Sunday, June 27, 2010

Artis Pun pandai main Nombor

Artis bida plat mahal

KUALA LUMPUR: Nombor pendaftaran kenderaan satu atau dua angka yang dilabel sebagai nombor cantik bukan saja menjadi pilihan golongan ternama atau VIP, malah sekelompok selebriti tempatan apabila sanggup membelanjakan sejumlah besar wang semata-mata untuk mendapatkannya.

Semakan Metro Ahad pada laman elektronik interaktif kerajaan mendapati sekurang-kurangnya 10 artis pernah memiliki nombor pendaftaran cantik membabitkan bidaan antara RM300 hingga RM66,500.

Aktres popular, Fasha Sandha memiliki beberapa nombor pendaftaran seperti WSX 28, WPY 111 dan WKG 1984, Asmawi Ani (MAW 1) dan Tiara Jacquelina (TJ 10).

Pelakon drama dan filem, Zul Huzaimy pula menggunakan AGC 515 dan WMM 515, Rozita Che Wan (WQA 93) dan Awal Ashaari (AW 41 dan AFM 41).

Artis berkulit gebu, Zizie Ezette Samad dikatakan pemilik nombor pendaftaran WRY 2121, Azhar Sulaiman MAF 14 manakala AC Mizal, AAC 1.

Selain itu, suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, disahkan memenangi bidaan nombor pendaftaran kenderaan KCT 1.

Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K disahkan memenangi bidaan dengan nilainya RM66,500 mengikut senarai yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, baru-baru ini.

Nama Datuk K disenaraikan dengan nilai bidaan paling tinggi dan beliau antara 193 pemenang bidaan bagi pelbagai nombor pendaftaran KCT dengan nilai antara RM300 dan RM23,500.

Difahamkan, nombor pendaftaran kenderaan berkenaan menjadi pilihan Datuk K disebabkan ia membawa maksud gabungan antara nama beliau dan penyanyi nombor satu negara itu.

Siti Nurhaliza juga pernah menggunakan nombor cantik pada kenderaannya termasuk ABP 2001 pada kereta Proton Waja Auto Premium 1.6 yang dimenangi untuk Anugerah Bintang Paling Popular 2001 anjuran Berita Harian.

Selain itu, penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu didapati pernah menggunakan nombor pendaftaran kenderaan cantik seperti WKF 1, WPT 11, WJA 9966, WNH 9966 dan CAV 9966.

Sementara itu, penyanyi lelaki popular, Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok yang turut menggunakan nombor pendaftaran cantik pada kereta Toyota Caldina miliknya mengakui membuat bidaan.

Namun dia menjelaskan, bidaannya tidak membabitkan jumlah besar kerana mungkin nombor berkenaan tidak menarik pilihan orang lain.

“Tak sampai ribu-ribu pun saya masuk tender tetapi ratusan ringgit jugalah digunakan untuk mendapatkan nombor berkenaan kerana ia memberi makna istimewa kepada saya.

“Saya berasa tidak perlu dijelaskan makna istimewa itu dan didedahkan nombor pendaftaran kereta saya, tetapi nombornya sememangnya sungguh bermakna,” katanya.


Petikan Harian Metro

Saturday, June 26, 2010

Viva FMC Concept

Viva FMC concept
bakal dikeluarkan pada 2015,
mengikut jangkaan pihak Perodua.
Bersasarkan enjin dan platform dari Daihatsu
dan model Viva konsep yang menggunakan kod FMC...
Ia merupakan model hasil rekaan Perodua sepenuhnya.

Sama sama kita tunggu kemunculanya.

Sumber aurotik.com







Myvi Baru Ke?

Myvi baru akan keluar,
adakah berbentuk macam ni...
Sama samalah kita tunggu.

Kalo cantik aku Order satu





Sudah lama ku idamkan.


Alhamdulillah hari ni dapat jugak...
dah lama sebenarnya aku idamkan benda ni.
Selalunya dok aim aim benda ni,
tengok orang pakai meleleh air liur hehe...
Bila dah murah baru dapat beli.

Kerja aku semua berurusan dengan orang berduit,
yelah semua bapak bapak kontraktor
uwang nya penuh poket,
bawak gedget pun canggih manggih,
walaupun orangnya tak berapa nak canggih...

Dan akhirnya hari ni dapat jua,
itupun hasil pertolongan orang rumah aku...
Dia lebih Ber uwang dari aku hehe
aku jenis pokai sentiasa...

Terima kasih daun keladi,
tahun depan beli yang canggih lagi huhu...

Monday, June 21, 2010

Hari abah

Hari ni semperna hari Bapa,
aku bawak la abah aku pergi makan sate...
Ni memang favourite Abah aku ni.

Kalo ada apa sahaja yang berlaku
dalam keluarga aku seperti kawin ke,
cuti sekolah ke memang pergi makan sate.
memang takda pergi tempat lain.

Tempat biasa pergi mana lagi Jabi lah,
kat area besut...
Nak ajak pergi jauh jauh
takut tak larat plak..
plak tu takut abah aku tak makan plak
benda yang orang muda muda makan.

Takpelah demi Abah aku lakukan
segalanya walaupun terpaksa bangun pagi
pastu tak jadi pergi tempat dijanjikan.
apapun selamat hari Bapa
walaupun dia tak tau baca blog hehe



Sunday, June 20, 2010

Kau pergi jua




Malam ni malam bersejarah sebab
kereta aku telah diambil orang sebentar tadi.
Dengan harga yang boleh dikira ok jugaklah
kalo diikutkan dengan usia dan kerosakkan
yang bakal ditanggung oleh pembeli.

Hehe takpelah,
lepaskan yang ni, yang baru akan menanti.
Orang rumah aku dah siap nangis nangis lagi.
Maklumlah kereta tu kereta pertama dia.
Tapi kereta nama aku lah.

Banyak kenangan masa aku pakai dia dulu.
Selalu ulang alik dari Setiu ke Kemaman.
Pergi Perak dua tiga kali.
Pergi JB jalan jalan.
Balik kampung di Melaka...
adik beradik aku pun selalu pinjam.
Abah aku pun selalu jugak pakai...

Tapi sekarang dia sudah tiada,
pergi bersama dengan pembeli baru
orang Kota Bharu.
Terputuslah hubungan kita berdua...

Loghat Negeri


Ini bukan kelas bahasa untuk menceritakan loghat loghat sesebuah negeri. Hari ini penceritaan lain sedikit dari selalu selalu. Loghat boleh dikatakan sebagai bahasa asas sesebuah negeri seperti Terengganu, Kelantan, Kedah dan lain lain negeri.

He he dah lama dah entri ni aku dok save tak update update, adalah dekat dengan seminggu. Ok macam ni, Hal ni bukan lah melibatkan aku tapi hasil pemerhatian aku macam tulah. (kaji selidik sendiri). Aku tidak memihak mana mana pihak.

Sekarang ni aku dah kerja di sekitar Kuala Terengganu, jadi dari loghat ke Kelantanan ke keTerengganuan plak. Tu bukan masalah bagi aku sebab dua dua bahasa aku boleh bertutur.Yang jadi masalahnya, penerimaan orang sekitar Kuala Terengganu dengan orang yang loghat Setiu dan Besut tidak menampakkan keserasian. Tapi bukan semua orang ok, sesetengah sahaja. Bila dua loghat ni cuba masuk daerah K.Tganu akan dipanggil ORANG BARAT, pelik bukan. Setahu aku orang barat adalah untuk orang Thailand jek, kalo diikut dari Negeri Kelantan lah.

Untuk pengetahuan semua, negeri Terengganu ni ada dua loghat iaitu pada sebelah Besut dan Setiu dieleknya Kelantan dan di daerah K.Terengganu hingga ke Kemaman dieleknya Terengganu.Pada masa dulu mengikut cerita orang orang tua, pernah terjadi pergaduhan besar melibatkan Besut dan K.Terengganu, Betul ke tidak Wallahuaklam.

Mungkin bagi anda semua benda ni bukanlah isu besar, tapi kalo dikira dari segi politik ia banyak mempengaruhinya. Anda pasti ingat dulu Dato Idris Jusoh pernah menerajui negeri Terengganu sepenggal dan diubah suai kepada Dato Mohd said. Bila pertukaran ini dibuat banyak projek projek yang telah diluluskan sebelum ni terhenti. Aku tak nak komen dari segi lain dan aku jugak tak menyebelahi mana mana pihak sebab aku tak sokong Umno. Tapi sebagai rakyat Terengganu yang sejati, aku cukup terkilan dengan pembangunan daerah Setiu dan Besut. Cukup dianak tirikan.

Dulu dibawah pimpinan Dato Wan Mokhtar macam tu jugak. Sepanjang pemerintahan Dato Idris banyak jugaklah perubahan dilakukan di kedua dua daerah ni. Jertih dah hampir jadi bandar, Setiu plak banyak jalanraya dilebarkan.Kuala Terengganu pula apa kurangnya dengan Masjid Kristalnya (sekadar beberapa projek yang aku ingat).

Jadi apa kena mengena dengan loghat, sebab benda ni lah penerimaan orang K.Terengganu kepada orang Besut dan Setiu tak mendapat sambutan. Sekarang ni dah takda orang berpengaruh di dua dua daerah ni .Tak macam negeri Kelantan, bila isu melibatkan rakyat Kelantan, Umno dan pembangkang akan bersatu lebih lebih lagi melibatkan isu royalti minyak. Tengok no plate kereta negeri dia lah, jauh tinggalkan terengganu, sebab orang Terengganu tak bersatu. Kelantan semangat kenegeriaan dia kuat tak macam Terengganu dah jadi dua puak yang tak berbeza walaupun dari negeri yang sama.

Ok lah taknak komen lebih lebih sebab takut jadi isu plak mana tau kan. Bersatulah wahai rakyat Terengganu demi masa depan negerimu. Bangunkanlah negeri mu, Jangan pilih kasih.

Saturday, June 19, 2010

Keputusan Penuh SUKMA 2010

Keputusan 2010


Keputusan 2008

Tahniah Terengganu berjaya mengekalkan kejuaraan
berturut turut bermula 2008 dulu.

Keputusan ni akan menambahkan lagi semangat
kesukanan di kalangan anak anak muda
Negeri Terengganu.

SYABAS!!!!

Bekwoh Zam

Hari ni majlis kenduri kawin zam
housemate aku masa kat Sri Gombak dulu.
Zam kawin dengan orang merang Setiu...
jauh jugak tu jodohnya.
orang Karak dengan Merang...

Menurut kawan aku,
diorang dikenalkan oleh Housemate aku
Aie yang bersekolah sama
Sekolah Menengah Bukit Besar, KT
dengan bini zam ni.

Kad Jemputan, copy blog bini aku


Sedondon, Sama padan



Aie cameraman yang tak kawin kawin.
(yie bagi komisyen tolong iklan hehe)


Kawan Pengantin, aku tak kenal.


Housemate aku Pokle, Mat yie, Macha dan JR


Lapo sangat Pengantin ni haha


DJ majlis kawin, Madee


Makan makan, tambah tambah.


lauk Best.


Pok le dan Isteri,
apa mu buat dengan bini mu tu sampai kembung.


Gambar Kenangan bersama pengantin.

Search - Kejora

Layan lagu otai rock, Faberet gua ni.
Teringat zaman kanak kanak dulu layan lagu ni.
Enjoy my song.

Tuesday, June 15, 2010

Mencari Sesuap Nasi

Study Drawing

Check Details

Kawasan kerja

Tempat bersidang.


Posing jap

Baru semalam cakap,hari ni dah try naik.


Ha ha ha macam poyo jek tajuk entri, Takda apa yang nak di update hari ni. Biasalah hari hari kerja, kemana lagi kalo tak gi kerja kan. Nilah tempat kerja aku sekarang, skali tengok macam Negeri Pasir Dua Butir dalam cerita laksamana Do Re Mi. Tempat Discussion plak kat luar Cabin, Cabin jek cantik dan baru Aircond tak masuk lagi, katanya besok. Tempat kerja aku ni di sebuah Institusi terkenal di Negeri Terengganu, tak bleh bagitau nanti ada orang cari hehe...

Hari ni aku gi kerja bawak orang rumah, sebab tu lah ada gambar ni. Kalo aku sendiri malas nak ambik ambik gambar tempat kerja ni, nampak macam poyo jek. Indon, Bangla tengok semacam pose tengah tengah panas. Orang lain kerja kat site pakai Safety Halmet, aku hentam pakai topi Meet Uncle Hussin hehe. Takpe CIDB tak round masuk, kalo tak mampos gue.

Oh lupa lak, aku bawak orang rumah aku ni bertujuan sebenarya. Bukan saje saje orang rumah aku ni nak menyebuk ikut gi kerja nak ngintip kan. Psss tempat kerja aku ni ramai aweks aweks student haha,cari nahas betul. Aku bawak gi Proton Showroom kat Mahkamah Kuala Terengganu, Ingat nak test drive tapi takda lak kereta test drive.Semalam kan ada entri pasal persona, hari ni apa lagi pergi tanya lah. Excited punya pasal tak sabar sabar nak pakai hehe, tunggu lah loan pas dulu baru tengok hasilnya.

Monday, June 14, 2010

Persona Elegance

Exterior view

Lampu baru dengan LEDKemasan Tempat duduk

Side mirror bersignal


Radio dengan USB


Kekemasan Dashboard

Kemasan dalaman

Gps Navigator

Ini bukan Iklan Persona Elegance, Ni adalah sebagai pembakar semangat sebab aku ingin memilikinya satu hari nanti. Maybe sesetengah orang tak simpan pun impian nak pakai persona ni. Yelah kereta Malaysia kan, bagi aku kereta malaysia ke, jepun ke semua sama jek. Memanglah tak dinafikan model luar lagi bagus, tapi ikutlah seranan kerajaan.

BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

Tapi cuba bayangkan persona ni jenama Toyota, tentu ramai yang memuji kecanggihan dan rekaan yang terkini. Tapi sebut jek Proton semua nya mengejek, tapi lantak korangalah, tepuk dada tanya selera, seluk poket tengok bajet hehe. Bagi aku setakat ni, kereta nilah yang terbaik, mungkin satu masa dulu aku amat meminati model Vios, tapi macam tadi lah. Seluk poket tengok bajet hehe. Dengan keupayaan enjin 1600 cc dan harga jauh lebih murah berbanding vios serta body yang mengancam dan besar, sape yang taknak kan.Suspensi pun ok, minyak tolak tepilah, dah tau enjin Campro IAFM bajet bajet lah minyak. Janganlah belasah 180 hehe. (cakap kat aku sebenarya).

Hmmm pasni akan terkorban lah si merah aku tu, maybe sebulan dua lagi, takpun selepas raya.Harga pun dah cantik...

Base Line (M) – RM46,499

Base Line (A) – RM49,499

Medium Line (M) – RM52,999

Medium Line (A) – RM55,999

High Line (A) – RM59,499


Apa lagi seluk poket tengok bajet hahaha

Friday, June 11, 2010

Bulan Bola


World cup telah memulakan
pembukaan rasmi pada petang ni,
pastinya menarik semua golongan
lelaki mahupun perempuan.

Setiap orang misti ada peminatnya,
aku peminat pasukan Jerman dan pastinya
rakan rakan diluar sana ada pilihan sendiri.

Perlawanan pembukaan malam ini antara
Tuan rumah South Africa dan Maxico
pastinya ditunggu tunggu.
Jom kita layan...........

P/s: Jangan main judi,
judi haram disisi Islam

Wednesday, June 9, 2010

Kereta jugak jadi mangsanya...


Biasanya pepatah melayu mengatakan,
marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

Pepatah mat salih plak mengatakan,
marahkan bos, kereta dicalar.

Nasib badan lah kalo jadi macam ni,
mintak mintak lah takda orang
yang sakit ati dengan aku...




Tq orangmelayu.com

Tuesday, June 8, 2010

Hyundai i10 World Cup 2010 Cars

Kehangatan piala dunia telah terasa.Antara kompeni kompeni
yang mengambil kesempatan memperkenalkan product baru
edisi World cup ialah Hyundai.Model yang direka khas untuk
Piala dunia ini adalah hyundai I10.Semuanya Bola Bola Bola....



Tiang gol dan Bola



Seat Bola dan kasut gantung



Side Mirror Bola


Seat pun macam padang rumput


Rim pun bentuk Bola



Ruang belakang dengan cover net goal