MENJELANG hujung bulan ini, Volvo akan memperkenalkan satu lagi model ‘Crossover’ baru yang menawarkan ciri pemanduan terbaik dan sporty. Volvo XC60 yang diimport sepenuhnya (CBU) dari kilangnya di Ghent, Belgium bakal menjadi kenderaan lima tempat duduk termoden dengan saiz lebih kecil daripada model XC90. |
MENJELANG hujung bulan ini, Volvo akan memperkenalkan satu lagi model ‘Crossover’ baru yang menawarkan ciri pemanduan terbaik dan sporty.
Volvo XC60 yang diimport sepenuhnya (CBU) dari kilangnya di Ghent, Belgium bakal menjadi kenderaan lima tempat duduk termoden dengan saiz lebih kecil daripada model XC90.
Presiden Volvo Car Malaysia, Robert Norrman, berkata XC60 menjadi tanda aras kepada Volvo dalam usaha memasuki segmen Crossover dan Kenderaan Sport Utiliti (SUV) yang meningkat dengan pantas ketika ini.
“Pelancaran ini bermakna Volvo bersedia bersaing dengan mana-mana pengeluar di seluruh dunia,” katanya.
XC60 model paling kukuh dan selamat pernah dihasilkan Volvo selain selamat.
“Saya berharap model ini mendapat sambutan sama seperti model terbaik kami, XC90.
“Apa pun, XC60 model sangat berbeza,” katanya.
XC60 dijana enjin enam silinder berkuasa turbo 285 hp selain dilengkapi sistem All Wheel Drive (AWD) bersama Instant Traction.
Model terbaru itu juga dilengkapi ciri keselamatan terkini seperti impak kelajuan rendah yang sering berlaku di bandar besar.
“Teknologi ini yang pertama diperkenalkan hasil daripada penyelidikan keselamatan dijalankan Volvo lebih 80 tahun,” katanya.
Sementara itu, bermula 15 Jun hingga 15 Ogos ini, pemilik Volvo yang membawa kenderaan mereka untuk diselenggara di pusat servis berdaftar bakal memenangi hadiah menarik, baucar sehingga RM7,000 dan Sistem Navigasi mudah alih bernilai RM2,650 seunit.
No comments:
Post a Comment