Saturday, September 4, 2010

Konfirm Proton Waja baru 2010

Berita sah! Malam tadi telah keluar berita di TV3 mengenai Model Baru Proton Waja! Selama ini, desas-desus mengatakan Proton Waja bakal menggantikan model lamanya kepada model baru yang menyerupai model Mistusbishi Lancer GT telah pun terjawab!




Model baru Proton Waja ini memang menyerupai Mitsubishi Lancer GT...Hanya terdapat penukaran logo dan sedikit grill dibahagian hadapan..

Kenapa Proton keluarkan model Waja baru seumpama ini sedangkan Mistubishi masih lagi menjual model Lancer GT dan LAncer EX?? Proton tiada idea atau apa? Jom kita tahu dengan lebih lanjut.....


Menurut sumber, Mitsubishi akan hentikan penjualan model Lancer di Malaysia mulai 2010 memandangkan kurang sambutan sebab persaingan drp model Honda Civic dan Toyota Altis yang lebih menjadi pilihan utama pembeli. Model Lancer tersebut di tukar logo / rebadge sebagai Proton Waja dengan harga yang lebih berbaloi..

Ini adalah berita daripada Bahagian Komunikasi Korporat Proton sendiri memberitahu bahawa telah ada satu MOU terbaru antara Proton dan Mitsubishi. Perjanjian tersebut bagi mengeluarkan model baru replacement Waja sekarang dengan model Mitsubishi Lancer 2.0 secara konsep "produk berlesen".

Model pengganti Waja ini bakal dilancarkan pada bulan November 2010, tetapi pra pelancarannya akan dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri. Dijangka ditawarkan pada harga sekitar RM75,000 (bagi versi 1.8 liter manual), RM80,000 (bagi 1.8 liter auto) dan hampir RM100,000 untuk 2.0 liter.

Sumber SUKESUKI

No comments: