Saturday, July 4, 2009

SUV lebih mewah


MODEL baru Lexus LX570 berharga RM828,000 seunit.

Jika anda beranggapan SUV yang ada di pasaran sekarang tidak cukup besar dan mewah, tawaran terbaru daripada anak syarikat Naza, Naza Motor Trading Sdn. Bhd. ini mungkin mampu memenuhi selera anda.

Mula dipasarkan sejak 18 Jun lalu, Lexus LX570 menjanjikan pelbagai teknologi terkini termasuk ciri-ciri keselamatan dan prestasi yang terbaik.

Dilengkapi dengan enjin V8 berkapasiti 5.7 liter yang mampu menjana kuasa sebanyak 270 kW dan tork maksimum sehingga 530 Nm, jentera ini sememangnya menawarkan prestasi dan keselesaan pada tahap optimum.

Aplikasi enjin V8 ini juga sekali gus meletakkannya sebagai SUV keluaran Lexus yang paling berkuasa. Apatah lagi, enjin V8 serba baru ini telah diuji tahap ketahanannya menerusi ujian perjalanan sejauh 1.3 juta kilometer.

Biarpun hanya berpeluang memandunya dalam tempoh yang singkat dan jarak yang dekat sekitar kawasan Ara Damansara, Lexus LX570 nyata menyerlah. Penampilan fizikalnya yang besar, disempurnakan dengan pelbagai teknologi dan sistem keselamatan bersifat premium.

Buktinya, selain dilengkapi dengan 10 beg udara yang merangkumi beg udara di bahagian lutut tempat penumpang hadapan dan pemandu, Lexus LX570 turut dibekalkan dengan ciri Crawl Control.

Ia berfungsi membantu pemandu melalui permukaan sukar pada kelajuan rendah tanpa perlu menekan pedal minyak atau brek.

Buat pertama kalinya, model ini dipasang dengan sistem Wide View Front and Side Monitor sebagai satu peralatan standard. Jadi, skrin yang ada pada papan pemuka akan memaparkan imej objek dengan jelas ketika kenderaan diundur dan menghampiri simpang.

Bagi memberikan pengalaman terbaik ketika berada di dalamnya, ruang kabin Lexus LX570 dipenuhi dengan pelbagai aplikasi seperti sistem kawalan pendingin hawa empat zon dan tempat duduk belakang yang boleh dilaras secara elektrik.

Lexus LX570 yang mengaplikasikan sistem pemanduan pacuan empat roda sepenuh masa ini diimport sepenuhnya dari Australia. Naza menawarkan dua harga kepada sesiapa yang berminat.

RM758,000 seunit untuk unit terpakai dan RM828,000 bagi model serba baru. Maklumat lanjut, sila hubungi Naza di talian 03-7954 5693 atau kunjungi Naza Automall yang berlokasi di Petaling Jaya.

Jentera baru Yamaha

RXZ kini hadir bersama rekaan grafik yang lebih menarik di atas tubuh aerodinamiknya.


RXZ terus berjaya memikat pengguna menerusi aplikasi enjin dua lejangnya yang berkuasa.

DIBANGUNKAN untuk prestasi, model Yamaha RXZ masih unggul selaku model pilihan yang popular terutamanya dalam kalangan generasi muda. Mendapat gelaran The Boss, RXZ terus berjaya memikat pengguna menerusi aplikasi enjin dua lejang yang berkuasa, walaupun kewujudannya dalam pasaran tempatan sudah mencecah berbelas tahun.

Dengan unit catalyzer yang mesra alam, RXZ kini hadir bersama rekaan grafik yang lebih menarik di atas tubuh aerodinamiknya. Penampilan lampu utama, paparan meter dan rekaan kowling dipadankan dengan lampu bahagian belakang.

Malah, unit enjin yang ditutup separuh juga menyerlahkan lagi karakter agresifnya. Hadir dengan dua warna iaitu hitam dan merah, RXZ ditawarkan pada harga RM7,504 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan nombor plat.

Sementara itu, jentera 135 LC yang menjadi model kapcai paling panas pernah dikeluarkan oleh Yamaha muncul lagi dengan tiga warna dan rekaan grafik yang baru.


135 LC ditawarkan pada harga RM6,011.80 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan nombor plat.

Kapcai empat lejang ini terbukti dari segi prestasi dan gaya nya. Pengguna mempunyai pilihan sama ada warna merah, hitam atau biru yang lengkap dengan sepasang rim sport berwana emas.

Dilengkapi dengan unit enjin bersesaran 135cc, silinder DiASil, omboh tempaan yang ringan, suspensi monocross dan rekaan fizikal yang aerodinamik, anda tidak perlu bimbang mengenai prestasinya.

Harganya, RM6,011.80 seunit (tanpa cukai jalan, insurans dan nombor plat). Maklumat lanjut, kunjungi pengedar terdekat atau sila layari laman web: www.yamaha-motor.com.my.

Friday, July 3, 2009

Button kena amaran



BUTTON masih gah selaku pendahulu keseluruhan musim ini.

LONDON - Pemandu Brawn GP, Jenson Button telah diberi amaran oleh pasukannya.

Bagi memastikan gelaran juara dunia perlumbaan Formula 1 (F1) menjadi miliknya dan juara kategori pengeluar milik Brawn GP, Button diarahkan untuk terus mempertingkat prestasinya pada baki perlumbaan musim ini

Pemandu berusia 29 itu kini sedang mendahului rakan sepasukannya, Rubens Barri- chello dengan perbezaan 23 mata.

Pemandu Red Bull, Sebastian Vettel pula berada di tangga ketiga keseluruhan apabila hanya dibezakan dua mata berbanding Barrichello.

Vettel pasti mengharapkan sesuatu apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri pada perlumbaan Grand Prix (GP) Jerman hujung minggu ini.

"Kami perlu bertarung dengan usaha kami sendiri. Kami sentiasa akan mengatakan bahawa kami boleh melakukannya.

"Red Bull sering sahaja mengekori rapat kami sepanjang musim ini.

"Tetapi kami telah meningkatkan segala aspek untuk menghadapi perlumbaan di Nurburgring pada hujung minggu ini," kata ketua pasukan Brawn GP, Ross Brawn. - Agensi

Thursday, July 2, 2009

Bos kedekut

Malam tadi aku sampai kat serdang ni rumah mertua.
saje cuti bini aku berkursus katanya.
aku pun dah bosan gak keje yang tak sudah sudah tu.

Sebenarnya aku agak frust ah dengan bos aku,
cakap bila suruh gi buat kerja submission boleh claim,
haa boleh sangat lah tapi macam sial,
ada ke patut aku claim smua skali ada ah dekat RM200,bukan banyak pun
dia bagi aku RM50 jek!!!!.

Ni tak termasuk yang bulan lepas lagi,
tah macammana tah gayanya.

Aku ingat kan dia nak bagi bulan bulan,
tapi mana ada claim orang bayar bulan bulan kan,
sebabnya bulan lepas dapat RM50,ingat bulan ni dapat ah lagi
tapi hampeh kedekut taik idung masin.

Bos aku ni pompuan ala ala mamak sket,
dia pun leh kata tahap jutawan ah kayanya.
tapi kedekut nak mampos,
projek juta juta,
gaji dan claim staff pun berkira.

Apalah sangat gaji kitaorang ni kalo nak dibandingkan
dengan kekayaan dia....

Pasni apa apa jek keje yang melibatkan claim
aku tak nak buat lantak ah,
Aku pun tak lama dah kot dengan kompeni,
projek pun nak abis dah.

lawan bos takpe dari pokai poket kan!!!!!!!!!

Wednesday, July 1, 2009

Rxz baru 2009

RXZ versi 2009 dipadan ekzos mesra alam

PENGELUAR dan pengedar motosikal, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM), baru-baru ini, memperkenalkan dua model terbaru versi 2009 iaitu RXZ dan 135 LC yang lebih sporty dan bergaya.

Dibangunkan untuk kuasa pecutan maksimum dan terbukti di litar lumba, RXZ yang dikenali dengan nama 'The Boss' menjadi satu-satunya model dua lejang yang masih diminati.

Kini RXZ versi 2009 dibekalkan dengan sistem ekzos dengan 'catalyzer' yang lebih mesra alam.

Ia turut dipadankan dengan hiasan grafik terbaru serta karakter klasik seperti pelindung lampu dan enjin, paparan panel meter yang memberi gaya jentera jalanan tulen sejati.

Didatangkan dengan dua warna pilihan iaitu hitam dan merah, RXZ dijual pada harga asas RM7,504 (tidak termasuk insurans).

Satu lagi model mendapat perhatian ramai adalah Yamaha 135 LC empat lejang dengan sistem klac automatik.

Model berkenaan tidak mengalami sebarang perubahan fizikal melainkan padanan grafik dan warna baru lebih memikat dan menarik.

Kini, 135 LC didatangkan dengan warna metalik pilihan seperti merah, hitam dan biru serta rim berwarna emas baru.

Yamaha 135 LC berkuasa 135cc sejukan cecair dipadankan bersama silinder termaju Yamaha, DiASil dan piston lebih ringan tetapi lasak.

Model berkenaan cukup dikenali sebagai sebuah motosikal yang menarik, berkuasa untuk ditunggang serta mencatatkan jualan memberangsangkan.

Yamaha 135 LC dijual pada harga asas RM 6,011.80 seunit (tidak termasuk insurans) dan kedua-dua model itu boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha.

Sylphy Impul 'garang'

EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) melancarkan model ketiga dibangunkan pusat talaannya, Nissan Sylphy di Litar Antarabangsa Sepang sempena Pusingan Keempat Siri Perlumbaan Super GT Antarabangsa Malaysia, baru-baru ini.

Nissan Sylphy adalah model ketiga yang dibangunkan selepas Latio dan Grand Livina dengan kepakaran sukan permotoran Jepun terkenal di dunia dan pakar penalaan khusus Nissan, Impul Motor Racing Development.

Sylphy adalah varian talaan yang lebih fokus kepada pemanduan agresif dan berprestasi selain meraih beberapa anugerah antarabangsa.

Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Datuk Dr Ang Bon Beng, berkata pelancaran Sylphy Impul sebagai komitmen Pasukan Impul bagi membolehkan peminat sukan permotoran melihat varian model baru ini buat pertama kali.

"Nissan Sylphy Impul dibangunkan khusus untuk pelanggan yang mahukan jentera sedan eksekutif tetapi tidak menampilkan imej sporty eksklusif.

"Pelancaran Sylphy Impul melambangkan hubungan perniagaan perkongsian Nissan yang kukuh dengan ETCM dan yakin berjaya di pasaran negara ini," katanya.

Sementara itu, Presiden Hoshino Impul Co Ltd, Kazuyoshi Hoshino, berkata pihaknya menghargai usaha ETCM membantu meningkatkan jenama Impul di Asia Tenggara.

Nissan Sylphy Impul dilengkapi sentuhan Impul seperti Aerokit penuh yang memaparkan jeriji depan agresif, spoiler bamper depan dan belakang serta spoiler sayap belakang yang menjadikan model berkenaan berwajah baru.

Sylphy Impul turut dipadankan dengan sistem gantungan sports IMPUL dengan meningkatkan cengkaman dan menambah baik respon stereng dengan rizab keselamatan tinggi untuk dinamik pemanduan cemerlang.

Sistem itu merangkumi penyerap hentak dipertingkatkan dan gegelung yang merendahkan paras pemanduan hampir 25 milimeter.

Bagi menambahkan imej 'garang', peredam bunyi ekzos Impul Blast II keluli menyerlahkan keseluruhan fizikal Sylphy dan menawarkan respon enjin lebih jitu.

Sebagai pelengkap, rim aloi hitam bersaiz 17 inci Impul Aura SX-10 menjadikan pemanduan lebih menyeronokkan.

Impul Aura SX-10 adalah reka bentuk terkini dalam teknologi rekaan roda dengan komitmen teguh terhadap kualiti dan keselamatan dan didatangkan dengan warna hitam bagi menambahkan kemasan Nissan Sylphy.

Ruang dalamannya mendapat sentuhan Impul apabila kerusi kulit hitam dan karpet berlogo Impul lebih selesa.

Nissan Sylphy Impul dijual pada harga RM123,900 bagi versi Comfort dan RM127,900 untuk versi mewah.

Kedua-duanya termasuk harga atas jalan warna metalik termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan yuran tuntutan pemilikan dan ditawarkan bersama jaminan 3 tahun atau 100,000 km (yang mana terdahalu).

New update

Dah lama aku tak update blok ni,
bukan bz sangat pun tapi line internet takda,maybe sebab ujan kot.

Tapi aku ada cite pasal semalam,
gambarnya takda ah nak entri.
Semalam site tempat aku kerja takda orang datang kerja
ingatkan diorang cuti,rupa rupanya diaorang pergi berlakon.
Diorang berlakon filem Merong Mahawangsa under KRU.
tempatnya dekat site aku kat Besut.

tapi yang aku rasa agak lawak sket
diorang ambil Bangla dan orang yang berkulit gelap,
aku agak pelik gak kenapa tak ambik orang yang terang sket,nampak sket
rupa-rupanya babak ni memerlukan orang yang gelap
dan konon kononya berada di negara india ah,itupun mengikut pemahaman aku ah kan

Tapi dia punya set memang nampak real ah
sebijik macam zaman dulu dulu,
tar jalan takda langsung smua tabur pasir,
ada lak gajah 2 ekor,
kambing 2 ekor gak,kerbau skali.
kapal lak sebijik kapal lanun zaman dedolu.

Pelakon lak ada ah nampak Stephen Rahman,vanidah imran dan
pelakon cina tah sape nama.
yang star star lain stakat ni tak nampak lak lagi.
Yusri Kru pun tak jumpa tapi dia ada ah kat set semalam.