PETERBOROUGH - Sebuah kereta Lamborghini Gallardo model 2005 dan berharga £130,000 (RM744,791) rosak teruk selepas terbakar dalam tempoh empat minit.
Menurut sebuah akhbar semalam, dua lelaki dilihat keluar dari kereta itu bagi mencari alat pemadam api untuk memadamkan kebakaran dan menghubungi talian kecemasan 999.
Anggota-anggota bomba tiba di tempat kejadian yang berlaku dekat sebuah kelab malam di Peterborough pada pukul 8 malam waktu tempatan.
Ketika itu ramai orang melihat kereta itu terbakar sebelum anggota bomba mengambil masa 20 minit untuk mengawal kebakaran.
Menurut Pengerusi Kelab Lamborghini United Kingdom, terdapat antara 5,000 hingga 6,000 buah model itu di seluruh dunia dan 40 di Britain. - Agensi
1 comment:
apa pasal terbakar? sayangnya kereta memahal terbakar begitu saja..
Post a Comment