Tuesday, March 9, 2010

Kereta Bentley jadi rebutan kerabat

TENGKU FAKHRY












KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menetapkan 8 April ini bagi pengurusan kes dalam permohonan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Sultan Ismail Petra untuk membatalkan saman oleh adindanya, Tengku Muhammad Fakhry berhubung milikan kereta buatan Bentley model Brooklands berharga S$706,880 (RM1,689,530).

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh itu selepas berjumpa peguam P. Vadivu yang menyebut bagi pihak peguam Mohd. Haaziq Pillay yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry dan Farah Syuhadah Razali bagi Tengku Muhammad Faris.

Mohd. Haaziq berkata, mahkamah memerintahkan pihak plaintif (Tengku Muhammad Fakhry) mengemukakan afidavit balasan kepada mahkamah sebelum atau pada 12 Mac berhubung permohonan Tengku Muhammad Faris bagi membatalkan saman itu.

No comments: