Peraduan ini membolehkan orang ramai mengundi rekaan corak terbaik pada kereta MyVi dan seterusnya memiliki kereta tersebut jika pilihan mereka sepadan dengan penarafan paling popular.
HALLS, Dentyne dan Clorets baru-baru ini melancarkan peraduan Idamkan! Tarafkan! Menang! 2009 dalam pada majlis yang gilang-gemilang di Kuala Lumpur.
Pada majlis itu, sebanyak sembilan rekaan corak pada badan kereta MyVi telah dikemukakan oleh lapan pelajar dari beberapa kolej reka bentuk dan kesemua rekaan itu dipaparkan dalam borang peraduan replika yang besar.
Menurut kenyataan Cadbury Malaysia, setiap pereka memenangi hadiah tunai RM200 kerana rekaan corak mereka dimasukkan ke dalam borang peraduan Idamkan! Tarafkan! Menang! 2009.
Bakat muda yang berjaya memasuki pertandingan akhir itu adalah seperti berikut:
* Vince Chee Ven Hui, 20, Institut Seni Reka Raffles
* Terry Pang Choon Song, 22, Universiti Tunku Abdul Rahman
* Wong Sook Hwa, 20, Kolej Seni PJ
* See Chew Tei, 25, Akademi Seni Creart
* Sia Sin Ying, 19, Institut Seni Malaysia
* Phon Lim Shin, 24, Kolej Tunku Abdul Rahman, Setapak
* Chew Sai Win, 20, Kolej Antarabangsa Alfa
* Shirley Ng Li Ting, 19, Kolej Antarabangsa Alfa
Pemilihan sembilan rekaan ini berasaskan karya seni terbaik yang memberi takrif yang sesuai terhadap slogan Hebat, Menawan dan Meyakinkan yang dicorak pada badan kereta Myvi.
"Menerusi peraduan ini, kami harap ia bukan sahaja dapat mendekati generasi muda dengan menganjurkan kegiatan sedemikian tetapi juga menyerlahkan personaliti jenama menerusi kreativiti mereka.
"Mereka diberi ganjaran bagi karya mereka dan digalakkan untuk keluar dari kepompong sekali gus meneroka sempadan. Tambahan pula, kami mahu melibatkan lebih ramai pengguna menyertai peraduan ini," ujar Pengarah Pemasaran Cadbury Malaysia, Ng See Meng.
Menurutnya, peraduan unik ini membolehkan orang ramai mengundi rekaan corak pada badan kereta dan seterusnya memiliki kereta tersebut jika pilihan mereka sepadan dengan penarafan paling popular.
Pengguna boleh menghantar undian mereka sekarang melalui pos atau menerusi Internet di laman www.dentynecontest.com.my. Mereka juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat mulai 15 Jun sehingga 16 Ogos ini. Peserta hanya perlu membeli mana-mana dua produk daripada Halls, Dentyne atau Clorets, menarafkan sembilan rekaan corak kereta dan jika pilihan yang diberikan itu sepadan dengan pilihan popular, mereka berpeluang memenangi hadiah yang ditempah khas seperti berikut:
* Hadiah Pertama x 1: Perodua MyVi
* Hadiah Kedua x 1: Komputer Riba Mini Acer Aspire One
* Hadiah Ketiga x 3: Kamera Digital Sony Cybershot
* 1 Hadiah Mingguan x 9: Telefon Bimbit
Peraduan ini terbuka kepada sesiapa yang berusia lebih daripada 18 tahun. Layari laman web www.dentynecontest.com.my untuk mendapatkan borang peraduan dan butiran lanjut mengenainya.
3 comments:
I want not concur on it. I assume warm-hearted post. Specially the appellation attracted me to be familiar with the intact story.
Easily I acquiesce in but I think the collection should prepare more info then it has.
Opulently I to but I dream the list inform should secure more info then it has.
Post a Comment