Monday, May 17, 2010

Kerja baru lagi


Baru minggu lepas start masuk kerja baru,
tapi 1hb ni masuk lak kerja baru kat KT.

Alhamdulillah kerja ni best sket gaji pun ok
dari gaji skrang ni,
Sape lah yang taknak improve dalam hidup kan..

Pasni kalo ada lagi baru lagi bagus hehe
tapi tak boleh selalu tukar kerja
tak bagus.

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru untuk semua
guru guru yang pernah mengajar aku di
sekolah SKKR,Darul Ulum dan IB.

Tak lupa juga untuk abah Cikgu pencen hehe
dan untuk isteri aku yang mengajar
budak budak remaja di kolej.

Selamat Hari Guru

Saturday, May 15, 2010

Dinner Retro!

Ni lah semua gambar yang aku snap masa
Dinner Majlis Perpisahan Budak budak Kolej
tempat orang rumah aku ngajar



Sumai Hotel Apartment

Ada sesi karaoke

Bergambar kenangan,aku masuk skali
walaupun takda kena mengena hehe

Orang rumah

Bergaya dengan kereta orang hehe

Wednesday, May 12, 2010

i'm Busy


Tak sempat nak update blog 2,3 ari ni
busy sangat sangat...

Keje baru,komitmen baru
jadi kena tumpu satu satulah...

Tapi takpe blog kena update jugak,
aku taknak sampai bersarang plak hehe.

Ari ni macam biasa kat site,
nothing interesting to share
amboi berspeking omputih plak,
maaf lah ye kalo tersalah.
Aku ni bukan pandai sangat hehe

Tapi malam besok ada cite menarik,
orang rumah ajak aku gi dinner kat
Hotel Sumai Kuala Terengganu...

Student student dia buat dinner plak,
last sem kan, dah nak habis.

Tapi yang masalahnya,ada tema plak
temanya Retro, mana nak cekau baju lama ni.
Dah tanya Abah aku, ada tak baju lama,
dia cakap semua dah buang...

Besok tak taulah nak modified baju apa
bagi nampak Retro sket...
Aduyai poning poning


Sunday, May 9, 2010

Selamat hari Ibu



Selamat hari Ibu untuk Ibu Mertua
dan Ibu Ibu di luar sana...

Tiada ucapan hari Ibu untuk Mak aku
sebab dia telah lama tiada di dunia ini

Al fatihah

Saturday, May 8, 2010

Lawak lawak

PETALING JAYA: "Sorry PDRM tersilap sapu.

Itulah kata-kata dalam nota ringkas yang ditinggalkan di atas papan pemuka kereta rasmi Proton Perdana V6 milik Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang dilaporkan dicuri 48 jam lalu sebelum ditemui di Prima Damansara di sini semalam.

Pasukan penyiasat menemui kenderaan rasmi berwarna hitam itu kira-kira pukul 8.35 pagi dalam keadaan baik.
Barangan lain termasuk topi rasmi polis masih dalam keadaan tidak terusik.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, polis masih menyiasat sama ada kes itu melibatkan sindiket curi kereta atau tidak.

Khamis lalu, kereta rasmi Khalid diletakkan oleh pemandunya tidak jauh dari sebuah restoran di Seksyen 9, Shah Alam kerana dia ingin bersarapan. Setengah jam kemudian, pemandu terbabit mendapati kenderaan itu lesap sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah di Seksyen 11.

Khalid pada ketika berada di luar negara menghadiri mesyuarat. Kereta berkenaan tidak memiliki sebarang logo PDRM.
Bagaimanapun, kenderaan itu dilengkapkan dengan sistem kedudukan global (GPS).


Ni artikal dari M star Online

Ha ha ha rasa nak gelak guling guling. Aku ingatkan penjenayah ni hati kering,skali hantar balik siap tinggal nota lagi...
Biasa diorang main bedal jek rupanya takut polis jugak haha...,Orang lain punya kete tak pikir plak main sebat je.
Agak agaknya diorang ni dah bersih tak diorang punya DNA,Konfom punya lah, kalo tak mampos kena angkut gi balai,

Friday, May 7, 2010

Malam Jumaat

Pernah dengar pasal ni tak?
misti pernah bagi yang dah kawin,
benda benda yang best ni misti sukalah hehhe

2 hari lepas aku ada gi site
jumpa lak kawan kawan lama,
borak punya borak terkeluarlah topik ni,
biasa ah orang laki otak biru.

Aku buat bodoh jelah sebab malas nak layan sangat,
biasa benda produk produk kesihatan ni,
orang tua je yang layan
aku tak layan sangat, maklumlah sihat lagi.

Kawan aku yang bercerita ni pasang 2
jadi badan kenalah kuat kan,
takan nak lembik jek nak, nak jadi driver
macammana kalo tak larat.

Dia cakap MJ ni ubat untuk perangsang,
macam penggalak tenaga lah (energy booster)
untuk meningkatkan keberahian,
biasa kita orang laki kalo dah penat keje,
apa yang ada depan mata pun malas nak layan,

Wah ni topik menarik ni aku cakap haha
nak guna senang jek, just spray kat lidah,
aku ingatkan sebelum ni pewangi mulut,
maklumlah nak dekat dengan bini.
Ia dikira sebagai penganti ubat lah,
kalo ubat kena makan atau kemam.
senang je kan?

MJ ni dibuat dari herba herba tongkat ali,
kacip fatimah macam macam lagi lah.
kalo nak tau cari sendiri.
Sesuai untuk lelaki dan perempuan

Hmmm pas ni aku nak try jugak lah satu
boleh balik awal pasni,
nak ambik berkat...