TOKYO: Pengeluar kereta terbesar dunia, Toyota secara sukarela membaiki semula 1.3 juta kenderaannya di Amerika Utara kerana disyaki mengalami kebocoran minyak enjin.
Bagaimanapun, syarikat itu menafikan tindakan itu sebagai penarikan semula jualan kerana ia tidak membabitkan keselamatanJurucakap Toyota, Mieko Iwasaki memberitahu dari Tokyo bahawa tindakan itu hanyalah sebagai kempen servis.
Beliau berkata, dalam tempoh lima bulan, pihaknya sudah melaksanakan proses pembaikan langkah demi langkah dengan menghantar surat kepada pemilik dan pengedar terlebih dulu.
Syarikat itu sudah memberitahu pengedar dan pemilik kenderaannya di Amerika Utara mengenai kempen itu mulai Oktober lalu dan baru melancarkan kempen fasa ketiga minggu lalu untuk melaksanakan baik pulih keretakan salah satu hos pada enjinnya.
Menerusi emel yang diterima semalam, Toyota memberitahu masalah itu mengakibatkan kebocoran dari hos minyak VVT-i, yang mana ia akan menyebabkan bunyi bising tidak normal pada enjin dan lampu penunjuk tekanan minyak akan menyala. - AFP
No comments:
Post a Comment