Wednesday, April 21, 2010

Kompaun JPJ naik lagi




Kompaun JPJ dinaikkan lagi 333 %,
apa dah hilang akal ke undang undang Malaysia ni,
suka suka je pinda undang undang
yang menyusahkan rakyat.

Bayangkan sebelum ni kompaun RM 300 dinaikkan RM 1000,
Besar tu jumlah nak kena bayar,
Tu dikira bagi yang bersalah,
bagi kesalahan yang tidak disengajakan macam mana pula.

Bagi budak budak sekolah pulak
rasanya lepas ni makin ramai lah belasah naik moto tanpa lesen.
Had umur sekarang memang dah betul tak perlu
dah diubah ubah,Kalo diubah makin bahayalah
Keselamatan mereka nanti,

Dua tiga hari lepas baru aku borak dengan JPJ,
dia bagitau hasil jualan no plate dan saman dari orang ramai
meletakkan JPJ ni senarai no 3 income untuk kerajaan,
first mistilah LHDN.
Takkan JPJ masih takda duit!
Kerajaan pun kena fikir jugak kepentingan rakyat.

Takkan nak pulih kan ekonomi negara
kena melibatkan duit rakyat.
Apa sumbangan Kerajaan untuk rakyat ketika rakyat
menderita dengan keadaan ekonomi semasa ni.

Bukan semua mampu bayar kompaun banyak tu,
Lain lah kalo pak pak menteri kita,
RM 1000 tu macam RM1 jek.
kalo rakyat tak bayar kenderaan tak boleh jalan.
macam mana dengan dasar kerajaan
RAKYAT DI DAHULUKAN,
PENCAPAIAN DI UTAMAKAN.

Kepada pak pak menteri ni,
ni pendapat dari rakyat yang miskin .
Korang nak pinda ke taknak pinda ke
MALAYSIA ni kan korang yang kontrol.

Lepas ni apa lagi akta yang akan diubah,
Kompaun tah berapa banyak lagi lah naik lepas ni.
Kita sebagai rakyat terima jelah apa akan jadi lepas ni.



No comments: