Tuesday, June 23, 2009

Ranggi, menawan

PENANTIAN peminat kenderaan berprestasi daripada Toyota berakhir apabila UMW Toyota Motor Sdn Bhd, melancarkan model Vios TRD Sportivo yang ranggi dan menarik.
PENANTIAN peminat kenderaan berprestasi daripada Toyota berakhir apabila UMW Toyota Motor Sdn Bhd, melancarkan model Vios TRD Sportivo yang ranggi dan menarik.

Model berkenaan dilengkapi aerokit rekaan khas daripada TRD termasuk spoiler belakang, rim bersaiz 15 inci, visor pintu pada bahagian luarannya manakala ruang dalaman dipadankan dengan panel meter berwarna oren, tombol gear TRD, papan pemuka dengan balutan 'carbon-fibre' selain fabrik hitam-merah untuk kerusi dan panel pintunya.

Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Kuah Kock Heng, berkata pihaknya yakin model berkenaan akan mendapat tempat di hati pengguna negara ini dan mensasarkan Vios TRD Sportivo kepada golongan muda.

"Tahun lalu, Vios menguasai 32 peratus daripada jualan kenderaan Toyota dengan Mei tahun ini, mencatat 36 peratus.

"Kami yakin dengan Vios TRD ini, momentum pertumbuhan akan berterusan," katanya pada majlis previu kepada media, baru-baru ini.

Katanya, model Vios terbaru itu boleh ditempah di semua bilik pameran Toyota seluruh negara tetapi ia hanya berada di bilik pameran pada 17 Julai ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Takashi Hibi.

Vios TRD Sportivo adalah usaha sama UMW Toyota Motor dan TRD Asia dengan kedua-dua pihak bersetuju dalam kerjasama teknikal dalam pembangunan serta pembuatan tempatan aksesori TRD terpilih.

"Penambahbaikan ketara dibuat dari segi aksesori seperti skirting sisi, hadapan dan belakang dan mudah dikenali dengan simbol TRD Sportivo pada badannya.

"Pengenalan pakej Toyota Vios TRD Sportivo secara langsung menamatkan Vios versi 1.5S ketika ini dan tidak akan diteruskan.

"Bagaimanapun, varian Toyota Vios lain iaitu 1.5G, 1.5E, 1.5J automatik dan 1.5J manual masih ditawarkan," katanya.

Harga di atas jalan dengan insurans ditawarkan pada RM90,900 dengan enam warna pilihan iaitu Perak Metalik, Hitam, Putih, Kelabu, Bronze dan satu warna baru, Medium Silver Metalik.

Selain itu, Sistem suspensi TRD Sportivo berharga RM3,150 dijual secara berasingan atau menjadi aksesori pilihan.

Kuah berkata, pelanggan yang memilih TRD Sportivo diberi jaminan pemasangan piawaian tinggi kerana kerja dilakukan dikilang UMW Toyota Motor sendiri.

Toyota turut menawarkan jaminan tiga tahun atau 100,000 kilometer atau yang mana dahulu.

No comments: