Monday, August 10, 2009

Kereta stabil walaupun tayar meletup


A. RAHMAN (tengah) bersama Chris (kanan) melihat pelindung tayar Tyron FTP di Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU - Kes-kes kemalangan jalan raya yang berpunca daripada masalah tayar pancit atau meletup mungkin dapat dielakkan selepas ini apabila sebuah syarikat iaitu Tyron memperkenalkan produk Tyron Flat Tyre Protection (FTP).

Pengarah Urusan Tyron Asia, Chris Kor berkata, penggunaan Tyron FTP iaitu pemasangan sejenis gelung perlindungan pada rim kenderaan akan membolehkan pemandu terus mengawal kenderaan mereka sekiranya tayar mereka tiba-tiba meletup atau pancit pada kelajuan tinggi.

Menurut beliau, produk yang dihasilkan di United Kingdom itu pertama kali diperkenalkan untuk kegunaan kenderaan awam di negara ini kerana sebelum ini ia hanya digunakan untuk kenderaan polis dan ambulans.

"Kejadian kemalangan yang berpunca daripada masalah tayar akan dapat diatasi dengan pemasangan Tyron FTP kerana pelapik itu boleh mengelakkan kenderaan daripada terbabas jika tayar mereka tiba-tiba bermasalah," katanya pada Majlis Pelancaran Pelindungan Tayar Tyron di Pantai Batu Burok di sini semalam.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Institut Keselamatan Jalan Malaysia (Miros), kira-kira 15 peratus daripada kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini didapati berpunca daripada masalah tayar.

Jelas Kor, pelapik yang diperbuat daripada besi itu akan bertindak sebagai lapisan kedua jika berlakunya keadaan tayar pecah atau meletup dan ia sesuai untuk digunakan oleh pemandu wanita.

Katanya, produk itu boleh didapati pada harga antara RM900 hingga RM4,000 untuk satu set lengkap berdasarkan saiz rim kenderaan

No comments: