Friday, June 19, 2009

Kunci mahal











Haa pilih kunci kete,
tak dapat beli kete,
beli kunci pun takpe.
nampak ah ada iras2 nak kaya ha ha

vios Siam










amacam kete macam ni,
agak agak leh menang tak autoshow...

Sepetang Di Bukit Keluang Besut.

Jambatan konkrit di balut kulit kayu
Istana dari polisterin
Salah satu gerai
Bangku konkrit di balut kulit kayu
Macam ala2 zaman pahlawan

Semalam aku bawak ah wife
aku gi tempat kerja aku di besut,
saje jek ajak jalan2 sebab dia cuti.
sambil jalan2 aku bawak ah
tengok tempat orang bikin filem.

tempat ni set filem bawah KRU
katanya dari info yang aku dengar2 lah.
ada gak member2 aku cakap nak bikin filem
Merong Mahawangsa,ye kot
Jadi ni lah gambar2 yang sempat aku ambik serba sedikit.
Ala 2 zaman purba ah set nya.

Wednesday, June 17, 2009

A1 Malaysia pamer kemajuan paling baik

KUALA LUMPUR - Pasukan lumba kereta A1 Malaysia dipilih oleh peminat-peminat sebagai pasukan yang menunjukkan peningkatan paling baik bagi 2008/2009 dengan menduduki tempat keenam musim ini daripada tangga ke-15 sebelumnya.

Ketua Eksekutif A1 Malaysia, Jack Cunningham, berkata anugerah itu amat bermakna kerana ia ditentukan sendiri oleh peminat.

“Kita perlu bekerja keras untuk kekal dalam kalangan lima pasukan terbaik,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Cunningham berkata beliau yakin matlamat itu dapat dicapai hasil daripada komitmen dan keazaman setiap anggota pasukan A1 Malaysia termasuk pemandu-pemandu, Fairuz Fauzy dan Aaron Lim. Musim baru A1GP bermula penghujung tahun ini.

Kereta hidrogen dipamerkan



SEBUAH kereta hidrogen yang dberi nama Riversimple Urban Car dipamerkan di tengah London semalam.



LONDON - Sebuah kereta berkuasa hidrogen yang direka untuk kegunaan di bandar dipamerkan di sini semalam.

Kereta dua tempat duduk itu boleh bergerak sejauh 386 kilometer tanpa mengisi semula minyak dengan beratnya 350 kilogram.

Berhubung aspek penggunaan minyak, ia boleh bergerak sejauh 106 kilometer bagi setiap satu liter dan mengeluarkan air.

Projek bagi membina kereta itu melibatkan Sebastian Piech iaitu cicit Ferdinand Porsche yang terkenal kerana mengeluarkan kereta Porsche pada tahun 1930-an.

Pihak pengeluar berharap kereta yang dikenali dengan nama Riversimple Urban Car itu dapat dikeluarkan pada 2013.

Kereta itu mampu bergerak selaju 80.47 kilometer sejam.

Namun kereta itu tidak dijual tetapi disewa kepada orang ramai pada harga AS$330 (RM1,161) sebulan. - Agensi

Jentera 'kaki trek'

MINGGU ini penulis berpeluang memandu uji Toyota, jentera ala perlumbaan iaitu Vios TRD versi manual.


Transmisi manual memang kurang diminati tetapi masih ada peminatnya terutama mereka yang berjiwa perlumbaan atau 'kaki trek'.

Toyota melalui Toyota Racing Development (TRD) menjadikan model Vios versi J transmisi manual sebuah jentera lumba jalanan yang sporty.

Unit pandu uji kali ini berwarna merah berbelang putih dengan logo TRD dan Toyota, warna rasmi bagi jentera lumba Toyota TRD yang didatangkan khas dari Thailand.

Negara Gajah Putih itu memang terkenal dengan perlumbaan daripada jentera Vios yang dikenali sebagai One Make Race.

Melihat warna merah berbelang putih itu sudah cukup membuatkan sesiapa sahaja kagum dengan penampilan Vios TRD yang ekstrem.

Terdapat beberapa perbezaan antara versi automatik dan manual tetapi jentera manual mendapat lebih suntikan perlumbaan.

Antaranya, sistem suspensi Tein boleh laras menjadikan kereta itu direndahkan 45mm.

Pusat graviti yang rendah membolehkan Vios TRD mengambil selekoh dengan lebih yakin, selain keutuhan suspensi Tein.

Malah, penulis merasakan ini 'set-up' suspensi untuk perlumbaan dan bukan untuk kegunaan harian atau di jalan awam.

Tetapi bagi mereka yang mahu melayan selekoh demi selekoh, ia memang agresif.

Sistem suspensi itu tidak sesuai bagi kegunaan keluarga kerana terlalu keras dan penumpang pasti merasai bagaimana 'peritnya' apabila tayar melalui jalan tidak rata atau terlanggar lubang.

Luaran Vios TRD didatangkan dengan bodykit penuh tetapi Toyota terpaksa membuang spoiler depan bagi unit pandu uji ini kerana terlalu rendah.

Model ini masih menggunakan enjin 1NZ-FE yang menghasilkan 109PS pada 6,000rpm.

Bagaimanapun, penggunaan penapis udara TRD menjadikan jentera lebih ringan ditambah pula transmisi manual lima kelajuan cukup serasi dengan modifikasi yang dilakukan.

Sebelum pandu uji di jalan awam, penulis sudah mengujinya di Litar Sepang.

Ruang dalamannya masih sama seperti model Vios lain tetapi sepasang kerusi perlumbaan Recaro TRD yang padat menjadikannya sangat eksklusif.

Penggunaan stereng Momo tulen memudahkan kawalan roda dan memberi cengkaman tangan maksimum terutama ketika mengambil selekoh.

Sentuhan lain TRD termasuk pedal brek dan minyak daripada TRD serta tuil gear bersalut kulit menarik dan kemas.

Semua aksesori tulen ini menepati piawaian ketat Toyota selain mendapat jaminan daripada pengeluar.

Bagi penulis, Vios TRD transmisi manual menarik dan bakal mendapat sambutan terutama 'pelumba muda'.



SPESIFIKASI

Toyota Vios TRD 1.5 J Manual

Enjin: Empat silinder selari, DOHC, 16 injap, VVT-i

Kuasa Maksimum: 109 PS pada 6,000rpm

Tork Maksimum: 141Nm pada 4,200rpm

Transmisi: Manual lima kelajuan.

Ciri keselamatan: ABS, EBD, BA

Aksesori TRD: Skirting, Spoiler, Suspensi Tein boleh laras, kerusi Recaro TRD, stereng Momo, pedal dan tuil gear TRD

Tayar yang dicadangkan

Dunlop Formula D1 175/50R15


ihsan Harian Metro

Kelas tersendiri

MENJELANG hujung bulan ini, Volvo akan memperkenalkan satu lagi model ‘Crossover’ baru yang menawarkan ciri pemanduan terbaik dan sporty.
Volvo XC60 yang diimport sepenuhnya (CBU) dari kilangnya di Ghent, Belgium bakal menjadi kenderaan lima tempat duduk termoden dengan saiz lebih kecil daripada model XC90.

MENJELANG hujung bulan ini, Volvo akan memperkenalkan satu lagi model ‘Crossover’ baru yang menawarkan ciri pemanduan terbaik dan sporty.

Volvo XC60 yang diimport sepenuhnya (CBU) dari kilangnya di Ghent, Belgium bakal menjadi kenderaan lima tempat duduk termoden dengan saiz lebih kecil daripada model XC90.

Presiden Volvo Car Malaysia, Robert Norrman, berkata XC60 menjadi tanda aras kepada Volvo dalam usaha memasuki segmen Crossover dan Kenderaan Sport Utiliti (SUV) yang meningkat dengan pantas ketika ini.

“Pelancaran ini bermakna Volvo bersedia bersaing dengan mana-mana pengeluar di seluruh dunia,” katanya.

XC60 model paling kukuh dan selamat pernah dihasilkan Volvo selain selamat.

“Saya berharap model ini mendapat sambutan sama seperti model terbaik kami, XC90.

“Apa pun, XC60 model sangat berbeza,” katanya.

XC60 dijana enjin enam silinder berkuasa turbo 285 hp selain dilengkapi sistem All Wheel Drive (AWD) bersama Instant Traction.

Model terbaru itu juga dilengkapi ciri keselamatan terkini seperti impak kelajuan rendah yang sering berlaku di bandar besar.

“Teknologi ini yang pertama diperkenalkan hasil daripada penyelidikan keselamatan dijalankan Volvo lebih 80 tahun,” katanya.

Sementara itu, bermula 15 Jun hingga 15 Ogos ini, pemilik Volvo yang membawa kenderaan mereka untuk diselenggara di pusat servis berdaftar bakal memenangi hadiah menarik, baucar sehingga RM7,000 dan Sistem Navigasi mudah alih bernilai RM2,650 seunit.