Thursday, March 4, 2010

Kereta kompak premium pertama Audi



SALAH satu pengeluar kenderaan gergasi Jerman, Audi bakal melancarkan model kompak premium pertamanya yang dikenali A1.

Model yang akan dipamerkan kepada umum pada Pameran Motor Antarabangsa Geneva ini akan bersaing bersama beberapa model kompak lain seperti BMW 1 Series, Mercedes Benz B-Class, Mini dan Smart.

Model ini ditawarkan dengan pelbagai ciri menarik termasuk memberi peluang kepada pembeli memilih sendiri aksesori dalaman termasuk warna fabrik, cahaya lampu dalaman LED mahupun sistem audio berkuasa seperti Bose.

Audi turut menawarkan warna bumbung mengikut selera pembeli.Untuk pasaran Eropah, Audi A1 ditawarkan dengan empat versi iaitu dua versi berenjin petrol dan dua lagi menggunakan enjin diesel.

Difahamkan, enjin petrol bagi dua versi itu menawarkan kuasa sekitar 86 kuasa kuda (hp) dan 122 hp manakala model diesel menggunakan 1.6 liter TDI yang berupaya menghamburkan kuasa 90hp dan 106hp.

Audi A1 didatangkan dengan transmisi manual, tetapi pembeli juga boleh memilih sama ada mahukan sistem transmisi klac berkembar Audi S-Tronic (DSG) tujuh kelajuan.

Difahamkan, model yang digambarkan sebagai kenderaan kompak premium pertama itu hanya ditawarkan harga sekitar Euro 16,000 (RM89,600) sebaik dilancarkan kelak.

Ferrari perkenal sport hibrid


KERETA sport Ferrari hibrid diperkenalkan di Geneva Motor Show, Geneva semalam.

GENEVA - Pembuat kereta sport dari Itali, Ferrari memperkenalkan model yang merupakan sebuah kenderaan hibrid elektrik dan mampu memecut selaju 321 kilometer sejam (km/j), lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta yang dibina berasaskan model Ferrari 559 GTB Fiorano itu boleh bertukar antara kuasa elektrik tanpa mengeluarkan sebarang asap, kuasa petrol atau gabungan kedua-duanya.

Prototaip yang membuat penampilan pada hari pembukaan Geneva Motor Show di Switzerland itu telah memberi kejutan kepada pengunjung pameran tersebut.

Jurucakap Ferrari memberitahu, pihaknya telah mengaplikasikan teknologi kereta lumba Formula Satu miliknya semasa mereka bentuk dan membina motor elektrik baru terhadap kereta Ferrari 599.

Kereta Ferrari 599 itu menggunakan motor elektrik bagi 'membantu' enjin V12 bersesaran 6.0 liternya.

Sesuai dengan konsep mesra alam, kereta itu dicat dengan warna hijau metalik.

Model itu dijangka dijual pada harga dua kali ganda model petrolnya, 559 GTB Fiorano yang kini berharga AS$311,518 (RM1.05 juta).

Namun, apabila teknologi tersebut telah berusia empat tahun, harga sebuah kereta itu mungkin di bawah AS$451,488 (RM1.52 juta).

Semasa ia membrek, komponen elektrik pada sistem hibrid akan menyimpan tenaga yang terhasil dan digunakan untuk mengecaj bateri.

Satu lagi syarikat pembuat kereta berprestasi tinggi, Porsche mempamerkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) Cayenne S versi hibrid.

Turut dipamerkan ialah Porsche 918 Spyder hibrid.

Kumpulan PSA Peugeot Citroen SA juga tidak ketinggalan melancarkan model hibrid keluarannya pada tahun 2012 di pameran itu. - Agensi

Wednesday, March 3, 2010

Naza Kompak

COMEL...Picanto disasarkan kepada golongan wanita urban.
COMEL...Picanto disasarkan kepada golongan wanita urban.


BESAR...ruang barang mampu memuatkan barang peribadi atau beg dengan selesa. MUDAH...kedudukan unit penghawa dingin. KEMAS...papan pemuka kemas dan menarik. LUAS...kerusi penumpang belakang luas dan selesa. JIMAT...enjin SOHC 12 injap dengan 63 hp menawarkan penjimatan minyak.
Bentuknya lebih kecil berbanding model Picanto menjadikannya comel dan sesuai untuk pemanduan di kota.

Malah, ketika pelancarannya pada Oktober tahun lalu, model ini disasarkan kepada golongan wanita bekerja di bandar besar yang sering dihimpit kesesakan jalan raya dan ruang parkir terhad.

Lampu hadapan berbentuk bujur telur, gril lebih besar manakala lampu belakang bulat selain lampu isyarat dan mengundur berkongsi perumah sama.

Spoiler belakang, lampu isyarat membelok pada cermin sisi dan rim aloi bersaiz 15 inci menambahkan lagi rupa sporty model ini walaupun slogannya lebih kepada si jelita.

Imej kompak yang ada tidak terasa ketika menerjah ke ruang dalaman yang dihias dengan latar warna gelap.

Kerusi dengan fabrik gelap juga menjadikan ruang tampak bersih manakala susun atur butang kawalan pada papan pemuka yang sedikit nampak kemas.

Paling menarik, terdapat konsol terbuka dan tertutup di penumpang hadapan membolehkan pelbagai barangan diletakkan dengan sempurna.

Ruang lega kaki dan kepala bagi pemandu dan penumpang cukup selesa sama ada di hadapan atau belakang.

Ruang menyimpan barang juga luas dan jika mahu ruang lebih besar, baringkan saja kerusi belakang.

Ciri hiburan diambil kira apabila Picanto ini dibekalkan pemain cakera padat (CD) tunggal dilengkapi dengan port USB.

Gaya urban terserlah melalui cermin sisi dengan kawalan elektronik dan tingkap berkuasa untuk semua pintu.

Picanto dijana enjin 1.1L dengan transmisi automatik empat kelajuan bersama butang 'Over Drive' menjadikannya jentera seronok dipandu.

Dengan kuasa kuda setinggi 63hp pada 5,500 rpm dan tork 96Nm pada 2,800 rpm, Picanto menawarkan pemanduan ideal sebagai kereta urban.

Reaksi pedal sangat responsif dan kereta meluncur laju sebaik ditekan menjadikannya model mantap kegunaan di bandar yang memiliki banyak lampu isyarat.

Ciri kendaliannya sangat baik dan mudah dengan bantuan stereng berkuasa serta sistem suspensi lembut memastikan setiap penumpang berasa selesa sepanjang perjalanan.

Dua beg udara SRS untuk pemandu dan penumpang hadapan sudah cukup memadai bagi jentera kompak ini.Harga ditawarkan ialah RM46,800 dan ia pilihan berbaloi.

SPESIFIKASI
Kia Picanto EX 1.1L
Enjin: 1,088cc SOHC empat silinder 12 injap
Kuasa maksimum: 63hp pada 5,500rpm
Tork maksimum: 96Nm pada 2,800rpm
Transmisi: Automatik empat kelajuan dengan 'Over Drive.'
Harga: RM46,800
Tayar yang dicadangkan
Formula D01
175/50R15 75H

Honda Freed masuki Malaysia suku kedua 2010









DALAM usaha memenuhi keperluan keluarga golongan muda yang mementingkan gaya, Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) bakal melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak premium terbaru pada suku kedua tahun ini. Model terbaru itu, Freed memiliki ‘wajah’ tersendiri dan berbeza daripada kenderaan kompak MPV lain di pasaran ketika ini.

Bagi menyerlahkan lagi keunikannya, Freed turut dilengkapi keistimewaan tersendiri seperti pintu luncur automatik serta laluan datar di bahagian tempat duduk penumpang.

Freed diimport sepenuhnya dari Honda Prospect Motor, Jakarta, Indonesia dan direka bagi memenuhi cita rasa pengguna yang digabungkan dua elemen dilengkapi fungsi dan daya tarikan MPV untuk menjadi pilihan utama pengguna.

Pengarah Pengurus dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toru Takahashi, berkata sejak pelancaran rasminya di Jepun pada 2008, Freed mendapat sambutan hangat di rantau Asia termasuk Indonesia dan Thailand.

“Model ini ditunggu-tunggu pengguna di negara ini sejak tahun lalu. Oleh itu, kami dengan bangganya mengumumkan bahawa Honda Malaysia akan membawa Freed pada suku kedua tahun ini,” katanya.

Sejak enam bulan dilancarkan pada Mei 2008, Freed mengungguli tempat pertama penjualan mini van di Jepun dan lebih 130,000 unit sudah terjual hingga akhir Disember 2009.

Proton Concept








515 Tucson di tarik Balik

SEOUL: Hyundai Motor Co secara sukarela menarik semula jualan 515 kenderaan sport utilitinya di Amerika Syarikat disebabkan kerosakan pada sistem bag udaranya.

Penarikan semula itu membabitkan model terbaru Tucson yang dipasang di Korea Selatan dari 10 hingga 30 November tahun lalu dan dieksport ke AS.

Kerosakan itu membabitkan sistem bag udara di bahagian tempat duduk penumpang hadapan yang mana ia dipercayai akan gagal melindungi dengan baik penumpang ketika berlaku kemalangan.

Hyundai sudah memaklumkan perkara itu kepada Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan AS.
Model kereta sama dijual di Korea Selatan tidak terbabit dengan penarikan itu kerana dipasang dengan sistem bag udara yang berbeza.

Hyundai mula menjual Tucson model 2010 di AS sejak Januari lalu dengan jualan mencecah 2,216 unit bulan lalu.

Tindakan penarikan ini adalah selepas kurang seminggu selepas syarikat yang sama memanggil semula 47,000 unit model Sonata sedan baru yang dijual di AS dan Korea Selatan disebabkan kerosakan pada kunci pintu depan. -

1.3j kereta Toyota alami kebocoran minyak

TOKYO: Pengeluar kereta terbesar dunia, Toyota secara sukarela membaiki semula 1.3 juta kenderaannya di Amerika Utara kerana disyaki mengalami kebocoran minyak enjin.

Bagaimanapun, syarikat itu menafikan tindakan itu sebagai penarikan semula jualan kerana ia tidak membabitkan keselamatan

Jurucakap Toyota, Mieko Iwasaki memberitahu dari Tokyo bahawa tindakan itu hanyalah sebagai kempen servis.

Beliau berkata, dalam tempoh lima bulan, pihaknya sudah melaksanakan proses pembaikan langkah demi langkah dengan menghantar surat kepada pemilik dan pengedar terlebih dulu.


Syarikat itu sudah memberitahu pengedar dan pemilik kenderaannya di Amerika Utara mengenai kempen itu mulai Oktober lalu dan baru melancarkan kempen fasa ketiga minggu lalu untuk melaksanakan baik pulih keretakan salah satu hos pada enjinnya.

Menerusi emel yang diterima semalam, Toyota memberitahu masalah itu mengakibatkan kebocoran dari hos minyak VVT-i, yang mana ia akan menyebabkan bunyi bising tidak normal pada enjin dan lampu penunjuk tekanan minyak akan menyala. - AFP