Wednesday, October 14, 2009

Kereta Mini bercaj elektrik diperkenalkan


KERETA Mini Es bercaj elektrik diperkenalkan di Britain.

OXFORD - Sebuah kereta elektrik jimat minyak terbaru, Mini Es diperkenalkan kelmarin di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Model itu mampu dipandu sejauh 241 kilometer jika bateri dicas penuh.

Pengeluar kereta itu turut mengumumkan bahawa bateri kereta itu boleh dicas di gedung pakaian terkenal Britain, Marks & Spencer.


GAMBAR menunjukkan soket tempat caj elektrik Mini Es.

Kereta ini didakwa mampu memecut sehingga 99.77 kilometer sejam dalam masa 8.5 saat manakala had kelajuannya ialah 152.88 kilometer sejam.

Sebanyak 20 pemandu di South East akan menggunakan kereta itu selama enam bulan dengan pajakan sebanyak £330 (RM1,767) sebulan sebagai percubaan. - Agensi

No comments: