Saturday, July 4, 2009

Jentera baru Yamaha

RXZ kini hadir bersama rekaan grafik yang lebih menarik di atas tubuh aerodinamiknya.


RXZ terus berjaya memikat pengguna menerusi aplikasi enjin dua lejangnya yang berkuasa.

DIBANGUNKAN untuk prestasi, model Yamaha RXZ masih unggul selaku model pilihan yang popular terutamanya dalam kalangan generasi muda. Mendapat gelaran The Boss, RXZ terus berjaya memikat pengguna menerusi aplikasi enjin dua lejang yang berkuasa, walaupun kewujudannya dalam pasaran tempatan sudah mencecah berbelas tahun.

Dengan unit catalyzer yang mesra alam, RXZ kini hadir bersama rekaan grafik yang lebih menarik di atas tubuh aerodinamiknya. Penampilan lampu utama, paparan meter dan rekaan kowling dipadankan dengan lampu bahagian belakang.

Malah, unit enjin yang ditutup separuh juga menyerlahkan lagi karakter agresifnya. Hadir dengan dua warna iaitu hitam dan merah, RXZ ditawarkan pada harga RM7,504 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan nombor plat.

Sementara itu, jentera 135 LC yang menjadi model kapcai paling panas pernah dikeluarkan oleh Yamaha muncul lagi dengan tiga warna dan rekaan grafik yang baru.


135 LC ditawarkan pada harga RM6,011.80 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan nombor plat.

Kapcai empat lejang ini terbukti dari segi prestasi dan gaya nya. Pengguna mempunyai pilihan sama ada warna merah, hitam atau biru yang lengkap dengan sepasang rim sport berwana emas.

Dilengkapi dengan unit enjin bersesaran 135cc, silinder DiASil, omboh tempaan yang ringan, suspensi monocross dan rekaan fizikal yang aerodinamik, anda tidak perlu bimbang mengenai prestasinya.

Harganya, RM6,011.80 seunit (tanpa cukai jalan, insurans dan nombor plat). Maklumat lanjut, kunjungi pengedar terdekat atau sila layari laman web: www.yamaha-motor.com.my.

No comments: