Monday, May 3, 2010
Melawat Jenazah
Tengah hari tadi aku dikejutkan dengan kol dari abang aku, yang mengatakan atok sedara aku telah kembali ke Rahmatullah. Agak terkejut juga lah sebab takda angin, takda ribut tau tau dah meninggal. Tapi yelah semua ni kerja Allah, kita sebagai hamba terimalah seadanya.
Tapi kematian dia pun bersebab, lagipun dia dah agak berumur jugak lah.Aku difahamkan dia sakit jantung. Dah masuk hospital dan meninggal di hospital K.Terengganu pada pagi tadi.
Atok aku ni boleh dikatakan agak rapat jugak lah dengan dia, dari kecik sampai lah bebini sekarang ni, aku selalu jugak lah jengok dia. Atok sedara aku ni, sebelah arwah mak aku. Kira bapak saudara arwah mak aku lah ni. Tapi seingat aku last skali jumpa masa raya tahun lepas, masa pergi beraya kat rumah dia. Kira dah lama jugak lah tak jumpa. Jumpa kat masjid pun selalu time sembahyang jumaat. Tadi masa masa menziarah tu, sempat jugak lah aku tengok jenazah dan baca surah Yassin buat sedekah terakhir untuk dia.
Biasa lah kalo dah ramai borak pun dari satu perkara ke perkara yang lain,dari isu si mati sampailah isu gula. Tukar topik sket. Aku difahamkan tadi sedara aku cakap kat area kampung aku, gula dihadkan satu kilo jek.Sedara aku beli gula pun tadi merayu kat tuan kedai sebab beli untuk kenduri tahlil. Merayu punya merayu dapat lah 12 kilo. Tapi takpelah janji dapat jugak kan. Aku pun tak tau sangat lah isu gula seteruk tu jugak di kampung ni. Ingatkan bandar jek isu ni.
Pas borak punya borak,dah takda apa aku pun balik ah, ingat nak tunggu anak atok sedara aku ni balik dari rawang, tapi diorang cakap lambat sampai.Anak atok ni classmate aku sekolah rendah dulu,tapi takpelah besok besok boleh jumpa lagi.Kubur pun aku tak pergi tadi sebab dah petang dan aku pun ada kerja lain jugak nak dibuat. Al fatihah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment