RXZ versi 2009 dipadan ekzos mesra alam
PENGELUAR dan pengedar motosikal, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM), baru-baru ini, memperkenalkan dua model terbaru versi 2009 iaitu RXZ dan 135 LC yang lebih sporty dan bergaya.Dibangunkan untuk kuasa pecutan maksimum dan terbukti di litar lumba, RXZ yang dikenali dengan nama 'The Boss' menjadi satu-satunya model dua lejang yang masih diminati.
Kini RXZ versi 2009 dibekalkan dengan sistem ekzos dengan 'catalyzer' yang lebih mesra alam.
Ia turut dipadankan dengan hiasan grafik terbaru serta karakter klasik seperti pelindung lampu dan enjin, paparan panel meter yang memberi gaya jentera jalanan tulen sejati.
Didatangkan dengan dua warna pilihan iaitu hitam dan merah, RXZ dijual pada harga asas RM7,504 (tidak termasuk insurans).
Satu lagi model mendapat perhatian ramai adalah Yamaha 135 LC empat lejang dengan sistem klac automatik.
Model berkenaan tidak mengalami sebarang perubahan fizikal melainkan padanan grafik dan warna baru lebih memikat dan menarik.
Kini, 135 LC didatangkan dengan warna metalik pilihan seperti merah, hitam dan biru serta rim berwarna emas baru.
Yamaha 135 LC berkuasa 135cc sejukan cecair dipadankan bersama silinder termaju Yamaha, DiASil dan piston lebih ringan tetapi lasak.
Model berkenaan cukup dikenali sebagai sebuah motosikal yang menarik, berkuasa untuk ditunggang serta mencatatkan jualan memberangsangkan.
Yamaha 135 LC dijual pada harga asas RM 6,011.80 seunit (tidak termasuk insurans) dan kedua-dua model itu boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha.
2 comments:
lelaki, mesti x jauh ngan enjin :) heheheh...
Pn Ct benda sinonim dengan lelaki.
Post a Comment