Wednesday, September 22, 2010

Kecoh plate MCA

Plat 'MCA' terbuka untuk semua

PUTRAJAYA: Kontroversi nombor pendaftaran kenderaan dengan abjad ‘MCA’ yang dikatakan hanya untuk anggota parti MCA mempunyai kebenaran jika sepucuk surat didedahkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha dijadikan bukti.

Setiausaha Agung MCA itu menunjukkan surat berkenaan kepada pemberita semalam selepas diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai desas-desus nombor plat ‘MCA’ yang bakal didaftarkan di Melaka selepas nombor plat ‘MBY’, hanya dikhususkan untuk anggota MCA.

“Saya ada surat ini bertarikh 17 Februari, 2010. Saya tak perlu cakap apa-apa, ada surat,” katanya di sini.

Ditanya mengenai kandungan surat itu, Kong berkata:“Ia berkenaan siapa yang bercakap benar dan siapa yang tidak.” Surat itu kemudian diberi kepada pemberita didapati ditulis Setiausaha Sulit Kanan bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat, yang meminta pembukaan tender bagi nombor pendaftaran kenderaan negeri Melaka bermula MCA 1 sehingga MCA 9999 dikecualikan. Surat itu ditujukan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.


Ong dalam laporan akhbar semalam menafikan desas-desus beliau menggunakan kuasanya ketika itu untuk mengarahkan JPJ membekukan penjualan nombor plat terbabit, bagi dikhususkan kepada MCA.

Diminta mengulas lanjut isu itu, Kong yang ditemui selepas jamuan Aidilfitri kementeriannya berkata beliau akan membatalkan arahan berkenaan.

Siapapun tidak berhak menempah nombor untuk MCA. Ia sebahagian nombor pendaftaran kenderaan dikeluarkan JPJ mengikut setiap negeri,” katanya. Sementara itu mengenai Ops Sikap Ke-22 berakhir Jumaat lalu, Kong berkata walaupun terdapat pengurangan daripada segi jumlah kemalangan dan kematian berbanding Ops Sikap terdahulu, statistik kematian masih tinggi. - Bernama

No comments: