Monday, November 29, 2010

Myvi baru Spyshot

Tengok jelah






Perbezaan Dashboard Inspira dan Lancer



Gambar diatas adalah perbezaan
Proton Inspira dan Mitsubishi Lancer.
Sekali imbas macam sama kan,
tapi bezanya di panel papan pemuka,
Inspira lebih ekslusif
dengan balutan seakan akan corak kayu.
Manakala lancer seperti jaluran sahaja.

Dari segi Audio memang berbeza sangat
lancer lagi cantik,
sebab ada double din.
Steering sama je berbeza pada lambang
yang melambangkan identiti pengeluar.
Apa aku cakap ni,hentam sajalah...

Wednesday, November 24, 2010

Motosikal Penunda Polis Jepun (haha tajuk skema)




Oprah hadiahkan Volkswagen Beetle pada semua penonton Talk Shownya.


Aku tak tau lah berita ni bila
sebab aku memang tak pernah tengok Talk Show
si oprah ni.
Jangan terkejut tajuk diatas,
memang betul Oprah telah hadiahkan
setiap penonton di studionya sebijik seorang
kereta Vw beetle ni...
Hadiah ni semperna Krismas kot.
Huhu sape taknak kereta percuma Beetle plak tu.

Seramai 275 orang yang bertuah mendapat kereta ni,
penonton yang makcik2 ni apa lagi
histeria ah macam orang tak betul...
kalo aku tak taulah syukur alhamdulillah kot,(kena ingat Tuhan).
Menurut Talkshow ni
kereta ni belum lagi berada di pasaran
tahun depan baru keluar
,wah wah wah bertuah badan
dapat kereta baru dan model baru.




Ni Video sebagai bukti

Nissan Teana pengganti Nissan Cefiro

NISSAN menyasarkan jualan bulanan sebanyak 600 unit Nissan Teana di pasaran tempatan.

KUALA LUMPUR - Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) memperkenalkan model kenderaan terbaru dalam segmen D iaitu Nissan Teana, bagi menggantikan Nissan Cefiro yang telah ditamatkan penjualannnya kira-kira dua tahun lalu di pasaran tempatan.

ETCM, anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holdings Bhd. (Tan Chong Motor Holdings), adalah sayap pemasangan dan pemasaran tunggal kenderaan jenama Nissan di negara ini.

Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr. Ang Bon Beng berkata, kemasukan model tersebut membabitkan tiga varian berbeza dan pihaknya menyasarkan penjualan sebanyak 600 unit Nissan Teana sebulan.

Tiga varian yang dimaksudkan beliau ialah Nissan Teana 2.0L Comfort dan Nissan Teana 2.0L Luxury, Nissan Teana 2.5L V6 Premium dan Nissan Teana 3.5L Exquisite.

"Kami secara agresif mahu menguasai sebanyak 30 peratus daripada keseluruhan segmen D yang merangkumi 2,000 unit di pasaran tempatan," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran model tersebut di sini semalam.

Sumber Kosmo


Lagi gambar Nissan Teana


Friday, November 12, 2010

VIVA ELITE EDISI EKSKLUSIF (VEEE)

Perodua Elite edisi ekslusif baru dilancarkan semalam dengan menampilkan beberapa ciri yang menarik dan beberapa perubahan yang ditampilkan. Model Elite ni sesuai juga untuk mereka yang berpendapatan RM 30,000 hingga RM 35,000 setahun.









perbezaan antara viva EEE dengan viva biasa


Berita baik untuk pemilik Perodua


Diskaun baik pulih kereta PERODUA



PETALING JAYA: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menawarkan diskaun kos baik pulih sebanyak 25 peratus kepada pemilik kenderaan PERODUA yang terjejas akibat banjir di utara Semenanjung dan Kelantan, baru-baru ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata PERODUA menjangka lebih 1,000 kenderaan PERODUA terbabit dengan masalah banjir itu dan ada antaranya mungkin rosak teruk akibat ditenggelami air.
Katanya, pemberian diskaun itu sebagai tanda prihatin dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat terhadap pelanggannya, dengan diskaun turut membabitkan kos keseluruhan baik pulih termasuk kos buruh dan alat ganti.

“PERODUA juga akan menanggung kos menunda kenderaan yang terjejas sehingga nilai maksimum RM100,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pusat servis dan alat ganti (2S) PERODUA Puchong dan varian terbaru ViVA iaitu ViVA Elite Exclusive Edition di sini, semalam.

Aminar Rashid berkata, banjir yang melanda utara Semenanjung baru-baru ini turut menjejaskan tiga cawangan PERODUA dengan masing-masing dua di Kedah dan satu di Perlis, selain 22 kakitangan syarikat juga turut terjejas akibat bencana itu.

“Daripada tiga cawangan itu, dua milik pengedar dan kita akan menyalurkan bantuan RM5,000 kepada pengedar terbabit untuk diagihkan kepada kakitangan.

“Bagi 22 kakitangan PERODUA yang terjejas akibat banjir itu, kami akan beri bantuan RM1,000 untuk kakitangan yang berkeluarga dan RM750 bagi yang masih bujang,” katanya.
PERODUA juga menghulurkan bantuan masing-masing RM10,000 kepada Perlis dan Kedah.