Tuesday, July 7, 2009

Volkswagen Golf VI kereta pilihan tahun 2009


GENERASI Golf keenam ini menjadi kegemaran pemandu lelaki dan wanita di seluruh dunia.










DARIPADA 51 buah kereta yang memasuki senarai kereta terbaik, Volkswagen Golf VI dipilih memenangi anugerah Kereta Pilihan Tahun 2009 pada Pameran Auto di New York, April lalu.

Selain mempunyai rekod jualan melebihi 26 juta unit di seluruh dunia, pemilihan model terbaru itu berdasarkan kualiti dan tahap keselesaan yang mampu dimiliki pada nilai pembelian terbaik.

Selain Eropah, pasaran utama bagi Golf generasi keenam itu termasuk Afrika, Asia, Australia dan Amerika Utara.

Kehebatan Golf terletak pada reka bentuk 'masa depan'. Enjin inovatif dengan teknologi transmisi yang mengurangkan penggunaan bahan bakar sehingga 28 peratus berbanding kenderaan lain.

Penghasilannya juga mengambil kira faktor akustik yang mengurangkan bunyi bising. Earodinamik ditentukan oleh bentuk badan, cermin, tayar hinggalah kepada enjin.

Sebelum pemilihan anugerah itu dibuat, turut berada di senarai teratas dan mencuri tumpuan juri adalah Ford Fiesta dan Toyota iQ.

Selain juri antarabangsa, penilaian turut diadili oleh 59 wartawan dalam bidang pemotoran ) daripada 25 buah negara berdasarkan kepakaran, pengalaman dan penilaian mereka.

Selain anugerah Kereta Pilihan 2009, turut diumumkan pada pameran automotif itu adalah anugerah Kereta Prestasi Dunia, Kereta Hijau Dunia, Rekaan Kereta Dunia.

No comments: