Wednesday, November 24, 2010

Nissan Teana pengganti Nissan Cefiro

NISSAN menyasarkan jualan bulanan sebanyak 600 unit Nissan Teana di pasaran tempatan.

KUALA LUMPUR - Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) memperkenalkan model kenderaan terbaru dalam segmen D iaitu Nissan Teana, bagi menggantikan Nissan Cefiro yang telah ditamatkan penjualannnya kira-kira dua tahun lalu di pasaran tempatan.

ETCM, anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holdings Bhd. (Tan Chong Motor Holdings), adalah sayap pemasangan dan pemasaran tunggal kenderaan jenama Nissan di negara ini.

Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr. Ang Bon Beng berkata, kemasukan model tersebut membabitkan tiga varian berbeza dan pihaknya menyasarkan penjualan sebanyak 600 unit Nissan Teana sebulan.

Tiga varian yang dimaksudkan beliau ialah Nissan Teana 2.0L Comfort dan Nissan Teana 2.0L Luxury, Nissan Teana 2.5L V6 Premium dan Nissan Teana 3.5L Exquisite.

"Kami secara agresif mahu menguasai sebanyak 30 peratus daripada keseluruhan segmen D yang merangkumi 2,000 unit di pasaran tempatan," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran model tersebut di sini semalam.

Sumber Kosmo


Lagi gambar Nissan Teana


No comments: