Wednesday, November 24, 2010

Nissan Teana pengganti Nissan Cefiro

NISSAN menyasarkan jualan bulanan sebanyak 600 unit Nissan Teana di pasaran tempatan.

KUALA LUMPUR - Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) memperkenalkan model kenderaan terbaru dalam segmen D iaitu Nissan Teana, bagi menggantikan Nissan Cefiro yang telah ditamatkan penjualannnya kira-kira dua tahun lalu di pasaran tempatan.

ETCM, anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holdings Bhd. (Tan Chong Motor Holdings), adalah sayap pemasangan dan pemasaran tunggal kenderaan jenama Nissan di negara ini.

Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr. Ang Bon Beng berkata, kemasukan model tersebut membabitkan tiga varian berbeza dan pihaknya menyasarkan penjualan sebanyak 600 unit Nissan Teana sebulan.

Tiga varian yang dimaksudkan beliau ialah Nissan Teana 2.0L Comfort dan Nissan Teana 2.0L Luxury, Nissan Teana 2.5L V6 Premium dan Nissan Teana 3.5L Exquisite.

"Kami secara agresif mahu menguasai sebanyak 30 peratus daripada keseluruhan segmen D yang merangkumi 2,000 unit di pasaran tempatan," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran model tersebut di sini semalam.

Sumber Kosmo


Lagi gambar Nissan Teana


Friday, November 12, 2010

VIVA ELITE EDISI EKSKLUSIF (VEEE)

Perodua Elite edisi ekslusif baru dilancarkan semalam dengan menampilkan beberapa ciri yang menarik dan beberapa perubahan yang ditampilkan. Model Elite ni sesuai juga untuk mereka yang berpendapatan RM 30,000 hingga RM 35,000 setahun.









perbezaan antara viva EEE dengan viva biasa


Berita baik untuk pemilik Perodua


Diskaun baik pulih kereta PERODUA



PETALING JAYA: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menawarkan diskaun kos baik pulih sebanyak 25 peratus kepada pemilik kenderaan PERODUA yang terjejas akibat banjir di utara Semenanjung dan Kelantan, baru-baru ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata PERODUA menjangka lebih 1,000 kenderaan PERODUA terbabit dengan masalah banjir itu dan ada antaranya mungkin rosak teruk akibat ditenggelami air.
Katanya, pemberian diskaun itu sebagai tanda prihatin dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat terhadap pelanggannya, dengan diskaun turut membabitkan kos keseluruhan baik pulih termasuk kos buruh dan alat ganti.

“PERODUA juga akan menanggung kos menunda kenderaan yang terjejas sehingga nilai maksimum RM100,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pusat servis dan alat ganti (2S) PERODUA Puchong dan varian terbaru ViVA iaitu ViVA Elite Exclusive Edition di sini, semalam.

Aminar Rashid berkata, banjir yang melanda utara Semenanjung baru-baru ini turut menjejaskan tiga cawangan PERODUA dengan masing-masing dua di Kedah dan satu di Perlis, selain 22 kakitangan syarikat juga turut terjejas akibat bencana itu.

“Daripada tiga cawangan itu, dua milik pengedar dan kita akan menyalurkan bantuan RM5,000 kepada pengedar terbabit untuk diagihkan kepada kakitangan.

“Bagi 22 kakitangan PERODUA yang terjejas akibat banjir itu, kami akan beri bantuan RM1,000 untuk kakitangan yang berkeluarga dan RM750 bagi yang masih bujang,” katanya.
PERODUA juga menghulurkan bantuan masing-masing RM10,000 kepada Perlis dan Kedah.

Dah tengok secara Real

Semalam adalah hari kedua Proton Inspira di lancarkan. Semalam jugalah aku sempat tengok secara real inspira dan boleh dikatakan Sebijik macam lancer tapi ada beberapa perubahan yang diubah antaranya bumper, Dashboard dan steering.

Lampu juga semacam diubah sedikit bagi menampakkan kelainan. Bagi aku aku selute produk ni walaupun diciplak dari Mitsubishi sebab model ni adalah yang terkini dibawa masuk Proton dan jika dibandingkan dengan model sebelum ni seperti Saga dan Wira adalah model yang tidak lagi diguna pakai oleh Mitsubishi.

Sebab tulah banyak barang Halfcut. Kalo model ni aku percaya nak cari halfcut pun masih lagi susah. Nak tukar bumper apa lagi, jawapnya beli baru lah hehe apapun tepuk dada tanya selera... aku jugak menyesal sebab baru rembat persona belum sampai sebulan dah keluar Inspira. Kalo ku tau dari awal lagi misti dah jadi mangsa aku sebijik hehe.


Tuesday, November 9, 2010

Anak baru Proton akan Lunching besok

Besok hari bersejarah sebab satu model baru
akan dikeluarkan secara rasmi iaitu Inspira.
Ramai yang tertunggu tunggu model ni.
Jadi sebelum anda lihat yang sebenar besok
lihat dulu dalam Blog ni gambar keseluruhan
interior dan Exterior.Dikeluarkan dengan dua versi
iaitu 1.8 dan 2.0 dan difahamkan ianya lebih
berkualiti dari model asal lancer.
Enjoy...



Sunday, November 7, 2010

2010 Honda Fit

Body Style:Hatchback


2010 Honda Fit Specifications


Fit Engine Performance & Fuel Economy

• Engine: 1.5L in-line 4 overhead cam with VVT ( 10.4 :1 compression ratio ; four valves per cylinder)

• Fuel: unleaded ( 87 octane)

• Fuel consumption: city= 28 (mpg); highway= 35 (mpg); combined= 31 (mpg); vehicle range: 329 miles

• Multi-point injection fuel system

• 10.6 gallon fuel tank

• Power: 117 HP ( 87 kW) @ 6,600 rpm; 106 ft lb of torque ( 144 Nm) @ 4,800 rpm


2011 Honda Jazz Hybrid

Saturday, November 6, 2010

Varian Lancer sebuah wagon


LANCER Sportback menawarkan kualiti kawalan pemanduan sangat memuaskan.

SEJAK Proton melancarkan model Inspira, ramai pemilik Mitsubishi Lancer GT yang makan hati. Bukan sahaja kerana harganya yang jauh lebih murah, malah ramai wakil media yang memandu uji Inspira mendakwa kualiti pemanduannya lebih baik berbanding Lancer GT.

Paling kasihan ialah pengimport dan pengedar rasmi jenama Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd (MMM). Mereka terpaksa menjawab rasa kurang puas hati segelintir peminat tegar Lancer yang merasakan diri mereka seolah-olah menjadi mangsa keadaan. Sedangkan, apa yang berlaku adalah di luar bidang kuasa MMM.

Apa pun persepsinya, anda harus tahu bahawa tindakan menjadikan model Lancer sebagai produk terbaru Proton adalah satu keputusan bermotifkan bisnes. Pendek kata, kedua-dua pihak iaitu Mitsubishi Motors Corporation (MMC) di Jepun dan Proton akan sama-sama memperoleh manfaat daripada kerjasama tersebut.

Terutama dari aspek skala ekonomi dan penjimatan kos dalam penghasilan model baru. Pada masa yang sama, membolehkan lebih ramai pengguna memandu model idaman itu pada harga mampu milik.

Kolaborasi antara pengeluar kenderaan dalam melakukan proses yang dikenali sebagai rebadging kini sudah menjadi lumrah. Semuanya kerana mahu mengurangkan kos, memaksimumkan keuntungan dan jangkauan para pembeli berpotensi. Salah satunya ialah Aston Martin yang mengambil model Toyota iQ untuk menghasilkan model Cygnet.

Lancer Sportback ialah varian daripada keluarga Lancer yang mengambil pendekatan sebuah model wagon atau turut dikenali sebagai estate di pasaran Amerika Syarikat (AS).

Sudah semestinya model itu lahir dengan DNA sebuah Lancer sama ada dari reka bentuk (dalaman dan luaran) mahupun pengendaliannya. Kalau ada yang tertanya-tanya sama ada ia akan menjadi 'Inspira Sportback' pula untuk beberapa tahun akan datang, saya tidak fikir Proton mahu ambil peduli terhadap pasaran yang cukup niche ini.


SISTEM audio 2DIN ini boleh memainkan muzik dalam format MP3.


Melengkapi varian Lancer

Kali ini medan ujian Lancer Sportback nun di pulau bebas cukai, Pulau Langkawi. Sebenarnya, sesi pandu uji yang meliputi perjalanan sejauh lebih 200 kilometer (km) itu turut melibatkan model crossover kompak, Mitsubishi ASX.

Lancer Sportback merupakan model kedua yang dilancarkan pada suku keempat tahun ini selepas Pajero. Ia melengkapkan varian Lancer yang ditawarkan oleh MMM iaitu Lancer GT dan Lancer EX. Maksudnya, jika anda mahukan sebuah Lancer yang lebih berkuasa dan tidak kurang dari segi ruang kargonya, inilah jawapannya.

Dijual pada harga RM132,980 seunit, anda bakal memperoleh sebuah Lancer yang benar-benar berbeza. Enjinnya lebih berkuasa dengan sesaran 2.4 liter yang dipadankan dengan transmisi CVT enam kelajuan. Sesaran enjin tersebut adalah yang paling besar dalam pasaran segmen C tempatan pada masa kini.

Di atas kertas, enjin ini mampu menjana sehingga 170PS dan tork maksimum 226Nm. Namun sebaik pedal minyaknya ditekan, pemandu mungkin berasa Lancer Sportback agak berat.

Pemanduan meyakinkan

Letakkan sahaja tuil gear pada kedudukan D, kuasa yang diagihkan kepada kotak gear automatik itu lancar, walaupun sedikit malas. Jika mahu mengawal sendiri kedudukan gear, gunakan sahaja paddle shifter yang ada di belakang stereng.

Walaupun kuasa tork kurang memberangsangkan, pertukaran gear yang dibuat dengan pantas menghilangkan kekecewaan itu.

Paling penting, Lancer Sportback menjanjikan pemanduan yang cukup meyakinkan. Pandulah dengan agresif mana pun, olengan tubuhnya adalah minimum. Setting suspensi topang MacPherson bebas pada roda hadapan dan suspensi jenis multilink bebas membuatkan anda tersenyum ketika melayan selekoh pada kelajuan yang tinggi. Ditambah pula dengan sistem Active Stability Control (ATC) dan Traction Control, apa lagi yang anda mahukan?

Model yang didatangkan dari Jepun itu meneruskan wajah Lancer dengan rekaan gril lebar dan disalut krom pada bingkainya.




Berada di dalam kabin Lancer Sportback, anda boleh mengagak rekaan papan pemuka Mitsubishi yang ringkas. Semua butang kawalannya mudah dicapai. Tempat duduknya yang disalut dengan kulit berwarna hitam itu cukup selesa walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh.

Radio Kenwood dengan ciri skrin sentuh itu pula memerlukan sedikit masa untuk difahami cara operasinya. Mencari saluran radio secara automatik atau manual agak menyakitkan hati. Di pulau Langkawi, pilihan saluran radio Thailand lebih mudah ‘ditangkap’ berbanding radio tempatan.

Apa pun, Lancer Sportback boleh menjadi alternatif kepada mereka yang mahukan kelainan tanpa berkompromi dengan kualiti pemanduan terbaik. Ia hanya didatangkan dalam satu varian spesifikasi dengan tiga warna pilihan iaitu putih, biru dan hitam.