Wednesday, March 31, 2010

Special Edition Neo R3

PROTON Holdings Bhd (Proton), semalam, melancarkan Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Edition, model edisi terhad siri Satria yang cuma dikeluarkan 25 unit.

BERGAYA...Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Edition dijual pada RM115,000.



BERGAYA...Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Edition dijual pada RM115,000.
Bagaimanapun, Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata jika model berkenaan mendapat sambutan hebat, Proton akan mengeluarkannya dalam kuantiti lebih banyak.

Katanya, setakat ini, model berkenaan yang dilancarkan sempena pembabitan Proton dalam perlumbaan Formula Satu (F1) itu sudah ditempah 11 unit.

“Kereta ini direka bentuk khusus sempena memperingati pasukan lumba Formula Satu Lotus. Untuk permulaan, kami mengeluarkan 25 unit kenderaan ini sempena sambutan 25 tahun Proton.

“Bagaimanapun, sekiranya mendapat sambutan, kami mungkin akan mengeluarkan lagi edisi ini pada masa akan datang,” katanya pada sesi soal jawab bersama media selepas majlis pelancaran model berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.Majlis pelancaran disempurnakan Mantan Perdana Menteri yang juga Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hadir sama, ketiga-tiga pe mandu pasukan F1 1Malaysia Lotus, Jarno Trulli, Heikki Kovalainen dan Fairuz Fauzy.Mengulas lanjut, Syed Zainal Abidin berkata, Proton turut membuat perancangan bagi memasarkan model berkenaan ke luar negara.

Kereta berkenaan yang mendapat inspirasi daripada pasukan Lotus Racing, mengguna pakai enjin CampPro CPS 1.6 liter Proton dan ditala semula R3 bagi tambahan kuasa


1 comment:

contilover said...

Fuh..menarik.. Tapi cost nyer tinggi sgt laa.. Cuba bandingkan dgn model sekelas dengannya seperti Peugeot 308 Turbo 1.6 atau Citroen C3 yg pernah beberapa kali menjuarai World Rally Championship.. By the way, tahniah buat jentera Proton kerana telah berjaya melonjak nama Malaysia selangkah ke arah revolusi Mechanical& Automotive Engineering..