|
|
Selain lima tertinggi itu, 25 lagi turut tersenarai sebagai pasukan paling berjaya dengan pertambahan pendapatan kira-kira lapan peratus setahun meskipun dunia pada masa kini dilanda krisis ekonomi yang teruk.
Terbaru, bayaran pemindahan pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo dari Manchester United ke Real Madrid berjumlah 94 juta euro (RM451.5 juta) direkodkan sebagai transaksi termahal dalam sejarah bola sepak.
Melalui kontrak itu Ronaldo bakal menjadi pemain dengan gaji tertinggi iaitu 13 juta euro (RM63.7 juta) setahun, berbanding 7.5 juta euro (RM36.8 juta) ketika bermain di Old Trafford.
Dalam limpahan duit sebanyak itu, bola sepak bukan sahaja menjadi permainan nombor satu dunia malah menjadikan atletnya antara insan paling kaya dalam lapangan sukan.
Dan tidak hairanlah jika 'hero-hero' yang menjadi pujaan manusia di seluruh dunia itu mempunyai alasan yang kukuh untuk 'mencurahkan’ sebahagian daripada pendapatan mereka di jalan raya.
Begitulah lumrahnya, di mana ada lelaki dan duit, di situ pasti ada sebuah kereta yang baik. Malah bancian juga mendapati pemain-pemain kelab yang berjaya merupakan kelompok terbesar yang memandu kereta-kereta paling mewah di dunia.
Contoh terbaik ikon yang membelanjakan sejumlah besar hasil pendapatan untuk koleksi kereta peribadi adalah seperti berikut.
No comments:
Post a Comment