah sebelum 1 petang manakala Simpang Ampat dan Ayer Keroh antara 3 dan 6 petang, Seremban, Port Dickson dan Senawang sebelum pukul 10 pagi dan antara pukul 8 dan 10 malam, dengan perjalanan dari tempat-tempat lain dicadangkan selepas pukul 11 malam.

Thursday, February 18, 2010

Blog cetus minat modifikasi

Melalui blog, Zairul Faiz membantu kawan-kawannya mencari pelanggan untuk kerja-kerja modifikasi kereta.


ATAS: Enjin yang diubah suai perlu menepati syarat prestasi dan keselamatan.

RUANG bengkel milik syarikat Hikmat Ulung Sdn. Bhd. tidak gah seperti kebanyakan bengkel kereta lain apatah lagi lokasinya di celah ladang kelapa sawit di Felda Bukit Cerakah, Puncak Alam, Selangor tersorok daripada pandangan dan pengetahuan ramai.

Tetapi, jangan terkejut sekiranya anda melihat kereta yang 'bersusun' menunggu giliran untuk diuruskan. Para mekaniknya pula bagaikan tidak cukup tangan menyelenggara dan membuat kerja-kerja modifikasi.

Kereta-kereta yang mendapatkan perkhidmatan di bengkel ini pula bukan calang-calang. Daripada kereta Perodua dan Proton hinggalah model BMW dan Mercedes serta Evolution, semuanya datang ke sini.

Sekiranya ada antara para peminat kereta yang pernah melayari blog azam97.wordpress.com, pasti akan disaran untuk mendapatkan perkhidmatan ubah suai kereta, tukar enjin, membaiki dan mengecat kereta di bengkel ini.

Ini kerana, Zairul Faiz Mohd. Dzomir, 28, bukan sahaja pelanggan tetap tetapi secara sambilan membantu bengkel tersebut mempromosikan perkhidmatannya melalui blog tersebut yang dikendalikan bersama abangnya.

"Saya bantu kawan-kawan yang bekerja di bengkel ini secara sambilan sahaja. Masa mula-mula buka blog ini pun hanyalah sekadar suka-suka tetapi selepas itu ramai orang telefon untuk dapatkan servis modifikasi kereta.

"Jadi, saya akan beri cadangan kepada mereka untuk dapatkan servis dan modifikasi kereta di sini selain membawa mereka berjumpa dengan mekanik untuk mendapatkan nasihat tertentu mengenai kereta," jelas bekas pelajar jurusan automotif ini.

Tambah Zairul, dia tidak lokek untuk berkongsi pengetahuan, nasihat atau tip tentang kereta dengan pengunjung blognya kerana merasakan pengalaman itu sangat menyeronokkan selain berpeluang menambah kenalan.

"Memang seronok apabila ramai pengunjung blog menelefon dan bertanya itu dan ini mengenai kereta. Lebih istimewa, ada di kalangan mereka yang telah mendapatkan servis modifikasi di sini akan menjadi kawan dan pelanggan tetap lantaran sentiasa berhubung.

"Apatah lagi apabila sama-sama minat bercakap tentang topik yang sama iaitu kereta," katanya yang turut menghabiskan RM20,000 untuk modifikasi keretanya sendiri.

Sekiranya punya kelapangan waktu, Zairul juga tidak keberatan untuk membawa sendiri pelanggan kali pertama ke bengkel tersebut.

Hobi mahal

Sekadar mahu mengingatkan mereka yang gemar pada hobi modifikasi kereta, perkara paling penting untuk aktiviti ini adalah penyediaan wang yang secukupnya memandangkan ia menuntut pelaburan yang bukan sedikit.

"Bagi mereka yang serius inginkan modifikasi kereta yang memuaskan dan mempunyai impak, banyak wang perlu dilaburkan tetapi hasilnya pasti menggembirakan.

"Ini kerana, bagi mereka yang gila kereta, sekali modifikasi pasti tidak cukup. Ramai pelanggan di sini tidak datang hanya sekali. Mereka pasti datang buat kali kedua dan seterusnya," jelas Zairul.


BERMULA dengan hobi di blog, Zairul kini mempunyai rangkaian hubungan yang luas.

Setelah menjalani proses ubah suai, tidak bermakna pemilik kereta bebas memandunya di jalan raya sebelum ujian keselamatan dijalankan.

Sebagai perkhidmatan bernilai tambah kepada pelanggan, Zairul akan menyelesaikan urusan pemeriksaan dengan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi setiap kereta yang telah diubah suai.

"Pelanggan tidak perlu susah-susah fikir. Selepas lulus pemeriksaan di Puspakom barulah mereka ambil kereta dan tidak perlu bimbang dengan tahap keselamatan kereta.

"Tambahan pula, ada pelanggan yang tidak tahu mengenai kereta dan memerlukan pandangan mengenai modifikasi yang selamat sepenuhnya," katanya.

Tegas Faiz, kereta yang dimodifikasi bukan bertujuan untuk menyertai perlumbaan haram. Ia sekadar hobi istimewa dan pemandu sering diingatkan tentang sikap bertanggungjawab.

"Memang kereta yang diubah suai ada impak tetapi janganlah sampai masuk lumba haram. Pemandu mesti cermat dan mengamalkan gaya pemanduan yang selamat supaya tidak membahayakan sesiapa.

"Apa pun, kereta yang telah dimodifikasi mestilah mendapatkan pemeriksaan Puspakom bagi menjamin 'kelulusannya' di atas jalan raya," jelasnya.

Taktik penyeludup petrol di sempadan.

Bukan mudah banteras penyeludupan secara total.

UBAH SUAI tangki biasanya dilakukan pengusaha bengkel di Hat Yai.


SEORANG lelaki tempatan, dikenali sebagai Din, sedang minum kopi di sebuah gerai di Padang Besar, Perlis, dekat sempadan Malaysia-Thailand ketika dihampiri krew Jurnal.

Din, berusia 30-an, mengaku sering membantu warga Thailand menyeludup petrol dan diesel bersubsidi di sempadan Malaysia-Thailand itu.

Menurut Din, dia akan mengisi penuh minyak keretanya di stesen minyak sebelum dipindahkan ke tangki kereta warga Thailand yang menunggu di tempat tersorok dan jauh daripada pandangan orang ramai. Kerana kerjanya itu, Din akan dibayar upah.

"Setiap kali mengisi penuh petrol ke dalam tangki kereta yang berkapasiti 40 liter, saya akan mendapat upah bersih sebanyak RM10 daripada kumpulan penyeludup itu," katanya.

"Cukuplah untuk beli rokok dan berseronok di Padang Besar," tambahnya.

Din memberitahu, petrol daripada tangki keretanya dikeluarkan menggunakan getah paip sebelum diisi semula ke dalam tangki kenderaan rakyat asing itu.

Boleh dikatakan itulah aktiviti harian Din selepas kerajaan hanya membenarkan kenderaan asing mengisi tidak lebih 20 liter bahan bakar itu di stesen minyak yang berada di dalam lingkungan 50 kilometer dari sempadan negara.

Nilai harga pasaran ketika ini iaitu RM1.80 seliter bagi petrol di Malaysia berbanding RM3.50 di negara jiran itu menyebabkan warga asing itu berlumba-lumba mendapatkan bekalan dari Malaysia.

Trak pikap

Sama ada aktiviti tersebut dilakukan rakyat Thailand sendiri yang mahu mengambil kesempatan harga murah itu di negara ini, rakyat tempatan juga tidak terkecuali bersekongkol melakukan aktiviti penyeludupan ke negara jiran itu.

Menurut Komandan Unit Pencegahan dan Penyeludupan (UPP) Perlis, Deputi Supritendan Zakaria Abdul Rahman, sepanjang tahun lalu hampir 50 kes berjaya dikesan pihaknya membabitkan penyeludupan diesel dan petrol.

"Dianggarkan sebanyak 16,259 liter diesel bernilai RM29,051 dan petrol 5,925 liter berharga RM10,697 diseludup tahun lalu.

"Pada bulan Januari lalu pula, hampir 10 kes membabitkan penggunaan kenderaan yang digunakan penyeludup," katanya.

Zakaria menjelaskan, antara taktik penyeludup ialah menggunakan kereta pikap Thailand yang diubahsuai bagi menempatkan tangki tambahan.

"Ada kereta pikap yang kami tahan mempunyai 10 buah tangki tambahan di bahagian belakang serta bawah kenderaan itu sehingga mampu menampung 1,000 liter petrol.

"Biasanya penyeludup jenis itu mempunyai banyak wang untuk membeli kereta pikap.

"Bagi yang mungkin baru hendak berjinak-jinak, mereka akan mengubahsuai motosikal supaya tangkinya lebih besar dan dapat diisi sehingga 40 liter minyak berbanding lima atau 10 liter bagi tangki standard," ujarnya.



Dokumen palsu

Kos bagi melakukan pengubahsuaian tangki itu ialah antara RM3,000 hingga RM5,000 bagi kereta pikap dan RM500 untuk motosikal.

"Mereka biasanya menggunakan khidmat mekanik di Hat Yai dan Songkhla, pomen di Malaysia tidak berminat melakukannya kerana bimbang dikesan pihak berkuasa," ujar Zakaria.

Taktik penyeludupan melalui pengubahsuaian tangki tambahan, biasanya dilakukan kenderaan asing.

Modus operandi penyeludup tempatan pula, mereka sering memilih taktik mengisytiharkan dokumen palsu dengan menggunakan lori bagi membawa keluar bahan bakar bersubsidi ke negara jiran.

Katanya lagi, setakat ini tiada kejadian buruk berlaku dalam usaha pihak berkuasa membanteras penyeludupan.

"Kalau ada pun hanya aksi kejar-mengejar namun akhirnya mereka akan meninggalkan kenderaan dan melarikan diri," katanya.

Selain itu, penyeludup hanya mengharapkan tuah dan kelekaan pihak berkuasa semasa bertugas di pintu sempadan.

Terdapat dua pintu sempadan di Perlis iaitu Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Padang Besar dan Pos Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Wang Kelian.

"Biasanya mereka akan mengambil kesempatan pada kesibukan di pintu sempadan yang hendak ditutup seperti di ICQ Wang Kelian pada pukul 6 petang manakala di CIQ Padang Besar pada pukul 10 malam bagi melepasi kawalan.

Merayu

"Pada waktu berkenaan, trafik kenderaan akan banyak sehingga menyebabkan kesesakan.

"Adakalanya bagi melancarkan lalu-lintas, pihak berkuasa terlepas pandang kereta penyeludup atau melakukan pemeriksaan biasa sahaja.

"Hendak membanteras penyeludupan secara total bukan mudah. Kalau dikira nisbah, tiga daripada 10 buah kereta penyeludup terlepas. Ia mungkin disebabkan kelalaian manusia," ujarnya.

Aktiviti penyeludupan petrol mula dikesan UPP Perlis sejak tahun 2000 apabila harga minyak antarabangsa melambung dan bertambah teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada tahun 2008, apabila Malaysia menaikkan harga petrol kepada RM2.40 seliter, harga bahan bakar itu di Thailand naik hingga RM7.


KURANG teliti menyebabkan ada penyeludup dapat melepasi pemeriksaan sempadan di Padang Besar.

"Rampasan petrol seludup pada tahun 2008 sahaja mencecah lebih RM3 juta," kata Zakaria.

Cerita Zakaria, apabila ditangkap, para penyeludup sering merayu agar mereka dilepaskan kerana mendakwa terpaksa melakukan aktiviti haram itu disebabkan kesempitan hidup.

Selain itu, faktor pendidikan menyukarkan mereka mencari pekerjaan sah yang lebih baik. Justeru cara mudahnya ialah dengan melakukan aktiviti penyeludupan.

"Lagipun aktiviti penyeludupan ini bukan baru. Ia merupakan pekerjaan tradisi yang telah dilakukan sejak wujud sempadan antara kedua-dua negara. Namun, seingat saya, tidak banyak antara mereka ini menjadi kaya-raya," ujar Zakaria.

AS mula siasat masalah kereta Toyota Corolla

NEW YORK: Pihak berkuasa keselamatan pengangkutan Amerika Syarikat (AS) sudah membuka siasatan terhadap aduan orang ramai mengenai masalah stereng kereta Toyota Corolla - model paling laris di dunia.

"Kami sudah mulakan siasatan terhadap model Toyota Corolla 2009 dan 2010 terhadap aduan mengenai masalah stereng," kata sumber Jabatan Pengangkutan AS, semalam.

Sumber itu berkata, siasatan itu membabitkan pemeriksaan lebih 500,000 kenderaan dan ia juga tidak tertakluk kepada model 2009 dan 2010 sahaja.


Pembuat kenderaan Jepun itu sebelum ini menegaskan pihaknya sudah memanggil semula semua model Corolla untuk tujuan pemeriksaan.

Model Corolla 2009-2010 adalah antara berjuta kenderaan keluaran Toyota yang dipanggil semula di seluruh dunia kerana mempunyai masalah pedal minyak. - AFP

BMW edisi khas Tujuh pilihan istimewa


BMW523i didatangkan dalam warna gelap kehijauan.















BMW Malaysia tampil dengan gegaran sempena sambutan Tahun Baru Cina dengan menawarkan tujuh model edisi khas, khusus bagi pelanggan di negara ini.

Model yang terlibat ialah empat BMW 3 Series dan tiga BMW 5 Series. Bagi BMW 3 Series, model baru yang diperkenalkan ialah BMW 320i Edisi Gaya Hidup, BMW 320i Edisi Prestasi, BMW 320d Edisi Prestasi dan BMW 325i Edisi Prestasi.

BMW 5 Series pula ialah BMW 523i Edisi Eksekutif, BMW 523i Edisi Eksklusif dan BMW 525i Edisi Sports.

Pengenalan edisi-edisi baru BMW 3 Series dan 5 Series adalah cara BMW memberi penghargaan kepada peminatnya di Malaysia dengan versi unik yang membolehkan rakyat Malaysia bergaya di Tahun Baru Cina ini.

BMW 3 Series dan 5 Series adalah dua model paling popular di negara ini. Tahun lalu Kumpulan BMW Malaysia menjual keseluruhan 4,003 unit di negara ini. Daripada jumlah itu, BMW 3 Series merupakan 2,025 unit menjadikannya peneraju segmen kereta yang sekelas dengannya. BMW 5 Series pula dijual sebanyak 1,064 unit. Kedua-dua jualan memberangsangkan ini mewakili 75 peratus jualan keseluruhan BMW Malaysia tahun lalu.

Tuesday, February 16, 2010

World Air Brush


Dunia Airbrush sekarang dah bermacam-macam
timbul idea yang sangat kreatif dan berkreativiti
untuk kecantikan kereta masing masing.











SUKAN bola sepak terutama aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan antarabangsa memang menjadi perhatian peminat apatah lagi melihat kelincahan mereka di padang.

BERGAYA...Rooney memandu Lamborghini Gallardo miliknya ketika menjalani latihan harian bersama Manchester United.

BERGAYA...Rooney memandu Lamborghini Gallardo miliknya ketika menjalani latihan harian bersama Manchester United.

HAMPIR SIAP...Bugatti Veyron ditempah Ronaldo dijangka siap tahun ini. PILIHAN...BMW X5 menjadi pilihan kebanyakan pemain liga EPL. KERETA KAPTEN...Terry memilih untuk memiliki Ferrari F430 Spyder. PANTAS...Mercedes Benz ML63 AMG diminati kerana bentuk dan kepantasannya. RAJA...Beckham menjadi pemain bola yang memiliki aset berkaitan kereta termahal di dunia. SPORTY...Makelele turut memiliki Ferrari 360 dan Mercedes SL65 AMG. POPULAR...filem James Bond membantu menaikkan nama Aston Martin.


PILIHAN...BMW X5 menjadi pilihan kebanyakan
pemain liga EPL.

HAMPIR SIAP...Bugatti Veyron ditempah Ronaldo dijangka siap tahun ini. PILIHAN...BMW X5 menjadi pilihan kebanyakan pemain liga EPL. KERETA KAPTEN...Terry memilih untuk memiliki Ferrari F430 Spyder. PANTAS...Mercedes Benz ML63 AMG diminati kerana bentuk dan kepantasannya. RAJA...Beckham menjadi pemain bola yang memiliki aset berkaitan kereta termahal di dunia. SPORTY...Makelele turut memiliki Ferrari 360 dan Mercedes SL65 AMG. POPULAR...filem James Bond membantu menaikkan nama Aston Martin.


KERETA KAPTEN...Terry memilih untuk memiliki
Ferrari F430 Spyder

HAMPIR SIAP...Bugatti Veyron ditempah Ronaldo dijangka siap tahun ini. PILIHAN...BMW X5 menjadi pilihan kebanyakan pemain liga EPL. KERETA KAPTEN...Terry memilih untuk memiliki Ferrari F430 Spyder. PANTAS...Mercedes Benz ML63 AMG diminati kerana bentuk dan kepantasannya. RAJA...Beckham menjadi pemain bola yang memiliki aset berkaitan kereta termahal di dunia. SPORTY...Makelele turut memiliki Ferrari 360 dan Mercedes SL65 AMG. POPULAR...filem James Bond membantu menaikkan nama Aston Martin.


PANTAS...Mercedes Benz ML63 AMG diminati
kerana bentuk dan kepantasannya.


HAMPIR SIAP...Bugatti Veyron ditempah Ronaldo dijangka siap tahun ini. PILIHAN...BMW X5 menjadi pilihan kebanyakan pemain liga EPL. KERETA KAPTEN...Terry memilih untuk memiliki Ferrari F430 Spyder. PANTAS...Mercedes Benz ML63 AMG diminati kerana bentuk dan kepantasannya. RAJA...Beckham menjadi pemain bola yang memiliki aset berkaitan kereta termahal di dunia. SPORTY...Makelele turut memiliki Ferrari 360 dan Mercedes SL65 AMG. POPULAR...filem James Bond membantu menaikkan nama Aston Martin.


RAJA...Beckham menjadi pemain bola yang
memiliki aset berkaitan kereta termahal di dunia.


HAMPIR SIAP...Bugatti Veyron ditempah Ronaldo dijangka siap tahun ini. PILIHAN...BMW X5 menjadi pilihan kebanyakan pemain liga EPL. KERETA KAPTEN...Terry memilih untuk memiliki Ferrari F430 Spyder. PANTAS...Mercedes Benz ML63 AMG diminati kerana bentuk dan kepantasannya. RAJA...Beckham menjadi pemain bola yang memiliki aset berkaitan kereta termahal di dunia. SPORTY...Makelele turut memiliki Ferrari 360 dan Mercedes SL65 AMG. POPULAR...filem James Bond membantu menaikkan nama Aston Martin.


SPORTY...Makelele turut memiliki Ferrari 360
dan Mercedes SL65 AMG.

HAMPIR SIAP...Bugatti Veyron ditempah Ronaldo dijangka siap tahun ini. PILIHAN...BMW X5 menjadi pilihan kebanyakan pemain liga EPL. KERETA KAPTEN...Terry memilih untuk memiliki Ferrari F430 Spyder. PANTAS...Mercedes Benz ML63 AMG diminati kerana bentuk dan kepantasannya. RAJA...Beckham menjadi pemain bola yang memiliki aset berkaitan kereta termahal di dunia. SPORTY...Makelele turut memiliki Ferrari 360 dan Mercedes SL65 AMG. POPULAR...filem James Bond membantu menaikkan nama Aston Martin.


POPULAR...filem James Bond membantu
menaikkan nama Aston Martin.

Malah, kadang kala kelibat pemain bola sepak itu setanding dengan selebriti di Hollywood. Apa sahaja mengenai mereka akan menjadi tumpuan termasuk hobi mengumpul kenderaan mewah.

Mereka sanggup berbelanja besar untuk memiliki jentera mewah itu, bukan sebuah tetapi dalam jumlah yang banyak.

Antara selebriti yang 'gila kereta' pastinya bintang Manchester United dan England, Wayne Rooney yang boleh digelar sebagai Raja Kereta berkuasa tinggi.

Dengan bayaran gaji sekitar 100,000 Pound (RM540,000) seminggu, bintang berusia 22 tahun itu mampu memiliki barisan kenderaan mewah dan berprestasi tinggi seperti Lamborghini Gallardo, Bentley Continental GT, Range Rover, Aston Martin Vanquish dan BMW M6.

Malah, penyerang panas baran itu juga dikatakan berusaha memiliki Mercedes McLaren SLR Convertible berharga 350,000 Pound (RM1.89 juta) dengan kuasa pecutan sehingga 207 mph.Pemain tengah Chelsea, Claude Makelele juga memiliki nafsu besar terhadap kenderaan sport dan berprestij.

Bekas pemain Real Madrid itu memiliki jentera Mercedes McLaren SLR, SL65 AMG dan Ferrari 360.

Pemain kelahiran Kinshasa, Republik Demokrasi Congo itu menghabiskan wang 600,000 Pound (RM3.24 juta) bagi melayakkannya menghuni tangga kedua selepas Rooney.

Pemain tengah Liverpool, Steven Gerrard memiliki beberapa kenderaan mewah seperti Porsche 911 Turbo, Mercedes SLK, Aston Martin Vanquish, BMW X5, Bentley Continental dan Range Rover Sport HST.

Dia menghabiskan lebih 530,000 Pound (RM2.86 juta) memiliki semua kenderaan terbabit.Rakan baik Rooney, Rio Ferdinand turut memiliki kereta bernilai ratusan ribu ringgit.

Bintang pertahanan Manchester United dan England itu berminat terhadap jentera buatan Amerika Syarikat seperti Cadillac Escalade 4x4 dan trak pikap Ford F150.

Selain model buatan Uncle Sam, Ferdinand turut memiliki Bentley Arnage, Bentley Continental dan BMW X5. Nilai kenderaan keseluruhan miliknya mencecah lebih 480,000 Pound (RM2.59 juta).

Pemain yang baru dipecat daripada tugas kapten kelab Chelsea dan England akibat skandal hubungan intimnya tersebar, John Terry memiliki kereta idaman ramai.

Dia menghabiskan 450,000 Pound (RM2.43 juta) memiliki jentera seperti Ferrari F430 Spider, Range Rover Sport, BMW X5, Porsche 911 Turbo dan Bentley Continental. Satu-satunya wakil dari kelab Arsenal, William Gallas memiliki Mercedes ML63 AMG 4x4, jentera pacuan empat roda yang mampu memecut dari kedudukan pegun sehingga ke 60 mp/h kurang daripada lima saat.

Kapten Arsenal itu bercadang memiliki Mercedes McLaren SLR seperti rakan baiknya, Makelele.

Bintang Chelsea, Frank Lampard turut mempunyai nafsu luar biasa terhadap kenderaan bertaraf Supersport.

Memiliki Ferrari 612 Scaglietti dan Aston Martin DB9 yang disimpan di dalam garaj kediaman mewahnya, pemain kebangsaan England itu turut berura-ura membeli kenderaan 4x4 Mercedes ML63 AMG.

Bekas penyerang Liverpool, Michael Owen, antara pemain yang pandai menyembunyikan barisan kereta mewahnya.

Dia bukan sahaja mempunyai jentera seperti Jaguar X-type, Range Rover V8 Vogue dan Chrysler Voyager tetapi turut memiliki Aston Martin DB7 Vanquish selain Jaguar XKR 460 Typhoon yang ditala khas pakar Jaguar Racing Green Cars.

Penyerang Portsmouth, Jermaine Defoe, lebih berminat pada Kenderaan Sport Utiliti (SUV), antaranya BMW X5, Range Rover Sport dan Mercedes ML63 AMG selain sebuah kereta sport, Aston Martin V8 Vantage.

Bintang penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo sedang menanti kenderaan idamannya, Bugatti Veyron berharga 830,000 Pound (RM4.48 juta).

Jentera hypercar berkuasa 1,001 hp (kuasa kuda) itu adalah yang termahal dimilikinya selepas Audi R8, Ferrari 360 dan BMW X5.

Selepas memiliki Veyron, Ronaldo membelanjakan 1.08 juta Pound (RM5.83 juta) untuk kepuasan pemanduannya.

Semua 10 pemain bintang bola sepak terbabit masih gagal menandingi pemain emas England, David Beckham yang menghabiskan lebih dua juta Pound (RM10.8 juta) memiliki kenderaan mewah.

Beckham satu-satunya pemain bola sepak yang memiliki kenderaan supersport terbanyak seperti Ferrari 575, Ferrari F430, Lamborghini Gallardo, dua buah Bentley Arnages, Porsche 911 Turbo, Rolls-Royce Phantom dan Aston Martin V8.

Jika beriadah di kawasan lasak, beliau memandu model kalis peluru BMW X5, Range Rover, Ford F150, Lincoln Navigator, GMC Yukon Denali dan Cadillac Escallade.

Bagi memperingati angka tujuh jersi yang dipakai ketika beraksi bersama Manchester United, Beckham memiliki Aston Martin DB7 dengan nombor pendaftaran 'DB7'.

Beliau turut menyimpan model lain seperti BMW M3, beberapa siri Mercedes S Class, Bentley Continental, TVR, Audi Q7 dan Hummer.

Di sebalik deretan kereta mewahnya, Beckham hanya memandu Ford Escort ketika mula membabitkan diri dalam bola sepak profesional sekitar 1991.