PETALING JAYA: "Sorry PDRM tersilap sapu.
Itulah kata-kata dalam nota ringkas yang ditinggalkan di atas papan pemuka kereta rasmi Proton Perdana V6 milik Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang dilaporkan dicuri 48 jam lalu sebelum ditemui di Prima Damansara di sini semalam.
Pasukan penyiasat menemui kenderaan rasmi berwarna hitam itu kira-kira pukul 8.35 pagi dalam keadaan baik.
Barangan lain termasuk topi rasmi polis masih dalam keadaan tidak terusik.
Khamis lalu, kereta rasmi Khalid diletakkan oleh pemandunya tidak jauh dari sebuah restoran di Seksyen 9, Shah Alam kerana dia ingin bersarapan. Setengah jam kemudian, pemandu terbabit mendapati kenderaan itu lesap sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah di Seksyen 11.
Khalid pada ketika berada di luar negara menghadiri mesyuarat. Kereta berkenaan tidak memiliki sebarang logo PDRM.
Bagaimanapun, kenderaan itu dilengkapkan dengan sistem kedudukan global (GPS).
Ni artikal dari M star Online
Ha ha ha rasa nak gelak guling guling. Aku ingatkan penjenayah ni hati kering,skali hantar balik siap tinggal nota lagi...
Biasa diorang main bedal jek rupanya takut polis jugak haha...,Orang lain punya kete tak pikir plak main sebat je.
Agak agaknya diorang ni dah bersih tak diorang punya DNA,Konfom punya lah, kalo tak mampos kena angkut gi balai,
No comments:
Post a Comment