Showing posts with label world car. Show all posts
Showing posts with label world car. Show all posts

Wednesday, November 4, 2009

Japan Autoshow

Toyota Daihatsu Concept


Hako coupe concept


Nissan GTR half body concept

Saturday, July 11, 2009

Toyota: Mendahului pasaran dunia

Kedudukan Toyota hari ini adalah hasil usaha tanpa henti sejak pengasasnya mula membuat lakaran pertama kereta mereka.




TOYOTA Motor Corporation, syarikat yang diasaskan oleh Kiichiro Toyoda ini mengetuk pintu 2009 dengan cukup bersemangat menerusi kejayaan bersejarah automotif dunia, sekali gus meletakkan mereka di tempat pertama selepas runtuhnya empayar automotif terbesar General Motor (GM) dan Chrysler.

Toyota diiktiraf sebagai pembuat kenderaan terbesar dengan rekod jualan hampir 10 juta kenderaan pada 2007 dan 2008.

Namun kejayaan ini bukan datang bergolek. Mereka menanti hampir lapan dekad untuk berada pada peringkat ini, sesuatu yang satu ketika dahulu dianggap amat mustahil.

Apatah lagi syarikat ini terpaksa bangkit selepas Perang Dunia Kedua. Lebih ironik lagi, kilang asal Toyota di Aichi juga terlibat dalam pengeboman sewaktu perang.


MODEL Corolla nyata diterima baik di semua pasaran yang ditembusinya.


Namun ada sesuatu yang menarik apabila anda memperkatakan tentang bangsa dan budaya Jepun. Sebuah kepulauan kecil yang hampir tidak mempunyai sumber asli mampu menguasai sebahagian besar produk konsumer hari ini.

Bangsa yang mempunyai keazaman dan cara kerja yang sangat berbeza. Budaya yang tidak pernah berubah dalam merevolusikan dunia moden, mencakupi segenap aspek kehidupan kita.

Penulis berkesempatan beberapa kali ke Jepun dan secara peribadi amat kagum dengan cara kerja dan sikap mereka. Budaya, disiplin dan cara hidup merekalah yang menjadi tunjang kejayaan setiap syarikat yang kini berkembang di seluruh dunia.




Industri automotif adalah industri kritikal yang berpeluang untuk tumbang dalam seminit jika anda tidak peka dengan keadaan semasa.

Trak tentera

Ia juga industri yang penuh dengan cabaran, strategi, kekangan politik dan juga pengaruh yang dominan. Sejarah telah membuktikannya.

Syarikat-syarikat seperti Alfa, Benz, BMW juga merupakan antara yang telah lama bertapak. Namun akhirnya, penentu kejayaan sesebuah jenama ialah konsumer.

Pengguna juga yang telah meletakkan kejayaan Toyota di tempat pertama pada hari ini. Meskipun GM dilihat seperti tidak mampu digugat, penguasaan model penting seperti Camry di Amerika dan kereta jualan terbaik dunia Corolla adalah bukti bahawa Toyota tidak memerlukan keruntuhan GM untuk memiliki takhta nombor satu.


TOYOTA Prius merupakan model hibrid paling berjaya di dunia.


Malah semenjak 2006, Toyota sudah menghampiri jumlah jualan GM dengan julat kurang dari 100 ribu hingga 10 ribu unit.

Toyota bermula sekitar 1930-an dan menghasilkan kenderaan trak tentera sewaktu perang.

Bagi mengesploitasi sumber yang terhad dan kos yang rendah, trak asal tentera ini hanya dipasangkan dengan satu lampu utama di atas hud.

Perang yang tamat tidak lama selepas itu meletakkan Toyota antara syarikat automotif terawal selain Honda dan Nissan yang mendapat insentif daripada kerajaan untuk membangunkan sektor automotif.

Model komersil Toyota pertama lahir pada 1947 menerusi model yang dikenali sebagai SA. 40 tahun lewat berbanding kereta produksi massa Ford model T.


AKIO TOYODA


Perkembangan sebenar industri automotif Jepun bermula pada penghujung 1970-an sewaktu krisis harga minyak dan ekonomi dunia menyaksikan arus permintaan terhadap segmentasi kenderaan.

Pembeli tidak lagi mementingkan gaya, malah praktikaliti dan ekonomikal menjadi pilihan. Pengeluar kereta Jepun telah bersedia untuk itu kerana mereka telah belajar dari kepayahan pasca perang.

Toyota menghasilkan model-model enjin ekonomikal pada harga jualan yang sangat kompetitif. Era 80-an dan 90-an pula menyaksikan syarikat ini berkembang pesat, memperkenalkan Scion dan Lexus, memiliki Hino dan Daihatsu serta kepentingan dalam Fuji Heavy Industries yang membina Subaru.

Optimis

Sehingga penghujung 90-an, pesaing terdekat Toyota ialah GM yang memiliki Buick, Cadillac, Chevrolet, GMC, Holden, Hummer, Opel, Pontiac, Saab, Saturn, Vauxhall dan Daewoo.

Kedua-dua konglomerat automotif ini saling bersaing merebut pasaran baru. Keupayaan Toyota hari ini turut didorong oleh penguasaan pasaran di Asia yang sebelum ini dipinggirkan GM.

Toyota lebih awal bertapak di China dan Asia Tenggara. Dengan mengambil kira pembangunan Asia yang cukup pesat, jenama Toyota lebih mudah diterima di rantau ini.


TEKNOLOGI enjin Prius menjadi penanda aras terhadap model-model hibrid di pasaran.


Sedangkan GM bertungkus lumus cuba untuk melebarkan empayar. Ketika berada di tangga pertama sekalipun, Toyota tetap unggul dengan budaya perniagaan yang memandang optimis jauh ke hadapan.

Mereka menyedari kepayahan kelembapan ekonomi hari ini, justeru mengambil langkah lebih awal berbanding mana-mana syarikat automotif.

Presiden Toyota baru, Akio Toyoda yang merupakan cucu kepada pengasas Toyota Kiichiro Toyoda, mengambil langkah awal dengan memaksimumkan sistem automasi penuh dalam sektor pengeluaran mereka.

Beliau juga mengambil keputusan mengambil hanya 30 peratus bayaran sebagai CEO pada tahun ini. Nekad untuk untuk memastikan bahawa Toyota akan terus kukuh, beliau mengelak menutup mana-mana kilang pengeluaran mereka dan mendesak kerajaan Jepun memperkenalkan dasar automotif yang mampu menyokong industri automotif secara keseluruhan.

Sukar digugat

Beliau optimis bahawa sektor automotif dan ekonomi akan pulih selewat-lewatnya dalam tempoh dua tahun lalu. Kemudian merebut peluang dengan memenuhi kehendak konsumer.

Era Toyoda dijangka bermulanya dimensi baru dalam lembaran keadaan ekonomi lembap dunia hari ini. Beliau turut dibantu oleh muka-muka baru yang terdiri daripada lima naib presiden eksekutif serta lapan muka baru dalam lembaga pengarah Toyota Motor Corporation.

Bijak mengenali pasaran terpenting Amerika Syarikat (AS), Toyoda melantik semula Yoshimi Inaba yang meninggalkan Toyota pada 2007.

Produk Hybrid terbaik mereka, Prius, terus ditatang dengan mengekalkan ketua juruteranya Takeshi Uchiyamada sebagai naib presiden ekskutif.

Bagaimanapun portfolio Uchiyamada ditukar, daripada seorang yang bertanggungjawab di bahagian pembuatan kepada R&D dan pengurusan produk.

Sehingga hari ini, Prius merupakan sebuah kereta hybrid paling berjaya di dunia. Ia juga menjadi penanda aras terhadap mana-mana kenderaan komersial hybrid yang ada dipasaran.

Toyota sukar untuk digugat. Kedudukan mereka hari ini adalah hasil usaha tanpa henti sejak pengasasnya mula membuat lakaran pertama kereta mereka.

Hari ini, mereka berfikir pantas untuk teknologi 10 tahun akan datang. Kita telah menerima hakikat, bahawa kini Jepun benar-benar mendahului pasaran.

Jika ada sebuah syarikat Jepun lain yang boleh dijadikan contoh, ia adalah Sony.

Saturday, June 20, 2009

Terhangat di pasaran

Di sebalik kesuraman ekonomi dunia, syarikat-syarikat automotif terkemuka tetap ghairah mengeluarkan jentera-jentera baru dalam usaha memikat selera pembeli.

BULAN Mei dan Jun sebenarnya menjadi bulan yang agak sibuk buat para wartawan pemotoran. Di sebalik kemuraman ekonomi dan jualan kenderaan yang perlahan, situasi itu nampaknya tidak langsung menjejaskan keghairahan banyak pihak untuk menawarkan produk baru mereka kepada orang ramai.

Justeru, tidak hairanlah sepanjang tempoh itu, lebih daripada lapan majlis pelancaran model terbaru telah berlangsung. Lebih menarik lagi, ada di antara pemain industri tersebut memperkenalkan lebih daripada satu model.

Terdiri daripada pelbagai segmen seperti SUV dan sedan, beberapa jenama terkemuka telah mengambil bahagian dalam memeriahkan industri automotif tempatan termasuklah Alfa Romeo, Audi, Porche, Chery Alado, Mitsubishi, Mazda, Ford dan Toyota.

Minggu ini, ruangan pemotoran Kosmo! menyenaraikan secara ringkas beberapa model sebelum laporan penuhnya menyusul, apabila saya berpeluang memegang stereng unit pandu uji yang disediakan kelak.

Porsche


PORSCHE BOXSTER

BIARPUN audiennya sangat kecil, namun minat orang ramai terhadap jenama mewah dari Jerman ini tidak pernah padam. Mahu menghargai para peminat setianya, pengedarnya Jaseri Automotive Group memperkenalkan generasi baru siri Porsche 987 iaitu Porsche Boxster dan Porsche Cayman.
PORSCHE CAYMAN

Bertemakan Power.Play, kedua-dua jentera berprestasi tinggi itu memberikan keseronokan pemanduan yang tiada bandingannya. Selaku jenama premium, harga untuk model-model ini bermula daripada RM515,000 sebuah.

Audi Q5

DISIFATKAN sebagai SUV untuk generasi baru, Kumpulan DRB HICOM Berhad (Euromobil Sdn. Bhd.) memperkenalkan Audi Q5 pada pertengahan Mei lalu.

Menggabungkan teknologi dan kualiti, jentera ini mendapat pengiktirafan sebagai antara model baru terbaik tahun 2009 oleh lebih daripada 150 wartawan pemotoran terkemuka dari Jerman, Austria dan Switzerland untuk anugerah TOP Autors 2009.



Audi Q5 merupakan SUV berprestasi tinggi yang mengaplikasikan ciri dinamik sebuah sport sedan. Dengan sistem pacuan empat roda quattro sepanjang masa dan suspensi termaju, jentera ini memiliki pakej terbaik untuk anda beraksi di laluan biasa mahu pun off-road.

Sambutan yang diterimanya cukup baik. Buktinya, sebelum pelancaran rasminya, sebanyak 50 unit tempahan telah diterima. Model ini ditawarkan menerusi dua varian iaitu unit biasa (RM299,000) dan S Line (RM325,200).

Mitsubishi Pajero Sport

AKHIRNYA, model yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Meletakkan satu tanda aras baru dalam segmen SUV mewah, Mitsubishi Pajero Sport menawarkan keselesaan dan prestasi tanpa berkompromi dengan keupayaan untuk mengharung laluan off-road.



Dengan tanda harga RM158,609 seunit (di atas jalan raya tanpa insurans), Pajero Sport ini menggunakan enjin diesel 2.5 liter penuh kuasa yang sama pada model trak pikap Mitsubishi Triton.

Pajero sememangnya bukan satu nama asing. Mula menjengah pasaran kenderaan pacuan empat roda sejak tahun 1980-an, Pajero dilihat sebagai sebuah jentera yang tahan lasak dan boleh diharap.

Kali ini, Pajero Sport serba baru menampilkan kapasiti tujuh tempat duduk dan ruang kargo lebih luas. Biarpun bahagian hadapannya saling tidak tumpah dengan model Triton, buah tangan terbaru daripada Mitsubishi Motor Malaysia Sdn. Bhd. ini pasti tidak akan mengecewakan anda.

Chery


CHERY TIGGO 2.0L

MENJADI pengeluar dan pengedar jenama kenderaan buatan China paling dominan di pasaran Malaysia, Chery Alado menampilkan dua buah model baru dalam barisan produknya.

Keterujaan itu dimulakan dengan model sedan eksekutif yang dikenali sebagai A520. Dilengkapi dengan unit enjin Acteco bersesaran dua liter, Chery Alado dilihat cuba untuk menawarkan sebuah produk mewah pada harga yang disifatkannya sebagai berpatutan.

Dijual pada harga RM95,888 seunit, model import sepenuhnya dari China ini mengetengahkan semua ciri yang ada pada sebuah sedan mewah. Ini termasuklah dari aspek keselamatan, keselesaan pemanduan, prestasi, selain pakej penampilan luaran dan dalaman yang menarik.


CHERY A520

Tidak cukup dengan itu, Chery Alado turut menambah varian model SUV keluarannya. Setelah berjaya menarik minat orang ramai menerusi model Tiggo 1.6 liter bertransmisi manual, kini Chery melangkah satu tapak lagi ke hadapan dengan pengenalan Tiggo bersesaran dua liter yang dipasang tempatan (CKD).

Merupakan model keluaran Chery paling popular di pasaran luar negara, Tiggo versi terbaru ini tampil dengan pelbagai pembaharuan. Selain unit enjin yang lebih besar dan bertenaga (Acteco dua liter), ia telah dipadankan dengan transmisi manual empat kelajuan.

Mazda3 Sport

BERSAING dalam segmen B dan C, Mazda3 Sport ini menepati piawaian Euro 4 yang rigid. Di pasaran Eropah, jentera ini dilihat cukup berjaya dan mampu menyaingi jenama terkenal lain di sana.



Menerima penambahbaikan yang drastik, anda boleh melihat perbezaan itu sama ada pada penampilan luaran, mahu pun ruang kabinnya. Dibekalkan dengan unit enjin petrol 1.6 dan 2.0 liter, ia dipadankan dengan kotak gear empat dan lima kelajuan automatik.

Sempena dengan pelancaran ini, sebanyak 100 orang pembeli terawal layak menerima promosi harga istimewa iaitu RM108,000 (versi 1.6 liter) dan RM128,000 bagi 2.0L. Diimport sepenuhnya dari Jepun, Mazda3 Sport hadir dalam lima warna pilihan iaitu merah, putih, hitam, kelabu dan perak.

Generasi ketiga Clio

Menjadi sebahagian daripada kenderaan yang dibina berdasarkan inspirasi jentera F1, Clio Renault Sport (RS) menawarkan kuasa dan prestasi yang tiada bandingan.




MODEL berprestasi tinggi dua pintu keluaran Renault ini merupakan generasi ketiga dalam keluarga Clio. Sejak diperkenalkan pada tahun 1990, Clio menjadi model penting bagi jenama Renault sekali gus mengukuhkan reputasinya selaku pengeluar kenderaan di Eropah.

Dibangunkan oleh pasukan Renault Sport, Renault Clio RS ini dilihat sebagai lebih daripada sebuah kenderaan yang membawa individu dari titik A ke B. Sama ada gaya atau prestasi, jentera ini memiliki segala-galanya.

Berinspirasikan jentera F1, hot hatch ini menjadi indikator terhadap keupayaan sebenar Renault mengubah sebuah model untuk pasaran dan menjadi model yang sarat dengan DNA perlumbaan ciptaan Renault.

Dari segi penampilan, Renault Clio RS mempunyai bahagian hadapan yang tidak jauh bezanya dengan model yang lebih berkuasa, Renaultsport Megane 230 F1 Team R26.

Bezanya, cuma lampu utama yang bersaiz lebih besar berbanding model R26 yang menggunakan lampu sedikit nipis. Dipadankan dengan gril radiator yang mengapit emblem Renault, bumper hadapannya juga dilengkapi dengan sepasang lampu kabus.

Di bahagian sisi kiri dan kanan (berhampiran roda hadapannya), terpasang unit extractor. Extractor ini berfungsi untuk mengurangkan tahap halangan, selain membantu pengedaran keluar udara panas dari enjin secara lebih efisien.

Pada masa yang sama, saluran udara ini mengarahkan laluan angin di bahagian sisi kereta bagi menambah peningkatan prestasinya.

Bahagian belakang model ini dipasang dengan unit air diffuser yang diaplikasi pada model F1. Sedia maklum bahawa air diffuser ini berperanan memberikan daya kestabilan dan membuatkan jentera seakan melekat di atas jalan ketika dipandu laju.

Sistem ini mampu mengurangkan kemungkinan bahagian belakang kereta terangkat, selain tidak berkompromi dengan aspek aerodinamik yang terdapat pada setiap inci rekaan Renault Clio RS.


RUANG kabin yang sarat dengan ciri-ciri sebuah kenderaan Eropah.



Extractor ini bukan bersifat kosmetik, sebaliknya membantu pengedaran udara panas dari enjin dengan lebih berkesan.





Kuasa Clio RS ini diekstrak daripada unit enjin bersesaran dua liter yang telah mengalami proses penambahbaikan secara ekstensif. Enjin ini menerima inlet tracts baru, selain kedudukan injap, aci engkol (crank shaft), aci sesondol (camshaft) dan omboh yang lebih dinamik.

Hasilnya, enjin ini mampu menjana kuasa sehingga 197 hp pada putaran enjin 7,250 rpm dan tork maksimum 215Nm @ 5,550 rpm.

Harus diakui bahawa sukar sekali untuk saya memandu perlahan ketika memegang stereng Clio RS. Kuasanya yang dapat dirasa sewaktu setiap gear ditukar membuatkan pemanduan menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan.

Nisbah gear enam kelajuannya yang pendek, membantu setiap pemandu merasa kuasa tork sebaik sahaja klac dilepaskan dan pedal minyak ditekan.

Namun begitu, anda memerlukan jarak yang agak jauh untuk merasai kuasa enjin sepenuhnya dan melihat jarum rpm melangkau garisan merah. Jika anda beranggapan jentera berprestasi tinggi kurang selesa kerana setting sistem suspensinya yang keras, keadaan itu tidak berlaku di dalam kabin Clio RS.

Penggunaan sistem suspensi double axis strut pada roda hadapan dan roda belakang dipasang dengan sistem torsion beam, sememangnya menawarkan tahap pemanduan yang cukup memuaskan, terutama sewaktu melalui permukaan jalan yang tidak sempurna.

Sama seperti model jenama Eropah yang lain, Clio RS menampilkan rekaan ruang kabin yang minimalis. Mengambil warna hitam sebagai latarnya, bahagian papan pemuka yang menempatkan sistem audio, butang kawalan pendingin hawa dan paparan meter dibina menggunakan material berkualiti tinggi.

Imej sporty diserlah menerusi stereng bersalut kulit dan jahitan benang berwarna merah, selain tempat duduk Renault Sport yang direka khas bagi memberikan keselesaan maksimum ketika memandu.

Lebih menarik lagi, Clio RS menawarkan penggunaan petrol yang menjimatkan. Renault mendakwa, jentera ini berupaya mencecah sejauh 33.2 kilometer (km) bagi setiap liter petrol yang ada di dalam tangkinya.

Bagi satu tangki penuh, jentera ini boleh mencecah perbatuan hampir 600km tanpa sebarang masalah. Angka itu sebenarnya mungkin lebih tinggi jika anda memandu dalam keadaan yang lebih waras.

Clio RS didatangkan dengan empat warna pilihan iaitu merah, putih, hitam dan kelabu. Pada tanda harga RM189,039 seunit dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sehingga 100,000 kilometer, Renault Clio RS pasti tidak akan mengecewakan.

Wednesday, June 17, 2009

Kereta hidrogen dipamerkan



SEBUAH kereta hidrogen yang dberi nama Riversimple Urban Car dipamerkan di tengah London semalam.



LONDON - Sebuah kereta berkuasa hidrogen yang direka untuk kegunaan di bandar dipamerkan di sini semalam.

Kereta dua tempat duduk itu boleh bergerak sejauh 386 kilometer tanpa mengisi semula minyak dengan beratnya 350 kilogram.

Berhubung aspek penggunaan minyak, ia boleh bergerak sejauh 106 kilometer bagi setiap satu liter dan mengeluarkan air.

Projek bagi membina kereta itu melibatkan Sebastian Piech iaitu cicit Ferdinand Porsche yang terkenal kerana mengeluarkan kereta Porsche pada tahun 1930-an.

Pihak pengeluar berharap kereta yang dikenali dengan nama Riversimple Urban Car itu dapat dikeluarkan pada 2013.

Kereta itu mampu bergerak selaju 80.47 kilometer sejam.

Namun kereta itu tidak dijual tetapi disewa kepada orang ramai pada harga AS$330 (RM1,161) sebulan. - Agensi

Jentera 'kaki trek'

MINGGU ini penulis berpeluang memandu uji Toyota, jentera ala perlumbaan iaitu Vios TRD versi manual.


Transmisi manual memang kurang diminati tetapi masih ada peminatnya terutama mereka yang berjiwa perlumbaan atau 'kaki trek'.

Toyota melalui Toyota Racing Development (TRD) menjadikan model Vios versi J transmisi manual sebuah jentera lumba jalanan yang sporty.

Unit pandu uji kali ini berwarna merah berbelang putih dengan logo TRD dan Toyota, warna rasmi bagi jentera lumba Toyota TRD yang didatangkan khas dari Thailand.

Negara Gajah Putih itu memang terkenal dengan perlumbaan daripada jentera Vios yang dikenali sebagai One Make Race.

Melihat warna merah berbelang putih itu sudah cukup membuatkan sesiapa sahaja kagum dengan penampilan Vios TRD yang ekstrem.

Terdapat beberapa perbezaan antara versi automatik dan manual tetapi jentera manual mendapat lebih suntikan perlumbaan.

Antaranya, sistem suspensi Tein boleh laras menjadikan kereta itu direndahkan 45mm.

Pusat graviti yang rendah membolehkan Vios TRD mengambil selekoh dengan lebih yakin, selain keutuhan suspensi Tein.

Malah, penulis merasakan ini 'set-up' suspensi untuk perlumbaan dan bukan untuk kegunaan harian atau di jalan awam.

Tetapi bagi mereka yang mahu melayan selekoh demi selekoh, ia memang agresif.

Sistem suspensi itu tidak sesuai bagi kegunaan keluarga kerana terlalu keras dan penumpang pasti merasai bagaimana 'peritnya' apabila tayar melalui jalan tidak rata atau terlanggar lubang.

Luaran Vios TRD didatangkan dengan bodykit penuh tetapi Toyota terpaksa membuang spoiler depan bagi unit pandu uji ini kerana terlalu rendah.

Model ini masih menggunakan enjin 1NZ-FE yang menghasilkan 109PS pada 6,000rpm.

Bagaimanapun, penggunaan penapis udara TRD menjadikan jentera lebih ringan ditambah pula transmisi manual lima kelajuan cukup serasi dengan modifikasi yang dilakukan.

Sebelum pandu uji di jalan awam, penulis sudah mengujinya di Litar Sepang.

Ruang dalamannya masih sama seperti model Vios lain tetapi sepasang kerusi perlumbaan Recaro TRD yang padat menjadikannya sangat eksklusif.

Penggunaan stereng Momo tulen memudahkan kawalan roda dan memberi cengkaman tangan maksimum terutama ketika mengambil selekoh.

Sentuhan lain TRD termasuk pedal brek dan minyak daripada TRD serta tuil gear bersalut kulit menarik dan kemas.

Semua aksesori tulen ini menepati piawaian ketat Toyota selain mendapat jaminan daripada pengeluar.

Bagi penulis, Vios TRD transmisi manual menarik dan bakal mendapat sambutan terutama 'pelumba muda'.



SPESIFIKASI

Toyota Vios TRD 1.5 J Manual

Enjin: Empat silinder selari, DOHC, 16 injap, VVT-i

Kuasa Maksimum: 109 PS pada 6,000rpm

Tork Maksimum: 141Nm pada 4,200rpm

Transmisi: Manual lima kelajuan.

Ciri keselamatan: ABS, EBD, BA

Aksesori TRD: Skirting, Spoiler, Suspensi Tein boleh laras, kerusi Recaro TRD, stereng Momo, pedal dan tuil gear TRD

Tayar yang dicadangkan

Dunlop Formula D1 175/50R15


ihsan Harian Metro

Kelas tersendiri

MENJELANG hujung bulan ini, Volvo akan memperkenalkan satu lagi model ‘Crossover’ baru yang menawarkan ciri pemanduan terbaik dan sporty.
Volvo XC60 yang diimport sepenuhnya (CBU) dari kilangnya di Ghent, Belgium bakal menjadi kenderaan lima tempat duduk termoden dengan saiz lebih kecil daripada model XC90.

MENJELANG hujung bulan ini, Volvo akan memperkenalkan satu lagi model ‘Crossover’ baru yang menawarkan ciri pemanduan terbaik dan sporty.

Volvo XC60 yang diimport sepenuhnya (CBU) dari kilangnya di Ghent, Belgium bakal menjadi kenderaan lima tempat duduk termoden dengan saiz lebih kecil daripada model XC90.

Presiden Volvo Car Malaysia, Robert Norrman, berkata XC60 menjadi tanda aras kepada Volvo dalam usaha memasuki segmen Crossover dan Kenderaan Sport Utiliti (SUV) yang meningkat dengan pantas ketika ini.

“Pelancaran ini bermakna Volvo bersedia bersaing dengan mana-mana pengeluar di seluruh dunia,” katanya.

XC60 model paling kukuh dan selamat pernah dihasilkan Volvo selain selamat.

“Saya berharap model ini mendapat sambutan sama seperti model terbaik kami, XC90.

“Apa pun, XC60 model sangat berbeza,” katanya.

XC60 dijana enjin enam silinder berkuasa turbo 285 hp selain dilengkapi sistem All Wheel Drive (AWD) bersama Instant Traction.

Model terbaru itu juga dilengkapi ciri keselamatan terkini seperti impak kelajuan rendah yang sering berlaku di bandar besar.

“Teknologi ini yang pertama diperkenalkan hasil daripada penyelidikan keselamatan dijalankan Volvo lebih 80 tahun,” katanya.

Sementara itu, bermula 15 Jun hingga 15 Ogos ini, pemilik Volvo yang membawa kenderaan mereka untuk diselenggara di pusat servis berdaftar bakal memenangi hadiah menarik, baucar sehingga RM7,000 dan Sistem Navigasi mudah alih bernilai RM2,650 seunit.

Monday, June 15, 2009

Volvo lancar kereta baru 27 Jun ini

Kereta Volvo XC 60 yang bakal memasuki pasaran tempatan akhir bulan Jun.



KUALA LUMPUR – Volvo Car Malaysia (Volvo) akan melancarkan kereta terbarunya, model XC60, hasil kombinasi kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama di negara pada 27 Jun ini.

Menurut Presidennya, Robert Norrman, model XC60 telah tiba di Pelabuhan Klang baru-baru ini dan ia akan dilancarkan di seluruh negara setelah selesai semua urusan yang berkaitan.

“Kenderaan XC60 telah mencipta kejayaan di setiap negara yang dilancarkan. Penerimaan model ini amat memberangsangkan ekoran reka bentuk yang mengagumkan serta aspek teknologi keselamatannya,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau menjelaskan, XC60 yang mewakili jenama kereta mewah dalam automotif dunia bagi segmen paling kompetitif dan pantas pertumbuhannya itu telah menerima tempahan daripada pengedar kenderaan yang diiktiraf iaitu Federal Auto Cars Malaysia dan Swedish Marque.

Sunday, June 14, 2009

Lawa siot

Aku baru balik dari kuala terengganu dengan wife aku,
saje jalan jalan hilangkan bosan,
2,3 ari ni aku bizi sket sebab dok ngadap
laptop buat drawing plan rumah mertua aku,
ada ah sket lagi sebelum print,

tapi tu bukan masalahnya,
tadi masa dok giant aku ada nampak ah
kete sebijik ni,lawa siot
warna dia pun ngancam,
memang test aku ah kaler ni...
dengan sport rim 17" nya

tapi kete jenis ni memang idaman aku,
satu hari nanti akan jadi macam ni jugak
ah kereta aku,tapi maybe model baru

Saturday, June 13, 2009

Toyota Vios kacukan TRD

KEBANYAKAN pemilik kenderaan kini suka melengkapkan jentera mereka dengan pelbagai aksesori seperti spoiler dan bodykit, malah turut menukar sistem suspensi sehingga kereta menjadi rendah.

KEBANYAKAN pemilik kenderaan kini suka melengkapkan jentera mereka dengan pelbagai aksesori seperti spoiler dan bodykit, malah turut menukar sistem suspensi sehingga kereta menjadi rendah.

Bagaimanapun, pemasangan aksesori yang tidak mengikut spesifikasi pengeluar bakal mengundang padah termasuk sukar dikawal ketika jentera dipandu laju.

Terbaru, Toyota yang terkenal dengan pusat talaannya sendiri, Toyota Racing Development atau TRD bakal membawa masuk kelengkapan tulen untuk kegunaan pelanggannya.


Model pertama yang mendapat sentuhan TRD pastinya model sedan terlaris, Vios.

Peluang memandu uji Vios TRD baru-baru ini memang mengujakan, tambahan pula ia didatangkan set lengkap TRD Sportivo yang menjadi idaman pemilik model terbabit.

Jentera pandu uji berwarna khas biru kehijauan atau Vizard Blue kelihatan bergaya.

Pada dasarnya, model ini diambil daripada versi S dan tiada sebarang ubah suai dilakukan terhadap prestasi enjin dan sistem talaan.

TRD lebih mengutamakan aspek luaran dengan padanan bodykit TRD yang menjadikan Vios tampak garang dan 'gemuk.'

Bagi versi automatik, Toyota menggunakan sistem suspensi TRD Sportivo yang menjadikan model berkenaan lebih 15 milimeter rendah daripada asal.

Ini menyebabkan jentera lebih mantap ketika mengambil selekoh dan tidak terlalu keras untuk kegunaan jalan raya.

Terdahulu, sebelum media dibenarkan memandu uji di jalan raya, penulis diberi kesempatan untuk mengujinya di Litar F1, Sepang.

Ternyata sesi halangan seperti slalom, halangan (chicanes) dan pusingan tidak menjadi masalah apabila sistem gantungan TRD Sportivo berfungsi dengan cemerlang.

Dari segi kuasa, Vios TRD masih menggunakan enjin sama seperti model asal, tetapi hanya menggunakan penapis udara daripada TRD.

Mungkin penggunaan penapis asli berkenaan menyebabkan Vios TRD terasa lebih berkuasa dan kuasa tork agak tinggi.

Vios versi S dijana enjin 1491cc empat silinder selari, DOHC, 16 injap dengan teknologi VVT-i.

Ia berupaya menghasilkan kuasa maksimum sehingga 109PS pada 6,000rpm manakala tork maksimum setinggi 141Nm pada 4,200rpm.

Suspensi TRD Sportivo beraksi cemerlang di jalan raya biasa dan sesuai bagi kegunaan seisi keluarga di mana ia lebih lembut dan tidak terlalu 'terlompat' ketika melalui jalan tidak rata atau terlanggar lubang.

Ruang dalamannya tidak banyak berbeza, cuma kerusi dihiasi dengan fabrik TRD Sportivo manakala pedal brek dan minyak adalah daripada TRD.

Tuil gear turut mendapat sentuhan kulit daripada TRD yang menarik dan kemas.

Semua aksesori tulen ini menepati piawaian ketat daripada Toyota selain mendapat jaminan daripada pengeluar.

Walaupun Toyota masih belum menetapkan harga bagi Vios versi TRD, aksesori tulen berkenaan bakal mendapat sambutan daripada golongan muda yang mahukan kenderaan hasil suntikan TRD asli.

SPESIFIKASI

Toyota Vios TRD 1.5S

Enjin: Empat silinder selari, DOHC, 16 injap, VVT-i

Kuasa Maksimum: 109 PS pada 6,000rpm

Tork Maksimum: 141Nm pada 4,200rpm

Transmisi: Automatik empat kelajuan dengan ECT, Gate Shifter

Ciri keselamatan: Beg udara, ABS, EBD, BA, sensor undur

Aksesori TRD: Skirting, Spoiler, kerusi fabrik TRD Sportivo, pedal dan tuil gear TRD.

Tayar yang dicadangkan: Dunlop Formula D1 175/50R15

PEMOTORAN

Model baru MPV Perodua

Sama seperti model-model sebelum ini, indikasi paling jelas untuk MPV baru perodua ialah Toyota Passo Sette atau Daihatsu Boon Luminas.




DI mana-mana pun, orang sibuk memperkatakan tentang MPV tempatan, Proton Exora. Buat kali pertama dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran MPV begitu sensitif sehinggakan semua pengeluar kelihatan mahu mengambil bahagian.

Pembuat kereta terkemuka telah lama menyedari hakikat dan masa depan kenderaan pelbagai guna ini. Namun apa yang berlaku dalam pasaran hari ini adalah ia melebihi jangkaan sesiapa. Ia ibarat pasaran kenderaan pikap cab berkembar yang tiba-tiba meletup satu ketika dahulu.

Di Malaysia, Toyota Avanza dianggap sebagai penanda aras terhadap MPV kelas ekonomi yang berjaya. Diilhamkan di Indonesia yang memiliki pasaran MPV yang besar, Avanza telah diperkenalkan di Malaysia pada 2004 dan masih mendahului senarai jualan MPV di Malaysia.

Sehingga suku pertama tahun ini, sebanyak 1,332 unit Avanza terjual daripada 1,987 unit model keseluruhan Toyota untuk tiga bulan pertama 2009. Malah sehingga ke hari ini sebanyak 117,946 buah Avanza berjaya dijual dalam tempoh kurang lima tahun di pasaran.

Perodua sudah mengumumkan untuk menyertai pertandingan liga pasaran MPV ini. Setakat ini, ia hanya dikenali dengan kod nama D46T, masih dalam peringkat ujian dan akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini, sekitar bulan Julai hingga September. Pelancarannya bakal menambah satu lagi model dalam segmen MPV ekonomi kompak dalam segmennya.


WALAUPUN kompak, MPV ini masih menyediakan ruang sewajarnya kepada setiap penumpang.


Sama seperti model-model sebelum ini, Perodua kekal dengan polisi asal iaitu memasang kembali model Daihatsu/Toyota sebagai strategi pemasaran mereka.

Jika mengambil kira trend beberapa model terkini Perodua yang merupakan model terkini Daihatsu, maka indikasi paling jelas untuk MPV perodua ialah Toyota Passo Sette atau Daihatsu Boon Luminas.

Ia merupakan model baru, daripada platform Passo (MyVi) yang disesuaikan dengan jarak roda yang lebih panjang untuk memuatkan barisan tempat duduk ketiga, menjadikannya tujuh tempat duduk secara keseluruhan.

Malah di laman web berkaitan automotif yang sering memperoleh spyshot juga sudah mula kelihatan foto Sette ini diambil di jalan raya Malaysia.

Meskipun dilitupi pelekat hitam di bahagian hadapan dan belakang, lengkok badan dan bentuk lampunya memang dapat dicam sebagai Sette/Luminas.


BAHAGIAN paparan pemuka yang mungkin dipasang pada MPV pertama keluaran Perodua.


Di Jepun, versi Toyota dipanggil Toyota Passo Sette atau bermaksud Passo Seven atau Toyota Passo versi 7 tempat duduk. Sette bermaksud tujuh dalam bahasa Itali. Versi Daihatsu pula dipanggil Daihatsu Boon Luminas. Luminas membawa maksud kombinasi perkataan ruang dan sinar.

Spesifikasi asal menampilkan Passo Sette dan Boon Luminas dijana oleh enjin 1.5 liter 3SZ-VE yang berkuasa 109PS pada 6,000rpm dan tork pada 4,400rpm. Enjin ini merupakan versi baru, namun tidak dapat disahkan sama ada ia turut dipasangkan pada model Perodua.

Versi pacuan hadapan ini berupaya mencapai kadar 15.6 kilometer (km) untuk setiap liter bahan api setelah diuji di Jepun. Corak pemanduan pula boleh dipantau dengan mudah menerusi indikator pada papan pemuka yang akan memberitahu pemandu sama ada cara pemanduannya ekonomikal atau tidak.

Model kompak Toyota Passo Sette ini berukuran 4,180 milimeter (mm) panjang, 1,695mm lebar dan ketinggiannya adalah 1,620mm dengan 2,750mm kepanjangan titik rodanya untuk memaksimumkan ruang dalam sepanjang 2,550mm.

Boon Luminas CX dengan bodykit agak panjang sedikit dengan 4,195mm. Dimensi lain yang disediakan oleh Toyota termasuklah 1,630mm ruang di antara barisan tempat duduk hadapan dan barisan tempat duduk belakang.

Jarak pintu boleh dibuka bagi penumpang adalah sehingga 935mm lebar untuk keluar masuk dan bagi pemandu, kelebarannya adalah 630mm. Sungguhpun mempunyai wheelbase yang panjang, roda diletakkan di tempat yang strategik yang membolehkan model ini memiliki radius pusingan 5.2 meter.


MPV ini dilihat mampu menggugat penguasaan pengeluar MPV yang sedia ada.


Toyota telah menyediakan Toyota Passo Sette ini dengan pelbagai penampilan yang menarik termasuklah sistem hiburan bagi tempat duduk belakang dengan monitor selebar 177 mm, pemain DVD dengan kebolehan untuk memainkan media yang berasingan bagi ruang hadapan dan belakang. Ia juga terdapat pilihan tanpa kunci iaitu dengan menggunakan key fob.

Banyak lagi spesifikasi menarik yang ditawarkan kepada pembeli di Jepun sebagai model JDM (Japan Domestic Market). Boon Luminas dilengkapi dengan music server yang membolehkan anda menyalin 660 minit lagu-lagu daripada CD ke sistem hiburan kereta.

Jadi, anda tidak perlu bersusah-payah untuk membawa CD ke mana-mana di dalam kereta. Pilihan ini juga terdapat pada Toyota Passo Sette. Bagi spesifikasi Jepun, ia menawarkan ciri-ciri keselamatan yang mungkin juga terdapat pada spesifikasi Perodua kelak.

Secara keseluruhannya, Passo Sette dan Boon Luminas ini mempunyai enam SRS Airbags vehicle stability control (VSC), Dynamic Support Headrests dan sistem brek ABS.

Kepada anda yang berhasrat untuk membeli MPV, ini adalah salah satu pilihan yang bakal ada di pasaran tidak lama lagi.

Tidak salah menunggu beberapa bulan lagi demi membuat pilihan yang tepat untuk memastikan bahawa pembelian kita berbaloi dengan wang yang dilaburkan.



Thursday, May 28, 2009

Pilih 4 model Alfa

PEMINAT kenderaan gaya Itali, Alfa Romeo kini boleh memiliki empat model terkini yang dilancarkan pengedar jenama berkenaan, Sime Darby Auto Connexion Sdn Bhd (Auto ConneXion), baru-baru ini.

Model terbaru iaitu 159 Sports sedan, GT Coupe spesifikasi tinggi, Brera Coupe dan Spider Cabriolet bakal bersaing dengan beberapa jenama mewah lain.

Selain itu, pembukaan pusat 3S baru untuk mod

el berkenaan di Petaling Jaya dijangka mampu menarik perhatian ramai serta menaikkan jualan jenama terbabit.


Pengarah Urusannya, Rajan Thurairatnam, berkata ketibaan empat model terbaru itu menjadi berita baik bagi peminat model Alfa Romeo di negara ini.

"Saya difahamkan sudah sekian lama peminat j

enama ini menanti ketibaan model baru yang terkenal dan ditambah dengan harga sangat kompetitif bagi semua model Alfa Romeo baru.

Model 159 Sports sedan rekaan Giorgetto Giugiaro berkuasa 2.2L Twin-cam empat silinder sebaris JTS (uniJet Thrust System) menyalurkan 185 kuasa kuda (hp).

Berharga RM188,888, model 159 dilengkapi deng

an kotak gear Selespeed automatik manual

enam kelajuan yang menawarkan pemanduan menyeronokkan dan sporty.

Bagi model GT Coupe, model terbaru dengan spesifikasi tinggi dilengkapi enjin 2.0L JTS berkuasa 165 hp dan serta dipadankan dengan transmisi Selespeed automatik manual lima kelajuan.

Model rekaan Bertone dijual pada harga RM218,888.


GT Coupe menampilkan gaya, keanggunan dan keselesaan walaupun berada dalam kelas Coupe.

Ruang dalamannya dihiasi dengan ciri umpama sebuah jentera salun mewah.

Sebuah lagi jentera Coupe terbaru, Brera turut dilancarkan serentak.

Model berkenaan yang dijual pada harga RM308,888 dijana enjin 2.2L JTS 185 bhp menawarkan prestasi dan daya kendalian menakju

bkan.


Brera dibekalkan dengan tujuh beg udara bagi memastikan keselamatan pemandu dan semua penumpangnya berada pada tahap maksimum.

Satu lagi versi dijangka menjadi kegilaan adalah model Spider Cabriolet yang mewarisi lagenda Giuletta Spider dan Duetto.


Ia adalah hasil kerjasama antara Alfa Romeo Styl

ing Centre dan dua nama yang terkenal di seluruh dunia, Giugiaro dan Pininfarina.

Spider Cabriolet dijana enjin 2.2L Twin-cam empat silinder sebaris JTS berkuasa 185 hp dengan transmisi Selespeed enam kelajuan.

Berharga RM318,888, model terbaru itu dibekalka

n dengan lima beg udara dan casis berteknologi tinggi yang dibina daripada keluli dwifasa kimpalan laser.

"Kali ini, dengan sokongan kuat syarikat induk di M

ilan, kami dengan sukacitanya mengumumkan harga yang sangat kompetitif bagi model Alfa baru.

Konsep berbilang francais Auto ConneXion juga m

emberi liputan lebih luas kepada jenama Alfa berbanding sebelumnya," katanya.

Hadir sama Pengurus Besar (Operasi) Alfa Romeo, Hazem Abdul Rahman.

Sebagai meraikan pelancaran empat model terb

aru Alfa Romeo, Auto ConneXion turut melancarkan kempen servis dan perkhidmatan selepas jualan dengan diskaun sehingga 70 peratus bagi alat ganti tulen Alfa terpilih.

Bagi pemilik model terdahulu, mereka berpeluang

membawa kenderaan mereka untuk pemeriksaan keselamatan 25 titik secara percuma selain mendapatkan aksesori dan minyak pelincir disyorkan pada harga diskaun istimewa.


Selain itu, dengan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM300 ke atas, pelanggan berpeluang mendapat lambang tulen Alfa bernilai RM400 secara percuma untuk menggantikan lambang lama pada kenderaan mereka.

Difahamkan, Alfa Romeo bakal membawa masuk model dua pintu, MiTo pada penghujung tahun ini.

FAKTA

Alfa Romeo 159
RM188,888

Alfa Romeo GT Blackline

RM218,888

Alfa Romeo Brera
RM308,888

Alfa Romeo Spider Cabriolet
RM318,888

Generasi terbaru iDrive

PENGELUAR kenderaan mewah terkenal, BMW Malaysia mengumumkan model BMW 5 Siri paling laris jualannya di pasaran, kini didatangkan dengan generasi terbaru iDrive.

Teknologi terbaru itu membolehkan pemandu mengaktif dan mengawal sistem hiburan, komunikasi dan fungsi navigasi dengan lebih mudah.

Terdahulu, BMW mula memperkenalkan konsep kawalan iDrive pada 2001, menjadikannya pembuat kereta pertama di dunia menawarkan sebuah sistem membolehkan pemandu mengawal fungsi utama kenderaan, hiburan, navigasi dan telekomunikasi melalui satu pusat kawalan.

IDrive biasanya ditempatkan di bahagian tengah konsol yang memaparkan kawalan pelbagai fungsi di panel peralatannya.

Pada generasi kedua iDrive, BMW menawarkan Paparan Kawalan berukuran 8.8 inci melangkaui batasan semua jenis paparan pemuka dalam sesebuah kenderaan.

Pengarah Urusan BMW Malaysia, Geoffrey Briscoe, berkata BMW 5 Siri adalah model paling laris jualannya bagi Kumpulan BMW di negara ini.

"Walaupun tercetusnya kegawatan ekonomi pada tahun lalu, jualan kami tahun lalu meningkat tujuh peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Kami yakin iDrive terbaru ini membantu mengekal dan meningkatkan kelebihan daya saing bagi BMW 5 Siri," katanya.

Menurutnya, iDrive itu juga didatangkan bersama lapan butang kegemaran di tengah konsol bagi membolehkan pengguna menyimpan program kegemaran mereka seperti stesen radio, nombor telefon, dan navigasi destinasi termasuklah senarai kepada semua peralatan sedia ada yang boleh dipamer secara mudah melalui iDrive.

"Bagi model seperti 523i SE, 525i Sports, 530i, 540i Individual dan M5, Sistem Navigasi Profesional bersaiz 80GB digunakan untuk meningkatkan kelajuan operasi dan penyimpanan data navigasi.

"Daripada saiz ini, sejumlah 8GB adalah khas bagi pengguna untuk menyimpan fail muzik kegemaran mereka merangkumi lebih kurang 2,000 lagu," katanya.

Satu lagi inovasi kepada konsep kawalan itu adalah penggunaan empat butang pilihan terus di Pusat Kawalan yang akan mempamer pilihan senarai peralatan yang paling kerap digunakan.

Pemandu secara spontan berupaya untuk menukar penggunaan cakera padat (CD), radio, telefon dan fungsi navigasi dengan cepat dan berkesan, menjadikan keseluruhan sistem lebih mudah dipelajari dan diingati.

"BMW iDrive merevolusi sistem pengawalan dan operasi sesebuah kenderaan dengan penuh bermakna dan memberikan kesan berkekalan.

"Dan kini, BMW iDrive mengekalkan kedudukannya sebagai asas pengukuran kepada semua jenis sistem seumpamanya," katanya.

Rangkaian baru BMW 525i Sport turut dilengkapi bumbung kaca gelungsur dengan kawalan elektronik melalui sentuhan untuk mengawal pergerakan bumbung kaca.

Harga pasaran pelbagai model dilengkapi iDrive bermula dari RM 343, 800 hingga RM 898,000 seunit.

Lebih selesa berbanding MPV




MODEL sedan wagon memang popular suatu masa dahulu dan kehadiran pelbagai model van moden yang dikenali sebagai Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) dan utiliti sport (SUV) menenggelamkan model wagon sebagai kenderaan penumpang praktikal.

Bagi mereka yang pernah memiliki model wagon atau estate, jentera berkenaan banyak memberi manfaat terutama ciri pemanduan lebih baik berbanding MPV.

Pengeluar kenderaan gergasi Sweden, Volvo yakin masih ada pengguna masih meminati jentera wagon dan kehadiran model V50 bakal menggamit kegemilangan model itu suatu masa dulu.

Peluang memandu uji Volvo V50 meyakinkan penulis bahawa jentera Wagon lebih selesa berbanding MPV.

Wagon V50 2.4i boleh dikategorikan estate premium bagi memikat kehendak golongan eksekutif muda yang mahukan kenderaan sedan yang menawarkan keluasan optimum.

Dari sudut luaran, V50 hampir menyamai model S40 di mana lentur aerodinamik kelihatan jelas di sepanjang susuk tubuhnya yang panjang.

Gril berpalang yang menjadi ciri korporat jenama Scandinavia itu membuatkannya mudah dikenali selain sering menjadi perhatian pemilik kenderaan mewah dari Jerman.

Bahagian belakang dengan padanan lampu menegak dan sekali imbas ia hampir menyamai model SUV XC90 tujuh penumpang.

Perkataan Volvo yang terpampang pada bahagian belakang lebih besar dan jelas, mungkin sebagai satu peringatan mengenai gaya, kuasa serta keselesaan.

Ruang dalamannya luas dan selesa dan menerusi cermin pandang belakang, jelas kelihatan ruang barangan yang mampu memuatkan sebuah peti televisyen bersaiz 29 inci dengan mudah.

Padanan warna gelap kerusi pemandu dan penumpang hadapan dengan kawalan elektrik menjanjikan keselesaan ketika memandu.

Malah, sistem memori tempat duduk menjadikan pemanduan V50 mudah dan tidak menyukarkan pemandu untuk menetapkan semula posisi memandu kepada asal.

Ruang kokpit berkotak menjadikannya unik dan ruang menyimpan barang di belakang unit kawalan audio dan pendingin hawa menjadikannya sebagai lokasi selamat untuk meletak telefon bimbit atau syiling.

Alat kawalan audio dan penyaman udara tersusun kemas memudahkan pemandu untuk menetapkan suhu kenderaan selain mendengar alunan muzik digemari.

Situasi ini dibantu sistem audio lapan pembesar suara dengan penukar enam CD terbina yang berupaya menghasilkan bunyi mengikut kemahuan pemandu dan penumpang.

Balutan kulit hitam bermutu tinggi buatan Eropah memenuhi hampir keseluruhan ruang dalaman termasuk pintu, stereng dan pemegang brek tangan.

Panjang keseluruhan kenderaan itu adalah 4,522mm tetapi hasil kejuruteraan terbaik Volvo, ruang dalamnya mampu memuatkan lima penumpang dewasa dengan selesa.

Selain tegap serta gagah dari luar hasil kejuruteraan Sweden, ruang dalamannya memaparkan ciri mewah serta kehalusan kerja tangan sejajar dengan imej Volvo.

Ruang kargo menjadi lebih luas sekiranya semua tempat duduk penumpang dilipat rata.

Menceritakan mengenai kuasa, enjin lima silinder sebaris menawarkan gegaran minimum tetapi berupaya menghasilkan kuasa tork yang tinggi ketika pecutan.

Enjin V50 mampu menghasilkan kuasa maksimum 170 hp pada 6,000 rpm dan tork maksimum 230 Nm pada 4,400 rpm, dipadankan dengan transmisi automatik lima kelajuan Geartronic.

Jentera ini boleh mencapai kelajuan 100 km/j dalam tempoh sembilan saat dengan pecutan maksimum sehingga 215 km/j.

Sistem suspensi mantap dan tidak terasa membuai ketika mengharungi selekoh pada kelajuan tinggi walaupun keadaan fizikalnya yang panjang.

Mengagumkan apabila tahap penggunaan minyak ketika memecut di lebuh raya hanyalah setinggi 6.6 liter per kilometer (l/km), jauh lebih rendah daripada model premium lain.

Volvo sememangnya terkenal sebagai jentera yang selamat dengan mengadaptasikan keselamatan pencegahan dan perlindungan.

Antaranya sistem keselamatan WHIPS (Whiplash Protection System), SIPS (Side Impact Protection System) dan IC (Inflatable Curtain) sebagai ciri standard V50.

Kesimpulannya, V50 menawarkan pakej sempurna sebagai kenderaan penumpang luas, selesa, mewah dan paling penting, selamat.



SPESIFIKASI

VOLVO V50 2.4i


Enjin: Lima silinder 2,435cc

Kuasa maksimum: 170hp pada 6,000 rpm

Tork maksimum: 230Nm pada 4,400 rpm

Transmisi: Automatik lima kelajuan dengan Geartronic

Ciri keselamatan: Beg udara, ABS, EBD, STC, EBA, Whips, IC.

Harga: RM185,950.00 tanpa insurans

Tayar yang dicadangkan

ContiSportContact 2

205/55 R16 91V

Saturday, May 23, 2009

Chevrolet Captiva lasak, mewah





PENGGEMAR Kenderaan Sport Utiliti (SUV) berimej lasak dan mewah kini boleh mengunjungi mana-mana pusat jualan kenderaan Chevrolet dan melihat sendiri tawaran menarik khusus bagi model Captiva, jentera gaya Eropah tulen.

PENGGEMAR Kenderaan Sport Utiliti (SUV) berimej lasak dan mewah kini boleh mengunjungi mana-mana pusat jualan kenderaan Chevrolet dan melihat sendiri tawaran menarik khusus bagi model Captiva, jentera gaya Eropah tulen.

Chevrolet Captiva diakui sebuah SUV yang bukan sahaja mampu memuatkan tujuh penumpang tetapi model berkenaan kini dijual pada harga serendah RM144,888 seunit.


Dilengkapi enjin diesel VCDi 16 injap dengan turbo intercooler yang dibangunkan GM Daewoo dengan kerjasama GM Powertrain, Captiva mampu menghamburkan kuasa kuda (hp) sehingga 150hp pada 4,000 rpm dan tork maksimum 320 NM pada 2,000 rpm.

Captiva turut dibekalkan dengan kotak gear automatik lima kelajuan Triptronic yang membolehkan ia dipandu secara manual.

Setiap enjin dilengkapi dengan fungsi transmisi pacuan semua roda (AWD) dan pacuan roda depan (FWD).

Menggunakan topang MacPherson dengan bar penstabil pada roda hadapan dan Multi-link bersama 'Sistem Self leveling' (SLS) pada roda belakang memberikan kestabilan serta keselesaan ketika pemanduan dalam apa jua keadaan jalan raya.

Sistem itu berfungsi menaikkan suspensi roda belakang lebih tinggi secara automatik apabila membawa beban yang berat.

Ini bagi memastikan keseimbangan berat antara bahagian depan dan belakang berada dalam keadaan sempurna.

Bagi perjalanan lebih selesa, fungsi utama seperti lampu dan pengelap cermin dikawal secara automatik bergantung kepada keadaan persekitaran dan cuaca.

Paling menarik, lampu utama Captiva akan padam selepas 30 saat kenderaan terbabit dikunci sebagai langkah keselamatan bagi pemandu yang terpaksa melalui jalan gelap selepas meletak kenderaan mereka.

Untuk keselamatan tambahan, ia dibekalkan Sistem Brek Anti Kunci Empat Roda (ABS), Program Kestabilan Elektronik, perlindungan Active-Roll Over dan Sistem Kawalan Penurunan Bukit.

Dari sudut dalaman, salutan kulit hitam pada semua kerusi membolehkan pemandu dan penumpang menikmati perjalanan selesa.

Tempat duduk barisan kedua boleh dilipat sementara tempat duduk ketiga pula boleh dilipat rata untuk memberikan ruang kargo dengan kapasiti 930 liter.

Malah, kotak simpanan sejuk (Cooled Glove Box) turut disediakan untuk menyimpan minuman atau makanan mudah cair seperti coklat.

Terdapat empat warna pilihan ditawarkan iaitu Sterling Silver, Black Sapphire, Royal Gray dan Tornade Red.


Porsche GT3 RSR paling berkuasa

SELEPAS beberapa generasi Porsche 911, model berkenaan menerima satu lagi ahli keluarga baru edisi perlumbaan, GT3 RSR.

Hasil kajian terperinci selama beberapa tahun oleh jurutera Porsche, kelahiran GT3 RSR tepat pada masanya dan diiktiraf jentera paling berkuasa dalam ahli keluarga 911.

Perkara berkenaan terbukti apabila Porsche 911 GT3 RSR beraksi cemerlang dalam perlumbaan 24 jam American Le Mans Series, baru-baru ini.

Dalam perlumbaan kelas GT2 yang memerlukan pelumba menghabiskan jarak paling panjang, Porsche 911 GT3 RSR melepasi halangan berkenaan dengan mudah.

Kejituan dan ketahanan jentera berkenaan dibantu rekaan semula sistem masukan udara lebih besar pada bahagian hadapan GT3 RSR.

Selain itu, faktor berat lebih ringan menjadikan GT3 RSR lebih berkuasa dari segi pecutan dan kuasa tork dapat digunakan secara maksimum.

Malah, sistem aerodinamik GT3 RSR turut dipertingkatkan apabila pemecah angin belakang dilebarkan bagi memberi lebih cengkaman pada tayar dan kawalan lebih stabil di selekoh.

Dari sudut keselamatan, sistem brek juga dipertingkatkan apabila penggunaan bahan berkualiti tinggi membolehkan jentera menjadi lebih ringan dan secara automatik daya membrek menjadi singkat dan cekap berbanding model sama sebelum ini.

Porsche 911 GT3 RSR dibekalkan dengan enjin Boxer enam silinder 4.0 L yang berupaya menghasilkan 450 kuasa kuda maksimum pada 7,800 RPM.

Malah, kuasa tork turut dipertingkatkan apabila Porsche 911 GT3 RSR berjaya mencatat sehingga 430 Nm pada 7,250 RPM.

Paling menarik, enjin Boxer terbabit mampu diperah sehingga melepasi 9,000 RPM yang mengekalkan kelajuan enjin disamping penggunaan bahan api terkawal.

Ruang dalaman Porsche 911 GT3 RSR dilengkapi skrin pelbagai fungsi pada bahagian atas papan pemuka selain transmisi gear lebih mudah.

Untuk kegunaan litar, Porsche 911 GT3 RSR mudah diselenggara apabila dibekalkan dengan 'Air-Jack System' serta penukaran penapis minyak pada bahagian belakang memudahkan mekanik membuat penukaran lebih pantas.

Selain GT3 RSR, Porsche Motorsport turut mengeluarkan dua lagi versi perlumbaan iaitu GT3 Cup dan GT3 Cup S.

Jualan Proton MPV Exora meningkat, tempahan 11,000

Jualan Proton MPV Exora, mendapat sambutan hangat dengan jumlah tempahan semakin meningkat mencecah 11,000 unit dalam tempoh sebulan.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata sambutan terhadap kenderaan itu amat positif walau pun Exora baru dilancarkan dalam tempoh sebulan. "Dalam keadaan kegawatan ekonomi dunia sekarang, tempahan terhadap Proton Exora amat menggalakkan.

"Dengan tempahan yang begitu tinggi, ianya adalah satu pencapaian terbaik bagi kenderaan Exora," katanya pada karnival Proton bersama rakyat di perkarangan R&R Gemang di sini, hari ini.


Beliau berkata, sambutan yang menggalakkan itu adalah hasil usaha Proton dalam mempromosikan model tersebut secara intensif kepada pengguna.


Pada peringkat permulaan pelancaran model itu, Syed Zainal Abidin berkata, wujud sedikit kesangsian di kalangan pembeli seperti kemampuan enjinnya dengan bentuk kenderaan yang besar.

"Namun selepas bakal pembeli memandu uji model kita, kesangsian mereka terhakis dan mereka memilih untuk mengambil model Exora," katanya.

Sehubungan itu, Proton mengambil inisiatif untuk mempromosikan model terbarunya termasuk model yang lain melalui karnival Proton yang diadakan di seluruh negara.

Beliau berkata, karnival itu akan dilakukan di seluruh negara dan daerah Jeli di Kelantan menjadi pilihan karnival yang pertama diadakan.

Pada karnival itu, Proton turut membawa model kereta terbaru, pendedahan pembangunan kaji selidik Proton dalam membangunkan kenderaannya, persembahan kajian dan tahap keselamatan kenderaan Proton.

Beliau berkata, karnival itu akan memperlihatkan usaha Proton dalam membawa teknologi terkini dan kualiti terkini kepada pengguna.

Terbaru daripada Alfa Romeo

Kehadiran empat model jenama Itali ini menjadi berita baik buat ramai peminat Alfa Romeo.




SIME Darby Auto Connexion Sdn. Bhd. (Auto ConneXion) yang bertanggungjawab menguruskan jenama Alfa Romeo di Malaysia melancarkan empat model Alfa Romeo ter baru ke pasaran Malaysia.

Pengenalan model 159 sports sedan, GT coupe berspesifikasi tinggi, Brera coupe dan Spider cabriolet itu dibuat sempena pembukaan pusat jualan, servis dan alat ganti (3S) terbarunya di Petaling Jaya.


KEHADIRAN Alfa Romeo Brera pasti disambut gembira oleh para peminatnya.


Auto ConneXion juga dijadual memperkenalkan model MiTo 'hot hatch' dua pintu pada hujung tahun ini.

Sememangnya kehadiran empat model jenama Itali itu menjadi berita baik buat ramai peminat Alfa Romeo yang telah menunggu sejak sekian lama. Lebih menarik lagi, Auto ConneXion menetapkan harga yang sangat kompetitif bagi kesemua model tersebut.

Model 159 sports sedan rekaan Giorgetto Giugiaro dibekalkan dengan enjin 2.2 liter twin-cam empat silinder sebaris JTS (uniJet Thrust System).

Mampu menjana sehingga 185 bhp, unit enjin kenderaan itu dipadankan dengan kotak gear Selespeed automatik manual enam kelajuan. Alfa Romeo 159 sports sedan ditawarkan pada harga RM188,888 (tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans).


BAHAGIAN kokpit Alfa Romeo GT Blackline.


Sementara itu, GT Blackline coupe model terbaru dengan spesifikasi tinggi pula boleh anda miliki pada harga RM218,888. Dilengkapi dengan enjin 2.0 liter JTS berkuasa 165 bhp dan kotak gear Selespeed automatik manual lima kelajuan, GT Blackline mendapat sentuhan daripada pereka terkemuka, Bertone.

Brera coupe dengan segala nilai keunggulan kereta sports Itali pula ditawarkan pada harga RM308,888. Menggunakan kuasa enjin JTS 185 bhp 2.2 liter, (sama seperti model 159 sedan), Brera menawarkan prestasi dan daya kendalian yang hebat.


RIM aloi lima jejari menyempurnakan lagi penampilan bergaya GT Blackline.


Selain itu, model yang mendapat paling banyak perhatian sudah tentulah Spider cabriolet. Ditawarkan pada harga RM318,888 seunit, ia mewarisi legenda model Giuletta Spider dan Duetto. Spider cabriolet merupakan hasil kerjasama antara Alfa Romeo Styling Centre serta dua nama yang cukup terkenal, Giugiaro dan Pininfarina.

Kesemua model Alfa terbaru itu boleh dilihat dan dipandu uji di Bilik Pameran dan Pusat Servis Auto ConneXion Alfa Romeo Petaling Jaya, 19 Jalan 13/2 Petaling Jaya.

Chery Tiggo

Ramai yang skeptikal dengan jentera buatan China tetapi pada harga yang berpatutan, prestasi jentera seperti Tiggo tidaklah terlalu mengecewakan.




APA yang ada dalam fikiran anda jika ditanya tentang kereta buatan China? Skeptikal atau teruja? Apa pun, kereta buatan gergasi ekonomi Asia itu bukan lagi asing kepada pengguna Malaysia.

Sama ada ia dipasarkan setelah diberi nama baru atau mengekal namanya sendiri, produk dari China semakin diterima oleh mereka yang mungkin sudah bosan dengan jenama sedia ada di pasaran.

Boleh dikatakan pemilihan kenderaan dari China banyak disumbang oleh faktor harga, di samping lambakan pelbagai ciri menarik di dalamnya.

Perbandingannya mudah. Sebagai contoh, sebuah kereta kompak dari China yang harganya hampir sama dengan kereta (dalam segmen sama) buatan tempatan hadir dengan beg udara, cermin dan stereng kuasa.

Kalau dinilai pada sebuah MPV, MPV buatan China yang mempunyai enjin bersesaran 2.4 liter hanya berharga sekitar RM85,000.







Jika hendak membeli MPV dengan kuasa enjin hampir sama buatan Jepun atau Eropah, harganya mungkin lebih sekali ganda.

Biarpun masih ramai yang ragu-ragu dengan kualitinya, anda perlu tahu bahawa kereta dari China sudah banyak menerima penambahbaikan dari semua aspek. Jika tidak, bagaimana ada model buatan China sudah berjaya menembusi pasaran Eropah yang cukup ketat.

Buat pertama kalinya, penulis berpeluang memandu uji sebuah SUV yang diimport dari tanah besar China, Chery Tiggo 1.6 liter. Fakta yang menyatakan bahawa Tiggo merupakan model paling popular keluaran Chery di pasaran antarabangsa dan dijual di lebih 60 buah negara membuatkan rasa ingin tahu saya semakin bertambah.

Sejak tiga tahun lalu, Chery banyak melabur untuk menjadikan model keluarannya menepati standard antarabangsa.

Maka, salah satu produknya ialah Chery Tiggo, SUV yang digerak menggunakan enjin yang dibangunkan sendiri oleh pihak Chery.

Diberi nama ACTECO, enjin aluminium berkod SQR481F itu dilengkapi dengan sistem Variable Valve Timing (VVT) dan kawalan kadar pembakaran bahan api (controllable burn rate).

Sebenarnya, enjin ACTECO dibangunkan untuk beberapa sesaran kuasa iaitu 1.6, 1.8, 2.0 dan 2.4 liter. Ia sekali gus digunakan dalam kesemua jentera keluaran Chery.

Chery turut memiliki kemampuan menghasilkan sehingga 400,000 unit enjin itu setahun. Bukan itu sahaja, enjin ACTECO berjaya melepasi standard enjin Eropah dan disifatkan sebagai enjin berprestasi terbaik dalam kelasnya.

Bagi merealisasikan matlamat penjimatan penggunaan petrol, Tiggo dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan, selain konfigurasi pacuan roda hadapan sahaja.

Dengan kemampuan menjana kuasa sehingga 87.5 kW @ 6,150 rpm dan tork maksimum 147 Nm @ 4,300 rpm, Tiggo memerlukan anda untuk lebih rajin menukar ke gear lebih rendah untuk mendapatkan henjutan kuasanya.

Mujurlah, klacnya lembut dan senggukan minimum ketika gear ditukar membuatkan Tiggo sebuah SUV yang seronok untuk dipandu. Apatah lagi ketika bunyi enjinnya juga kurang ketara walaupun jarum rpm mula merangkak ke angka melebihi 5,000 rpm.

Anda boleh merasai kestabilan mengemudikan Tiggo di atas apa jua bentuk jalan raya. Keadaan ini banyak disumbangkan oleh kerangka jenis unitary, selain penggunaan suspensi topang MacPherson untuk roda hadapan dan penyerap hentak multi-link pada roda belakangnya.

Tidak berkompromi dengan aspek keselamatan, Tiggo dilengkapi dengan sistem brek ABS dan EBD yang menawarkan kuasa membrek lebih berkesan.

Keselamatan setiap penumpang pula dititikberatkan menerusi aplikasi kerangka yang teguh selain ciri penyerap impak sisi pada keempat-empat pintunya.




Maaf, jika dikatakan bahawa ruang kokpit Tiggo nampak murah. Plastik keras berwarna kelabu berada di setiap inci papan pemuka, stereng, panel sisi, brek tangan dan tombol gearnya.

Mujurlah tempat duduk yang ada cukup selesa, di samping kedudukan pemandu yang boleh dikategorikan sebagai ergonomik untuk mereka yang bersaiz sederhana.

Sistem audio double DIN Tiggo juga mudah untuk dikendalikan. Disokong oleh empat pembesar suara, anda pasti berpuas hati dengan kualiti bunyi yang dihasilkan.

Paparan meter dengan latar berwarna putih, bagaimana pun tidak menarik perhatian saya tetapi ia tetap membolehkan pemandu mendapatkan maklumat pemanduan dengan jelas.

Bentuk fizikal Tiggo tidak kalah andai dibandingkan dengan model SUV yang dihasilkan oleh syarikat gergasi automotif lain. Penampilannya tetap maskulin dengan reka bentuk keseluruhan yang kemas dan bergaya.

Diimport oleh Chery Alado Automobile Sdn. Bhd., Chery Tiggo ditawarkan pada harga RM78,888 seunit. Lebih menarik, anda boleh memilih daripada enam warna yang disediakan termasuklah putih, hitam, kelabu, perak, biru dan merah.

Setiap pembelian Tiggo hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan 100,000 kilometer.

Karnival Ferrari Shell


ORANG ramai tidak melepaskan peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh Shell di Taman Melati, Kuala Lumpur.


SHELL meneruskan karnival ke seluruh negara untuk meraikan jualan kereta model Shell-Ferrari yang mendapat sambutan hangat.

Sabtu lalu, orang ramai berpeluang merasai kemeriahan karnival tersebut apabila stesen Zeff Serve Shell di Taman Melati, Kuala Lumpur menjadi penganjur karnival.

Berhasrat memberi sumbangan kepada masyarakat menerusi karnival ini, Shell telah menjemput seramai 30 orang penghuni rumah Persatuan Ehsan Wanita dan Anak-anak Kuala Lumpur (Pewanida) ke karnival yang berlangsung sepanjang hari.

Ditubuhkan pada tahun 2004, Pewanida berperanan membantu golongan ibu tunggal dan anak-anak yatim dengan memberi bantuan untuk membolehkan mereka lebih berdikari.

Pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik dan permainan interaktif yang menyeronokkan. Antaranya ialah cabaran Playmat, iaitu kereta model Shell-Ferrari yang menampilkan ciri navigasi pintar, peraduan mewarna dan menulis kaligrafi.

Selain itu, pelanggan Shell turut dijemput menyertai Cabaran Tangki Penuh Shell V-Power Racing dan Cabaran Nintendo Wii.

"Karnival ini merupakan peluang terbaik dalam menunjukkan sokongan Shell kepada golongan kurang bernasib baik. Kami mahu berkongsi keseronokan bermain kereta model Shell-Ferrari dengan semua pengunjung dan seronok melihat wajah gembira kanak-kanak," jelas Pengurus Kanan Runcit Wilayah Tengah, Fong Lai Pong.

Pengasas Pewanida, Puan Seri Saidatul Akmar memberitahu, pihaknya sangat gembira apabila mendapat jemputan daripada Shell. Ia menjadi peluang terbaik buat warga Pewanida untuk menghadiri karnival masyarakat dan menyertai banyak aktiviti menarik yang disediakan.

Pada masa yang sama, Shell menyampaikan sumbangan kelengkapan sekolah dan barangan keperluan harian bernilai RM3,000 kepada Pewanida. Selain itu, setiap warga Pewanida juga menerima beg yang mengandungi kereta model Shell-Ferrari sebagai cenderamata.

Karnival itu dilaksanakan sempena pelancaran kempen kereta model Shell-Farrari. Kereta edisi terhad Ferrari F2008, Enzo Ferrari, 430 Scuderia, FXX Evoluzione, 599 GTB Fiorano, 612 Scaglietti dan 360 GTC kini boleh didapati di stesen minyak Shell seluruh negara sehingga 11 Mei nanti.

Kereta model ini boleh diperoleh dengan pembelian minimum RM40 minyak Shell V-Power Racing, Shell Super, Shell Regular atau Shell Diesel.

Pelanggan yang mengisi tangki dengan minyak Shell V-Power Racing boleh membeli kereta model pada harga istimewa RM6.90, selain mendapat sehingga tiga kali ganda mata ganjaran BonusLink.

Bagi mereka yang membeli minyak Shell Super, Shell Regular atau Shell Diesel, kereta model itu boleh dibeli pada harga RM8.90 seunit.