Friday, July 3, 2009

Button kena amaran



BUTTON masih gah selaku pendahulu keseluruhan musim ini.

LONDON - Pemandu Brawn GP, Jenson Button telah diberi amaran oleh pasukannya.

Bagi memastikan gelaran juara dunia perlumbaan Formula 1 (F1) menjadi miliknya dan juara kategori pengeluar milik Brawn GP, Button diarahkan untuk terus mempertingkat prestasinya pada baki perlumbaan musim ini

Pemandu berusia 29 itu kini sedang mendahului rakan sepasukannya, Rubens Barri- chello dengan perbezaan 23 mata.

Pemandu Red Bull, Sebastian Vettel pula berada di tangga ketiga keseluruhan apabila hanya dibezakan dua mata berbanding Barrichello.

Vettel pasti mengharapkan sesuatu apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri pada perlumbaan Grand Prix (GP) Jerman hujung minggu ini.

"Kami perlu bertarung dengan usaha kami sendiri. Kami sentiasa akan mengatakan bahawa kami boleh melakukannya.

"Red Bull sering sahaja mengekori rapat kami sepanjang musim ini.

"Tetapi kami telah meningkatkan segala aspek untuk menghadapi perlumbaan di Nurburgring pada hujung minggu ini," kata ketua pasukan Brawn GP, Ross Brawn. - Agensi

No comments: