Thursday, March 4, 2010

Kereta kompak premium pertama Audi



SALAH satu pengeluar kenderaan gergasi Jerman, Audi bakal melancarkan model kompak premium pertamanya yang dikenali A1.

Model yang akan dipamerkan kepada umum pada Pameran Motor Antarabangsa Geneva ini akan bersaing bersama beberapa model kompak lain seperti BMW 1 Series, Mercedes Benz B-Class, Mini dan Smart.

Model ini ditawarkan dengan pelbagai ciri menarik termasuk memberi peluang kepada pembeli memilih sendiri aksesori dalaman termasuk warna fabrik, cahaya lampu dalaman LED mahupun sistem audio berkuasa seperti Bose.

Audi turut menawarkan warna bumbung mengikut selera pembeli.Untuk pasaran Eropah, Audi A1 ditawarkan dengan empat versi iaitu dua versi berenjin petrol dan dua lagi menggunakan enjin diesel.

Difahamkan, enjin petrol bagi dua versi itu menawarkan kuasa sekitar 86 kuasa kuda (hp) dan 122 hp manakala model diesel menggunakan 1.6 liter TDI yang berupaya menghamburkan kuasa 90hp dan 106hp.

Audi A1 didatangkan dengan transmisi manual, tetapi pembeli juga boleh memilih sama ada mahukan sistem transmisi klac berkembar Audi S-Tronic (DSG) tujuh kelajuan.

Difahamkan, model yang digambarkan sebagai kenderaan kompak premium pertama itu hanya ditawarkan harga sekitar Euro 16,000 (RM89,600) sebaik dilancarkan kelak.

No comments: