Friday, May 7, 2010

Kereta Polis pun kena curi

kereta Ketua Polis Selangor Datok Khalid Abu Bakar
perdana v6 dicuri oleh satu sedikit curi kereta
dan kehilanganya dilaporkan di shah alam
ketika drivernya pegi breakfast.

Nampaknya isu curi curi kenderaan ni bertambah hangat lah
lepas ni sebab ianya melibatkan kereta orang yang berjawatan
besar dalam polis.

Mungkin penjenayah tersilap percaturan kot,
dah terbiasa rembat kereta tanpa selidik dulu
skali teeerembat plak kereta Polis hehe...

Tapi takpa,aku rasa sekejap jek dah dapat jumpa kot.
penjenayah pun tak berani nak usik
takut bila terjumpa nanti, ada pulak DNA yang terlekat
kat body body kereta...

hmmm lain kali sebelum buat, fikir dulu ye!!!



Thursday, May 6, 2010

Mee Segera Selamat


Sebut je mee segera,semua orang tau pasal mee ni,
dari kecik sampailah ke besar,
dari muda sampailah ke tua,
semua gemar mee segera kan.

Samalah jugak macam aku,
mee segera ni macam dah jadi teman dah
dari zaman zaman belajar sampai lah
kerja sekarang ni,
aku memang suka gila makan ni.

Dalam harian metro ari ni
mengatakan mee segera selamat di makan,
sebelum ni pelbagai spekulasi
mengatakan mee segera ni merbahayakan kesihatan.

Spekulasi mengatakan kesan bila makan mee segera
ia boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti
serangan jantung, strok,kerosakan buah pinggang dan kanser

Mi segera juga makanan remeh yang mengandungi
karbohidrat, natrium dan pelbagai penambah perisa
selain rendah khasiat sepertiserat, vitamin dan galian.
Perisa sup juga mengandungi ‘Monosodium Glutamate’ (MSG)
yang berperanan menjadikan perisanya benar-benar tulen.

Tapi hari Kementerian Kesihatan menafikan mee segera
bukanlah penyebab pelbagai penyakit...

hmmm malam ni boleh lah beli 2,3 bungkus
buat masak taruk udang ngan sotong
baru betol betol Ho Liow ha ha ha......

Wednesday, May 5, 2010

New job !!


Alhamdulillah,
aku baru jek balik dari jertih
pergi jumpa kawan lama untuk
discussion kerja baru yang akan aku handle
pada hari ahad ni...

Kerja yang tak payah sangat dan tak sesenang sangat
tapi sebab dah biasa buat,
kira ok lah boleh handle macam biasa...
harap harap lagi bertambah lah rezeki aku
lepas ni.

Tuesday, May 4, 2010

Entri Copy Paste

Anonymous said...

Bro,nape banyak artikel copy paste je...

Anonymous said...

Bro,nape banyak artikel copy paste je...

Anonymous said...

Bro,nape banyak artikel copy paste je...


Pada yang selalu baca blog Potong Spring ni,
misti selalu terbaca entri yang aku copy paste dalam akhbar.
Antaranya Kosmo, Utusan, Berita Harian dan Harian Metro...
Misti korang perasan kan hehe

Selepas dari komen di atas tu muncul,
aku cuba untuk tidak membuat kerja kerja tu lagi.
Yang aku copy bukan semua entri,
yang melibatkan pasal kereta jek aku ambik.
nama lagi Potong Spring,
mistilah artikel artikel mengenai kereta kan.
jadi cerita yang betul, cerita betul lah kan.

Tapi mungkin ada yang perasan,
semenjak dua menjak ni
aku cuba ubah untuk jadi pencerita yang baik
dan menulis entri yang tidak di copy paste...
Mungkin sebelum ini aku tidak berkesempatan
untuk menulis dan malas nak mengolah bahan
untuk diceritakan...

jadi selepas ni takan ada lagi entri copy paste
dan akan muncul entri yang aku olah sahaja...

Blog Masakan Orang rumah


Ok ini ada info pada sape yang ingin belajar memasak
yang simple simple
peringkat baru belajar masak,
boleh lah melayari blog di atas ni.
Klik je pada header terus link ke blog ni.

Blog ni milik orang rumah aku,
jadi aku yang tolong iklankan hehe.
pasni boleh mintak persen ngan dia plak...

Sila lah jangan malu malu
nak follow pun takpe,
tak kena bayar pun hehe

Monday, May 3, 2010

Melawat Jenazah


Tengah hari tadi aku dikejutkan dengan kol dari abang aku, yang mengatakan atok sedara aku telah kembali ke Rahmatullah. Agak terkejut juga lah sebab takda angin, takda ribut tau tau dah meninggal. Tapi yelah semua ni kerja Allah, kita sebagai hamba terimalah seadanya.

Tapi kematian dia pun bersebab, lagipun dia dah agak berumur jugak lah.Aku difahamkan dia sakit jantung. Dah masuk hospital dan meninggal di hospital K.Terengganu pada pagi tadi.

Atok aku ni boleh dikatakan agak rapat jugak lah dengan dia, dari kecik sampai lah bebini sekarang ni, aku selalu jugak lah jengok dia. Atok sedara aku ni, sebelah arwah mak aku. Kira bapak saudara arwah mak aku lah ni. Tapi seingat aku last skali jumpa masa raya tahun lepas, masa pergi beraya kat rumah dia. Kira dah lama jugak lah tak jumpa. Jumpa kat masjid pun selalu time sembahyang jumaat. Tadi masa masa menziarah tu, sempat jugak lah aku tengok jenazah dan baca surah Yassin buat sedekah terakhir untuk dia.

Biasa lah kalo dah ramai borak pun dari satu perkara ke perkara yang lain,dari isu si mati sampailah isu gula. Tukar topik sket. Aku difahamkan tadi sedara aku cakap kat area kampung aku, gula dihadkan satu kilo jek.Sedara aku beli gula pun tadi merayu kat tuan kedai sebab beli untuk kenduri tahlil. Merayu punya merayu dapat lah 12 kilo. Tapi takpelah janji dapat jugak kan. Aku pun tak tau sangat lah isu gula seteruk tu jugak di kampung ni. Ingatkan bandar jek isu ni.


Pas borak punya borak,dah takda apa aku pun balik ah, ingat nak tunggu anak atok sedara aku ni balik dari rawang, tapi diorang cakap lambat sampai.Anak atok ni classmate aku sekolah rendah dulu,tapi takpelah besok besok boleh jumpa lagi.Kubur pun aku tak pergi tadi sebab dah petang dan aku pun ada kerja lain jugak nak dibuat. Al fatihah...

Saturday, May 1, 2010

Selamat Hari Buruh


Selamat hari Pekerja aku ucapkan untuk pekerja-pekerja
seluruh Malaysia...

Enjoy your Holidays