Saturday, September 25, 2010

Pengecas Turbo proton dari Borg Warner

Umum mengetahui proton akan melancarkan Exora Turbonya pada tahun depan. Kini anda dapat melihat terlebih dahulu unit pengecas turbonya yang akan dipasang pada exora tersebut. Pengecas turbo ni di bekalkan oleh Borg Warner dan dihasilkan di cina, Kiranya rakyat tempatan masih belum mampu lagi membinanya sendiri. Menurutnya lagi enjin 1600 cc yang menggunakan unit ini akan mendapat daya pecutan yang menyamai enjin 2000 cc. Menurut sumber lagi enjin ini akan menjana kuasa 150 hp dan tork 200 Nm tapi masih bel um dapat dipastikan lagi kerana beberapa ujian akan dilakukan yang diukur dari segi ketahanan dan kemampuanya. Ia juga dilengkapkan dengan sistem VVT untuk peningkatan kuasa dan menjimatkan minyak. Pasni kepada semua peminat peminat enjin ni tidak sabar menanti kemunculanya pada tahun depan, sama sama lah kita nantikan Exora Turbo. Syabas proton






2 comments:

azamaju sprayworks said...

wah...mantop gak la proton tahun depan,musti ramai yang 'bolt on' turbo kat proton...

ise said...

Jo tahun depan boleh ah kita sama2 dengar exora bersin kecing2 (blow off).